TOK JANGGUT

 

tokjanggut 

“Bergerak riadhatun nafs bersih suci dalam diri……Terbukalah selubung menembus segala hijab yang menyelubung…..Disisinya segala anak kunci keghaiban, tidaklah gugur daun-daun melainkan dengan setahunya, tidak pula suatu biji kecil dalam kegelapan bumi….Dan tidak ada yang basah, tidak ada yang kering.  Wajibul Wujud, Yang Hidup dan Yang Tegak Teguh…..Bagi-nya seruan Haq!!…Maha luaslah kursi-nya meliputi semua langit dan bumi!….Maha Luas dalam Malakut dan Jabarut-Nya…..Tidak tercapai ke lawang langit….Tidaklah akan usak-usainya…..Maha Besar dalam Zat dan Sifatnya…

Sempena dengan Upacara Konvokesyen ke 40, Ulang Tahun ke 40 Universiti Sains Malaysia dan sempena dengan Hari Kebangsaan ke 52, Pejabat Naib Canselor, Pejabat Pembangunan Seni dan Budaya, Pusat Pengajian Seni dan Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM telah menganjurkan sebuah teater patriotik yang bertajuk Tok Janggut bertempat di Auditorium Dewan Budaya USM pada 16hb Ogos 2009. Teater arahan Senibayan ini adalah satu produksi yang menggabungkan kakitangan Pusat Pengajian Seni USM, kakitangan Dewan Budaya USM, Himpunan Anak-Anak Kelantan USM, Penggiat teater dari Kelantan Darul Naim, Wak Khalid Salleh dan Sdra Azmeer.

  1. DSC02675         tok janggut 2_0002
  2.    Tok Janggut bersama sahabatnya

Di dalam babak pertama teater Tok Janggut telah dimasukkan unsur permainan wayang kulit dengan tujuan untuk melestarikan salah satu dari permainan tradisi yang semakin pupus sekarang ini. Disamping menjadi salah satu acara hiburan pada zaman itu, melalui permainan tradisionallah juga menjadikan salah satu tempat rakyat kelantan berkumpul pada malam hari untuk melepas penat lelah setelah membanting tulang berkerja pada siangnya. Peluang inilah yang diambil oleh En. Abdul Latiff seorang District Officer Pasir Puteh yang didatangkan dari Singapura berjumpa dengan orang-orang kampung bagi tujuan memperkenalkan sistem pungutan cukai yang dikeluarkan oleh pihak British.

tok janggut 2_0001 

Hj. Mat Hassan bin Panglima Munas atau Tok Janggut anak melayu jati Kelantan diperanakkan pada sanat 1268 bersamaan dengan TM 1850. Semasa ia lahir dari kandungan ibunya oleh uri yang tebal (Tebal Tembuni). Semasa berumur tiga atau empat tahun, Mat Hassan tersangatlah buas dan jika digigit oleh anjing atau di tanduk oleh binatang, tiada meninggalkan kesan luka pada kulitnya.

Semasa berumur belasan tahun, Mat Hassan sangat suka main bertikam buah anjung dan bertikam dengan menggunakan batang bemban muda yang dicelup kunyit dengan kapur dengan kawan-kawannya. Apabila berumur lapan belas tahun, Mat Hassan telah masuk jawi (Bersunat), dan apabila sembuh khatannya, Mat Hassan telah dijamu oleh bapanya bubur yang dicampur dengan uri yang disimpan semasa beliau lahir dahulu.

Takhala umur Mat Hassan genap dua puluh lima tahun, tersangatlah berani dan handal orangnya serta menjadi kepala bagi sekelian kawan-kawannya (Kepala Pengat) dan jika ada pencuri yang masuk kampung hendak mencuri, maka dialah akan memukul atau menikam pencuri tersebut.

Ada pun sifat tubuh Mat Hassan iaitu tingginya lebih kurang enam kaki. Bentuk badannya sederhana, warna kulitnta hitam manis, matanya bulat dan tajam pula pemandangannya serta kemerah-merahan alamat ia seorang yang berani. Dahinya luas, alamat luas kira bicara. Kepalanya besar tanda berakal dan rambutnya botak menunjukkan ia kuat berfikir dan kening lebat, tanda tetap didalam membuat sesuatu keputusan.

Pakaian yang digemarinya pula ialah dari jenis yang berwarna hijau. Senjata yang selalu ada di badannya ialah sebilah keris majapahit berhulu gigi luk sembilan iaitu keris pusaka dari bapanya. Budi bahasanya tersangat halus dan suka menolong orang yang ditimpa kemalangan dan kesusahan, tetapi beliau sangat juga sangat pembengis jika barangsiapa berbuat jahat atau zalim dan beliau pernah menikam orang yang berbuat zalim dengan kerisnya. Pernah Mat Hassan bertikam dengan seorang bernama Isa Berani dari kampung Pintu Pupuh dan akhirnya Isa Berani mati ditikam oleh Mat Hassan. Dikatakan sebelum Mat Hassan pergi ke Mekah, sebanyak lapan orang telah mati ditangannya, itu tidak termasuk yang tidak mati dibunuhnya. Beliau banyak menuntul ilmu dunia daripada guru yang bernama Dato’ Mekong Bujur di negeri Legeh.

Semasa berumur lebih kurang tiga puluh tahun, Mat Hassan telah mula menyimpan janggutnya sehingga panjang mencecah ke dada. Bermula dari situlah nama Mat Hassan lebih dikenali dengan nama panggilan “Tok Janggut”.

Tok Janggut naik haji ke Mekah pada tahun 1327H bersama sepupunya Tuan Guru Hj. Salleh kampung Alur Pasir Wakaf Berangan. Semasa di Mekah, Tok Janggut sempat berguru dengan Syekh Ahmad Al Fatani.

tok janggut 1_0003

Apabila British mengenakan cukai kepada rakyat Kelantan, ramai yang tidak berpuas hati. Tambahan pula En. Abdul Latiff iaitu Tuan Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang baru tiba dari Singapura selalu sahaja bersikap kurang ajar kepada orang-orang kampung ketika melaksanakan tugasnya untuk mengutip cukai. Lalu orang-orang kampung yang diketuai oleh Hj. Mat Hassan bin Munas atau lebih dikenali dengan nama Tok Janggut berserta rakan-rakannya seperti Tok Abas, Tok Hussin, Hassan Rimau, Berahim Teleng dan ramai lagi bangun dan menentang pihak British yang bersikap kuku besi. Mereka bergabung dengan Tengku Besar Tuan Ahmad iaitu pembesar di Jeram, Pasir Puteh Kelantan bersama-sama membentuk hampir tiga ribu orang dalam empat pasukan yang diketuai oleh sahabat-sahabat Tok Janggut.

Dalam peperangan itu, akhirnya Tok Janggut mati ketika sedang sedang berjuang menentang di medan perang. Mayat Tok Janggut dibawa dari pasir Puteh ke Kota Bharu dengan kereta lembu dan diarak diseluruh bandar Kota Bharu untuk tontonan rakyat jelata. Selesainya dibawa berkeliling di Padang Bank sebanyak tiga kali, mayat Tok Janggut disait (gantung songsang) di tengah Padang Bank selama satu jam. Kemudian mayatnya dibawa ke Pasir Pekan untuk dikebumikan di
sana.

tok janggut 1_0002

Skrip teater Tok Janggut dirujuk dari buku “Riwayat Hidup Tok Janggut” susunan Hj. Abdullah Amirah cetakan Sinaran Bros 1957. Hj Abdullah adalah  anak kepada Awang Merah, iaitu salah seorang rakan setia Tok Janggut sewaktu menentang British tahun 1915.

45 thoughts on “TOK JANGGUT

  1. Pingback: Ulasan Teater Tok Janggut USM – Lokanbertepuk.com | Weblog Salam Pantai Timur

  2. rid…kalu Tok Janggut yg dimaksudkan dgn Hj. Mat Hasaan bin Munas ni telah mati doh…kalu Tok Janggut lain ambo x tahu la pulok..

    Dlm tahun ’70an dulu pn ada juga seorang tua di Negeri Sembilan mengaku sebagai Tok Janggut…kalu x silap masa tu Allahyarham Mat Kilau baru mengishtiharkan kpd orang ramai bahawa dialah Mat Kilau..

  3. hamba sendiri pun pernah terdengar riwayat dari seorang yg menuntut jugak la dlm bab ilmu batiniah ni..dia juga mengatakan tok janggut tidak mati..yang mati diserah kepada penjajah itu adalah sigh..bkn tok janggut.

  4. tok janggut ado lagi.gi pasir puteh jupo la dekat jale nok masuk sepital tuh SMK Tok Janggut.kg ambo ado sore bejanggut ore pagil aji man janggut hehe..

    kubur sebenar tok janggut di pasir pekan

    tok janggut adalah org alim ulama

    kalu di filemkan cito ni kan bagus

  5. Apa khabar, Pak Mat?

    kalau teater tu satu hari awal… aki sempat tengok hari tu kan..
    aa… sedih.. tak dapat tengok :(

    bila nak buat show di Tokyo, Cikgu Mat??

  6. ambo pon ada terdengar oghe bbaghi mayat singh ggali tuh yang dikatakan tok janggut..dengar khabarnya,sebab oghe hok bunuh ggali tuu malu tokleh bunuh tok janggut,lalu dia bunuh benggali itu….

    kemungkinan berlaku jugak kalau tok janggut tok mati lagi pada masa 70-an tu…tapi bukti kukuh tok sure jugok…

    kalu tok janggut dilabel sebagai pengkhianat,semua pejuang tanah air ni pon pengkhianat la…huhu

  7. tok janggut berjuang kerana agama dan negara. sbb apa pejuang2 ni berjuang toser tunduk kepada penjajah,sbb xmahu kerajaan tunduk kepada penjajah kafir.bukan tak mahu kemerdekaan tanpa pertumpahan darah,tapi tak mahu duduk bawah telunjuk kafir. UMNO mendapatkan kemerdekaan tanpa darah,tapi kena ikut penjajah.buktinya, undang-undang lord reid jadi sumber hukum bukan quran dan hadis.kita masih terikat dengan british dari segi undang-undang dan pentadbiran.

    sempena kemerdekaan ini, marilah kita cari erti merdeka…merdeka!!!merdeka!!!merdeka!!!kita susuli kemerdekaan ini dengan keamanan dan kesejahteraan dengan cara islam.

  8. maah ayohmat..lari tajuk hehe…
    tok janggut dok kg. Saring ko kg.Jeram….
    ado dop tinggalan tok janggut? sbb ambo dok pasir puteh tok temu pon hok ore kato tok janggut ni dok pasir puteh.takdok kesan kecuali riwayat mulut ke mulut.kubur pon pah ko pasir pekan…hehe

  9. Patut sanggupa ni kena piat dulu…

    Mengikut cerita bari orang, memang takdak apa pn peninggalan tok janggut
    kecuali cucu cicitnya saja yg masih ada. Saya difahamkan semasa teater ini dibawa ke Kelantan pada awal bln ogos baru ni, ada diantara cucu tok janggut yg datang menonton.

    Berkenaan dgn ada yg mengatakan tok janggut sebenar tidak mati, mayat yg dibawa itu ialah mayat benggali….setelah ambo perhati gambar mayat tok janggut yg terdapat dalam buku “Tok Janggut pejuang atau penderhaka” terbitan Jab. Sejarah UKM 1999, ambo sendiri lebih yakin kepada itulah mayat tok janggut yg sebenar.

    Ambo ada baca juga buku “Riwayat Hidup Tok Janggut” yg diterbit pada november 1957. Buku ini ditulis oleh Hj. Abdullah bin Awang Merah… ambo yakin bahawa riwayat ini telah diceritakan oleh Awang Merah sendiri kpd anaknya dan pada tahun 1957 tu Awang Merah masih hidup lagi dan duduk di Besut Trengganu. Awang Merah ini yg berasal dari kg. Nering juga adalah pengikut tok janggut dan ada bersama2 semasa tok janggut menikam sarjan che wan.

    Dalam buku tersebut ada menceritakan sifat tubuh badan tok janggut, antaranya ialah:

    1. mata bulat dan tajam penglihatannya,
    2. tidak gemuk tidak kurus,
    3. dahi luas,
    4. kepala besar

    ke empat2 sifat ini ambo tengok sama dgn mayat dlm gambr tu, sedangkan tahun 1957 tu gmbr mayat tok janggut masih belum dijumpai lagi. Pahtu muka tok janggut dlm gambr tu ialah:

    1. muka melayu, bukannya muka benggali…
    2. pakaiannya pn pakaian melayu, bukanya pakaian benggali….
    3. janggut walaupun panjang tp jarang, benggali selalunya janggut lebat.

    Tentang ada yg mengaku tok janggut pada thn ’70an tu, ada penyelidik yg mengatakan bukan tok janggut, kalau tak silap ambo penyelidik yakin orang tu adalah dato’ siamang gagap.

    Wallahua’lam bissawab.

  10. mugo islam tu buke atas nikoh kawin jah abe moka dio weh.buko mato sapa tutup mato keno dok atas islam.pah ko politik pon keno islam…supo tok janggut dio nok ko islam…dok gitu???

  11. dasar tidok islam boh…ore islam…selagi tidak mengatakan hukum lord reid itu lebih baik dr hukum hudud dia masih islam…nok bice politik kito gi lain la moka maroh ko ayohmat tow haha…kot facebook sedak sikit.ayohmat mitok sere wat facebook so…rama dok kumpul sano nuh

  12. “Bergerak riadhatun nafs bersih suci dalam diri……Terbukalah selubung menembus segala hijab yang menyelubung…..Disisinya segala anak kunci keghaiban, tidaklah gugur daun-daun melainkan dengan setahunya, tidak pula suatu biji kecil dalam kegelapan bumi….Dan tidak ada yang basah, tidak ada yang kering. Wajibul Wujud, Yang Hidup dan Yang Tegak Teguh…..Bagi-nya seruan Haq!!…Maha luaslah kursi-nya meliputi semua langit dan bumi!….Maha Luas dalam Malakut dan Jabarut-Nya…..Tidak tercapai ke lawang langit….Tidaklah akan usak-usainya…..Maha Besar dalam Zat dan Sifatnya…

    kata-kata tok janggut ko ni ayohmat

  13. Pingback: Roadshow Pementasan Teater Keliling“Tok Janggut”15-21 Oktober 2009 | Weblog Salam Pantai Timur

  14. dalam byk2 cito kawe baco ado hok betul ado hok karut.kpd yg dok mengarut cukup2 la.Kalau nak sanjung kamu semua sanjung lah.Keturunan di kampung Nering dan keturunan saya tak sir ore puja.

  15. saya buke anak cucu tok janggut.Nama tok saya Said Tok Jambul gelaran ore bui.Tok nenek ambo beloh ayah asal dari Jembal.Mari Jajahan Saring ni x tau bakpo.Tapi waris ambo lono ado serato.Kuala Besut pon ado.sampai ko Hulu Besut pon ado.Saya mintok mano2 pihak tolong jangan keji ko Tok Janggut.Kalu raso perjuangan dia betul dan raso nak sedekah dan lawat kubur boleh mari kampung nering.Kubur sebenar ado di kawasan kubur tok akib.Ini rahsia sebenarnya.tapi saya rasa naik angin bila ore dok kato mace2 ko Tok Janggut.
    Wassalam Ya Balbu Salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>