Kesenian Tradisional Kelantan

Pada masa ini Kelantan adalah sebuah negeri yg terletak di pantai timur semenanjung tanah melayu. Dalam membicarakan hal kebudayaan Kelantan kita seharusnya tidak dapat memisahkan Kelantan dengan negeri Patani dan Trengganu. Cara hidup perbahasaan dan adat resam penduduk negeri itu adalah sgt ketara persamaannya. Keturunan raja2 Kelantan adalah nyata dari keturunan draja Patani juga. Oleh kerana keadaan politik begitu jauh berubahsehingga Patani dan Kelantan terpisah masing2 tinggal di dalam negara berasingan, maka kita tidak begitu mengetahui dan merasa tentang Patani dan Kelantan adalah pada dasarnya negeri yg sama kebudayaannya. Kelantan di anggap sebuah negeri dalam Patani sehinggalah proses Kelantan masuk di bawah naungan negeri2 yg di sebut “Negeri Bernaung” selesai dan sehinggalah sekarang berada dalam Malaysia.

Sebagaimana kita maklum, bahawa kerajaan melayu di kepulauan melayu adalah hidup dgn kebudayaan sendiri sehinggalah campurtangan dari barat mulai meresap dari semenjak kemasukan Pertugis, Belanda, Perancis dan Inggeris. Sistem beraja adalah hidup dengan baiknya, kemajuan dalam satu-satu negeri di tumpu sepenuhnya terhadap raja dan kerajaan.

Peter Floris pernah menceritakan bahawa di istana Patani, pembesar drajanya menaungi ahli2 seni. Senitari, seninyanyi, senimuziknya sudah tersusun sehingga pertunjukan yg mengkagumkan dapat di pertontonkan dgn baik. Kalu di Roman dan Greece terdapat Mascaena kesenian seumpama pembesar2 negeri Patani maka nyatalah kesenian melayu Patani juga bernilai tinggi. Hal ini tersebar ke Kelantan sehingga sekarang masih dapat di lihat dan di hayati kesan peninggalan kebudayaan yang tinggi nilainya itu.

Awal kurun XIX, Abdullah Munshi melawat Kelantan, banyak hal2 menarik khususnya hal berkaitan dengan kebudayaan di tulis oleh beliau. Lapangan kesusasteraan yang berhubung dengan manuskrip amat terang di nyatakan. Alam kesenian juga di nyata begitu baik perlaksanaannya. Permainan seumpama menora , makyung, wayang kulit dan tarian amat maju masa itu. Tiap pembesar negeri amat mengambil tahu akan hal2 permainan tradisi ini sehingga sanggup mengadakan kumpulan khas. Dalam hal ini Tengku Bendahara Tengku Chik Tuan Abdullah, Tengku Temenggung Abdul Ghffar dan lain2nya yang selalu mengawasi urusan kesenian Kelantan patutlah di kenang dan di bangga oleh rakyat Kelantan.

Dalam Negara Kretagama di sebutkan negeri2 di pantai timur termasuk Patani dan wilayahnya amat maju dalam pemerintahan. Perhubungan antara Patani termasuk Kelantan dengan Majapahit yang masyhur itu sudah tidak asing lagi yg menggambarkan Kelantan adalah tinggi nilai kebudayaannya. Dalam sejarah Majapahit terdapat suatu helah yg di ajukan oleh Patih Aria Gajah Mada tentang usaha mencari jodoh kepada Ratu Majapahit. Dalam hal ini ada imbasan yg dapat di andaikan bahawa puteri yg di cadangkan adalah puteri dari Kelantan. Kemasyhuran kecantikan dan keagungan puteri Kelantan itu juga pernah di nyatakan oleh Ibnu Batuttah. Banyak sarjana berpendapat yg negeri Kilu Krai adalah Kuala Krai di mana Paduka Cik Siti Wan Kembang menjadi ratunya. Continue reading

Mengenal Rebab

Sebenarnya tak payah kita tulis dah pasal rebab disini, kerana penulisan berkaitan dgn rebab yg panjang lebar ini sudah pun abg lokan tulis di dalam majalah PENTAS bulan mac/april 2007. Sekarang penulisan itu bersama2 dgn satu lagi tajuk yang abg lokan buat iaitu “Jenis2 dan kategori lagu makyung” di dalam proses percetakan oleh kekwa utk di terbitkan dalam bentuk buku mewah. Untuk pengetahuan semua makyung adalah satu2nya warisan negara yang telah di iktiraf oleh UNESCO sebagai intangible heritage mewakili negara malaysia.

Tapi tak apalah atas memenuhi hasrat adinda kita, abg lokan buatlah juga sekadar untuk pengenalan kpd adik2 kita di sini. Kalau tak cukup 450 perkataan pun janganlah potong markah, kalau nak potong juga potonglah nama terus.hehehe..

makyung-aswara

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa rebab adalah salah satu daripada antara alat muzik tradisional melayu. Ia termasuk dalam jenis peralatan muzik bertali yg di sebut kodrofon. Disemenanjung Malaysia ada terdapat dua jenis rebab, iaitu rebab bertali tiga dan rebab bertali dua.

Rebab bertali tiga biasanya diguna dalam permainan makyung, selampit dan permainan peteri, rebab jenis ini terdapat di negeri Kedah, Kelantan, selatan Thai dan Trengganu. Rebab bertali dua pula hanya digunakan untuk mengiringi permainan wayang melayu sahaja. Tempat2 yang terdapat wayang melayu ini pada zaman dahulu ialah di negeri Kelantan, Trengganu, Kedah dan selatan Thai (Patani). Oleh kerana perbincangan pada kali ini menjerumus kepada rebab bertali tiga maka segala penerangan akan akan di tumpukan kepada rebab bertali tiga sahaja.

Pada umumnya orang telah menagkui bahawa rebab ini berasal dari Parsi, ini kerana merujuk kepada perkataan rebab itu sendiri yg berasal dari perkataan “Rabab” bahkan di negara2 lain seperti Afghanistan pun masih memakai nama rabab atau rebet lagi.

Bagi mereka yg berkecimpung dalam permainan makyung biasanya, rebab ini ada mempunyai nama yang tersendiri iaitu UMBANG, sebab itu kalau kalau kita lihat di dalam pengucapan2 dan mentera melayu yang yang terdapat di dalam makyun dan peteri, langsung tidak di sebut langsung perkataan rebab, tetapi di sebut umbang. Sebagai contoh jika hendak di gambarkan suasana segala2 alat bunyi2an yang terdengar lalu di sebut “Lalu hamba mendengar sekali dengan umbang sakti nobat jawa canang kelenang muri dandi nafiri…..”.

Pada zaman awalnya rebab ini memakai tali benang, tetapi masa telah berubah menyebabkan rebab sekarang telah memakai tali gitar (Holow guitar). Tali yg sesuai untuk rebab ialah G-3rd D-4th A-5th. Penukaran tali rebab ini kerana tali gitar lebih senang di beli di kedai2 dan bunyinya pun kuat kalau nak di bandingkan dengan tali benang. Continue reading