Sireh Pulang ke Gagang

Setelah sampai kat Aswara pada jam 8.30 pagi 15hb ogos yang lepas, aku terus pergi ke kaunter untuk mendaftar namaku sebagai seorang peserta Seminar Seni Muzik 2008 anjuran Aswara. Aku, Dr. Jason dan Prof. Madya Razif adalah wakil dari institusi tempat kami bertugas.

Tepat pada jam 9 pagi acara perasmian pun di jalankan dan diikuti dengan satu pembentangan kertas kerja. Lebihkurang pukul 10.30 pagi kami semua keluar minum di sebuah khemah yang disediakan bersebelahan dengan Orkestra Hall tempat seminar diadakan. Semasa minum itu aku didatangi oleh beberapa orang peserta yang juga bekas muridku yang masing-masing sudah pun menjadi guru muzik di sekolah di Melaka, Perak dan selangor. Kami berborak sakan juga sambil bertanya khabar kawan-kawan yang lain yang mengajar di negeri Pahang, Kelantan, Trengganu dan Johor.

Di celah-celah perbualan kami tiba-tiba datang seorang sahabat lamaku yang kami panggil Bob Khalil. Aku dan Bob Khalil ni pun baru berjumpa kembali pada awal tahun 2008 setelah kami berpisah pada tahun 1978. Dia adalah tiga dari sahabat lamaku yang  menjadi pengajar di Aswara sekarang ini termasuklah Pak Nik Mustapha dan Rahbeni Mutaal yang kebetulannya semua berada di situ pada hari tersebut. Apabila aku pandang muka-muka sahabatku ini, teringat aku sewaktu kami membuat rakaman piring hitam muzik untuk mengiringi tarian pada tahun 1971 dahulu.

muzik-tarian

Bersila dari kiri: Aku dan Allahyarham Shaari Abdullah.

Duduk dari kiri: Allahyarham Roslan Sarno, Pak Nik Mustapha, Bob Khalil.

Berdiri: Esbat Sudar.

Bob Khalil bertanya kepada aku, adakah aku pernah bertemu denga Esbat, kerana dia selalu saja menyebut aku. Aku menjawab tidak pernah berjumpa selama aku meninggalkan KL pada tahun 1978 hingga sekarang. Beliau menghubungi Esbat melalui hansetnya dan dihulur kepada aku supaya bercakap dengan Esbat. Setelah aku memperkenalkan diri dengan mengatakan bahawa aku ini adalah Mat Usop, Esbat dengan ketawa mengatakan BUKAN. Katanya lagi, Mat Usop bukan bercakap macam ni. Kemudian Bob Khalil pula menyokong aku, tetapi Esbat tetap juga tidak percaya. Akhirnya Bob Khalil menyuruh Esbat datang ke Aswara pada keesokan harinya.

Pada 15hb, lebih kurang jam 12 tengahari, aku mendapat talipon dari Rahbeni mengatakan bahawa Esbat sudah berada di Aswara. Aku bergegas keluar dari bilik Tujeri dan pergi ke depan Orkestra Hall. Bila terpandang saja Esbat yang sudah memakai tongkat, air mataku sudah mula berderai kerana inilah pula pertemuan kami setelah berpisah 30 tahun yang lalu. Rupa-rupanya kedatangan Esbat bukan keseorangan tetapi  dibawanya juga seorang lagi kawan seperguruan denganku semasa kami di kampung dahulu. Beliau ialah adik kepada gemulah Tok ngah Seman Wau Bulan. Dalam kesempatan itu macam-macamlah kenangan lama dicungkil kembali untuk mengenangkan peristiwa silam kerana kebetulannya kami berada di situ kecuali dua orang sahabat kami yang telah pulang kerahmatullah.

sahabat pak lokan

Bersama-sama sahabat-sahabatku yang telah lama berpisah

Naga Ulik Ciptaanku

Sewaktu mula-mula Pak Lokan belajar tiup serunai dulu, Pak Lokan diberi sebatang serunai yang tak berapa betul dari skilnya. Orang tua kata kalau kita belajar dengan menggunakan serunai yang suara yang tidak elok, skilnya tidak betul. Apabila kita tiup serunai yang elok, skilnya betul dan mudah. Oleh kerana Pak Lokan tidak tahu apa-apa masa itu, maka Pak Lokan pun mengiyakan akan segala petua yang diberi. Pada masa itu nak tiup kat rumah tak boleh kerana menggangu ketenteman awam, jadi pagi-pagi Pak Lokan bawa serunai pergi seberang sungai tempat yang sunyi dan terlepas dari manusia lalu lalang. Pada masa itu tiup seorang diri dengan tidak berguru betul-betul lagi, cuma ada sedikit sebanyak tunjuk ajar dari orang tua kampong sahaja. Lebih kurang pukul 11.30 pagi baru balik kerumah kerana tengaharinya Pak Lokan nak pergi mengaji sekolah pula. Begitulah saban hari kecuali hari jumaat.

Rupa-rupanya petua yang Pak Lokan pakai selama ini memang tidak boleh dipakai setelah Pak Lokan beralih belajar keguru lain. Kata guru Pak Lokan yg baru “Kalau diberi kepada kamu sebuah basikal yang breknya tak ada, handle pula bengkok, apakah basikal itu sesuai untuk dibuat belajar?” Beliau menasihatkan kepada Pak Lokan dan juga orang lain, “Kalau mahu belajar sesuatu, gunakan asas yang betul pada permulaannya dan peralatan yang sempurna, kalau kita sudah terikut-ikut dengan asas yang salah maka agak susah untuk diperbetulkan kemudian hari”. Selepas itu beliau mengambil sebatang serunai kepunyaannya sendiri lalu diberi kepada Pak Lokan untuk belajar dan serunai itu Pak Lokan simpan sehingga kehari ini sebagai kenangan hadiah dari guru.

Bermula daripada itu Pak Lokan sudah mula berangan-angan, suatu hari nanti Pak Lokan akan meniup serunai yang Pak Lokan buat sendiri. Pada tahun 80an Pak Lokan berulang alik pergi ke Pengkalan Datu kerana di situ terdapat seorang pembuat serunai berbangsa Cina (cina kampong). Beliau bernama Wee Beng Chen atau nama melayunya Pakcu Abu. Beliau juga adalan pemain serunai kepada kumpulan wayang kulit Dolah Baju Merah dari awal tahun 60an sehinggalah beliau bersara tahun 70an atas sebab-sebab kesihatan. Dengan beliaulah Pak Lokan banyak bertanyakan kaedah-kaedah pembuatan serunai ini.

Boleh dikatakan bentuk serunai ini terdapat di seluruh asia tenggara dengan ciri dan cara bermain masing-masing. Kalau di Thailand ia dikenali dgn nama Pi Nai, Pi Nok dan Pi Cawa. Kalau di Syria dipanggil Surnaya. Di parsi dipanggil Surnay, di Turki dipanggil Zurna, di India dipanggil Sanayi. Sedangkan dikepulauan nusantara sendiri pun berbagai nama selain dari serunai seperti Sarinai, Sona, Sruni, Srune dan bermacam-macam lagi mengikut daerah masing-masing. Bagaimanapun serunai dipercayai berasal dari timur tengah dan termasuk dalam kategori alat-alat muzik yang dipanggil Aerophone.

Di Kelantan sendiri, selain dari nama serunai, ia mempunyai satu nama timang-timangan yang disebut Naga Ulik. Huraian mengenainya ada Pak Lokan tulis di dalam artikel bertajuk ‘Takta Wayang Kelantan’ yang akan disiarkan dalam Pentas sedikit masa lagi.

Sebelum ini, Pak Lokan sudah pun membuat beberapa batang serunai biasa, tetapi pada suatu masa saya terpikir untuk membuat sebatang serunai yg tekniknya belum pernah dibuat orang sebelumnya. Dengan menggunakan kayu-kayu pendek yang Pak Lokan ambil dari rumah Pakcu Abu, Pak Lokan mula membuat sedikit demi sedikit sehinggalah siap sebatang serunai yang Pak Lokan idam-idamkan pada tahun 2000.

 Ulik-Naga

Antara bahan yg digunakan untuk membuat serunai ini ialah.

1. Kayu Sira tanduk.
2. Gewang (mother of the pearl)
3. Batu delima masak
4. Gading gajah.
5. Perak
6. Stainless steel

        1. Sebenarnya idea Pak Lokan untuk membuat serunai ini ialah apabila Pak Lokan melihat alat muzik barat seperti Oboe dan Clarinet yang boleh dibuka pasang dan dapat di simpan dengan selamat dengan harapan ianya dapat ditiup dengan sempurna.

ulik-naga-lengkap

Naga Ulik ku setelah dicantum

10TH Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle (IMT-GT)

Pada 25hb januari yg lepas, Pak Lokan bersama dengan peserta dari USM yg seramai 75 orang telah dihantar ke Medan Indonesia. Pemergian kami adalah sebagai wakil universiti kerana menghadiri karnival sukan dan kebudayaan yang sememangnya dibuat setiap tahun.Pak Lokan rasa ini adalah kali yang ke empat Pak Lokan terlibat dalam karnival ini, dua kali di Thailand, sekali di Malaysia dan sekali di Indonesia.

Deligasi kami bertolak jam 12.10 tengahari dari Penang ke KLIA dengan menaiki flight MH 1145 dan dari KLIA pula menaiki pesawat MH 864 ke Medan. Setibanya kami ke Polonia airport kami di bawa ke tempat penginapan di asrama haji. Pada sebelah petangnya ada sedikit taklimat ringkas daripada Bapak konsul Malaysia di Medan.

Pada esok harinya bermulalah dengan tugas masing-masing. Geng sukan dibawa ke lokasi masing-masing dan geng kebudayaan dibawa ke sebuah dewan besar, tapi semuanya terletak dalam kawasan kampus USU. Begitulah acara kami pada setiap hari yg dipenuhi dengan latihan.

Pada hari ketiga kami dibawa ke stadium untuk menghadiri upacara perasmian yang mana kalau tak silap aku di rasmikan oleh Wali Kota Medan. Kalu tempat kita gak Datuk Bandar la bakali.

IMT GT

Salah satu pertunjukan dari mahasiswa universiti Medan sempena perasmian 10TH IMT-GT

Begitulah kami setiap hari berulang alik dari asrama ke kampus USU yang perjalananya mengambil masa 30 minit kerana jalan di sana sering macet. Setelah membuat persembahan selama dua malam berturut-turut, esoknya adalah acara bebas. Walaupun pada hari-hari sebelumnya ada juga kami membebaskan diri dengan cara bejelak.

Ada beberapa tempat membeli belah yang Pak Lokan sudah biasa di sana, kerana seingat Pak Lokan ini adalah kali yangg ke lapan saya menjejak kaki ke Medan kerana mengikuti program kebudayaan semenjak tahun 80an lagi. Salah satu tempat yg kami pergi ialah Pajak Ikan Lama, pada tengaharinya Abe Yoh mengajak kami makan di Restoran Garuda yang memang terkenal dengan nasi padang. Bila kami duduk sahaja maka datang berjenis-jenis lauk diatur atas meja membuatkan Abe yoh terbeliak butir mata. Tapi tak apa, kita akan membayar apa yang kita makan sahaja. lauk yang tidak diusik. tidak akan dikira.

 

Lokanbertepuk

Lauk yang penuh pepok atas meja sapa tak tahu nak makan hok mano.

Setelah selesai makan, hitung panjangnya kira-kira RM10 seorang sahaja kami kena bayar, Hoi murah sengoti la. Lepas tu Pak Lokan pergi ke toko sukucadang untuk membeli sparepart vespa Pak Lokan kerana harga di sana lebih murah sekali ganda dari tempat kita.

Kemudian kami pun baliklah rehat kat asrama haji. Bila Pak Lokan keluar ke pintu pagar asrama haji untuk makan malam, Pak Lokan terkejut tengok orang ramai macam pasar malam. Rupa-rupanya apabila depa tau orang malaysia ramai menginap di situ, maka ramailah yang membawa segala macam barangan untk di jual dan ternyata harganya lebih murah daripada tempat kami beli pada siang harinya.

Esok 2hb februari selepas makan pagi, kami pun bertolak ke Polonia Airport untuk balik ke Malaysia.