Sisa Peninggalan Masjid Tua

Semasa guru ku ini masih hidup, beliau pernah menceritakan kepada aku, semasa  Dato’ Perdana Seri Paduka Raja menjadi menteri besar Kelantan, beliau telah membawa  perkakas kasar kayu  sebuah mesjid tua yang telah dirombak dari Kota Bharu dan diletak di tanah lapang berhadapan dengan rumahnya (tapak mesjid Jelawat sekarang). Mungkin juga kayu-kayu tersebut hendak dibangunkan semula untuk kegunaan orang awam sekitar kampung tersebut sebagai tempat solat.  Menurut guru ku, ada juga daripada kayu-kayu tersebut diukir dengan bermacam-macam awan larat. Apa yang aku masih ingat sehingga sekarang ialah beliau menceritakan seloran mesjid tersebut dibuat dari sebatang kayu besar yang panjang dan diukir seperti tubuh se ekor ular yang bersisik. Kata guru ku lagi, selang beberapa tahun di situ, kayu-kayu tersebut kemudiannya telah dipindahkan ke satu tempat berhampiran dengan tanah perkuburan Kubang Chenok.

  1. kayumasjid_0003 
  2.  Mengalih tiang-tiang besar masjid tua semasa gotong royong membersih tanah
  3. perkuburan Kubang Chenok Jelawat pada 25/10/1959

Pada mulanya aku malas nak cerita  pun, dan biarlah ia menjadi khazanah dalam ingatan dan pengetahuan aku saja bersama2 dengan cerita2 yang lain. Tp beberapa tahun kebelakangan ini setelah ayah kepada kawan aku meninggal dunia (adik kpd guru ku), kawan aku telah menunjukkan beberapa album lama kampung kami yg diambil dari tahun ‘40an lagi yang terdapat beberapa keping gambar tentang pemindahan kayu tersebut.

kayumasjid_0002

 Berdiri di atas timbunan kayu masjid setelah selesai gotong royong.

 

Daripada beberapa keping gambar ini dan cerita yang dikhabarkan oleh guru ku itu, sampai sekarang masih lagi menjadi tanda tanya aku. Adakah kayu-kayu tersebut sebenarnya daripada kayu bekas binaan masjid besar Kota Bharu yang telah dibina semula pada tahun 1867 iaitu sebelum terbinanya masjid Muhammadi pada tahun 1922 atau pun kayu dari masjid tua yang lain??……

Wallahua’lam

10 thoughts on “Sisa Peninggalan Masjid Tua

  1. tak tahu la cengal ko merbau ko atau lain2….
    sbb masa ambo bdk2 dok main koktu tuh kayu tu takdok doh di situ, yg ada hanya timbunan besi2 lama…besi gapo ambo pn tak tahu jgk..

  2. DD….pengalaman ambo ni takdak balah mana sgt…pesen pengalaman seorang budak kapung yg berkaki ayam,
    berkain sarung dan berselimut telanjang jah…
    belago butir getah, main berambat serta curi moktan..hehehe

  3. ahaha.. Warisan ni mace mace ayahmat.. sekodar hok ambo dok belek book sini.. Orang Hidup pun Jadi Warisan jugak…. hehe..

    budak2 loni kalu kita kata belaga batang bemban, make buah kerkut, buat suna daun nyior.. pun dia kerut kening doh… hok ayohmat cerita sini tu gak sementelah lebih lagi..

    tapi kalu sebut playstation gak.. ambo gamak lebih tiub pada tayar….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>