Antara Wanita dan Rebab

Pertama kali sepanjang hidup, aku melihat seorang remaja wanita menggesek rebab dihadapan khalayak. Iaitu sewaktu aku menjadi penilai luar dalam panel penilaian PeTA ‘10. Apa yang membanggakan aku ialah rebab yang digunakan semasa pembentangan tersebut adalah hasil dari buatan tangan beliau sendiri melalui tunjuk ajar dan bimbingan seorang kawan aku yang menjadi pensyarah pembuatan alat muzik tradisional di ASWARA. Setelah aku adakan sesi ‘titeh meniteh turun menurun angkit berjangkit’ bersama beliau, ternyata beliau juga adalah dari keturunan darah seni. Beliau adalah cicit kepada gemulah Pakcu Mamat jong gendang kepada kumpulan Mak yong Mek Yam Bantal Golek.

Sememangnya situasi beginilah yang aku seronok lihat telah berlaku kepada perkembangan muzik tradisional kita, yang mana suatu masa dahulu ada juga kadang kala terdengar suara2 sumbang yang mengatakan bahawa muzik tradisional ini hanya sesuai untuk golongan berumur seperti aku ini sahaja. Sekarang, ternyata pendapat tersebut sudah tidak sesuai lagi.

DSC02918

    Nur Liyana Mohammad sedang beraksi dengan rebab hasil air tangannya sendiri.

Barangkali betul lah kata orang tua-tua dahulu bahawa dalam falasafah pemikiran orang melayu Kelantan bahawa rebab adalah dilambangkan kepada seorang manusia secara anatominya bersifat wanita (human metaphorical anatomy). Oleh sebab itu nama pada setiap bahagian rebab daripada kepala hingga ke kaki dimetaforakan disamping sarat dengan makna dan pengibaratan.

Disamping itu menurut Tengku Lochman Sinar S.H, seorang budayawan dari Sumatera di dalam makalahnya yang bertajuk ‘Perkembangan sejarah dan Tari Melayu dan usaha pelestariannya’ bahawa,

“alat muzik kodrofon (lute type) ini difungsikan sebagai solo melodi. Di zaman dahulu di Persia, rebab ini bertali satu, ini digunakan untuk mengiringi deklamasi yang disebut sebagai ‘Rebab Ul Saer’. Pada orang melayu, rebab ini tinggi prestasinya seperti halnya biola pada orang barat yang dianggap sebagai raja instrument. Pada rebab terletak kehormatan kerana hampirnya dia dengan upacara yang bersifat ghaib seperti halnya ‘Lagu Mengadap Rebab ‘ pada permainan teater Mak yong’.

p/s: Di Sumatera juga terdapat teater Mak yong yang dikenali dengan nama “Mak Yong Serdang”.

DSC02917  Harapan aku, semoga minat dan kesungguhan anak-anak ini berterusan untuk menimba ilmu mengenainya, dan memastikan kesinambungan bagi generasi masa hadapan.

21 thoughts on “Antara Wanita dan Rebab

  1. insyaAllah..ambo melihat lonih ada satu anjakan pandangan dalam seni muzik tradisional…peminat2 hok dulu nya hanya diisi oleh golongan berumur sahaja telah dilapis oleh golongan dan peringkat muda belia…

    dari segi penggiat pulok,napok makin ramai anak2 muda yang merentas minat biasa golongan sebaya,mendalami kemahiran muzik tradisional.. ambo melihat peranan ASWARA adalah amat besar dalam membuka corak baru era zaman miden untuk muzik tradisional…

    Tidak dapat dinafikan juga, sebagai penggiat muzik tradisional, banyak isu sensitif hok kena perati seperti pemeliharaan, pemuliharaan, dan juga meng komersialkan…tanggungjawab mereka yag mahu memikul tanggungjawab itu…

    batasan umur dan jantina lonih bukan lagi satu persoalan, sapo2 pon buleh memainkan peranan atau mengambil peranan dale muzik tradisional…ambo malu bila ada oghe klate khususnya hanya tahu melihat permainan tradisional, tapi pada masa hok sama oghe luar kelantan mendalami ilmu kemahiran permainan tersebut…

  2. sbagaimana ambo pernah dengar pesanan ore tua..muzik tradisional..koho tua koho mahal…berbeza dgn muzik aliran lain…yana ni pade molek dgn lih..tok laki tok peran bini jong rebab..adduuuooo

  3. hahaha..lama dok wi make ruput cerut..xjadi dok plasok saja..haha..tp budak yana ni jadi kijo sungguh…jjuruh..hormat ore tua..kita bulih puji..tu cepat pandai tu..

  4. jange dok buwi jupo yie dgn yana tu..lamo ke jurruh kok lain keee..
    tok leh kelipa yietuuu…nok rembah selaluu…hehe

  5. Pak Mat,
    aki nak belajar main Rebab bleh tak? rugi x belajar dgn pak mat semasa aki di usm.. hmm..

    aki ada nak tanya2 pasal alat2 gamelan juga nih.

  6. mana boleh nk belajar, aki kat okinawa, saya kat malaysia..tp setakat pertanyaan tu bolehla saya jwb setakat kemampuan saya. hehehe

  7. Pok War ko oyak ni………. Ambo mitok tulong dio semelih lembu ari tu,tapi dio lorat nak gi doh….. Tak dok hadioh2 ko ayoh mat wei ? Serunai ko seputung……….. he

  8. poso cukupla abe raden lakjuno… ayah mat…kita baru baca blog ni…ayah kita sakit kelik awl..balik kl bru bleh tgk lokan bertepuk..tapi saya tau ayah mat d jerman skg..umah kuin pasir la kat tanah tumpah darah sy…jiwa saya..huhuhuh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>