Baso Angin Mari Jarang-jarang

Nak jadi ko cerita, ada satu hari tu angin tukang ketujuh nya mari balik singgah atas diri ambo. Bukan senang angin ni dia nak mari, kadang2 habis tahun beganti bulan habis minggu beganti hari nya tak mari lagi. Kalu kita panggil suruh mari, koho dia lari jauh. Dengan kerana tu lah ambo terpaksa layan kehendak dia hingga sapa ambo menjadi asyek tak becara ko kija keroteh hok lain doh sebulan dua ni..tambahan pulak masa ambo nk mula buat kija tu, nya mari telintas ayat2 pengucapan yg menceritakan balai istana raja serama sewaktu dihadapan hulubalang 33. Antaranya ialah:

Balai berbendul dengan tembaga dalung, balai bersirat dengan dawai cina, balai bercat persada lenggang, balai berlukis dengan perada terbang, balai bertiangkan gading gajah berselang seli dengan kayu arang dilarik, buah buton mas buah buton perak sura serjan pati wani kekuningan perbuatan orang dalam negeri siu sia mendara pura.

Maka mengambil sempena balai Raja Serama ni lah ambo adunkan tiga bahan menjadi sebatang suna, iaitu kayu hitam, gading dan tembaga.

Sebenarnya  dalam setahun lepas, ambo buleh tiga katam kayu hitam hok demo bawok mari dari pahang,  Oleh kerana kayu ni hitam mcm arang ada jgk orang panggil kayu arang. dua katam ambo taruh kerana hok sekatam tu romo coreng, hok sekatam lagi nya amik ko budak cica tinggi nama Abas berani hok dok kija di Kuala Lumpur,(namo jah abas berani nyo, tp gak penakut pahit).. ambo tanya dia nak buat begapo?.. dia tak sir royak baso kkakah tu..Hok dok aloh ambo ni memang ado doh dalam pelan batu ppalo ambo nak buat suna, cuma dok tunggu angin tukang mari melitas jah baru ambo buleh buat, kalu tidak gak paka dok sada ssitu lah selama mana pun. Taroh ggoni tak apa selama mana pun muga kita tak kena jamu nasi ko dia..asal jange jemor panas gak tak apa lah. Tp ada juga orang kata kayu ni berona…biar nya berona gih..

DSC02806 DSC02808

                Proses melarik kayu                                  Proses melarik tembaga

Salah satu sebab yg menjadikan ambo koho ghalit buat ggoni ialah nya mari telintas nk buat pembaharuan, selama ni orang buat suna bulih napok temin penyambung, tp hokni ambo buat selapis lagi penutup temin supaya apabila suna disambung, tidak akan napok temin tu dan bentuk suna tu pun napok selari dari atas ke bawah.  Kalu demo kata ambo sudah merosakkan tradisi pembuatan suna pun biar nya kata gi lah.. tujuan ambo ialah untuk nk mengangkat alat muzik tradisional kita setaraf dgn alat muzik tradisional negara lain..kalu kita tgk alat-alat muzik tradisional negara lain sprt Cina, Thailand, Japun, Korea memang kemas, kita takleh nk lawan dari segi pembuatan dia.. Kalu buleh alat muzik tradisional kita ni pun toksir doh la pesen jenis buboh dlm plastik rokrak la, gguni gula la, supit baja la…ada saing ambo hok sorang tu pesen jenis bukuh nga kain batik sarong bini dia..

Sebagai seorang yg terlibat dengan pengajaran dan cintakan alat muzik tradisional bangsa sendiri, ambo rasa bertanggung jawab untuk cuba mencipta satu kaedah yg baru yg dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pemain sewaktu menggunakannya, baik terhadap fizikal alat dan juga kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana memandang sebelum ini tidak ada siapa lagi yg cuba berusaha meneroka kearah ini. Seperti mencipta notasi serunai dan rebab dan diagram penjariannya utk memudahkan lagi keberkesanannya didalam pengajaran dan pembelajaran yg mana bagi mengganti kaedah lama yg hanya mengguna sistem pandang perhati, dengar dan cuba.

 

diagramsuna_0001 

Bagaimana pun ambo merasa cukup puas hati kerana hasil kerja yg ambo buat selama beberapa bulan ini telah siap. Kepuasan adalah amat penting didalam menghasilkan sesuatu karya seni dan itulah makanan angin ambo selama ambo menyiapkan karya terbaru ni.

DSC02799           DSC02844

                         Sudah Siap                                                          Hampir siap

44 thoughts on “Baso Angin Mari Jarang-jarang

  1. harap2 angin gini ado duk bertiup sokmo…kita lapih muda hok tahu bgapo ni, tunggu tgk hasil dari ore hok lagu ni jah…

    kayu hitam hok bui ko tok abas berani tu, napok supo nak jadi barang dah setelah lebih kurang dua tahun terbengkalai…tu pon nasib ada tukang asal tukang usul hok plesai sedikit kekusutan yg telah berlaku…
    tunggu laaaa…..

  2. angin ni angin molek..
    angin ni bejadi khijo..
    angin nulih pun napak kerek..
    bulih budok2 supo ambo perati baco..

    sekodar makluman, puak Istana Budaya loni dok tengoh sekung sembam dok tengah kaji citra ornament untuk dibuat supaya jadi piawai.. ambo takdok kesempatan lagi nok gi tengok di sana.. tujuannya supaya alat2 muzik seperti Rebab, Serunai dan sebagainya buleh dibaca oleh Ahli Muzik untuk gubahan orkestra. Bunyi kata Rebab pun dia tune ikut Chord moden supaya senang nok coreng di Baluk.. tu semua dia gahal untuk Orkestra Muzik Tradisional Malaysia…..

  3. Ambo ada dengar jgk cerita pasal tu…bunyi kata rebab dibuat lain sikit dari rebab yg asal dan ditiun supo violin kalu tak silap…pada pandangan ambo kalu dah buat pesen tu kita takleh nk panggil rebab doh la…kena cipta satu nama lain..rebab adalah tetap rebab dgn identiti dia tersendiri

    cuba tgk perbezaan antara violin dan viola. Walau pun bentuknya sebijik sama tp oleh kerana tiun dan saiznya berbeza, maka nama pn sudah berbeza.. maaf la deh sekadar pandangan ambo jah la niii…

  4. bagi ambo…adalah sgt kejam sekiranya membuat perubahan terhadap sesuatu instrumen tradisional sehinggakan indentiti asas intstumen tersebut sudah hilang…boleh dibuat, tp jgn panggil dgn panggilan nama asal..
    sound rebab mempunyai identiti dan jgk tone nya yg tersendiri, kalau ditune mengikut biola…xleh dipanggil rebab lagi dah…mungkin boleh dipanggil ‘relai’..

  5. sepatutnya ada satu saluran untuk kita bagi pandangan ini kepada mereka supaya warisan tidak hilang atau lebih-lebih lagi dikalih.. dan dikata sedemikian rupa..

    baru jah ambo dok bekecek dengan saing ambo mengenai warisan ni.. memandangkan Rebab merupakan alat utama dalam persembahan Makyung yang telah diangkat ke UNESCO sebagai World Oral Heritage (Warisan Lisan Dunia)… mungkin tak ramai yang tahu atau ambik tahu lah.. Pendapat beliau sama jah dengan tok abik dan ayahmat tuh.. ..

    dalam persembahan Makyung Anak Raja Dua Serupa di Istana Budaya baru-baru ini nampaknya telah ada guna dah ‘alat-serupa-rebab’ tuh…. rasanya taklih lagi kot nak tipu telinga nih.. tu berasa supa tawar jah .. jadi, jika berlaku sedemikian dan berterusan…. bimbang perkara ini tidak akan diambil endah dan akhirnya terus jadi rujukan utama…. sedangkan perkara itu tidak tepat seperti mana yang diiktiraf oleh UNESCO pada peringkat awal dahulu..

    maaf la deh ni pun pandangan aambo jugak ayahmat.. awalnya..

    :)

  6. Ambo tak berapa yakin lagi ore kata serunai batang lada ni sedap… batang lada ni pohu, tidak keras serupo kayu2 lain yg ore buat serunai loni…jame dulu pulok takdok alat kemudahan balah mana untuk nk proses buat serunai, jadi dia cari kayu2 hok mudah tebuk jah la….

    Sungguh pun begitu seumur hidup ambo ni tak beso tgk lagi serunai yg dibuat dari btg lada..

  7. Ambo ado g jale umoh Pok Teh Pok Joh Gelang Mas,dia wat tubek serunai lama….. Dio oyak serunai tu buat dengan batang lada…. Jame dulu ado la pokok lada hok besar2,tapi loni nak cari hok besar 2 putung jari pung payoh doh… Nak buat tok leh la,nak tebuk,nak larik…kaba2 cak api… Gemuloh Wan Nasir oyak,dalam banyak2 kayu hok dio dok buat serunai,kalu merbau dalung paling molek soro…. Ambo pun amik la penukat tangga umah tok nyer ambo wok g suruh larik…. Tok dan sudah jugak,kaba2 gemuloh ni tak dok…. Ambo pun boh dalam api kayu tu…. Ayoh Mat di kelantan ni ado ko lagi tukang serunai hok makan siku… Ambo beraso nak tiup serunai pulok la nyo…… Rukrit2 beraso dalam dado….. Nak soh Nuar,balik semeta2 jah… Ciannyo ko ambo…

  8. Tok leh pasal tak dok serunai…. Kalu ado,gomo jugok…. Kayu sira tanduk ado ko ayoh mat ? Cino Seng jelawat brehi buat serunai pakai kayu sira tanduk… Bagi ambo,buatlah denge kayu gapo pun,kayu ore hok tiup tu tok pandai,tok jadi jugok…. Bunyi ‘ t’hoyo’ ore panggil. Kayu ore pandai bui la serunai x sedap pun jadi sedap… Ayoh mat,ambo nak tanyo dalam kito tiup serunai,ado berapo jenis tegok ?

  9. Carilah serunai kayu gapo pun…. kayu kemuning ko,kayu kerat telunjuk ko,kayu terung ko,kayu getah ko,kayu kayan ko, kalulah siup serunai tok reti,nya amik repih ko ore sakit serunai tu… Ambo mujurlah tok tok pandai ambo pun,ambo dan wat lari serunai takut nya repih ko ore sakit… Skure2nyo ambo pandai wat lari serunai ambo… Ambo adolah jugak trai buat bendu,larik sendiri serunai… Mari pok sdaro ambo dio kato serupo taik sembelit ore baru beranok… ha3… Skure2nyo ambo minat,dan berani mencuba… Loni gak kalu buleh nak soh ayoh mat ejah la serunai seputung,hok gemuloh Wan Nasir ni tok dan ko ambo sebatang habuk….

  10. # selasih senja
    July 19th, 2009 at 6:42 pm

    Maaf jika pandangan saya ini kurang betul nya…. Setahu benak hati jahil saya,mengikut ajaran Islam alatan muzik yang bertali dan mengasyikkan adalah haram. Permainannya menimbulkan rasa asyik dan menyebabkan kelalaian… Lagi pula permainan rebab di iringi nyanyian,tidak kira di hati mahupun secara terus di mulut saudara… Bermakna sekiranya saudara sentiasa bermain rebab,selagi itulah dosanya terus nyata…. Apa pandangan saudara…. Maaf kira pandangan saya ini menimbulkan rasa kurang enak kepada seluruh pengunjung Lokanbertepuk… Walaupun pahit,inilah hakikatnya….

  11. Tembaga dalung ni ialah nekar atau dulang tembaga besar yg ada kaki…tp kita kena tgk ayat jgk…kdg2 ia membawa makna kpd kepingan tembaga yg besar….haaaa gituh.

  12. arjunasukma
    February 28th, 2010 at 9:44 pm
    dok eh..ari tu demo letak hadis apo nah kata xlih..kawe baru beli serunai..tohok slalu dah kata haram…ni kena beli pulak dh la dah demo kata bulih…haha

    slalu lah abe yie gak hehehe…

    dewa muda
    March 18th, 2010 at 2:07 am
    btol kato arjuna…pok mail oyak pon oyak name kebab gak

    tidok kebab ni roti ko…

  13. klu serunai tu sejak kecil lagi sy tgk abah sy duk larik kayu duk buat serunai…….dia meme suka benar main serunai muga dia alat buat muzik silat…tp kebanyakan generasi loni kadang2 kertok pun dia xkenal

  14. wak isa mesira, tumpat pernah bercerita dia pernah larik satu gading gajah untuk buat serunai nih.. dia kata sogho dia lain daripada kayu.. tak tahu lah sejauh mana kebenaran ni.. tapi pada pendapat kita mungkin betul sebab gading ni.. lagi mampat daripada kayu.. mungkin resonan lagi molek.. tak tahu lah Wallahu a’lam

  15. Ambo tak beso buat lg nga gading sepenuhnya…cuma hok beso buat hanya bertatahkan gading jah…jadi ambo takleh nak komen la setara mana bunyi dia..

    Cuma kalu ikut pengajian ore putih gak, dia nak hok dibuat dari kayu la, krn bunyi dia lebih lunak…sbb tu walaupun alat goni termasuk dlm kategori “airphone” tp dia termasuk dlm keluarga alat muzik ‘woodwind’….

  16. assalamualaikum

    saya baki dari 8tv. saya mengecara rancangan dokumentari dan travel Step Forward. saya sedang mencari contact untuk tukang buat rebab secara traditional untuk dipaparkan didalam rancangan saya. boleh tak berikan saya contact itu? terimakasih

    baki

  17. izinkan amba mencelah pak lokan..

    kepada encik baki zainal..

    1. memandangkan zaman sekarang adalah zaman teknologi… saya mencadangkan supaya dokumentari lebih menumpukan kepada kaedah pembuatan alat muzik tradisional secara moden untuk menonjolkan kepada umum bahawasanya peralatan muzik tradisional boleh dihasilkan dengan mudah dan cepat..

    2. namun demikian, kaedah penalaan tona bunyi dan pemurnian istilah serta kaedah menggesek rebab mesti ditonjolkan dengan kaedah tradisional sesuai dengan tema instrumen tersebut.. .

    pendapat dan cadangan amba untuk pertimbangan…

    sekian. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>