Meraksi

Sedang aku menyelongkar mencari sesuatu di dalam simpanan ku, dengan tak sengaja aku terjumpa sebuah manuskrip lama yang aku pun sudah lupa mengenai nya. Di dalamnya terdapat bermacam petua orang dahulu kala mengenai bermacam2 bab. Di sini aku cuba nukilkan secara ringkas satu bab yang menceritakan mengenai isteri baik dan jahat atau dalam bahasa biasanya ialah untuk mengetahui sesuai atau tidak jodoh kehidupan sesaorang itu bersama pasangannya (Raksi). Tujuan aku sebenarnya bukanlah untuk hendak mempercayai benda-benda sebegini kerana ianya bercanggah dengan agama kita, tetapi sekadar untuk menjadi tatapan dan renungan kita semua yang mana inilah salah satu cara yang diamalkan oleh orang tua kita dahulu.

Bab pertama hendaklah kita mengetahui nilai setiap huruf jawi yang ada didalam ejaan melayu.

ALIF  BA  TA  THA  JIM  CA  HA(kecik)  KHA  DAL  ZAL  RA  ZAI  SIN  SYEN  SAD  DHAD  THA  ZHA  1        2      3     4      5     13     6                7       8      9     10    11   12    13      14       15       16    17 

AIN  GHAIN  NGA  FA  QAF  KAF  GA  LAM  MIM  NUN   WAW  HA(BESAR)  LAMALIF  HAMZAH        18      19       25     20    21     22     21    23     24     25       26        27                   28           29    

YA  NYA                                                                                                                                             30    30.

Setelah cerap semua nilai setiap huruf diatas, maka barulah kita raksikan nama lelaki dan nama perempuan yang hendak dijodohkan. Sebagai contohnya, lelaki bernama Ahmad Jazimin dan perempuan bernama Nurul Erlin. Langkah yang pertama ialah kita ambil kepala huruf nama lelaki dan dicampur dgn kepala huruf nama perempuan. 

ALIF (1) + NUN (25)  =  26

Langkah ke-dua, hendaklah membuat 5 tompok dan setiap tompok mengandungi 5 bilangan.

                                                                                                                                          ooooo         ooooo       ooooo       ooooo       ooooo        =  25 bilangan.   baki lagi = 1

Baki yang  1 itu hendaklah dimasukan ke dalam tompok yg sudah tersedia menjadikan tompok pertama sahaja yang berjumlah 6 bilangan, tompok-tompok yang lain masih berjumlah 5 bilangan. Jumlah ini didalam syarah raksinya dipanggil “Lebih Satu”.

oooooo      ooooo      ooooo      ooooo      ooooo

 

Lebih Satu (Telaga Bawah Bukit)                                                                                                      Adalah tersangat baik raksinya, tiada berkelahi balah seumur hidup dan berkasih-kasihan hingga ke-mati. Segala pencariannya naik tagam dan mendapat harta yg banyak, maka ia boleh menolong orang dalam kesusahan. Jika mendapat anak lelaki atau perempuan bertambah kasihnya, jika berniaga bertambah besar untungnya.

Lebih Dua (Bulan Penuh Purnama)                                                                                                   Sukacita berkasih-kasihan laki bini tiada berkelahi balah jua. Pencariannya cukup, tetapi hingga lebih jika rajin usahanya dapat juga menolong orang yang kesusahan dan jika dapat anak lelaki kekusahan rezekinya dan ada juga balah laki bini tetapi tiada melarat. dan jika mendapat anak perempuan, adalah rasiknya seperti telaga bawah bukit.

Lebih Tiga (Menteri Benci)                                                                                                                Adalah raksinya tiada kekal kesudahannya antara laki bini, berkelahi balah sokmo sehingga bercerai berai. Pencariannya tiada cukup makan dan berhutang. Jika mendapat anak lelaki, raksinya seperti menteri suka dan jikalau mendapat anak perempuan, adalah raksinya
seperti bulan penuh purnama.

Lebih Empat (Menteri suka)                                                                                                               Adalah Raksinya sedangrakna, berkasih-kasihan jua laki bini dan pencariannya sedangrakna juga tidak lebih tidak kurang. Dan jika mendapat anak lelaki bertambah-tambah kasih dan jika mendapat anak perempuan, bertambah harta dan murah hati antara laki bini.

Lebih Lima (Tanduk Seberkas)                                                                                                        Adalah raksi ini tiada baik sekali2. Sentiasa berkelahi balah antara laki bini dan tidak kekal kehidupannya. Pencariannya pun tiada beroleh dan tak dapat tidak akan bercerai berai.

Lokanbertepuk:  Sebuah hadith yang diriwatkan oleh Safiyyah RA. Nabi Muhammad SAW bersabda  yang maksudnya “Sesiapa yang mendatangi sesaorang ‘arraf, dan bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima amalannya selama 40 hari”.

Sireh Bertingkat Tepung Berbunga

Masih teringat lagi semasa aku kecil dahulu kalau hendak diadakan majlis kenduri besar-besaran atau di negeri aku lebih terkenal dengan panggilan ‘Bekwoh’ maka bersidanglah “Tuan Kerja” dengan sekelian orang-orang tua untuk menentukan hari yang baik untuk membuat kenduri tersebut, baik kenduri kahwin atau kenduri bersunat anak. Selalunya penentuan hari dan tarikh akan dirujuk kepada bulan islam atau disebut sebagai bulan melayu atau pun kitab-kitab lama yang mengadungi bab untuk mengetahui ‘hari baik ketika molek’ dan penentuan hari dan tarikh inilah oleh orang-orang tua di tempat aku disebut sebagai ‘Pacak Hari’.

Apa yang aku suka melihat di dalam acara bekwoh ini ialah berarak pengantin atau disebut sebagai “Belarak Anak Teruna” kerana di sana terdapat semua barangan hantaran dan pulut semangat diletak atas pahar, dibawa dengan cara menjunjung di atas kepala. Bagi orang tempat aku hanya disebut ‘Par’ atau ‘Anak Kasa’ sahaja.  Aku rasa budaya menjunjung anak kasa segala barangan hantaran di atas kepala sekarang ini sudah jarang dapat dilihat lagi, semuanya pakai kelek dan tampu sahaja.  Antara sebab yang terjadi demikian ialah:

1.   Orang muda sekarang, terutamanya orang perempuan sudah tidak pandai lagi menjunjung barang2 kerana sudah ada kemudahan lain untuk membawa barang2 sedangkan kalau zaman dahulu, pekerjaan menjunjung adalah satu kewajipan yang mesti boleh dibuat oleh semua orang2 perempuan, sehinggakan perempuan yang pandai menjunjung dengan berlepas tangan dipandang mempunyai kelebihan oleh masyarakat, apa lagi kalau perempuan itu pandai bertenun kain.

2.   Fesyen rambut orang muda  sekarang yang bermacam2 ragam menyebabkan menjadi masaalah jika menjunjung, apa lagi kalau rambut yang baru didandan di hair saloon untuk tujuan ‘nak gi makan gulai’.

Apa yang aku nak ceritakan disini ialah tentang pupusnya salah satu dari peralatan wajib yang menjadi kebanggaan orang2 tua kita dahulu semasa belarak anak teruna, iaitu sireh bertingkat atau sirih beragam dan tepung berbunga dan seumur aku hanya sekali sahaja sempat melihat orang belarak anak teruna pada pertengahan tahun ‘60an dahulu di kampung Gong Nyatoh, itu pun diatas permintaan tuan kerja (Bapa pengantin) sebagai hendak mengingati peristiwa perkahwinannya sebelum perang jepun dahulu.

Sehari sebelum belarak, orang yang ditugaskan membuat sireh bertingkat ini sudah mula membuat sakak untuk diikat keatas par Tentang jumlah par nya tergantung kepada keupayaan tuan kerja, tapi kadang2 ada juga sanak saudara atau sahabat handai yang memberi sumbangan sebagai sponsor untuk tujuan ini. Pada esoknya barulah gubahan sireh dan segala macam kueh dan pulut beranika warna digubah dan disusun sehingga menjadi susunannya bertingkat2 setinggi antara dua hingga empat kaki tinggi. Pada bahagian atas sakak dihiasi dengan bunga2an dan bunga tepung yang beranting.

Apabila tiba masanya iaitu selepas selesai solat asar maka berhimpunlah sekelian orang belarak kira2 setengah kilometer dari rumah tempat bekwoh. Antara yang ada bersama pada masa itu ialah pasukan wayang kulit dan pasukan bersilat. Tempat berhimpun ini selalunya dipanggil tempat berendam. Sebelum perarakan dimulakan dan sementara menunggu, muzik silat dimainkan atau boleh juga disertai dengan tarian silat. Setelah siap semuanya  ketua perarakan akan berselawat sebanyak 3 kali. Selawat kali pertama dan ke dua akan disambut oleh gertakan alat2 muzik silat dan wayang kulit sebagai isyarat menyambut selawat. Selepas selawat yang ke tiga barulah semua muzik gendang silat dan muzik wayang kulit dimainkan dan ada kalanya ditambah dengan tembakan senapang ke udara sambil berjalan mengiringi anak teruna (penganti lelaki).

sirehbbunga 

  Perarakan Sirih Bertingkat dan Tepung Berbunga sudah tidak dapat dilihat sekarang ini.

Mengikut cerita orang2 tua kalau zaman dahulu, perarakan seperti ini didahului oleh dua orang pembawa tetunggul (bendera), pembawa nasi kunyit, sirih bertingkat, tepung berbunga, par2 yang berisi dengan barangan lain, anak teruna serta pengapit dan pawai. Bahagian sebelah belakang terdiri dari orang ramai dan pemain muzik pengiring.