Lenggang Beringin.

Kalau dilihat kepada babak Dalang Muda yang dilakonkan dalam persembahan wayang kulit Kelantan, maka dapat kita bahagikan kepada tiga bahagian babak yang telah dicantumkan menjadi satu, walaupun tidak terdapat kaitan cerita di antara babak-babak tersebut. Dan ini telah menjadi pakem atau aturan yang telah ditetapkan dari dahulu lagi untuk setiap babak Dalang Muda.

Tujuan sebenarnya dimasukkan ketiga-tiga babak ini kedalam persembahan wayang kulit Kelantan antaranya ialah:

1. Untuk memberi ruang kepada dalang pelatih supaya membiasakan diri berdepan dengan khalayak. Dalam babak ini juga terdapat asas pergerakan untuk watak halus dan watak kasar, asas pelari dalam peperangan, pengucapan, dialog dan nyanyian.

2. Memohon kesejahteraan untuk kehidupan seluruh alam dunia sanking maya mercapada bumi lemang tanah yang rata-rata.

3. Bermula segala pergerakan dan aktiviti yang ada di dunia ini dengan peranannya masing-masing sesuai dengan kehendak tuhan yang maha kuasa.

4. Doa untuk memohon keselamatan kpd semua yang berada di luar dan di dalam panggung sepanjang persembahan berlangsung.

5. Meraikan kemenangan kerana telah berjaya menumpaskan kejahatan dan mengajak kpd kebaikan.

Sebelum babak Dalang Muda dimainkan, sudah terpapar beberapa watak diperkeliran. Antaranya ialah Pohon Beringin berada di tengah2 kelir, seorang Maharishi berada ditengah pohon beringin seolah2 sedang berdoa kepada yang maha esa memohon kesejahteraan untuk semua yang ada.

 

Apabila muzik mula dimainkan, dalang muda akan mencabut keluar Maharishi dan Dewa Panah keluar dari perkeliran kecuali Pohon Beringin sahaja yang ditinggalkan seketika di tengah-tengah kain putih yang luas dan disinari pula dengan cahaya lampu. Itulah melambangkan matahari yang menerangi seluruh alam semesta ini. Kerana mataharilah dunia akan terjadi siang dan malam, serta menghidupkan segala sesuatu kehidupan di dunia ini. Dengan adanya seluruh kehidupan dan lain-lainnya dalam alam yg luas ini, kemudiannya dikeluarkan segala ilmu itu kepada manusia yg sebagai alam kecil, atau dengan kata lainnya “Apa yang terjadi di alam besar ini semuanya terkumpul dalam alam kecil secara simboliknya”.  Jadi dia menyarankan kepada kita supaya kita mengkaji semuanya ini termasuk diri kita sendiri serta mempelajari ilmu tuhan yang begitu luas bagaikan lautan yang tidak bertepi. “Dan sesungguhnya jika kayu kayan di bumi ini dijadikan pena dan lautan dibantu dengan tujuh lautan lagi dijadikan dakwat, nescaya tidaklah habis kalimat-kalimat Allah dituliskan. Sesungguhnya Allah itu maha Gagah lagi Bijaksana”….surah Luqman ayat 27.

Pohon Beringin yang tercacak ditengah-tengah kain kelir itulah yang dilambangkan kepada segala kehidupan yang berada didunia ini iaitu sebelum lagi manusia dihantar untuk menjadi khalifah di bumi ini. Atau dgn kata lain, segala tumbuh-tumbuhan, binatang dan apa saja segala keperluan manusia telah pun wujud terlebih dahulu dimuka bumi ini sebelum lagi manusia (Adam) diturunkan. Itulah sebabnya jika dilihat pada ukiran yang terdapat dalam Pohon Beringin Wayang Kelantan, ia tidak terdapat ukiran gambar manusia, tetapi mempunyai motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan unggas sahaja yang melambangkan hidupan di bumi, air, udara, hutan belantara dsb.

DSC02877 

Pohon Beringin ini juga dikatakan mempunyai simbolisme kepada seluruh kehidupan di alam semesta ini, iaitu setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap persembahan dimulai dengan Lenggang Beringin dan diakhiri dengan Pacak Beringin.

Kemudiannya Pohon Beringin tadi di lenggang ke atas dan ke bawah. Masuk balik melalui sebelah kanan dan melenggang hingga ke sebelah kiri. Akhirnya Beringin tadi melenggang di tengah-tengah kelir dan terus ditarik turun ke bawah, seolah-olah hilang lenyap dari pandangan mata. Apabila Pohon Beringin mula dilenggangkan, maka di sinilah bermulanya permainan Wayang Kulit….Ertinya, “Maka bermulalah segala gerak perlakuan, kehidupan dan aktiviti segala makhluk yang berada di bumi ini (termasuk manusia) dengan cara hidup dan peranan masing-masing selaras dengan yang disuratkan di LuhMahfuz…. “Dan dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdirnya yang sempurna”…..surah Alfurqan ayat 2.

14 thoughts on “Lenggang Beringin.

  1. Sekala gak tumbuh jah pohon ggotu..
    tp ada jgk ore kata pohon beringin ni bukan bermaksud dgn pohon jjawi, tp pohon jelati jawa antawa pohon celagi..

  2. Bukankah Pokok jjawi/jejawi selalu dikaitkan org (zaman ritu) sebagai pokok hok berpenunggu (tepat ore jjamu) ?

    tidaklah adi pasti, sama ada pokok ‘Banyan’ yang terkenal di Jawa / Bali ni merupakan pokok yang sama digelar sbg Pokok Beringin / Jjawi..

    Pokok Jelati Jawa Antawa Pohon Celagi ni pokok ‘misteri’ jugok ke Ayah Mat ?

  3. dewa muda—> sama dari segi panggilan sahaja sbb pohon beringin ni dia jenis pohon besar, rimbun dan ‘berjeruguk’.

    Ada juga orang sebut ‘Gunungan’ sbb sekali pandang ia seakan2 sebuah gunung.

  4. adi—> Ore jame ritu ni gak tak semestinya pokok jjawi dia kata ada penunggu, asal ko pokok hok jenis besar, tinggi, hok napok jerguk dan menggerunkan, dia kata ada penunggu selalu. Mungkin jg tempat2 begini adalah salah satu tempat hantu setan suka duduk bakali..hehe

    jolo doh tu..Ambo ada baca satu penulisan, dalam tu dia kata nama2 lain bg beringin ialah jejawi atau jawi-jawi, dan waringin atau banyan. Kalu kita tgk sebutan perkatan waringin tu pun mmg jawa dah.

    Bab pokok jelati jawa atau celagi ni ambo rasa bukanlah pokok misteri, cuma dlm cerita raja serama ada la disebut semasa laksemana sedang riba kepala serama tidur dibawah pohon celagi (masa tu daun celagi besar2) hanuman yg ralit dok kelih serama dgn laksemana kot atas pohon celagi hingga sampai belocor air liur lalu jatuh meniti keatas serama. pada mulanya serama dok ingat ko air mata laksemana, setelah dinafikan oleh laksemana lalu serama pun panah keatas utk nk tgk air begapo dia yg menitik alik atas tu. Akibat dari panah tu la daun celagi tu jd halus2 supo loni.

    Sebutan ‘jelati’ ni ambo rasa berasal dr perkataan ‘jati’, mungkin loghat sebutan antara kampung tu dgn kampung lain bakali..sbb ambo beso dgr ada juga orang yg sebut pokok jati jawa. Setahu ambo jelati jawa ni pun ada dua tempat disebut dlm cerita serama, tp malas nk cerita ssini takut jd panje bedo’oh..

  5. sebutan daerah kita ‘jegheguk’….beerti besar dan gagah

    “seluruh alam dunia sanking maya mercapada bumi lemang tanah yang rata-rata.”

    kita dengar sebelum ni ggini…alam dunia SAKI mayo mercapada bumi LEMBE tanah yang rata-rata…

    yang nak tanya..adakah ‘lemang’ atau ‘lembe’?

  6. Hok demo sebut tu dlm loghat kelantan…bendanya sama jah..

    Sangking/saki maya mercapada = Dunia yg indah sekali.
    Bumi lemang/bumi lembang = Bumi/tanah rata yg berlembah sikit.

    Kalu sebutan betul gak ialah bumi lembang la..sebutan bumi lemang di situ kerana g sebut cepat, hilanglah huruf B sebutir….jange dok paham kata bumi lemang tu ialah bumi tepat ore bakar lemang..buleh hnyakit lamo ken..

  7. ayoh.. nk tanyo ckit eh… bakpo d pokok bringin 2 ado gambar nago? 2 ekor plok 2? apo maksud nyo? sgalo haiwe ute tu plok gapo makno? napok ado nge rima, gajoh, kije & burung serta ado sso lg tu ggapo x tau… x napok molek hehehe… ado maksud tersirat ko blako 2?

  8. klu sy pehe gak pohon beringin tu……crita bwang putih bawang merah jah hahahaha……..dulu2 org ryk wayang tu la eleman ataupun ala masyarakat dulu kala berdakwah sb crita dia bermaksud islamic

  9. rid,
    yo jugok deh. kedudukan haiwan tu bersimetri pula, di sebelah kiri dan kanan. mungkinkah mempunyai maksud tersirat hok molek sbeloh kanan, hok x molek sebelah kiri.
    pohon budi, pohon beringin, pohon syurga, gunungan..banyak sungguh nama sebutan dio..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>