Belasungkawa I

Pak Sin Tempoyak atau nama sebenarnya Hashim bin Mamat dilahirkan di kampung Tempoyak Bekelam Bachok Kelantan pada tahun 1924 dan dibesarkan di Kedai lalat (nama lama kg. Kota Jembar). Pernah belajar di Pondok Pauh Panji sebelum perang jepun. Disamping belajar agama, Pak Sin juga belajar bersilat dari guru agamanya iaitu Hj Hussin Pancur. Selepas itu beliau telah mengembara ke serata tempat untuk memperdalami ilmu persilatan dan bermacam2 lagi. Pak Sin pernah mencerita kepada aku, semasa beliau sedang menuntut ilmu Hakikat Perang di Wilayah Narathiwat Selatan Thailand, telah meletus pertempuran antara orang-orang melayu dengan sepasukan polis siam yang dikenali sebagai “Perang Dusun Nyiur” pada bulan april 1948. Kalau tak silap ingatan aku, Pak Sin mengatakan sewaktu itu beliau berada di rumah Hj Mat Karang.  Dalam asakan peluru senapang yang tidak mengenal kawan atau lawan dan asap yang berkepul2 selama sehari setengah itu,  Pak Sin telah diberi tugas keluar ke halaman rumah untuk mengambil mayat dan pejuang-pejuang melayu yang tercedera, tetapi Pak Sin telah diberi amaran supaya tidak melintasi sempadan yang sudah ditetapkan untuk mengelak daripada terkena peluru musuh. Dikatakan dalam tragedi tersebut dianggarkan seramai 400 orang melayu dan 30 polis siam telah terkorban. Tp ada juga aku terbaca di dalam satu sumber mengatakan lebih dari 1,000 orang melayu yg terkorban. Wallahualam….

DSC02621

  Hashim bin Mamat @Pak Sin Tempoyak (1924 – 2009).

 

Apabila kembali ke Kelantan dalam tahun 1953, Pak Sin mula belajar ilmu permainan bageh dgn Pak Da Yasin, iaitu sejenis ilmu pengubatan tradisional, sehingga pada masa itu Pak Sin dikenali dengan panggilan “Hussin Tok Bageh”. Sebenarnya minat Pak Sin kepada macam-macam permainan tradisional ini sebelum itu lagi. Kemudian Pak Sin belajar pula bermain Peteri dengan seorang perempuan yang tinggal di Bukit Marak. Pada peringkat permulaanya Pak Sin bergabung dengan peteri Limah Anak Rimau Babong kerana memandangkan Limah seorang perempuan yang sudah tentu tidak dapat melayan pesakit yang mempunyai angin silat. Tambah lagi Pak Sin dan Limah mempunyai pertalian keluarga yang dekat. Mengikut apa yang diceritakan oleh Pak Long Awang kepada aku, oleh kerana banyak tempahan-tempahan pihak orang sakit yang berkehendakkan kepada Pak Sin untuk main peteri pada masa itu, maka kadang-kadang upacara bageh dibuat pada siang hari dan main peteri dilakukan pada malamnya.

Disamping itu juga Pak Sin ada mempunyai kumpulan kertok, ulek banda, berarak inai dan berbagai lagi. Dalam bidang persilatan pula, Pak Sin terkenal dengan tahan sakit dan kepala keras. Dalam pertengahan tahun ‘"’60an dulu, iaitu  semasa aku masih di sekolah rendah, pernah aku menyaksi beberapa kali beliau bersilat dengan regunya yg bernama Mat Hasaan. Dalam kenakalan beliau bersilat, Pak San akan melambung batu bata dan ditanduk oleh Pak Sin dengan kepalanya.

Sebenarnya banyak sekali keunikan yang ada pada beliau dan memang diketahui oleh masyarakat umum, tetapi aku malas nak ceritakan di sini banyak-banyak. Teringat aku satu peristiwa yg berlaku 28 tahun yg lalu iaitu sewaktu beliau menyampaikan “Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian” kepada salah seorang budak kampung aku. Ditetaknya budak kampung aku dengan sebilah pisau menyebabkan aku lari masuk bilik kerana ngeri melihatnya. Kalau beginilah cara penyampaian ijazah di dalam acara konvokesyen di universiti sekarang ini, aku rasa habis bertaburanlah graduan-graduan  lari keluar dewan. hehehe….

 DSC02627

 

Untuk diri aku sendiri pula, banyak juga pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat dari beliau sewaktu aku mengikuti kumpulan peteri Pak Sin dahulu, walaupun hanya sekali sekala. Apa yang aku tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini antara aku dan Pak Sin ialah beliau orang yang pertama membawa aku bermain mak yong bertiket dgn tujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada aku. Tempatnya di kampung Kok Jerat Sg. Pinang Tumpat.  Dalam kesempatan ini juga aku boleh belajar dgn Dolah Kubang Telaga. Aku masih ingat lagi Pak Sin menamakan kumpulan mak yong tersebut dengan nama “Mak Yong Hussin Appolo” sempena dengan nama roket Apollo yang berjaya mendarat di bulan dan menjadi bahan perbualan hangat masyarakat kampung pada waktu itu.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar seorang tokoh dan penggiat yang sangat berpengalaman dan berpengatahuan dalam dunia perubatan tradisional, kebudayaan dan kesenian melayu Kelantan. Semoga rohnya di tempatkan oleh Allah bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman. Amin.

40 thoughts on “Belasungkawa I

  1. Alfatihah buat arwah pak sin..
    masa kecik2 di zaman tidak tahu apa permainan peteri ni… ambo dok ingat ko oghe wat lucu pasal dok hiling kepala gi mari.. kami budak2 dok pakat suka di tepi basal oghe main peteri.. kesudahan tido di pangkin ayah dan mak sebab mengatok tengah male..

    hari ini.. mengenal erti keindahan kesenian melayu tradisional kelantan melalui pak lokan dan tulisan2 beliau membuatkan diri ini terasa sayu kerana sekian hari sekian hilang ditelan zaman perkara2 ini..

  2. al-fatihah…
    hakikat sebuah kematian…
    pergi membawa ilmu didada…
    kalu tidak sempat diwariskan,,,tamat sudah sanad ilmu itu…
    semoga lahir lagi orang yang mahu mengisi dada2 mereka dengan ilmu kesenian ini…

  3. kita mungkin sudah terlewat utk menjadi dia..tapi sebolehnya hujung kuku dia pun jadi la..semoga tuhan cucuri rahmat ke atas rohnya dan panjang usia semua guru ku yang masih ada..alfatihah…

  4. mengenai cerita peprangan dalam dusun nyior,ambo pernah juga diceritakan oleh orang.pada masa tu semua berkumpul dalam masjid.kalu tak silap ambo sorang pon x dibenarkan keluar masjid sehingga arahan dikeluarkan oleh ketua.kalu keluar kena peluru…wallahua’alam

    kampung dusun nyior ialah kampung di sebelah patani

  5. Adat orang tua2 kampung ambo dulu2, bekwoh ore mati ni kalu makan 3 hari jamu serabe, makan 7 tujuh hari jamu tepung apam, makan 40 baru jamu nasi….

    Loni tradisi ni takdak doh bakali…

  6. Ore hok bijok supo ore jepun ngan ore putih pun make kabo wei……. Wat ubat bijok…. Tera lah kalu nok bijok gak..

  7. amalan make seraban, jamu tepung apam, makan 40 baru jamu nasi diceritakan kepado ambo ado kaitan dengan keadaan al-marhum dale kubur.katanya seraban menggambarkan keadaan mayat dalam tanah selepas 3hari mula kembung digambarkan dgn tepung apam,kemudian selepas tu berair pecah digambarkan dengan seraban.ambo tok ingat serabe dulu ko tepung apam dulu.

    amalan ini xdop doh.bida’ah @ bedo’oh sbb tu ore x buat dh.wallahu a’alam

  8. aloh ggupa nih..
    potong stim betul

    bidaah ni ada dua dalalah dan hasanah.. dalalah sebab kot tu lah..

    hasanah ni kalu keluarga arwah wat jamuan niat nok wi sedekah.. pahala niat ko almarhum kan ke molek

    kan itu antara tiga perkara yang tak putus walau mati.. dok gitu eh ustat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>