PENTAS

Disember 2009 sudah genap 3 tahun saya menjadi penyumbang kepada majalah PENTAS di dalam siri penulisan saya yang mencangkupi dalam dunia seni persembahan, terutamanya yang perkara-perkara berkaitan dengan seni persembahan tradisional melayu negeri Kelantan.

Walaupun saya tidak mempunyai pendidikan yang formal dari mana-mana institusi pengajian tinggi berkenaan dengan bidang penulisan dan juga bidang yang saya tulis ini, tetapi Alhamdulillah dengan berbekalkan sedikit sebanyak pengetahuan yang saya warisi dari orang-orang tua dahulu yang pernah membimbing saya, dan pengalaman mengenainya yang telah saya lalui selama lebih 40 tahun, telah saya manfaatkan kembali melalui artikel-artikel di dalam kolum Masterclass majalah ini kepada generasi kini yang mungkin menjadi satu pengetahuan baru dan rujukan kepada mereka-mereka yang memerlukannya.

DSC02836

Terima kasih kepada Istana Budaya, editor lama dan editor barunya, Abang Sutung Umar Rs, Adik Rahimidin Zahari dan semua yang terlibat di dalam penerbitan majalah ini kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya dulu kini dan selamanya untuk terus memberi sumbangan…