Sireh Bertingkat Tepung Berbunga

Masih teringat lagi semasa aku kecil dahulu kalau hendak diadakan majlis kenduri besar-besaran atau di negeri aku lebih terkenal dengan panggilan ‘Bekwoh’ maka bersidanglah “Tuan Kerja” dengan sekelian orang-orang tua untuk menentukan hari yang baik untuk membuat kenduri tersebut, baik kenduri kahwin atau kenduri bersunat anak. Selalunya penentuan hari dan tarikh akan dirujuk kepada bulan islam atau disebut sebagai bulan melayu atau pun kitab-kitab lama yang mengadungi bab untuk mengetahui ‘hari baik ketika molek’ dan penentuan hari dan tarikh inilah oleh orang-orang tua di tempat aku disebut sebagai ‘Pacak Hari’.

Apa yang aku suka melihat di dalam acara bekwoh ini ialah berarak pengantin atau disebut sebagai “Belarak Anak Teruna” kerana di sana terdapat semua barangan hantaran dan pulut semangat diletak atas pahar, dibawa dengan cara menjunjung di atas kepala. Bagi orang tempat aku hanya disebut ‘Par’ atau ‘Anak Kasa’ sahaja.  Aku rasa budaya menjunjung anak kasa segala barangan hantaran di atas kepala sekarang ini sudah jarang dapat dilihat lagi, semuanya pakai kelek dan tampu sahaja.  Antara sebab yang terjadi demikian ialah:

1.   Orang muda sekarang, terutamanya orang perempuan sudah tidak pandai lagi menjunjung barang2 kerana sudah ada kemudahan lain untuk membawa barang2 sedangkan kalau zaman dahulu, pekerjaan menjunjung adalah satu kewajipan yang mesti boleh dibuat oleh semua orang2 perempuan, sehinggakan perempuan yang pandai menjunjung dengan berlepas tangan dipandang mempunyai kelebihan oleh masyarakat, apa lagi kalau perempuan itu pandai bertenun kain.

2.   Fesyen rambut orang muda  sekarang yang bermacam2 ragam menyebabkan menjadi masaalah jika menjunjung, apa lagi kalau rambut yang baru didandan di hair saloon untuk tujuan ‘nak gi makan gulai’.

Apa yang aku nak ceritakan disini ialah tentang pupusnya salah satu dari peralatan wajib yang menjadi kebanggaan orang2 tua kita dahulu semasa belarak anak teruna, iaitu sireh bertingkat atau sirih beragam dan tepung berbunga dan seumur aku hanya sekali sahaja sempat melihat orang belarak anak teruna pada pertengahan tahun ‘60an dahulu di kampung Gong Nyatoh, itu pun diatas permintaan tuan kerja (Bapa pengantin) sebagai hendak mengingati peristiwa perkahwinannya sebelum perang jepun dahulu.

Sehari sebelum belarak, orang yang ditugaskan membuat sireh bertingkat ini sudah mula membuat sakak untuk diikat keatas par Tentang jumlah par nya tergantung kepada keupayaan tuan kerja, tapi kadang2 ada juga sanak saudara atau sahabat handai yang memberi sumbangan sebagai sponsor untuk tujuan ini. Pada esoknya barulah gubahan sireh dan segala macam kueh dan pulut beranika warna digubah dan disusun sehingga menjadi susunannya bertingkat2 setinggi antara dua hingga empat kaki tinggi. Pada bahagian atas sakak dihiasi dengan bunga2an dan bunga tepung yang beranting.

Apabila tiba masanya iaitu selepas selesai solat asar maka berhimpunlah sekelian orang belarak kira2 setengah kilometer dari rumah tempat bekwoh. Antara yang ada bersama pada masa itu ialah pasukan wayang kulit dan pasukan bersilat. Tempat berhimpun ini selalunya dipanggil tempat berendam. Sebelum perarakan dimulakan dan sementara menunggu, muzik silat dimainkan atau boleh juga disertai dengan tarian silat. Setelah siap semuanya  ketua perarakan akan berselawat sebanyak 3 kali. Selawat kali pertama dan ke dua akan disambut oleh gertakan alat2 muzik silat dan wayang kulit sebagai isyarat menyambut selawat. Selepas selawat yang ke tiga barulah semua muzik gendang silat dan muzik wayang kulit dimainkan dan ada kalanya ditambah dengan tembakan senapang ke udara sambil berjalan mengiringi anak teruna (penganti lelaki).

sirehbbunga 

  Perarakan Sirih Bertingkat dan Tepung Berbunga sudah tidak dapat dilihat sekarang ini.

Mengikut cerita orang2 tua kalau zaman dahulu, perarakan seperti ini didahului oleh dua orang pembawa tetunggul (bendera), pembawa nasi kunyit, sirih bertingkat, tepung berbunga, par2 yang berisi dengan barangan lain, anak teruna serta pengapit dan pawai. Bahagian sebelah belakang terdiri dari orang ramai dan pemain muzik pengiring.

29 thoughts on “Sireh Bertingkat Tepung Berbunga

  1. dalam lirik sebuah lagu dikir barat oleh Allahyarham Kumat bertajuk “Pok Itam” ada menyebut mengenai taraf kecekapan oghe perempuan menjunjung.. seperti berikut:

    “Hai Mak itam.. memang cekap lah menjunjung… Hai Pak Itam.. memang cekaplah mengandar.. hai” (irama lagu P.Ramlee Nujum Pak Belalang ~tajuk tak ingat)..

  2. datuk D => masa saya budak dulu pun, kalau malas g mengaji sekolah. orang tua akan tanya:

    “Mu ni nak jadi jong kandar air kah besar seksok?”

    Pada zaman dahulu kemudahan air paip mmg ada lagi di kampung2. Jadi, setiap kali nk bekwoh mestilah menggunakan khidmat jong kandar air utk mengangkut air dari telaga ke rumah.

  3. hok ambo igt…berarak paling jauh, masa nikah ambo..tubik rumah 10 langkah pahtu masuk balik dgn lagu sallallah…sepatutnya pahar masa tu kena junjung baru napok klasik sikit..

  4. sirih junjung tu supo jgk ko?sirih junjung pulut semangat…
    insyaallah…nk wat blarak etek eh…tapi gak kalu rumah dekat tu selawat pun xdan abis…heheh

  5. dok la…tak tumbang pulut tu…ore jame loni nak wat pulut stingkat pun tak lekat nak cucuk telur…tumbang..ilmu wat pulut ni pun hampir pupus dah..jarang antara kita nak sedar hal ini..

  6. Salam, Tuan Che Mat Jusoh.

    Saya telah membaca entri tuan mengenai gamelan. Kebetulan saya sedang mengumpulkan maklumat tentang gamelan untuk penulisan saya. Maaf kerana tidak memperkenalkan diri dahulu. Saya dari Pulau Pinang dan berminat mengumpul fakta-fakta sejarah yang berlingkungan dalam budaya Melayu. Boleh tuan memberi sedikit bantuan?

  7. hoktu duk mikir loni tuh…
    jodoh supo dkt rumah jah..
    pahtu kfc tu supo beso jah…
    kalu jadi gak kita ajok la blako hok mana ada sini….heheh

  8. pulut hok maskoby wat male tu belum boleh tahap lulus 100% lagi tu..tumbang jgk bunga telur..ore tua kkapung kalu buat..sapa dua hari tak tumbang lagi..kalu wat plimau ssilat hok kita dok beso tgk..

  9. Di Pulau Bali Indonesia pun ada jgk belarak pesen ni, tak tahu nk katalah ada hubunge ko takdak antara dua ni. Tp kalu tgk ko cara hidup tu, lebih kurang jah nga ore kelantan zaman dulu. berangin ko hmene tradisional, belaga ayam, asah gigi, buat padi, ccayo ko semangat padi…

  10. Bekali meme wujud hubungan antara Bali dan Kelate.
    Konsep sireh bertingkat dalam gambar tu nampak pula macam konsep ‘Stupa’.

  11. cantik dan hidup sungguh adat budaya maso dulu. sayang hilang doh. Che mat memang betol sunggoh ko bentuk sirih junjung dgn pulut kuning blah tu dulu2? cantik dan warna warni

  12. Memang betul che kem..selalunya yg dibuat tinggi begitu ialah sireh dan kueh saja..kalu pulut dia tak buat tinggi begitu lalu sbb takut berat sgt, lama kan patah tengkok makcik hok junjong tuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>