Program Penang Mantra Buana 2009 merupakan sebuah persembahan pentas yang mempunyai pengisian persembahan-persembahan Melayu bercorak tradisional melibatkan dua buah wilayah, iaitu wilayah utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang) dan wilayah timur (Kelantan).
“Mantra” bermaksud dimensi yang merujuk kepada bentuk persembahan tradisional Melayu yang terdapat dalam beberapa jenis, seperti tarian, penglipularaan, persembahan kumpulan (samaada dalam bentuk muzik, pergerakan atau gestura badan) dan permainan bayang (wayang kulit). Beberapa contoh yang boleh menggambarkan dimensi-dimensi ini adalah seperti tarian Terinai, Hadrah, Awang Batil, Kumpulan Gendang Keling, Wayang Kulit Gedek, Boria, Tarian Joghee, Dikir Barat, Mak Yong, Tarik Selampit dan Wayang Kulit Kelantan.
Mantra ini pula boleh berbeza mengikut demografi sesuatu tempat. Hal ini disebabkan oleh persekitaranmanusia yang mempengaruhi pemikiran, falsafah, adat atu kepercayaan penduduk sesuatu kawasan serta budaya yang lazimnya juga sedikit berbeza, malah mungkin berbeza sama sekali. Mantra juga boleh mewakili kenegerian (Dalam konteks negeri-negeri yang terdapat dalam negara Malaysia) atau mewakili arah mata angin seperti utara, selatan, timur dan barat.
Manakala perkataan “Buana” pula membawa maksud alam semesta/alam sejagat/dunia. Kombinasi dua perkataan ini membentuk Mantra Buana dan didefinisikan sebagai dimensi persembahan tradisional melayu.
Keratan akhbar The Star 11 Julai 2009
Di dalam pementasan tradisional yang berlangsung selama dua malam tersebut, aku rasa kebanyakannya sudah pun ditulis orang mengenai pengenalan, asal usul dan bentuk persembahan. Cuma apa yang aku utarakan di sini ialah sejenis persembahan tradisional yang sangat susah sekali untuk mendengarnya sekarang ini apa lagi hendak menontonnya. Persembahan yang aku maksudkan di sini ialah Selampit.
Selampit ialah satu bentuk penuturan cerita oleh seorang penglipulara yang sama kategorinya dengan Awang Batil, Awang Belanga dari Perlis. Di Malaysia ada terdapat dua bentuk penuturan cerita penglipulara ini yang kedua-duanya menggunakan nama selampit, iaitu selampit Perlis dan selampit Kelantan. Perbezaan antara kedua-dua selampit ini ialah;
1. Selampit Perlis – cara penyampaiannya berbentuk seperti gurindam dan seloka. Sekali aku dengar macam karut patani dalam dikir barat. Disepanjang persembahannya hendaklah sentiasa ada asap kemenyan yg berkepul-kepul. Tidak menggunakan sebarang alat muzik iringan, hanya cukup dengan seorang pembantu yang bertugas menjaga tempat perbara supaya sentiasa berasap. Tapi sayangnya permainan Selampit Perlis telah terkubur setelah mati penggiatnya yang terakhir iaitu Pak Mail kalau tak silap aku pada awal tahun ‘90an dahulu.
2. Selampit Kelantan – cara penyampaiannya berbentuk nyanyian dan bahasa yang bersajak dan diiringi dengan gesekan rebab yang dimainkan oleh Tok Selampit itu sendiri. Selampit Kelantan juga ikut terkubur setelah matinya pelapis yang terakhir pada akhir tahun ‘90an dahulu iaitu Mat Nor Awang (Pak Da Nor).
Bagi orang-orang tua di Kelantan, persembahan ini dipanggil “Tarik Selampit”. Perkataan “Tarik” bererti mengalunkan sesebuah lagu. Perkataan ini bukan sahaja diguna oleh orang-orang tua di Kelantan sahaja, malah ianya diguna juga oleh orang-orang tua di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dengan maksud yang sama. Bahkan didalam teater bangsawan pun jika terdapat alunan nyanyian yang membawa kepada perasaan sedih dan pilu, ia juga disebut sebagai “Tarik Nasib”.
Selampit pula bermaksud menyampaikan cerita atau perihal. Mengikut cerita orang dahulu kala, asal selampit ini bermula dari kesah seorang raja yang baru mendapat seorang putera laki-laki yang cantik dengan permaisuri tuanya, menyebabkan isteri muda telah mengupah nujum supaya mengkhabarkan kepada raja yang putera itu sangat celaka dan hendaklah dibuang ke hutan. Semasa berada dalam buangan inilah kulit putera itu telah ditumbuhi oleh kudis kerapu yang menyebabkan putera ini berjalan keluar ke kedai bugih kedai pesara di negeri Seranting Jatuh Segedung Dua untuk meminta sedekah. Sambil menggesek rebab sambil menyanyi ia menceritakan kesah dirinya dari awal hingga dia terjadi demikian. Oleh orang ramai yang mendengarkan rintihan tadi memanggil putera itu sebagai “Budak Selampit” iaitu budak yang menceritakan kesah-kesah dan kejadian.
Kalu Mak Yong mempunyai cerita tonggaknya iaitu Dewa Muda, Wayang kulit mempunyai cerita Seri Rama, maka riwayat Budak Selampit ini pula menjadi cerita tonggak didalam persembahan Tarik Selampit yang lebih dikenali dengan nama cerita Selampit atau Awang Selampit, disamping cerita – cerita yang lain seperti Raja Dera, Megat Si Gembang, Awang Lutong dan lain lagi.
Wallahua’lam.
“…negeri Seranting Jatuh Segedung Dua”
- negeri mana ni ayohmat weh?buke tanah serendah sekebun bunga nih..
“…Raja Dera, Megat Si Gembang, Awang Lutong dan lain lagi.”
- tok beso dengar riwayatan cerita ni..mugo tokdan dengan tok selampit. kalu awe kapok besar tau la heheh…
Mengikut kata Tok Selampit, negeri Seranting Jatuh Segedung Dua ni ialah negeri Perak jame dulu..
Cerita Raja Dera, Si Gembang, Awang Lutong ni ialah cerita yang masyhur dlm selampit tu lah..kalu cerita awang mata sebelah, awang kapak besar tu sama kategori nga cerita kanak2 supo nga cerita mat jenin jah..
Nok keno bagi Abg Lokan tarik selampit biar lama sket nanti. Baru puah..
Mek Nura tok ser tok laki…..
Gua putih berlumut hijau ko, Batu putih berlumut hijau??
Mamoh kabo ni gak tukar namo pulak doh..
Maah la ayoh mat wei…. Gu nya wat krenat…. Harap ke maaflah… Ampun bribu ampun…. Malah doh nak masuk Lokan Bertepuk ni….. Jo nguca ore jah kito ni…. Supo hapas tebu di bowoh rokas… Daun kayu di tengoh jalan…
Malas masuk bakpo puloknyo, ambo x marah eh…
Subhanallah..
kena mitak penganjur wat di Kuala Lumpur lah getek ayah mat…
xterjangkau ilmu didada…
Semasa sidang rehearsal Matra Buana bermula dengan Selampit ( Che Mat Jusoh ) membuka pentas, diikuti Awang Batil ( Faizal Perlis ), Tok Dalang ( Pak Majid ), Dikir Barat Motor Cross Kelantan diakhiri oleh Hadrah Perlis masing-masing bermain selama 15 saat dan kemudian semuanya bermain serentak di pentas. Maka berteraburlah pelbagai bunyi melimpah di pentas. Che Mat Jusoh terus bangun memberi arahan supaya bunyi-bunyian oleh semua seniman di pentas itu dimain dalam satu nada. Che Mat sendiri secara spontan terus menggubah nada dan bunyi mengikut rentak dan pukulan yang sama. Hasilnya lebih disiplin, lebih sedap didengar. Itu yang buat aku hormat Che Mat dan terus aku berbisik kepada seorang rakan, ” Aku betul-betul tabek kat Che Mat Jusoh yang cukup peka pada keharmonian…keindahan ” Terima kasih Che Mat, minggu depan T/Shirt Matra Buana akan muncul di depan ofis.
Selampit vs Awang Batil di pentas Matra Buana
bunyi rebab dan batil malam itu
biarpun dalam loghat dan sebutan apapun
adalah selembar langit dari timur dan titip suara dari utara
yang sama-sama bercerita
tentang matra, tentang buana
tentang manusia
dan cinta.
gesekan tali rebab itu bergetar memercik sayu
ketukan batil memungut serumpun rindu
demikian penglipur lara itu terwarta
di penjuru dada
penuh bangga
Pkat dok pong ayoh mat….. Gelembung lube hidung tu…. hahahahahah…
Maaf jika pandangan saya ini kurang betul nya…. Setahu benak hati jahil saya,mengikut ajaran Islam alatan muzik yang bertali dan mengasyikkan adalah haram. Permainannya menimbulkan rasa asyik dan menyebabkan kelalaian… Lagi pula permainan rebab di iringi nyanyian,tidak kira di hati mahupun secara terus di mulut saudara… Bermakna sekiranya saudara sentiasa bermain rebab,selagi itulah dosanya terus nyata…. Apa pandangan saudara…. Maaf kira pandangan saya ini menimbulkan rasa kurang enak kepada seluruh pengunjung Lokanbertepuk… Walaupun pahit,inilah hakikatnya….
Seni dan Hiburan Dalam perspektif Islam
Lihat Zubir Ali (1999), “Muzik: Satu Pandangan”, dalam Seni dan Hiburan
Dalam Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Penerbit KAGAT dan Jabatan Pengajian
Media, Universiti Malaya, h. 68.
9 Ibn ‛Abd Rabbih, al-‛Aqd al-Farid, III, h. 178.
30 Berhubung pandangan ulama mengenai muzik, sila rujuk Abdullah Yusof,
“Industri Hiburan Dalam Islam: Analisis Dari Sudut Persejarahan Awal dan
Penilaian Hukum” , Jurnal Syariah, Jil. 8 Bil. 1, Januari 2000, hh. 31 – 37.
31 Sidi Gazalba (1981), op.cit., h. 146.
http://myais.fsktm.um.edu.my/7539/1/48-67_Dr_Abdullah.pdf
isyt.. isyt.. kalu lah ada rakaman untuk dikongsi…
emm..
Terima kasih lah selasih senja kerana memberi takzirah dlm blog ambo ni..mudah2an tuhan memberi rahmat ko demo….. pahtu serunai lagumana, demo tak siup doh ko loni?? sbb dlm hadith pn ada jgk sebut umar marah ore siup serunai..hehehe
yak…. guano rukas alah ko ambo ayoh mat…. ambo tiup caro islam… hahahahahaha….. selasih ni ore wat minum ngan air sirap ko ? brona weh….
hidup mesti berintegriti..minda kelas pertama…
ayohmat tadak kato ko cik mamoh kabo tow.. guana derah berasa tow? selasih senja nama buleh berkira
asyik lagu mana yg dikelaskan dlm haram?agak subjektif tu?kalau boleh jelaskan lagi molek utk tatapan kita yang jahil ni..
alat muzik bertali..rebab bertali?cmana dgn rebana dikir barat..alat muzik dikir barat..adakah sama hukumnya..jika haram juga..kenapa tuan guru nik aziz benarkan..?adakah tuan guru trlepas pandang hal ini?hahaha
Kalau dah suka…. Semua baik….
Lagu mano kalu kito gocoh skali…. Selasih wei….. Cemar namo aku jah….
sabar mamoh kabo..hehe
Biar la yei wei, ada ore nk berlatih jadi tok dalan wayang kulit pulak..
Abe mat che kob buleh buat ko nali suna ?
igat IP tow..haha..
igat doh.
hihi…dok pikir dale hati begamok dale dada..molek mengepek tange melimba..apakah niat apa tujuan kejadian nak selit hujung tanduk tirus dengan cara itu..kalu nak tegur biarlah berhemah, kalu nak bincang biar telus dan jujur..takdok guna membawa selimut tebal mengajak tidur bersama hutan dingin jika dalamnya terselit gunting untuk merobek lipatan ukhwah sedia ada..semoga dijernihkan kembali ayer bertakung dilopak itu..ahaks..
*mulut mengepek…
payah begoni.. nok bekecek pun kita budok kecik..
Budok kecik pun kalu setakat 2 bukus NK tu main2 jah…
budok kecik ni dan dia tunduk, lambat nk bengoh doh…hahaha
hah..kok tu..NK nah dih..
haaaaa baram baik tuh!
hihiihihih..
Pak Mat,
aki tak dapat cari duit utk nak beli gamelan lagi ni.. hehe..
kalu nak beli Gong utk muzik asli bleh dapat tak? (yg quality ok punya la).
ALATAN MUZIK YANG DIHARAMKAN DALAM ISLAM
Al-Ma‘azif iaitu sejenis alat muzik yang bersenar (bertali) banyak.
Al-Mazamir iaitu alat muzik yang ditiup seperti seruling.
Al-Awtar atau Al-‘ud iaitu alat muzik yang bertali sejenis kecapi.
Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil yang ramping di tengah.
Al-Kamanjah iaitu Biola.
Al-Rabab iaitu alat bunyian (seperti biola) yang bertali dua atau tiga.
Al-Shanj iaitu canang, berupa dua piring kekuningan yang diadu.
Al-Junk atau Al-Thunbur iaitu alat muzik yang dipetik yang mempunyai leher panjang dan mempunyai tali daripada tembaga (berasal dari Parsi).
sumber nyo cik jani?
Pengharaman alat-alat muzik yang dinyatakan di atas berdasarkan hadis-hadis berikut;
Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam : Maksudnya: “Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma‘azif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib (cross)dan perkara-perkara jahiliah… * (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy).
Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang telah berkata: Maksudnya: “Kubah itu haram, dannu itu haram, ma‘azif (alat muzik bertali) itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram”(Hadis riwayat Ahmad)
Di riwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengharamkan bangkai, judi dan kubah yakni thanbur (bukan thunbur perang)”.
Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah (sejenis gendang) dan ma‘azif”.
Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk membinasakan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup” (Hadis riwayat Ad-Dailami)
Demikian beberapa hadis yang menjadi dalil tentang haramnya alat-alat hiburan (muzik). Para ulama mazhab Al-Syafi‘e juga telah menghukumkan bahawa alat-alat muzik itu adalah haram, sebagaimana yang disebutkan oleh hadis di atas.
Imam Ibnu Hajar pula menyebutkan dalam kitabnya Al-Zawajir bahawa Abu Al-Abbas Al-Qurtubi telah berkata: “Adapun alat-alat muzik yang ditiup (al-mazamir), alat-alat muzik yang bertali (al-awtar), alat-alat muzik yang digendang (kubah), maka tiada perselisihan ulama pada mengharamkan mendengarnya dan aku tidak mendengar seorang pun daripada ulama yang muktabar sama ada daripada ulama salaf dan juga khalaf yang berpendapat mengharuskannya. Dengan hal yang demikian tidak syak lagi pada mengharamkannya dan tentang fasik dan berdosanya orang yang melakukannya, kerana ia adalah syiar (tanda dan lambang) bagi penggemar-penggemar arak dan penyokong-penyokong perbuatan fasik”.
Sesungguhnya ulama-ulama dalam mazhab Syafi‘e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan kita dapati juga ulama-ulama mazhab lain seperti ulama mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat demikian.
Ambo tulong royak…. Demo nak paka ko tok ser atah demo sdiri gu…..
lagu mana denga geduk masjid hok ore dok katok panggil ore sembahyang tu…dlm kategori sama denga rebana jgk tu..nak kira lagu mana tu?nak tahu jgk..
“alat-alat muzik yang digendang “…ayat ni maksud ambo…
Bukan semua di haramkan….. Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil yang ramping di tengah… Kalu nak seribu daya,kalu tok ser seribu alasan…..
Guano senyap weh……
assalamualaikum wbt..kepada semua pengunjung lokanbertepuk.com…
ambo tersenyum melihat banyak hadis hok di quote..dalam satu riwayat abu dawud dan tirmidzi..Rasulullah senyum melihat satu kumpulan penyair yang bermain sejenis gendang sambil bersyair…
masa zaman kegemilangan makkah dan madinah..ada sejenis alat yang seakan gendang yang digunakan untuk memeriahkan majlis2 keramaian..
jadi…sedara yang berkenaan..Ilmu Allah adalah teramat luas.. sepandai2 manusia didalam dunia ini..belum pon mampu mencecah setitik ilmu Allah..jadi sebab itulah kita perlu mengkaji dan meneliti..
Hadis2 yang di riwayatkan seperti yang di quote oleh saudara diriwayatkan pada peristiwa apa?? saudara perlu meneliti asbab al wurud hadis tersebut..
Untuk mengharamkan sesuatu..kena merujuk kepada nas yang membawa dalil Qati’ al-tsubut…kalau masih dalam keadaan untuk diperbahaskan atau qati’ al-dalalah..panjang lebar untuk di putuskan…
saudara seolah mendabik dada dengan komen2 saudara yang tidak dijawab..”berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah..tapi apabila salah memilihnya membuat kita jadi terleka”..sheikh al-Qardawi..
Setiap yang melekakan itu haram..tapi setiap hiburan itu tidak semuanya melekakan..kalau di ambil contoh dari segi dendangan tazkirah seperti yang dilagukan oleh ulama’ muttakhir..mereka berlagu sayu dan membawa mesej2 yang menyedarkan ummat..adakah ini haram??
bagaimana saudara menginstinbatkan hukum nyanyian nasyid..
bagaimana saudara menghuraikan tadarus bertarannum al-Quran?
Jika seseorang yang melakukan ibadah sekalipun jika ada sekelumit perasaan riak dan takabbur,sia-sialah perbuatan nya itu..(Qaradawi)
Bagaimana saudara menghuraikan kenyataan ini?
Afalatatazakkaruuun…-mengapa engkau tidak mahu berfikir??
Adakah di Lokan Bertepuk ni ado hok bernasyid,bertarannum,hok bernyanyi lagu2 menyedarkan umat……. Ambo tidok kato semua haram…. Jgn saloh faham… Ambo cuma oyak muzik hok x brapo comel,bkn tok comel.. Ambo mengkhususkan pada alat muzik yang di bincangkan dalam Lokan Bertepuk ni jah… Nasyid,hadrah dan seangkatan dgnnye tu ambo tok kato pun tok molek…. Kalu ambo saloh,ambo mitok maaf….
Maah lah ayoh mat,ambo dok ngaca sini….
soalan ambo mamoh kkabo bakpo tok jawab??..takpo lah..mungkin tok sey ppanah line..untuk pengetahuan mamoh kkabo..laman web ni ialah demi membincangkan soal seni tadisional kelantan dan sealiran dengannya..jadi soal nasyid,hadrah,tadarrus tidak dibincang disini..
kalau soalan adakah pengunjung dalam lokan bertepuk ni ada ko hok nnasyid atau sebagainya yang sealiran..jawapan nya ada..ambo qari bermula dari sekolah rendah..ahli nasyid dan sekarang belajar di uia..
quran dan hadis adalah sumber utama..dan sumber kedua pula ijma’,kias,urf, dan sebagainya…kita perlu mnyelidik setiap asas nas itu agar mendapat kefahaman yang objektif dari segi lahiriah dan batiniah..
zat dan pembawakan aalah dua watak berbeza..wassalam…
aaa…smeta ko kita tak rajin dok ngaji ppondok..derah nyo jerkoh mari teh..hehe..xlih breti letih smeta nyo kato senyap dah..hehe..
hok ambo pehe nga dunia ni ggini..sebagaimana muslih royak la, kalu nak kutip petik cuit hadis tu sikit, hadis ni sikit bertujuan nak sempitkan dunia, maka kita xlih wat apa satu pun. Nak ambik hadis mana untuk rujukan xsalah tapi biar taip abis la kaitan dan sebab musabab tubik jadi kok tu tu.
Dia xlih smeta kita xpalu, kita xsiup, nak wi haram blako. Kalu kita siup sdiri..ada plak hadis hok buwi benda ni..nyo cari jjupo molek2 eh..
Soalan ambo demo jawab hok xlihnya alat muzik seperti gedombak dan darbuka..kebanyakan kumpulan nasyid di malaysia menggunakan darbuka sebagai muzik iringan lagunya..akhir-akhir ini dah masuk muzik moden seperti gitar, drum dan sebagainya dan dikategorikan sebagai nasyid kontemporari..bagaimana hukumnya ini??
Kalu dok di demo hukum ni..Kesian Asri Rabbani…sembahyang lekuk dahi-dahi..tapi selama itulah dosa terus nyata..ambo lagi kesian..dahi pun belum lekuk lagi..hehe..
Apa pun tabik ko mamoh kkabo nga selasih senja..demo ore sobar..kalu ore lain marah dah ambo nnulis ggini..hihihi..
ambo ni tidak pandai alah mana kalu pesen nak amik dail naqli yang qati’e…. lepas tu rembah wi atah muko oghe… sebab kita tidak setuju hati dengan ggapo hok oghe tu buat.. royak mmolek apa salahnya?
oghe tua ambo selalu berpesan,
“benda hok mu tok berehi tak leh lare nga kuasa, mu oyak mmolek, tok leh oyak, mu niat tok berehi, lepas tu jangan kita dok dekat lah”
hok ambo pakai ari ini tu lah.. dengan prinsip hok ada.. ambo lebih ramai saing daripada musuh… kalu ayoh mat tidak gesek rebab, tidak begendang, barangkali ambo tidak kenal dia nih… kalu pun selisih tengoh jale tidak akan bermakna lah..
walaupun hukum kata haram ko kot mana ko.. amik hok molek lah.. Alhamdulillah, kebanyakkan pengunjung Lokanbertepuk ambo kenal hati budi.. takdok hok pesen nok kekoh gemalo atau nok tetok atah belake..
ibarat kata.. kalu ada satu perkara berlaku, seribu orang suka, satu orang beci.. adakah benda itu menjadi tidak tepat?
Hubungan sebuah manusia ada tiga, Hubungan dengan Allah, Hubungan dengan Manusia dan Hubungan dengan Alam….. Setahu ambo.. redha Allah itu boleh dilihat melalui redha manusia atau redha alam ke atas perkara itu… ketiga2 berkait antara satu sama lain..
Sekodar hok ambo kenal pak lokan.. tak pernah sekali pun beliau menyalahkan yang betul dan membetulkan yang salah.. sedang ramai lagi yang bersifat demikian..
mamoh kabonyo tak ubah seperti ore buka keda runcit tak laku…
guano senyap dah toww…hahahahahaha..
Ada sapo2 lagi ko yg nak bagi pandangan nih….
kalu ada, silakan…
Assalamualaikum semua…
Assalamualaikum semua..
Pak Mat,
Aki nak pergi penang Ogos nanti.. kalu nak beli gong utk muzik asli bleh dapat tak?
w’sl jkk…jeput masuk…
1. Waalaikumsalam JKK.
2. Nanti saya bagitahu kpn en. Jufri sbb dia yg selalu mengurus psal pembelian alat2 ini. Konvo 12hb – 16hb Ogos 2009.
Nak tra royak bari la pulok…
Kelompok pemuda islam yg bergabung di bawah himpunan Seni Budaya Islam HSBI nk bergiat di dalam kesenian, terutamanya utk menyaingi Lembaga Kebudayaan Rakyat LEKRA yg di gerak oleh Parti Kominis Indonesia utk menarik pemuda2 islam. Tp apabila puok HSBI ni nk bergiat didalam kesenian maka ada halangan, kerana dikatakan tidak selaras dgn bertentangan dgn islam dsb.
LEKRA telah berkembang pesat dan membuka pintu seluas2nya utk mereka2 yg ingin bergiat didalam kesenian ini tanpa bimbang dihukum haram. Dgn ini mereka berjaya menarik sebilangan besar pemuda islam. Bagi mereka2 yg sedar makin kecut perut apabila melihat kawan2 mereka sudah terkena perangkap LEKRA. Tp apakan daya, kaki tangan mereka sudah di ikat oleh pandangan lingkungannya yg berkata islam menentang kesenian ini.
Ketika inilah HSBI telah menemui bebrapa tokoh ulama dan intelektual islam untuk diberikan fatwa bolehkah mereka berseni atau tidak. Kalu tidak boleh, marilah sama2 kitan menonton betapa pemuda2 islam kita terperangkap oleh mangsa komunis melalui kesenian.
Maka telah di adakan satu Musyawarah Seniman Budayawan Islam di Jakarta pada 15 – 17hb disember 1961 yg disertai oleh tokoh2 agama dan intelektual islam, di pimpin oleh Prof. Dr. Hamka, ulamak, seniman.
Setelah perbincangan dan perdebatan dan praktik kesenian itu sendiri, maka ada yg ingin melarang aktiviti kesenian dan ada pula yg ingin membiarkan saja aktiviti kesenian itu. Di antara dua pandangan yg berlawanan itu, muncul pula satu pandangan dari Kyai H.H. Jamaan yg menarik sgt perhatian. Katanya, Kita boleh melarang kesenian, tp apakah puak2 muda ni dengar buah kita, mereka akan berjalan terus dgn kesenian mereka. Apakah tidak lebih bijak kalau kita benarkan mereka berseni, kemudian kita bimbing mereka supaya jgn terpesong dan kita cegah mereka supaya jgn bertindak haram dalam kesenian.
Sumber rujukan: Drs. Sidi Gazalba. Pandangan Islam Tentang Kesenian.
Pustaka Antara 1977.
Komen ambo: Alangkah indahnya cara penyelesaian dan pendekatan yang disarankan oleh Kyai H.S. Jamaan itu. Seolah2 menarik rambut dale tepong bokor, rambut tak putus tepong bokor tak punah… Teringat ambo satu cerita yang diberitahu kpd ambo tentang bagaimana pendekatan yg dibuat oleh Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan untuk menghapuskan budaya perjudian yg berleluasa di kampung ambo sebelum perang dunia pertama dahulu.
Wassalam…
Ni nak tera sambung sikit lagi..
Maka diadakanlah musyawarah seniman budayawan islam di Jakarta pada 15 s/d 17hb disember 1961, disertai oleh tokoh2 ulama dan intektual islam, dipimpin oleh Prof. Dr. Hamka, ulamak-seniman.
Elok kita dengar pula pendapat sejumlah orang yang berwenang dan berwibawa dalam islam tentang kesenian, disampaikan oleh H. Abdullah bin Nuh (wakil kaum ulama) melalui kertas kerjanya yang bertajuk; Kebudayaan dan Kesenian menurut Hukum Islam.
-Mahmud Syaltut, Syaikhul Azhar berfatwa, bahawa ia cenderung kepada pendapat, tidak ada alasan berdasarkan Qur’an, Hadis atau Qias yang mengharamkan suara merdu berirama (seni suara) berserta alat muzik apa saja (seni muzik).
-Al-Nabusi (ulama abad ke Xl H) berfatwa, bahawa hadis2 yang dianggap alasan untuk mengharamkan muzik adalah menunjukkan haramnya itu ialah kalau berhubung dengan perbuatan2 haram, minim arak, berzina dan sebagainya.
-S. Hassan al ‘Attar (Syaikhul Azhar abad ke Xlll H) berkata, barangsiapa tidak terharu oleh syair yang indah, disertai bunyi alat berwatar, di tepi sungai dibawah pohon rendang, maka iaitu bertabiat kasar, keledai.
-Pada Abdullah bin Zubair (sahabat Nabi) ada beberapa jariah yang pandai main gambus.
-Syair Hassan bin Thabit, penyair Rasulullah, dinyanyikan oleh seorang biduanita dengan mizhar.
-Imam Malik berpendapat bahawa bernyanyi dengan maazif (alal-alat muzik) tidak haram.
-Ulama-ulama Madinah dalam zaman sahabat dan Tabiin seiya sekata tentang tidak haramnya gambus.
-Diantara ulama-ulama tersebut, ada pula yang mengatakan bahawa seni suara dana muzik tidak saja halal, bahkan mustahak, sebab memperluaskan perasaan dan dapat membikin orang rindu kepada Allah.
-Rasulullah pernah menyaksikan tarian dari beberapa orang Afrika di Madinah tanpa melarangnya.
Islam memang ada menghukum kesenian tertentu bersifat haram. Menurut Abdullah Nuh kesenian itu haram apabila:
- Seni suara dan seni muzik terikat pada al mahali (apa-apa yang menbikin orang lupa akan Allah), al khamr (minum arak), dan al qainat (penyanyi cabul).
- Seni Rupa (gambar, terutama patung) yang ada hubungan dengan jiwa kemusyrikan dan penyembahan berhala.
Apa yang dinilai oleh tokoh2 yang berwenang itu memang hanya menyangkut beberapa cabang kesenian yang kebetulan tertonjol dalam masyrakat mereka. Dengan pemikiran logik dapat disimpulkan, apabila cabang-cabang kesenian halal, tentu kesenian itu sendiri juga halal. Mungkinkah sungai yang bersih bersumberkan mata air yang kotor.
Sumber: Drs. Sidi Gazalba. Pandangan Islam Tentang Kesenian. Pustaka Antara 1977.
lanun ni buleh pakai jugak nih..
guano senyak towwww….
terima kasih, Pak Mat.
aki duduk di pinang 12hb-15hb kot. harap2 bleh jumpa di usm.
Ok aki, nanti jumpa kt usm…
nok copy ayat abe yie…guana senyak doh tow!!! mamoh kkabo toksoh nok buka bua ssini la..sumo ni oghe hok ngaji dalam doh dale bide seni nih.. ingat puok ni turut secara taqlid jah ko?? bo sekadar copy hadith daif tu wak berujoh gak..pah bahs pon tok reti toksoh dok jerkoh oghe la…
Ambo nk cerita satu peristiwa yg boleh dikongsi bersama…
Beberapa tahun lepas ambo ada la dok bbual dgn beberapa ore hmene yg ambo pn baru kenal kali pertama nga dia ni. Dia kata dia besa tanya dah tok guru (bkn tok guru Nik Aziz) kalu kita g main hmene tempat ore puja tok kong tak apa.. sbb pitih pengupah tu kita nk wat beli susu anak, kalu tidak gak lapar la anak kita..muga kita x dak kijp lain dah. Dan lagi kita bkn dok sembah tok kong tu, cuma kita g main jah..makanan utk kita ore islam ni pulak demo cadang suku nah, kita mkn ayam pn hok semelih sbb diupah ore melayu yg masak.
Lalu ambo kata… demo x sembah tok kong tu betul doh. tp pada pendapat ambo xleh jgk lagu tu pn sbb kita g main di situ tu dikira sebagai syubahat. walau pn kita main hmene ni tak apa, tp bila bersangkutan dgn kijoan lagu tu dikirakan x buleh. Bg ambo yg x mengaji tinggi ni, haram ni ada 2 jenis. Haram zat dan haram krn bersangkutan dgn benda haram. Demo pikir lah…
Pah pulak pun di negeri kita loni pekerjaan mcm2 ada, terserah pada kita jah nak ko taksir. punya byk nya kijo di tempat kita ni sapa ore asing pn mari cari kijo di sini. Kalu bo nk wak beli susu anak tu gak kita buleh buat mcm2 kijo lagi. Ambo kata byk lagi tempat yg kita buleh tahan nk g main hmene ni, dok tebeng cari apa nya tempat begitu…
Lepas tu perhubungan ambo nga dia bertambah rapat sehinggalah hari ni..Alhamdulillah…
jange di marah ke dio, mamoh kabo tu nak tanya tapi dia tak tau lagu mana adab nak menanya jadi dia paka gaha gi nga begitu….pah kita hak ceridik pada dio gak kena tlg pakat royat la lagu mana…pah dia nati pilih lah dia nak paka hak mana…nak turut hak dio ko nak turut hak kita…alik kita pun pege dulu jange gaduh tahuk mana tahu boleh paka semula taing parok ko lagu mana demo hak rama2
Maaf Pak Lokan…. kawe nyelit sket.
Untuk mamoh kabo… jgn sesatkan rumah Pak Lokan.
Buat selasih senja.. aku tak tak rasa apa-apa pun apatah lagi rasa pahit pada hakikatmu tapi aku rasa meloya dgn gelagat bidaah mu.
Bijok adik Muslih Al Fansuri ni… tringat ambo pado satu ayat dale al~qur’e : HAL YASTAWIAL LADZIINA YA’LAMUUNA WALLADZIINA LAA YA’LAMUUN… shodaqallaul ‘azhiim
Tahniah dr ambo… sjuk pghuk ibu mngandung, meme tanggung nge namo hehehe…
dALAM BUKU tulisan yusuf Al-Qardhawi, “Seni dan Nyanyian dalam islam” mengatakan bahawa hukum sume jenis alat muzik, muzik dan nyanyian adalah dibenarkan (harus). hUKUm tersebut akan bertukar menjadi haram apabila bercampur dengan perkara yang haram. Cthnya, wanita menyanyi di depan laki bukan muhrim, x tutup aurat, campur ngan arak, laki n prempuan bergaul tanpa batasan, dll. Untuk lebih lanjut, sila rujuk buku tentang hukum-hakam agama. uMAT ISLAM MESTILAH BERUSAHA MENAMBAHKAN ILMU AGAMA, JGN SEPERTI BUIH-BUIH DI LAUTAN, ANGIN DTG TIUP, SUME HILANG..
Pingback: TRAVELOG SENI: MANTRA BUANA 2 » Dian Nais
Saya sedang membuat kajian tentang penglipurlara kedah. Untuk fakta di kedah penglipurlaranya dikenali Pak Jubang. Nanti bila siapnya PHD insyaallah akan dibukukan.
Terima kasih diatas info anda utk sama2 kita bertukar pendapat..