Perlimau

Proses latihan di dalam masuk bangsal untuk upacara perlimau merupakan proses latihan untuk dalang2 yang hampir mencapai tahap profesional atau pun sudah layak untuk diiktiraf sebagai seorang dalang asli. Proses latihan peringkat ini juga lebih menitikberatkan hubungan antara guru dan murid yang mana sama2 melaksanakan tanggujawab mengikut cara2 aturan dalang didalam latihan ini.

1. Latihan cerita untuk wayang kulit berjamu  -  terdapat tiga cerita yang akan dipersembahkan pada malam akhir untuk upacara perlimau, iaitu episod Wak Peran Hutan, episod Kosi Serawi @perhantuan Bota Mahrajawana dan episod Sang kaki (Sang Kaki Betara Kala @ Sang kala Awal). tidak sebagaimana wayang melayu kelantan yang akan mempersembahkan cerita Bota Wila Samba. Aktiviti yang bersifat ritual dibuat semasa latihan kecuali dalam upacara buka panggung untuk tujuan ini. Kendati pun begitu murid juga diajar kaedah penyelenggaraan aktiviti tersebut. Pengajaran berkenaan dengan hal2 yang berkaitan dengan ritual ini akan diajar kepada murid yang akan diperlimaukan sahaja kerana penurunan ilmu begi adalah bersifat rahsia.

2. Murid juga diajar mentera ilmu perbomohan, minda dan jiwa murid mestilah dijurus sepenuhnya kepada penyatuan dan penyebatian antara alam realiti dan alam ghaib. Antara aktiviti yang harus dilakukan ialah memahami, merasai dan mengalami proses tersebut yang bersifat rahsia. Sekiranya proses tersebut terlaksana, ia akan memudahkan murid mengalami dan mengendalikan proses ‘lupa’ (trance) semasa aktiviti berjamu pada sebelah paginya.

3. Dalam jangkamasa latihan untuk proses ini juga, murid tidak dibenar membuat sebarang persembahan di tempat lain dan tidak dibenarkan memnonton sebarang persembahan wayang kulit yang lain kecuali di bangsal latihannya sahaja. Ini bertujuan untuk menumpukan perhatian dan minda murid kepada proses latihan untuk tujuan perlimau. Murid juga tidak dibenarkan meninggal bangsal latihan seperti yang tertera didalam pantang larang waktu proses latihan diperingkat asas dahulu.

Setelah tamat latihan, murid tersebut akan menjalani upacara perlimau oleh gurunya. Upacara ini adalah merupakan upacara pengijazahan oleh guru kepada murid tersebut. Tidak sebagaimana perlimau bersilat yang boleh dibuat untuk lebih dari satu murid dalam satu upacara, tetapi perlimau dalang wayang kulit hanya diperuntukkan kepada seorang dalang sahaja untuk setiap upacara. Murid akan memainkan cerita dalam wayang kulit berjamu (episod Batara Kala) dan upacara rutual lain akan dikendali oleh gurunya.

Soalnya mengapakah episod Batara Kala ini akan dimainkan pada bahagian akhir persembahan iaitu lebih kurang pukul 4 pagi. Kerana dalam episod ini tedapat banyak sekali sumpahan dan juga soalan yang  dikemukakan oleh Batara Kala kepada dalang bongsu (murid), daripada struktur panggung, alat-alat muzik, jumlah pemain, tujuan persembahan diadakan dan lain2 lagi, dalang bongsu harus menjawabnya satu persatu secara simbolik dan nyata denga penuh keyakinan mengikut apa yang diajar oleh guru kepadanya. Setelah berpuas hati dengan jawapan dalang bongsu tersebut akhirnya Batara kala menghadiah gelangnya sebagai ijazah kepada dalang tersebut. Selepas daripada inilah baru sampai kepada kemuncak upacara ritual akan dilakukan oleh murid tadi dan sekali gus upacara pengijazahan pendalangan dari guru kepada murid. Dengan ini murid tersebut barulah diiktiraf sebagai dalang yang sah, bukan dalang tiruan lagi.

  1.  ayahmat menara

Ayahmat Menara, sepanjang hidupnya  telah diperlimau sebanyak tujuh kali oleh tujuh orang guru.

Aku rasa cukup setakat ini saja sebagai pengetahuan umum kaedah yang dibuat oleh orang tua dahulu berkenaan dengan upacara perlimau ini. Bagaimana pun murid tersebut tidak boleh berbangga dgn title DALANG yang  diperolehinya itu. Banyak lagi perkara2 yang mesti dilaluinya untuk dia diakui sebagai seorang yang bergelar TOK DALANG oleh orang persaorangan, masyarakat dan siapa saja yang mengenali nya.

41 thoughts on “Perlimau

  1. bila saya tgk Movie “WAYANG”..baru kita tahu pengorbanan
    tok dalang kita masa dulu dulu…susahnyer nak jadi tok dalang dan susahnyor nok belajar wayang kulit
    macam macam dugaan…best movie niiii…

    Eman Manan the best

  2. saya dapat merasai filem ini…walopun tak rajin belajar pasal wayang..
    mungkin sebab filem permainan kg halaman kita…tok tahu laa
    pendapat ore lain…
    filem cukup segalanyer…

    Anugerah: Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

    Anugerah (Pencalonan): Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Lagu Tema Asal Terbaik
    Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Anugerah Khas Juri: Menyemai warisan budaya di layar perak kerana telah pupus
    Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Filem Cereka Terbaik
    Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Pelakon Harapan Lelaki
    Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
    Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Pelakon Harapan Wanita
    Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Skor Muzik Asal Terbaik
    Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Penyunting Terbaik
    Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Cerita Asal Terbaik
    Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Lakon Layar Terbaik
    Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Pelakon Lelaki Terbaik
    Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008) : Pengarah Filem Terbaik

  3. biar ambo tolong hurai sikit..

    maksud sahabat berdua seperti mafaka dan arjunasukma itu adalah dari segi ketepatan fakta dan melanggar batas2 perdalangan wayang. hari ini, apa yang ayahmat cuba hurai.. mengenai perdalangan ini bukanlah satu perkara yang boleh dipersenda, dipermain atau dicanda demi mencari keuntungan atau anugerah. Terdapat perkara2 yang sensitif dan unik dalam perrmainan ini dan sedikit sebanyak dihuraikan secara spesifik di laman pak lokan.

    Kedua, sebagai peminat, penggiat dan pelajar.. serta golongan baru dalam bidang ini, hamba percaya kita mesti menjaga sensitiviti mereka2 yang menuruti asas, misal dan peringkat-peringkat perdalangan.

    Maksudnya, filem “Wayang” itu masih belum LAYAK untuk diiktiraf sebagai “THE BEST” sebagaimana diagung-agungkan oleh mereka2 yang menyangka mereka “TAHU” dan “ARIF” mengenai wayang kulit, sedangkan ada lagi yang mempunyai Keilmuan yang “Tulen”. Mereka2 inilah yang mesti diberikan perhatian, dirujuki dan dijadikan rekonsiliasi.

    “Cendekiawan” Wayang Kulit atau selayaknya digelar “Adiguru” tidak akan sekali-kali berbangga dengan “Title” atau Gelaran “Dalang” yang akan dikurniakan setelah melalui proses2 yang disebutkan. Sikap rendah diri mereka yang tidak akan sekali-kali mencari populariti, glamour atau kenamaan menjadikan mereka akan lebih dihormati sama ada dalam komuniti setempat lebih-lebih lagi dalam komuniti Wayang Kulit itu sendiri. Bak kata pepatah “makin tunduk makin berisi” atau “ular menyusur akar, tidak akan sekali hilang bisanya”.

    Harap penjelasan ini sedikit sebanyak membantu saya dan pengunjung blog pak lokan akan maksud saya dan sahabat-sahabat saya.

    Selebihnya, ambo serah kepada yang Allah taala lah..

  4. kalu x silap baru ni ada orang tanya psal gelang betara kala, tp pertanyaan tu terdelete dgn x sengaja.

    Sebenarnya tidak diberitahu gelang itu diperbuat dari emas atau perak. Cuma apabila ambik sempena dgn gelang itu maka oleh orang tua kita di- gantikan dgn benang mentah. Sabit tu kalu kita tgk dlm upacara ritual, walau pun bkn dlm permainan wyg kulit, mestilah ada seorang yg memakai benang mentah dipergelangan tangan. Walau pun orang itu bkn dalang wyg kulit tetapi gelang itu sebagai lambang seolah-olah tauliah yg membolehkan beliau mengendali upacara2 yg ada kaitan dgn upacara ritual.

  5. ye la datuk d…saya ni tak rajin belajar wayang…mugo jarang benar ado cerita macam ni…ore buat…kira ok lahh…

    bab bab ketepatan fakta..lagi ambo tok tahu…

    camno bleh dapat pencalonan bykk heh..sapo yg menilai ni….

    puok nii..tok rujuk ngan pakar pakar koo..

  6. meme tok laku pon buat filem lagu ni..filem wayang tu bajet 1 juta, hok bulihnya lebih kurang suku jah..mapuh modal la wei berani tak tetu kalu gak..

    aaa…guano plimau supo mandi wajib pulok doh?? beli woh limau byk2 pahtu ppakat makan..haaa gituh..

  7. cito ‘Wayang’ tow.. ambo pinje cd nga sain ambo.. ambo tengok sekerat… watak hok buto tu wat naik gitar atah basal.. berasa pongoh metar2.. mujor cd saing.. kalu tidak ambo lepar doh.. padan lah dulu weh

  8. akum reushusna..

    untuk makluman dan pengetahuan, arjunasukma dan che mat jusoh adalah orang berlainan sama sekali…che mat jusoh merupakan pohon jati rendang tempat arjunasukma yakni seekor semut hitam tumpang berteduh ketika hari panas, tumpang berlindung ketika hari hujan..

    dari segi tahap dan kedudukan, hujung kuku che mat jusoh yang telah dipotong pun tidak layak untuk hamba berdiri sebaris..harap maklum..

  9. mungkin reushusna ni terlepas pandang barangkali.
    arjunasukma ni adalah sahabat karib saya dan kebetulan kami sama2
    tinggal disekitar klang…

  10. filem wayang tu satu2nyo filem hok menaikkan namo wayng kulit…baik buruk pun..kito keno support la….ko guano…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>