Proses latihan di dalam masuk bangsal untuk upacara perlimau merupakan proses latihan untuk dalang2 yang hampir mencapai tahap profesional atau pun sudah layak untuk diiktiraf sebagai seorang dalang asli. Proses latihan peringkat ini juga lebih menitikberatkan hubungan antara guru dan murid yang mana sama2 melaksanakan tanggujawab mengikut cara2 aturan dalang didalam latihan ini.
1. Latihan cerita untuk wayang kulit berjamu - terdapat tiga cerita yang akan dipersembahkan pada malam akhir untuk upacara perlimau, iaitu episod Wak Peran Hutan, episod Kosi Serawi @perhantuan Bota Mahrajawana dan episod Sang kaki (Sang Kaki Betara Kala @ Sang kala Awal). tidak sebagaimana wayang melayu kelantan yang akan mempersembahkan cerita Bota Wila Samba. Aktiviti yang bersifat ritual dibuat semasa latihan kecuali dalam upacara buka panggung untuk tujuan ini. Kendati pun begitu murid juga diajar kaedah penyelenggaraan aktiviti tersebut. Pengajaran berkenaan dengan hal2 yang berkaitan dengan ritual ini akan diajar kepada murid yang akan diperlimaukan sahaja kerana penurunan ilmu begi adalah bersifat rahsia.
2. Murid juga diajar mentera ilmu perbomohan, minda dan jiwa murid mestilah dijurus sepenuhnya kepada penyatuan dan penyebatian antara alam realiti dan alam ghaib. Antara aktiviti yang harus dilakukan ialah memahami, merasai dan mengalami proses tersebut yang bersifat rahsia. Sekiranya proses tersebut terlaksana, ia akan memudahkan murid mengalami dan mengendalikan proses ‘lupa’ (trance) semasa aktiviti berjamu pada sebelah paginya.
3. Dalam jangkamasa latihan untuk proses ini juga, murid tidak dibenar membuat sebarang persembahan di tempat lain dan tidak dibenarkan memnonton sebarang persembahan wayang kulit yang lain kecuali di bangsal latihannya sahaja. Ini bertujuan untuk menumpukan perhatian dan minda murid kepada proses latihan untuk tujuan perlimau. Murid juga tidak dibenarkan meninggal bangsal latihan seperti yang tertera didalam pantang larang waktu proses latihan diperingkat asas dahulu.
Setelah tamat latihan, murid tersebut akan menjalani upacara perlimau oleh gurunya. Upacara ini adalah merupakan upacara pengijazahan oleh guru kepada murid tersebut. Tidak sebagaimana perlimau bersilat yang boleh dibuat untuk lebih dari satu murid dalam satu upacara, tetapi perlimau dalang wayang kulit hanya diperuntukkan kepada seorang dalang sahaja untuk setiap upacara. Murid akan memainkan cerita dalam wayang kulit berjamu (episod Batara Kala) dan upacara rutual lain akan dikendali oleh gurunya.
Soalnya mengapakah episod Batara Kala ini akan dimainkan pada bahagian akhir persembahan iaitu lebih kurang pukul 4 pagi. Kerana dalam episod ini tedapat banyak sekali sumpahan dan juga soalan yang dikemukakan oleh Batara Kala kepada dalang bongsu (murid), daripada struktur panggung, alat-alat muzik, jumlah pemain, tujuan persembahan diadakan dan lain2 lagi, dalang bongsu harus menjawabnya satu persatu secara simbolik dan nyata denga penuh keyakinan mengikut apa yang diajar oleh guru kepadanya. Setelah berpuas hati dengan jawapan dalang bongsu tersebut akhirnya Batara kala menghadiah gelangnya sebagai ijazah kepada dalang tersebut. Selepas daripada inilah baru sampai kepada kemuncak upacara ritual akan dilakukan oleh murid tadi dan sekali gus upacara pengijazahan pendalangan dari guru kepada murid. Dengan ini murid tersebut barulah diiktiraf sebagai dalang yang sah, bukan dalang tiruan lagi.
Ayahmat Menara, sepanjang hidupnya telah diperlimau sebanyak tujuh kali oleh tujuh orang guru.
Aku rasa cukup setakat ini saja sebagai pengetahuan umum kaedah yang dibuat oleh orang tua dahulu berkenaan dengan upacara perlimau ini. Bagaimana pun murid tersebut tidak boleh berbangga dgn title DALANG yang diperolehinya itu. Banyak lagi perkara2 yang mesti dilaluinya untuk dia diakui sebagai seorang yang bergelar TOK DALANG oleh orang persaorangan, masyarakat dan siapa saja yang mengenali nya.