Gagak Sura Langkapa

Pertama kali aku mengenali gemulah Nik Rashiddin Nik Hussein ialah pada tahun 1982, iaitu semasa gemulah ni tinggal bersama orang tuanya di Langgar Kota Bharu. Oleh kerana angin aku dan angin gemulah ni lebih kurang sama maka bermulalah satu siri persembangan yang rancak juga sehingga gemulah ni berjanji akan menghantar aku balik kerumah selepas itu jika terlewat. Gumulah ni telah menunjuk kepada aku beberapa koleksinya yang aku kira cukup bernilai sekali terutamanya yang berkaitan dengan warisan sejarah kesultanan melayu  Kelantan dan Pattani. Antaranya ialah ukiran bahagian kepala dan bahagian ekor burung gagak sura dan sebuah katil lama yang dibuat dari kayu sena. Menurut kata gemulah Nik Rashiddin kepada aku, semasa pertama kali beliau pergi melihat kedua2 peninggalan pusaka ini dahulunya “dihangguk” (gantung) didalam rumah oleh orang-orang dahulu kerana dikatakan “mengosek” dan dipercayai mempunyai daulat.

jongsuna_0003

  1.   Peninggalan Air tangan Allahyarham Nik Rashiddin yang belum sempat disiapkan       
  2.   kepada aku 1982

Gagak Sura dikatakan se ekor burung mitos yang berasal dari kayangan. Dalam bahasa sanskrit, sura ertinya berani. Mungkin kerana inilah orang-orang melayu zaman dahulu terutamanya di wilayah Pattani membuat replika burung gagak sura sebagai kenaikan dan diarak sempena dengan upacara2 tertentu. Berlainan pula dengan di Kelantan yang kebanyakannya menamakan burung mitos ini sebagai Burung Petala Indera. Bagaimanapun kedua-dua nama burung tersebut memang ada disebut dalam hikayat melayu kelantan dan cerita lisan yang diceritakan melalui persembahan wayang kulit kelantan. Tapi sekarang ini aku rasa sudah tidak ada lagi dalang2 yang membawa cerita2 seperti ini. Bagaimana pun aku percaya orang2 melayu pattani ada mempunyai cerita legendanya yang tersendiri tentang  Gagak Sura ini yang kemungkinan tidak ada kena mengena dengan hikayat Seri Rama.

 

Salah satu dari versi lisan dalam hikayat Seri Rama yang terdapat di Kelantan ada menyebut setelah Seri Rama berjaya memanah 40 batang pokok tar, tok Maharishi Kala tidak terus mengahwinkan Seri Rama dgn Siti Dewi, tp Maharishi Kala telah mengenakan beberapa syarat lagi walau pun syarat tersebut ada yang berupa meminta pertolongan (sebagai ujian). Salah satu daripadanya ialah Maharishi Kala meminta pertolongan Seri Rama supaya menangkap orang yang selalu mencuri air madu dan air susu kerana setiap kali maharishi kala datang untuk meminumnya didapati air tersebut sentiasa kering. Pada suatu malam Seri Rama dan Laksemana telah menunggu dicelah rimbunan pokok-pokok kecil untuk melihat siapakah pencuri air madu tersebut. Selang tidak lama kemudian datanglah seekor burung Gagak Sura  hinggap di tebing kolam. Tanpa membuang masa lagi Seri Rama pun melepaskan anak panah ganding wat sodoroko ke arah Gagak Sura. Apabila Gagak Sura menyedari ada orang memanahnya, lalu ia terbang lari tetapi anak panah ganding wat tetap mengejarnya. Akhirnya Gagak Sura datang kepada Seri Rama serta memohon maaf dan merayu supayang jangan dibunuh. Gagak Sura berjanji tidak akan meminum lagi air di atas bumi ini. (mengikut cerita dongeng orang tua2 dahulukala, akibat dari taat akan perjanjian inilah sampai sekarang pun keturunan gagak tidak akan minum air atas tanah). Dalam satu versi hikayat Seri Rama yang lain pula ada menyebut seekor Gagak Swara selalu datang mengganggu Maharisi yang sedang bertapa.

Dalam satu cerita yang lain pula meriwayatkan, semasa berlakunya peperangan antara Maharajawana dengan Seri Rama di Langkapuri, Maharajawana dikatakan telah memanggil sahabatnya raja gagak tiga bersaudara iaitu Gagak Sura Langkapa, Gagak Sura Jenala dan Gagak Sura Jenawa yang berada di negeri Bukit Berapit Gunung Kelikir untuk membantunya, tp akhirnya gagak2 tersebut mati ditangan angkatan Seri Rama.

Perarakan Burung Singa

Di Kelantan pula burung lagenda jenis ini lebih dikenali dengan nama Burung Petala Indera atau dalam loghat Kelantan disebut sebagai Burung Petala Anegha. Bahkan sebuah perahu Diraja yang tersimpan di Istana Balai Besar pun bernama bahtera ‘Petala Indera Sri Kelantan’. Dalam tahun 1933 telah diadakan upacara berkhatan anaknda kepada Raja Muda Kelantan pada masa itu dan mengikut ceritanya upacara tersebut telah diadakan secara besar-besaran diikuti dengan perarakan Burung Petala Indera…lihat dalam blog anaknda adiatsauri.blospot.com.

Di dalam sebuah hikayat kelasik di Kelantan yang bertajuk ‘Ismu Dewa Pekerma Raja’ pun ada menyebut berkenaan burung Petala indera ini. Bersumber kepada buku Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan, aku percaya bahawa manuskrip hikayat inilah yang dipinjamkan oleh Enci’ Ha kepada Abdullah Munshyi sewaktu di Kelantan 1838 duhulu. Aku masih ingat lagi pada tahun ‘70an dahulu ada seorang tukang cerita di kampung aku yang bernama Kundur bin Dolah pernah royak bari cerita "’Ismu Dewa Pekerma Raja’ ini.. Antara petikan ceritanya yang aku pernah dengar ialah:

Oleh kerana Ismu Dewa Pekerma Raja tidak dapat ‘memecah tadbir alamat mimpi’ ayahandanya yang bermimpi bulan bertangkup dengan bintang, maka Ismu Dewa telah dihalau supaya pergi saja kemana-mana untuk mendapatkan tadbir mimpi tersebut. Sebelum berangkat, bondanya telah memberi sebentuk cincin pesaka sebagai pakaian semasa perjalanan. Semasa Ismu Dewa Pekerma Raja hendak berangkat ke negeri Tanah Dewa, dua orang pengasuhnya di istana iaitu Mengena Dewa Indera Pahlawan dan Selia Bangsa Indera Bangsawan ingin ikut bersama kerana tidak sampai hati melihat Ismu Dewa Berjalan seorang diri. Untuk mengelak dari dipandang berjalan tiga orang dan menjimatkan bekalan, maka Ismu Dewa telah menyetong kedua2 sahabatnya itu kedalam kedua pahanya.

Dipertengahan jalan, Ismu Dewa telah dihalang oleh Bota Kaladati Ismandu yang juga ingin pergi ke Tanah Dewa. Dalam peperangan tersebut Bota Kaladati Ismandu telah lari akibat dikejar oleh pedang sakti kepunyaan Ismu Dewa dan  pergi mengadap gurunya Nenek Perbusura untuk meminta pertolongan. Belum pun sempat habis Bota Kaladati Ismandu menceritakan hajatnya, pedang sakti pun sampai lalu membunuh Bota tersebut lalu mati. Setelah Ismu Dewa Pekerma Raja sampai ketempat Nenek Perbusura kerana mengikuti jejak pedangnya, beliau menceritakan tujuan beliau hendak pergi ke negeri Tanah Dewa atas arahan ayahndanya Sultan Shah Kobat Bisnu. Nenek Perbusura menasihatkan kepada Ismu Dewa supaya pergi ke negeri Tanah Dewa kerana di sana sekarang terdapat ramai raja-raja yang sedang berperang kerana hendakkepada Puteri Ratna Dewa anak kepada Dewa Laksana. Dan sebelum pergi ke negeri Tanah Dewa hendaklah terlebih dahulu Ismu Dewa Pekerma Raja pergi ke Gunung Cempakaguna  untuk menyeru turun dan memulih se ekor Burung Petala Indera yang sedang bertapa di atas pokok Melor Kaya. Nenek Perbusura memberitahu bahawa burung Petala Indera itu bukan burung sebarang burung, bukan borak sebarang borak, di dalam borak ada burung, di dal
am burung ada kesarungan Dewa Perburaksa yang disumpah oleh Nenek Perbusura kerana menderhaka…….

Kalau ada masa kita sambung semula la pulak deh!!..

77 thoughts on “Gagak Sura Langkapa

  1. bilo nok sambung ni ayoh? bjijok angin kakloh ni hehehe…
    nok tanyo so ni deh… burung Petanala Indera dnge Burung Singa ni bbezo mmano? so lg, ado oghe tunjuk gambar prahu ko ambo… yo oyak ko ambo gambar prahu knaike Putri Saadong… bentuk prahu 2 supo ni la… tp oghe tu kato namo yo Jong Perak Kemudi Besi… mohon nge ayoh ckit deh…

  2. Perbezaan antara burung petala indera dgn burung singa ni hok paling sene sekali ialah bahagian muncung dia tuh..petala indera ni ada paruh, sedangkan burung singa ni ada belalai. Dlm cerita lisan ore tua dulu2 pun ada sebut pasal binatang yang ada belalai ni, tp bukan gajah sehingga ada demo buat teka teki:

    Ada belalai tp bukan gajah.
    Ada mahkota tp bukan raja.

    Itulah dia sejenis binatang yg bernama ‘Wilmana’ atau ore tua sebut ‘Wilmakna’ yg mempunyai badan sprt singa . Bentuk gambar wilmana inilah yg kadang2 ada diukir pada hulu badik melayu zaman dahulu.

    Tentang gambar perahu kenaikan puteri sadong yg dinamakan jong perak kemudi besi tu, ambo tak berani nk komen la sbb zaman tu belum ada kamera lagi…lama ken kena ko gambar perahu kepala burung petala indera hok ada di balai besar tu gak, buleh pedoh lah..hehehe

  3. dalam buku “decorated boats of kelantan” ada sebut pasal cerita ni. dan juga cultural hero ‘sarung dewa purba raksasa’.

    sambunglah lagi.. saya mahu tau… :)

  4. ramai yang jjijok angin dengar cerita tradisi ayah mat ni..
    baru ambo tahu, hok ore tuo duk kosek ambo “jange tubek male2, nanti nyo kekoh ko suro jenawo” adalah Raja Gagak tiga Bersaudara rupanya..

    dlm buku ‘decorated boats of kelantan’ pun memey ado sebut pasal petala indera ni.

    makara / wilmana ni adakah binatang yang sama ?

  5. ambo pong x tau jugok hehehe… cumo gambar 2 ado paruh buke belalai… supo dale gambar d blog saudara audiatsuri…

    kot2 mano pong… cghito ayoh kno sambong hehehe…

  6. al –> Bagi saya, saya masih perpegang kpd nama sarung dewa perbu raksa bukannya sarung dewa purba raksaksa..memang dlm buku tersebut tertulis begitu.

    Tentang sambungan cerita tu, kalau saya nk tuliskan di sini jadi panjang la pulak, cuma apa yg saya buat petikan di atas itu ialah sebagai nk bagitahu tentang burung petala indera sahaja. Tp untuk tidak menghampakan harapan sesaorang biarlah saya sambung sedikit lagi.

    Setelah bermohon dikaki nenek perbusura, ismu dewa pun berjalanlah menuju ke gunung cempaka guna.

    Hilang royak di situ maka timbul tersebut orang dua bersaudara, iaitu ajran kemala sakti kelawanan ajran kemala tawi. Mereka berdua telah berpakat utk pergi ke negeri tanah dewa utk mengadu nasib kalau2 dpt memperisterikan puteri ratna dewa. Mereka telah menipu isteri masing2 dgn berpura2 meminjam brg2 kemas untk dibuat modal berniaga di negeri tanah dewa.

    Dipertengahan jalan, kedua2 ajran ini terserempak dgn ismu dewa. Setelah bertanya khabar, kedua2 ajran ini menghalang ismu dewa utk pergi ke tanah dewa. Mereka berkata jika ismu dewa pergi ke sana sudah pasti mereka tidak dapat memiliki puteri ratna dewa disebabkan rupa ismu dewa lebih kacak dari mereka berdua….peperangan telah berlaku antara kedua pihak dan berakhir kemenangan dipihak ismu dewa. Ajran kemala sakti dan ajran kemala tawi tepaksa meminum air sumpah ismu dewa dan mengaku akan menolong ismu dewa jika ditimpa kesusahan.

    Setelah pulang pulang ke rumah dan memohon maaf kpd isteri masing2, maka ajran kemala sakti dan isterinya pun masuklah kedalam kolam untuk mandi berlimau kerana nak buang segala sial majal gerah celaka, busuk hacing cemar damoh. Apabila sampai kepada air setakat pinggang tiba2 ajran kemala sakti dan isterinya bertukar menjadi kera.
    Dalam masa fizikal kera inilah mereka telah berimbit dan akhirnya kera betina mengandung…

    Diringkaskan cerita, setelah pulang pulih sediakala adat dulu purba mula menjadi manusia semula, maka isteri ajran kemala sakti pun bersalinkan anak yg berupa kera. Anak itu itu dinamakan kera merhabat. Apabila kera merhabat sudah besar, ajran kemala sakti menyuruh kera merhabat pergi mengembara mencari ismu dewa dan berhamba kepadanya.

    Tak cekat doh wei…hehehe

  7. adi—-> suro jenawo yg disebut oleh ore tua kita tu bukanlah bermaksud kpd gagak tiga bersaudara tu, tp mereka merujuk kpd makhluk lain yg mempunyai berbagai suku kaum (mungkin jenis jin jgk). Dan suku kaum ni ada disebut dalam wayang kulit. sebagai contohnya:

    boto, saksa (raksaksa), suro, jenawo, peri, mambang, cendera, dan ada ambo yg pn tak ingat doh lagi.

    Pada pendapat ambo, makara nga wilmana ni berbeza sikit. Makara ni sebutan umum utk binatang yg ada belalai dan yang takdak belalai, tp wilmana ni pulak sebutan khusus utk binatang yg ada belalai saja (tp x termasuk gajah).

    Kot mana pun adi kena rujuk kpd yg ahli lah, sbb ambo ni bkn ahli.. cuma sekodar bulih royak agak2 jah la..jange di ccayo sgt..

  8. wah best! terima kasih… kalaulah ada dapat bukunya.
    oh mcm tulah ejaan lokal, baru saya tau. sedikit lagi pertanyaan adakah awalan nama ‘Sarung’ seperti juga honorific title mcm ‘Sang’ juga?

    jin sepertinya adalah suku import dari middle east, dan ia lebih dikaitkan dengan padang pasir dan di sini tiada lanskap sebegitu, bagi saya hanya identiti import yg mengambil alih tempat kaum mystical tempatan. mungkin bunian atau juga mambang dewa. peri dari Parsi dan diambil ke dalam english menjadi fairy, persoalannya adakah idea ‘peri’ di bawa ke sini sejak zaman pra-islam oleh pedagang parsi. saya selalu tertanya2 apakah pula cendera.

  9. wilmana :
    mengingat adi pula sebutannya dalam lirik lagu Langgam (atau lengge?) Pak Dogol – karya M Nasir.
    ” ajak menung bawah panji wilmana”

  10. mari angin molek ni..pakat tadoh blako tow..haha

    m nasir ni kuat juga mmitah dale lirik dia..sbb tu sesetengah org xsapa nak mmikir..dia kutip lama dah ‘wilmana’ ni..

    Kita taksir tanya banyak…”anak panah ganding WAT sodoroko”….WAT dalam ayat ni adakah wat ketik siam tu?atau membawa makna lain?

  11. Ambo nk tamboh soale abe yie… GADING ko GANDING hok sbena? so lg.. ado oghe sbut SAKDOROKO… ado oghe sbut SODOROKO… ado oghe sbut SAGOROKO… mano sso ni… pah ado makno ko…???
    mitok pnjelase jah hehehe…

  12. Pada pendapat ambo, oleh kerana sebutan2 begini kebanyakannya diturunkan secara lisan, maka ada diantara ore tua kita yg tidak boleh sebut dgn betul, maka dicarilah satu perkataan yg hampir dgn bunyi yg sudah biasa dgn dia dok sebut sokmo, atau saja2 dia buat kelainan sikit utk sedap bg dia. Itulah jadi bermacam2 sebutan tuh.

    Peristiwa yg ambo pernah alami sendiri semasa motokar proton wira baru tubek. ada diantara ore kapung kita yg x buleh sebut proton wira, maka disebutlah proton perwira….Berbalik kpd perkataan sodoroko tadi, yg ambo rajin dengar ialah sodoroko atau sadaraka….adakah perkataan ini berasal dari anak panah serama yg bernama Brahmastra dlm versi india?..ambo pn x cerap jgk…cuma kemungkinan jah..

    Berkenaan dgn Ganding wat itu, yg ambo tahu ialah berasal dari satu perkataan sahaja iaitu anak panah Gandiwati…tp buleh ko ore kita ni nyo sebut seolah2 jadi dua perkataan Ganding Wat….hokni takdak kena mengena dgn wat siam…

  13. al —->Perkataan Sarung itu bukanny honorific title sprt Sang., tp merujuk kpd lembaga atau rupa bentuk lain yg menyelubungi seluruh tubuh badan. Kadang2 disebut jg dgn nama Kesarungan.

    Chendera ini ialah drp ras mambang jgk, tp kastanya lebih rendah dari mambang dan peri.

  14. owh.. jd, Gandi Wat 2 asa dr pkatoe Gandiwati la… yo ppendek sebute bakali dih…

    bbalik pado tajuk asa, nk mitok sdikit pnjelase dr ayoh… ye di katoke Burung Petala Indera 2, kalu mngikut cerita bndo 2 mitos ko @ ado sungguh? sbb bendo lgu ni biasonyo mitos jah, tp kalu mitos bakpo ya jd kpercayoe? sbb skali kito pikir, kalu ccayo ko bndo2 lagu ni blh jd khurafat… mitok pndapat ayoh…

  15. ayh mat,nak tnye ni…selain dari saddoroko,sodoroko..kito jugak pernak dengar ada ore sebut anak panah gading wat SABDALOKA..hok tu tue guanow plop…dan adakah burung petala indera ni sama dengan burung kuom sepoh puteri….

  16. bagi ambo burung tu adalah mitos jah…cuma apa yg kita dok bekecek ni sebagai perbincangan apa yg dibuat oleh orang tua dulu2.bbbukan zaman kita loni.. supo la kita dok dgr cerita pokndir nga mokndir…bukan utk dipercayai hingga sampai tergelincir akidah..setakat pengetahuan dan hiburan kita sudahlah..

  17. ambo stuju… baiklah… nk tanyo pasal burung 2 plok… panggile burung tu d Pattani nge ssini sgupo ko? pah tu fngsi antara Burung Singa nge Burung Petala Indera ni sama ko? slain dr wat blaghok, usunge, ggapo lg fungsi dio…

  18. oh ya, saya pernah terlintas baca nama kesarungan ni, mungkin dalam cerita2 jawa. tak perasan pulak.

    kalau ada sumber2 cerita lain mengenai cendera mungkin dalam cerita rakyat, selain dari hikayat2 yg saya baca, sila lah beritahu. selalu hanya disebut sebagai senarai sahaja, cuma mungkin hik. malim dewa ada juga sedikit maklumat tapi tidak byk. yang peliknya bunian tidak pernah disebut langsung dalam epic atau folktale, cuma wujud dalam folklore sahaja.

    maaf jika terlebih tanya dan melencong dari topik. terima kasih banyak kerna tunjuk ajar.

  19. sedak molek crito nih…
    1- sipe molek tu ukiran akitek ore tuo2 tuh.xdop blaja akitek pun biso.akitek loni xleh buat tuh..
    2- mendengarkan bari cghito ayohmat ni ambo tringtkan pulok crito woye kulit “bungo andani bungo andano” dimano wokyoh mencarikan bunga andani bungo andano spt srupo jgk dgn jln crito di ats..celupan crita sama ataupun ngelik jln crito ambo xser komen..
    3- sblum ni dok dgr kisah burung brnamakan ‘petalawati’.lain ko brung ni atau sama? burung arakan raja jugak ni dop?
    4- ‘sabdoroko” ambo ingt namo arab tulisan jawi “sod”,”dhod”,”ro”,”qof”. hehehe..
    5- kebanyakan nama ini adalh rekaan ataupun berasl dari bahasa sanskrit yg mmpunyai mksud tersendiri. unik betul namo dio…bederau urat daroh hhhe

  20. bg ambo cerita serama ni adalah cerita ciptaan..drpd sama2 versi india tu berlainan doh, pahtu mari sama2 versi melayu ni pun berbeza jgk…bermaknanya segala rempah ratus yg ada dlm tu adalah ciptaan pengarang atau penterjemah…

    tp demo dok sebut jgk tu mungkin demo kona aloh kelain atau pun demo pinjam nama jah tp kias kpd benda lain..x tahu la tuh.

    kalu demo tahu bahawa benda tu adalah ciptaan semata2, pahtu demo dok g percaya pulak gak, ambo rasa x kena la..

  21. cerita pattani/kelantan bakali gagak sura langkapa ni..
    kalu alik kedah nu gagak sura langkawi…hehehe ggurau jah..

  22. ooo mitos…time kaseh la ayah mat tapi kita dop musykil lagi ni…sb pnah terjadi pada sy masa tgh wat show pasal burung tue la…

    hahahah ayh mat gak eh nk gurau jgak kok manow2 pom…tp sura lagkawi tu wat ngan batu xsama nga hok kito wat hahahahah

    maaf deh…

  23. dewa muda—->> ai ambo x rajin dengar pulak ore panggil anak panah gandingwat sabdaloka.. bulih mari duano perkaatan ni nih?..

    bg pendapat ambo, Kemungkinan juga ore yg menyebut begitu tu kerana dia sudah tebiasa dgn perkataan SAKDA/SADBA yg menjadi percakapan harian, contohnya SABDA NABI.. jadi, apabila berjumpa dgn perkataan SADA/SODO terus disebutnya SAKDAROKA… sbb ada diantara ore kita yg tidak mengambil cakna sgt mengenai sebutan nih..bg mereka tidak menjadi satu kesalahan jika disebut begitu. tetapi bagi kita, ia menjadi satu kesilapan yg boleh merubah makna, apa lagi jika menjadi rujukan.

    Kadang2 ada juga sesetengah yg cuba membuat perubahan tanpa merujuk kpd yg asal…nk suruh bbunyi ilir bakali gak, atau pun dia bertukar dgn perkataan SURGALOKA..

  24. kito dengar mase ucap wayang kulit masa laksamana nk lompt atas belakang dia pon sebut la pasal anak panah gading wat sabdaloka tu…em time kasih ayah mat…barulah kita pehe…mgkin terjadi sebab xcakna …surgaloka tu kito xtau la plop hahahah

  25. ooo mitos…time kaseh la ayah mat tapi kita dop musykil lagi ni…sb pnah terjadi pada sy masa tgh wat show pasal burung tue la…

    hahahah ayh mat gak eh nk gurau jgak kok manow2 pom…tp sura lagkawi tu wat ngan batu xsama nga hok kito wat hahahahah

    maaf deh…

  26. tentang burung petala indera tu sy rajin tgk gak kat muzium adat istiadat negeri kelantan……tp teplika sj yg btl ada org ryk dia ada simpan lagi…..dulu org guna buat puja pantai btl ko?….klu langkawi gak burung helang hok besar yg jd mercu tanda dia tu….klu kelantan gak burung petala indera tu la kan?

  27. rid……> cukup doh tu cerita sepanjang tu..

    fyda hafiza…….> Memang betul burung petala indera yg betul ada disimpan lagi…tp dlm bentuk photo sahaja. Cuma yg masih ada lg ialah sebuah perahu yg dibuat bentuk kepala burung dan disimpan dlm istana balai besar. Perahu ni diberi nama ‘Petala Indera Seri Kelantan’.

    Burung petala indera ni tidak ada kena mengena dgn puja pantai.

    Kalau x silap ambo, helang besar diLangkawi tu kerana mengambil sempena dgn nama pulau tu helang/lang…tp di Kelantan diguna 2 ekor kijang sebagai lambang kerajaan negeri Kelantan, disamping mahkota, tombak, keris, meriam dan bulan bintang.

  28. ni ambo ado denga bndo baru… ado ore tuo oyak ko ambo… yo kato anok panoh sramo namo yo POS-POS GANDI WAT… katonyo, tu bahaso sanskrit… kalu dale bahaso arab, namo yo ANOK PANOH SHIDIQ… kalu dale bahaso melayu gak ANOK PANOH KEBENARE… guano kiro agok? buleh paka ko…

  29. ooooo…..sy xtau juga sy cuma ada dgr ore ryk jah yg burung tu ada kena mengena dgn puja pantai……tu pun masa sy g kursus 2 tahun lps tp bagus btl info yg ada ni sy leh guna la untuk tambah ilmu dan kesangsian sy…..sb pasal kelantan ni byk juga sy kurang tau sb kekadang pelancong ada tanya sb tu la sy takut sy salah fakta nak royak.

  30. Puok ni gak tokleh nk tidur sikit, ccaro ko simbor air selalu..

    Ramayana adalah sebuah karya agung yg menempatkan bahasa sanskrit diarena dunia. Karya ini dipercayai dicipta pada abad kelima sebelum masehi hingga abad kedua masehi oleh Valmiki.

    Pengaruh cerita ini meluas sekurang-kurangnya ke 15 negara di Asia sehingga pakat memiliki tradisi cerita masing-masing sehingga digelar “the bible of asia” atau “the Odyssey of Asia”.

    Cerita Ramayana ni mempunyai pengaruh yg luas di asia tenggara dgn berbagai versi. Di alam melayu cerita ni lebih dikenali dgn nama Hikayat Seri Rama dan orang Kelantan kita menyebut “Hikayat Serama” dan ada juga yg menyebut ” Hikayat Mahrajawana”….

  31. Setakat hok ambo bejupo, takdak lagi yg kata anak panah tu bernama POS-POS GANDIWAT, kalu x silap ambo dlm Ramayana Valmiki dan Ramayana Kamban dia sebut BRAHMASTRA. Ore Kelate kita sebut anak panah GANDING WAT/GANDIWAT. Dlm Hikayat Seri Rama disebut GANDIWATI. Mungkin juga nama ni berasala dari perkataan Gandiva iaitu ibu panah arjuna dlm mahabarata.

    Kalu ada nama anak panah tu dlm bahasa arab pulok gak ambo x tahu lah atau di luar pengetahuan ambo. Kerana setahu ambo hikayat ramayana ni takdok di negeri arab. Kalu di tenggara asia ni buleh dikatakan semua negara ada belaka. Kalu di Muang Thai disebut Ramakien..

  32. maaf ayoh deh.. ambo skoda nk jjelas jah hehehe… ado soghe dalang kato… sbelum Mahrajowano blh printah 4 tape jerung ale ni, yo ado btapo d bukit Kubis untk mitok nge Sayang Agong Cempedak Bidadari Samonilo Purbajaya (beto ko dok ttau ejoe ni hehehe…) supaya kabulke cito2 yo untuk merajai 4 jerung ale ni…
    lagu mano pndapat ayoh sdighi…

  33. ggapo maksud DD nk oyak ni? x pehe ambo ni hehehe… payoh mmaing nge hok baghal supo ambo nih hehehe… maaf la kalu x kno gak… ambo baghu nk kna jah hehehe…

  34. bukit kubis pulok doh??

    guano rid ni nk g aloh ko arab sokmo nih…bakali yg dimaksudkan dgn bukit kubis tu Bukit Jabal Qubis di Mekah doh la…

    Maharajawano ni pengamal tarekat jgk ko…hehehe

  35. Ayah Mat, merujuk kepada komentar ‘fyda hafiza’, adalah molek jugak kalu Ayah Mat berkongsi cerita dalam next posting perihal ‘pujo pataa’..

  36. buke ambo ayoh hehehe… oghe oyak, ambo nk kpastie jah… sbb ambo pn ssegho plek jugok, kisoh india date2 blh sapa ko arab… mohon pnjelase, kalu ayoh x kberate la…

  37. Rid—–> Ambo royak secara ringkas mengikut salah satu dari beberapa versi yg terdapat di kelate jah ni.

    Mahrajawano ni pe’el hudoh dari kecik lagi. Masa kecik dia nama Sercak/serjak.. Oleh kerana kepe’elan hudoh itulah, dia telah dibuang daerah oleh Gerta sura. Semasa dlm buangan ini, rawana bertapa susang di atas pucuk api, kepala alik atas kaki alik bawah.

    Dlm masa dia bertapa ni lah mari seorang orang tua tanya dia bakpo mu dok bertapa begini. Rawana kata dia nk takluk empat alam. Ore tua tu kata baiklah, dia buleh bui, cuma alik metari naik jah rawana takleh takluk, itu pun rawana kena berjanji akan mematuhi empat syarat. Pertama takleh bekecek pelawok, kedua, takleh amik hok ore, syarat ketiga nga keempat ambo x ingat doh..hehehe

    Lepas pada tu lah dia di bui kekuasaan menguasai bumi, bawah bumi, udara kayangan dan lautan.

    sikit2 sudoh lah…

  38. nak cari duana kisah2 seperti Ayah Mat ceritakan ni ? adakah ada buku hikayat seperti ni dalam pasaran hari ni ?

  39. adiatsuri>mmpphhh… x soh caghi la… x dokkk…
    hehehe… ayoh, nok tanyo lg eh… kalu songsang raso2nyo kaki alek atah, ppalo alek bowoh dih hehehe…
    syarat ke 4 ambo tau… jange wak nyayo ko manusio… tp oghe tuo 2 sapo???

  40. dian nais> bia ambo tulun jawab… ula gandiwat tu sjenis ula hok dok atah pokok sokmo… biso kaklos… kala ija bbeley ite…

  41. maaf rid, ambo tersilap taip..yg sebenarnya yg dimaksudkan bertapa songsang tu ialah dia segheling kaki alik atas, kepala dok alik bawah..

    syarat2 tu ialah xleh bekecek pelawok, xleh amik hok orang punya, memerintah kena adil dan jgn angkuh..

    tentang orang tua yg mari bejupo nga dia tu, kalu mengikut dlm hikayat seri rama dia kata nabi adam setelah dia bertapa cukup 12 tahun…sesetengah tok dalang kita sebut ‘al hadam’.

    tp demo jange ccayo, sbb ini adalah hikayat asal dr india, kemudian telah masuk ke alam melayu, mesti ada tokok tambah dan ubahsuai cerita dia mengikut pewarnaan tempatan di sana sini mengikut nilai agam islam..

    sebagai contoh..pohon tar 40 yg tok maharishi tanam utk pertandingan memanah pokok tar untk nk cari jodoh siti dewi ada dekat dgn segoro thailand. Bukit hok hanuman tindih maharajawana ada alik siam jgk…sapa ko menurut cerita ore tua2 masa dulu kalu sapo lalu kot bukit tu bawa cuka, bukit tu akan bergegar kerana mahrajawana duduk dibawah bukit tu xleh bbau cuka.

    padam la dulu…

  42. oghe tu oyak ko ambo pong nabi Allah Adam jugok, sghupo doh c 2 nge ayoh oyak… ttapo songsang jugok… cumo yo kato tmpat duo 2 jjupo d bukit kubis (Jabal Qubis)… wallahu a’lam
    ambo ni nk jjelas jah ayoh hok sngoti pn… buke nk ccayo, cumo kbetule nge ayoh blh bab ni gak ssero nk tanyo hehehe…

  43. sebut pasal cerita maharajawana ni.. patung ukiran dia ada kepala2.. setengah oghe kata ada sepuluh.. setengah kata ada dua belas.. sebab lagu mana gak eh nih yang menjadi buleh terbit lagu tuh? terima kasih..

  44. kebanyakan hikayat kata 10 kepala dan 20 tangan belaka. Bahkan ada cerita yg mengatakan hok berceretek alik atas tu bukannya kepala, tp bengkak bekir bekas kena katak ko ayah dia masa kecik kerana dia pe’el hudoh…

  45. tengok buku jah rid.. tanya tok dalang woyang (yang ok..) mesti ada patung mahrajawana.. haha

    ada jugak kita terbaca dalam satu jurnal tulisan Habsah Noordin (ASWARA) mengenai watak binatang dalam salah satu cerita makyong iaitu Anak Raja Panah. Cerita ini ada menyebut sepasang Gagak bernama Gagak Putih Kelana Merah dengan Gagak Putih Sura Langkapa.

    Adakah ini tepat dan sama seperti hok ayahmat cerita di atas tuh?

    Diceritakan jugak bahawa dia ada dua telur iaitu telur mas dgn telur perak..

  46. ada dok bbelit kokni jah, tp gak basa masuk bejelok..

    pasal nama dua ekor gagak tu dlm cerita anak raja panah, ambo ada jgk dengar sayup2 cerita ni masa balang tujuh kelana tiga nk g pinang tuan puteri cermin cina…tp rasanya hokni gagak lain nih…

  47. Blog about KameraMin and win an outdoor photoshoot worth rm400.

    Send us the link to your blog post. You can send in as many entries as you like. Competition ends 31 August 2010. Winner will be announce in September 2010.

    terms and conditions apply.

  48. Pendapat ambo gak bahtera ni bahasa lama (puisi) bagi jenis perahu atau kapal, dan dipercayai berasal dari perkataan sanskrit, iaitu vahitra.

    Kalu demo tanya bakpo “wakpo ore buat bahtera tu”, ambo jawab “kerana ore nak naiklah”…mugo bahtera ni salah satu drpd kenaikan di air kan!!..

    Tp ambo rasa kalu badan kapal yg diperbuat drpd besi dan menggunakan kuasa enjin serupa dgn loni, ambo rasa tak berapa nk sesuai kita panggil bahtera…

    kalu silap pun harapkan maaf la deh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>