Spesis pokok pauh yang sudah jarang kita temui lagi sekarang ini. Pokok pauh dalam gambar ini terletak di tepi jalan kg pauh butut, saya ambil gambar semasa perjalanan dari Gunong ke Selinsing melalui Kedai Menanti. Sebab dinamakan pauh butut kerana dibahagian umbi, batang dan dahan pokok ini ditumbuhi bonjol2. Oleh orang Kelantan bonjolan begini dipanggil butut, sama seperti kaki yg diserang penyakit untut.
Monthly Archives: March 2009
MURAI BUMI
Dalam menjalankan tugasku bersama dengan rakan2 sepejabat di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian Kelantan pada 22hb yg lepas, sempat juga aku menyumbangkan sedikit persembahan sempena dengan malam Gema Palestin yang berlangsung di Dewan Wawasan, Institut Pendidikan Guru M’sia, Kota Bharu Kelantan. Atucara pada malam tersebut menampilkan pembacaan sajak, puisi dan lagu puisi oleh sasterawan negara Dr. A. Samad Said dan 5 persatuan penulis Kelantan iaitu PPK, PUSPA, GEMA, PESISIR dan ASWADA.
Sedang menggesek Violin mengiringi pembacaan puisi oleh YB. Mohd Farid Saad
Pada kemuncak acara malam tersebut, kumpulan dari Dewan Budaya USM telah mempersembahkan sebuah dekon yang bertajuk Murai Bumi karya dan arahan senibayan. Skrip ini pernah memenangi skrip terbaik pertandingan dekon antara universiti 2003.
Cerita mengisahkan Dr. Dahari Awang Cha yg berkelulusan PHD bergiat sebagai penglipur lara Awang Batil yang diwarisi dari ayahnya Awang Cha Murai Utara. Dr. Dahari telah mengutarakan isu-isu kemanusiaan dan kedamaian yang mana telah lari dari konvensi Awang Batil zaman arwah ayahnya.
Dr. Dahari yang telah menerima tokoh seni dari serata dunia ingin mewariskan permainan Awang Batil kepada anaknya Mail. Malangnya Mail gagal mewarisinya akibat kecacatan “down sindrom” yang dialaminya. Monolog ini dilakunkan oleh dua orang pegawai kebudayaan USM iaitu sdr. Nurhelmi Othman (Mamu) yang pernah memenangi anugerah pelakun terbaik dekon 2003 dan Zulkifli Che Hussin (Abe Yoh). Persembahan diakhiri dengan nyanyian lagu puisi murai bumi oleh sdr. Azmeer.
Terima kasih kepada Cikgu Ahmad Hashim (senibayan) dan kuncu2nya kerana telah mementaskan sesuatu yang tebaik pada malam tersebut.
Dekon Murai Bumi lakunan Nurhelmi Othman dan Zulkifli Che Hussin.
Semasa berada di Kelantan baru2 ini juga, aku telah didatangi oleb beberapa orang anak muda tempatan yang ingin bertanyakan mengenai muzik makyung kepada aku. Atas dasar seorang penggiat yang sudah bepangkat bapa, aku tidak sanggup melihat anak2 muda ini hampa, kerana apabila aku melihat kepada air muka percakapan mereka2 ini jelas ada satu hajat dan harapan yang mereka inginkan dari aku. Disamping itu juga mereka ada membawa sebuah rebab untuk dipelajari.
Jam pada malam itu sudah pukul 3.30 pagi. Mereka bermohon diri untuk pulang kerana salah seorang dari mereka masih belajar di sebuah politeknik. Mereka berjanji akan datang menjemput aku pada malam keesokannya untuk membawa aku ke sebuah rumah tempat mereka berlatih di kg Tendong Pasir Mas. Katanya pada malam esok ada beberapa orang lagi kawan2 mereka akan hadir bersama di dalam sesi latihan.
Walaupun didalam keadaan mengantuk, tp aku berpuas hati kerana masih ada lagi dari kalangan anak2 muda kita yang memang minat gila kepada muzik makyung. Dan dengan cara inilah aku dapat mengambil kesempatan yang singkat ini untuk menurunkan sedikit sebanyak ilmu muzik makyung yang aku pelajari suatu masa dahulu kepada pelapis muda semoga ianya tidak lenyap begitu sahaja.
Sekurang2nya kamulah antaranya yang akan menjadi penyelamat kepada rebab dari terkubur di tanah kelahiranku walaupun ada diantara anak watan di bumimu sendiri yg mengatakan alat ini sgt susah utk dipelajari….. Nak mengajar/belajar seribu daya, malas mengajar /belajarseribu dalih.
Menyambut Menantu
Majlis menyambut menantu telah diadakan pada 26hb februari 2009 di rumah pengantin laki-laki kg Pantai Senok. Majlis juga dibuat sempena dengan 40 hari pemergian bonda yg tercinta. Di dalam kesempatan ini rasanya tidak terlewat lagu untuk Ayahmat dan ahli2 Dikirbarat.net mengucapkan selamat pengantin baru kpd anaknda berdua, semoga ikatan kasih sayang anaknda berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat.
![]()
Kata nak mari pukul 10 takdi, ni pukul 3 ptg doh baru sapa…mari cepat sikitlah… tak cekat tunggu doh nih.
![]()

Antara wakil Dikirbarat .net yg hadir ialah dari Trengganu, Penang, Kelantan, Selangor dan W.Persekutuan.