10TH Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle (IMT-GT)
by lokanbertepuk ~ July 2nd, 2008. Filed under: Tradisi.Pada 25hb januari yg lepas, Pak Lokan bersama dengan peserta dari USM yg seramai 75 orang telah dihantar ke Medan Indonesia. Pemergian kami adalah sebagai wakil universiti kerana menghadiri karnival sukan dan kebudayaan yang sememangnya dibuat setiap tahun.Pak Lokan rasa ini adalah kali yang ke empat Pak Lokan terlibat dalam karnival ini, dua kali di Thailand, sekali di Malaysia dan sekali di Indonesia.
Deligasi kami bertolak jam 12.10 tengahari dari Penang ke KLIA dengan menaiki flight MH 1145 dan dari KLIA pula menaiki pesawat MH 864 ke Medan. Setibanya kami ke Polonia airport kami di bawa ke tempat penginapan di asrama haji. Pada sebelah petangnya ada sedikit taklimat ringkas daripada Bapak konsul Malaysia di Medan.
Pada esok harinya bermulalah dengan tugas masing-masing. Geng sukan dibawa ke lokasi masing-masing dan geng kebudayaan dibawa ke sebuah dewan besar, tapi semuanya terletak dalam kawasan kampus USU. Begitulah acara kami pada setiap hari yg dipenuhi dengan latihan.
Pada hari ketiga kami dibawa ke stadium untuk menghadiri upacara perasmian yang mana kalau tak silap aku di rasmikan oleh Wali Kota Medan. Kalu tempat kita gak Datuk Bandar la bakali.
Salah satu pertunjukan dari mahasiswa universiti Medan sempena perasmian 10TH IMT-GT
Begitulah kami setiap hari berulang alik dari asrama ke kampus USU yang perjalananya mengambil masa 30 minit kerana jalan di sana sering macet. Setelah membuat persembahan selama dua malam berturut-turut, esoknya adalah acara bebas. Walaupun pada hari-hari sebelumnya ada juga kami membebaskan diri dengan cara bejelak.
Ada beberapa tempat membeli belah yang Pak Lokan sudah biasa di sana, kerana seingat Pak Lokan ini adalah kali yangg ke lapan saya menjejak kaki ke Medan kerana mengikuti program kebudayaan semenjak tahun 80an lagi. Salah satu tempat yg kami pergi ialah Pajak Ikan Lama, pada tengaharinya Abe Yoh mengajak kami makan di Restoran Garuda yang memang terkenal dengan nasi padang. Bila kami duduk sahaja maka datang berjenis-jenis lauk diatur atas meja membuatkan Abe yoh terbeliak butir mata. Tapi tak apa, kita akan membayar apa yang kita makan sahaja. lauk yang tidak diusik. tidak akan dikira.
Lauk yang penuh pepok atas meja sapa tak tahu nak makan hok mano.
Setelah selesai makan, hitung panjangnya kira-kira RM10 seorang sahaja kami kena bayar, Hoi murah sengoti la. Lepas tu Pak Lokan pergi ke toko sukucadang untuk membeli sparepart vespa Pak Lokan kerana harga di sana lebih murah sekali ganda dari tempat kita.
Kemudian kami pun baliklah rehat kat asrama haji. Bila Pak Lokan keluar ke pintu pagar asrama haji untuk makan malam, Pak Lokan terkejut tengok orang ramai macam pasar malam. Rupa-rupanya apabila depa tau orang malaysia ramai menginap di situ, maka ramailah yang membawa segala macam barangan untk di jual dan ternyata harganya lebih murah daripada tempat kami beli pada siang harinya.
Esok 2hb februari selepas makan pagi, kami pun bertolak ke Polonia Airport untuk balik ke Malaysia.
July 3rd, 2008 at 11:04 am
waah, sapa ko Indonesia bnyk kali doh tu..! xdok ko persamaan budayo demo tu nga budayo kelate? haha..
July 8th, 2008 at 9:00 am
Hok nak agok2 sama nga budayo ore kelate dulu ialah ore bali. kalu dijawa ni agak lain sikit. walau macemano pun ada beberapo perkataan ore jawa samo dgn perkataan kelate sprt CUCOR, GEGER, hok lain tak berapo ingat doh. Bahkan ado satu tempat antara jogja dgn solo tu namo dio Klaten.
Di Kelate kito sediri pun ada tempat yg berkaitan dgn jawa ni sprt Bukit Jawa, kg Tok Jawa. di Kg Apam pasir mas dikatakan asal ore jawa jgk yg buka.
Wallahualam.