Terlanjur pasal cerita Tok Abas tertelan minyak gah masa teater Tok Janggut dua bulan yang lepas, maka aku pun ada satu cerita pasal kelebihan minyak gah ni. Minyak gah atau minyak tanah ini sebenarnya biasa diminum oleh orang-orang kampung untuk sekadar nak buat ubat, tapi diminum hanya satu atau dua camca sahaja, bukannya satu botol.
Sebelum adanya kemudahan elektrik di kampung-kampung, minyak gahlah yang menjadi sumber terpenting sebagai bahan bakar untuk menghidupkan api pelita bagi menggantikan lemak binatang atau minyak kelapa pada zaman sebelumnya. Bilakah tarikh minyak gah dibawa masuk ke Kelantan aku pun tak tahu, tapi yang nyatanya di bandar Kota Bharu ada sebatang jalan yang dikenali dgn nama “Lorong minyak gah”.
Bagi golongan kaya yang tinggal dikampung-kampung, walaupun tidak ada kemudahan bekalan elektrik tetapi mereka akan membeli segala peralatan keperluan untuk kegunaan harian yang menggunakan bahan bakar dari minyak gah sebagai sumber tenaga untuk peralatan tersebut berfungsi. Barangan ini tidak dapat dibeli oleh orang biasa kerana mahal. Itulah makanya kalau dalam satu-satu kampung, boleh dikatakan hanya beberapa rumah sahaja yang mempunyai lampu gasolin. Bahkan mengikut satu sumber dari orang2 tua, sewaktu harga getah mahal tahun ‘50an dahulu, ada diantaranya yang membeli peti sejuk bawa balik ke rumah kerana nak menunjuk kepada orang kampung bahawa dia kaya, maklumlah kerana mempunyai kebun getah yang luas. Oleh kerana rumahnya tidak ada bekalan elektrik, kesudahannya peti sejuk dibuat almari tempat simpan kain baju.
Lampu gasolin yang aku maksudkan disini bukanlah sama bentuknya dengan lampu gasolin yang ada sekarang ini, tetapi bentuknya terbalik. Tangki minyaknya berbentuk bulat seperti kueh donat dan cerminya pula berbentuk seperti jantung pisang. Lampu jenis ini juga tidak boleh diletak ke lantai kerana cermin mentolnya berada dibahagian bawah dan tangki minyak disebelah atas. Sebenarnya suatu masa dahulu aku ada simpan sebiji lampu gasolin jenis ini, tapi telah ku jual kepada seorang kawan untuk dijadikan hiasan rumahnya.
Selain dari lampu gasolin, ada tiga barangan lagi yang aku pernah lihat yang menggunakan minyak gah sebagai bahan bakar, yang mana mungkin sesetengah orang sekarang tidak percaya barangan tersebut dapat berfungsi hasil dari pembakaran api minyak gah tersebut dan itulah teknologi zaman dahulu. Barangan tersebut ialah Peti Sejuk Minyak Gah, Kipas Angin Minyak Gah dan Seterika Minyak Gah. Tapi sayangnya semua barangan tersebut aku tidak dapat mengambil gambar kerana masa itu aku belum memiliki kamera lagi. Bagaimana pun aku masih bernasib baik kerana berjaya memiliki 2 buah seterika minyak gah semasa aku menjadi perantau di Johor suatu masa dahulu.
Kalau di Kelantan, seterika minyak gah ini kebanyakannya terdapat dirumah-rumah orang yang berkerja kerajaan, terutama sekali guru-guru sekolah. Seterika ini aku rasa memang sengaja dicipta untuk kegunaan orang-orang yang tinggal di kawasan2 yang tidak ada kemudahan bekalan elektrik waktu itu..
Caro guno….cabut penyumat tepat pong tu, pahtu buboh minyak gah dan tutup balik. Lepah kita pong angin tu, kita pulah punat ngejah alik belake tu sikit nk bui minyok tubik sikit utk nak cucoh api kot lube tepi tuh…bilo api menyala dan agok2 panas sikit, baru kito pong angin bui banyok. Api akan tubik supo api dapur semawar sembor ko tapok stareko…mako bulehlah wak ggosok kain baju….Ilir ken tu pada stareko arang..