Cap Wayang

Sedang aku menulis sebuah artikel tentang Perbandingan Dua bentuk Seni Rupa Raja Serama yang terdapat di Kelantan. Apabila masuk kepada perihal yang menyentuh akan asal usul ciptaan lukisan Wayang Kelantan, banyak yang mengatakan menerima pengaruh dari Nang Talung di selatan Thai. Nang ertinya belulang/kulit dan Talung merujuk kpd sempena nama Bandar Patthalung iaitu tempat wujudnya wayang tersebut, dan mengikut kata penyelidik sejarah melayu lama, nama Patalung ini asal dari bahasa melayu iaitu Bedalung atau Merdelung. Dan memang pun sebelum ini Wayang kulit Kelantan lebih dikenali dengan nama panggilan Wayang Siam.

Setelah wayang ini berkembang, maka banyaklah cerita2 ranting, cerita tanggam dan cerita saduran dimainkan untuk memenuhi selera penonton. Dan dalam situasi begini mestilah memerlukan banyak penggunaan patung wayang tambahan sebagai memenuhi kehendak cerita2 terbaru. Mengikut keterangan lisan dari orang-orang tua yang pernah menceritakan kepada aku, selain dari daya kreatif seniman2 masa itu menghasil ciptaannya menerusi imajannya masing2, ada juga lukisan2 wayang ini yang ditiru dari gambar yang sudah sedia ada yang dibawa masuk dari luar Kelantan dengan dibuat beberapa perubahan sesuai dgn watak yg di imajankan.

Dalam sekitar awal tahun 1900 dahulu, ada sejenis ‘rokok segerit’ dijual di Kelantan yang di bawa masuk dari luar Kelantan. Di dalam setiap bungkus rokok jenama ini akan dikepilkan sekeping gambar wayang kulit sebagai hadiah.. Mungkin jgk dibuat begitu sebagai kempen untuk melariskan jualan rokok jenama tersebut yang mana pada masa itu peratusan masyarakat Kelantan adalah terdiri dari ‘Pemberahi-pemberahi wayang kulit’. Daripada gambar2 inilah akan dilukis semula rupa bentuk wayang tersebut dalam saiz yg dikehendaki. Dan saki baki peninggalan wayang jenis ini masih lagi ada dalam koleksi simpanan aku. Sebenarnya aku pernah terbaca di dalam sebuah buku yang menceritakan nama syarikat rokok itu, tp apabila aku cari balik sampai kesudah tak jumpa.…

Sebut pasal kerana gambar wayang yang dapat menarik minat pembeli rokok jenama tersebut pada zaman itu, teringat aku kepada oghe-oghe kapong di kelate pada awal tahun ‘60an dahulu, kerana wayanglah juga telah melariskan penjualan radio pada masa itu, iaitu apabila Radio Malaysia Siaran Daerah Kota Bahru mula menyiarkan siaran wayang kulit, mokyong dan tarik selampit ke udara. Oleh kerana pemberahi-pemberahinya kebanyakan tidak mempunyai rodio sendiri, maka berderu-derulah oghe kapong hok takdok rodio lagi pakat beli rodio kedai cina di Koto Baghu. Siap bagitahu ko cina kedai, “Kawe nok beli rodio hok ada stesen mokyong nge stesen woye kulit, kalu hok takdok stesen mokyong nge stesen woye kulit kawe toksey beli”.

Begitu hebatnya pengaruh makyong, wayang dan perwatakannya pada masa dahulu sehingga meninggalkan kesan yang begitu mendalam sekali di dalam budaya dan kehidupan orang Kelantan dari dahulu hingga kini. Dan aku harap cerita-cerita mengenai pengaruh nama dan perwatakan yang mempunyai hubungan dengan budaya kehidupan orang kelantan ini akan diterokai dan ditulis oleh anakanda aku sedikit masa lagi dalam siri penulisan yang seterusnya setelah artikel wau bermasnya siap kelak.

clip_image002

Berhubung dengan cerita gambar wayang dalam kotak rokok, aku ingat gambar wayang pada dalam kotak rokok ini sudah tidak ada lagi di tempat kita sekarang ini, dan benda2 begini aku suka  menceritakan kepada penggiat-penggiat muda supaya mereka tahu sejarah dan latar belakang macamana wayang kita telah mengalami perkembangan dan perubahan dari dulu hingga sekarang. Selang tidak berapa lama, salah seorang antara mereka telah menalipon aku dan terus menghantar gambar-gambar wayang pada kotak rokok kepada aku yang diperoleninya dari Sabak Bernam Selangor. Yang berbezanya ialah tahun ‘20an dahulu sekeping gambar wayang dimasukkan kedalam kotak rokok dan mempunyai berbagai2 rupa bentuk, tp sekarang dicetak terus pada kertas pembungkus rokok sebagai trade mark kepada jenama rokok tersebut.

Batak Putih?

Baru2 ni aku ada terbaca dalam satu tulisan mengenai sejarah mak yong. Dalam penulisan tersebut ada beberapa pendapat yang menceritakan asal usul mak yong. Salah satu pendapat mengatakan bahawa besar kemungkinan Mak yong berasal dari Sumatera kerana asal usul mak yong bermula dari nyanyian seorang yang bernama Batak Putih. Oleh kerana Batak ini adalah suku kaum yang hanya terdapat di Sumatera Utara, maka sudah pastinya mak yong juga berasal dari Sumatera, tambahan pula di Serdang Sumatera juga terdapat teater mak yong. Ceritanya lebih kurang begini:

Ceritanya berlaku di Padang Luas Nasi Kunyit yang terletak di Setiu Trengganu. Raja sebuah negeri teringin hendak makan burung. Lalu baginda menitah kepada si pemikat supaya pergi ke padang luas nasi kunyit memikat burung. Di pertengahan jalan, pemikat tadi terdengar suara orang sedang menyanyi mengulek anak yang sangat merdu sambil menunggu padinya dari dimakan burung. Oleh kerana asyek mendengar kemerduan suara penyanyi itu lalu pemikat terus balik memberitahu kepada raja. Apabila raja datang dan bertanya kepada perempuan yang menyanyi tadi, lalu perempuan itu berkata dia bernama Batak Putih dan anak kecil ini bernama Yong. Batak putih dibawa balik ke istana untuk memperdengarkan suaranya yang merdu dan rakyat negeri tersebut digalakan supaya supaya belajar menyanyi dari mak kepada yong (Mak yong) @Batak putih.

Setahu aku, dalam menghuraikan perkataan Batak oleh orang kelantan ialah merujuk kepada sejenis binatang dari spesis orang utan yang seakan2 mawo, berbulu lebat dan mempunyai ekor. Sebab itu kadang2 kita boleh dengar sehingga ke hari ini pun apabila sesaorang dalam keadaan marah, salah satu ucapan untuk melepaskan geramnya, ia akan menyebut “Baso menatang batak”.

Bahkan mengikut keterangan abg mei kpd aku semasa makan nasi kandar baru ni, ada seorang kawan dia, apabila dia tidak bersetuju dgn sesuatu hal, dihujung ayat kemarahannya mesti berakhir dgn sebutan batak, sebagai melahirkan tanda marah atau tidak setuju. Oleh kerana terlampau kerap sgt menyebut perkataan batak, akhir sekali, dia telah mendapat nama julukan  **** Batak.

Di dalam mak yong juga ada terdapat cerita-cerita seperti Batak Raja Gondang dan Batak Bongsu Sakti, yang mana mengisahkan kedua-dua watak hero ini memakai ‘Sarung batak pandai melayang’. Dan sememangnya sarung batak itu dibuat berbentuk seekor binatang yang berbulu lebat dan mempunyai ekor.. Sedangkan Batak di Sumatera ialah merujuk kepada spesis manusia supo kita juga yang  terdapat di Sumatera Utara dan mempunyai beberapa suku seperti Batak Karo, Batak Simalungun, Batak Toba dll.

Mengikut keterangan kawan aku (Rahimidin Zahari) yang pernah membaca dua buah buku yang berjudul "Sejarah Teater Indonesia" oleh Prof. Jakob Sumardjo dan siri Ensklipedia – Indonesian Heritage "Seni Pertunjukan" yang disusun dan diketuai oleh Prof. Edi Sedyawati dengan 30 orang pakar bidang seni persembahan dari Indonesia. Kedua-dua buku tersebut mencatatkan bahawa makyung adalah teater tradisional dari Semenanjung Malaya. Saya petik dari ensiklipedia tersebut di bawah bab Mak Yong dan Randai: "Mak yong dan randai merupakan dua bentuk teater tradisional utama di Pulau Sumatera dan Kepulauan Riau. Mak yong merupakan gaya teater tradisional Melayu yang lahir di Semenanjung Malaya sekitar abad ke-17 dan masuk ke Kepulauan Riau sekitar abad ke-19. Randai adalah drama tari tutur tradisional Sumatera Barat di wilayah Minangkabau."(Edisi Bahasa Indonesia, Buku Antara Bangsa, 2002:100). Manakala edisi Bahasa Inggerisnya oleh Didier Milles, 1998 (untuk yang tak pandai berbahasa Melayu lagi). Ini merupakan kenyataan dan kesepakatan oleh 31 orang sarjana, dan aktivis kesenian di Indonesia.

Aku pernah membaca sebuah buku Indonesia yang berjudul “Pengantar Etnomusicologi dan Tarian Melayu” olen Tengku Lucman Sinar, SH. (1996). Dalam buku tersebut mencatatkan “Makyong datang dari Kepulauan Riau dari Pantai Timur Malaysia dan ia masuk ke Serdang pada akhir abad ke 19 M. dibawa oleh Sultan Serdang dari Kedah yang versinya bercampur menora”.

Dualampit

Telah selesailah sudah program Mantra Buana 2 diadakan pada 15 & 16 Julai 2010 bertempat di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Program yang memberi penekanan kepada segala bentuk persembahan yang bercorak tradisional kali ini menjadi bertambah meriah dengan kehadiran kumpulan kebudayaan dari Universitas Sumatra Utara Indonesia (USU) dan Prince of Sonkha Universiti (PSU) yang diundang khas untuk tujuan ini.

Sepertimana tahun sebelumnya juga, sebagai mewakili tuan rumah, kami diberi penghormatan untuk memulakan upacara buka tirai panggung dengan persembahan gimik Tok Selampit.

IMG_9120

                                                                                                                                                                  Photo: Zambri Salleh PPS

Pada malam pertama, aku hanya kesaorangan bermain secara solo (Selampit). Tapi pada malam kedua,  satu perubahan telah dibuat dengan mengambil konsep main tteghi di dalam selampit yang menggabungkan dua orang pemain rebab serentak dengan menampilkan nyanyian yang bersahutan antara dua orang Tok Selampit, ibarat tok tteri nge tok mindok.

IMG_9308

                                                                                                                                                                 Photo: Zambri Salleh PPS Tahniah di ucapkan kepada Dewan Budaya Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang kerana menjayakan malam Mantra Buana 2 serta memertabatkan seni budaya tradisional warisan kita.

Pertemuan

Apabila mendapat khabar dari mantan bos aku yang mengatakan Zainal Bukit Marak balik ke UMK, tak tahu lagumana tiba2 aku teringat balik kepada seorang lagi kawan yang sudah 35 tahun  aku tidak temui. Namanya Hamzah dan aku selalu panggil Mezah yg berasal dari Kg. Dangar  Pasir Mas. Dia ni ialah salah seorang sahabat aku dan sahabat akrab Zainal Bukit Marak dan tinggal serumah semasa bujang dahulu bersama dengan beberapa teman sepengajian yang lain sprt Kamil dan Mat Junuh. Tapi apakan daya, aku tidak tahu di mana hendak menghubungi mereka2 ini. Takkanlah aku nk pegi tanya Zainal…malu wei akuh!!.

Tapi semenjak aku mula menulis dlm blog aku (ni pun keh kena jerat ko anak2 angkat hok dok KL nyo pakat kecek suruh menulis) terutamanya dlm hal2 yg berkaitan kesenian dan budaya kelate, ada seorang pengunjung blog aku yg memakai nickname Srimah masuk mari tanya soalan2 yg aku bulih tafsirkan bahawa dia ni memang ada angin kokni. Mulo2 dia panggil kakku abe lokan, dok tak lama dia panggil kakku Pakcik Mat. Tp selepas pada dia guna nickname adiatsauri, dia panggil kakku Ayah Mat. Mungkin dia panggil begitu kerana memberi penghormatan kpd aku yang lebih tua dan sudah perpangkat bapa dari dia bakali.

Semenjak aku dok rajin ngosek dia dlm blog dia, dia pun rajin masuk dok tanya macam2 dlm blog aku dan hok mana aku tahu aku pun jawab, menyebabkan hubungan aku nge dia kian hari kian bertambah rapat, tambahan pula aku sudah pasti bahawa dia ni mempunyai angin sama dengan angin aku. Silap2 haribulan, angin dia lebih gedeber daripada angin aku dan itulah harapan aku yang sebenar. Baso dio doh oghe mudo nge orghe tuo ni gak.

Dalam budaya hidup orang2 tua kelate, apabila bertemu dgn budak atau orang yang jauh lebih muda dari kita yang kita baru kenal, biasanya ada dua soalan yang akan di ajukan kepada budak tersebut.

1.  Awang ni anak sapo? @anak cucu sapo?

2.  Awang ni dudok di kampung mana?

Soalan2 begini sgt penting kerana untuk mengetahui nasab keturunan sesaorang. Dan daripada sinilah dapat kita ketahui bahawa budak tersebut ada mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita atau pun tidak. Tambahan pula sekarang ini manusia sudah tak ada minat untuk mencari worih warah yg dudok jauh2 disebabkan sibuk dgn hal masing2. Atau pun setidak2nya soalan begini dapat memberi jawapan bahawa budak itu mempunyai hubungan dengan orang yang kita kenal seperti sahabat handai atau rakan taulan kita. Banyak sudah terjadi peristiwa begocoh sapa bengkak muka, lepas pada tu apabila tanya gi tanya mari, rupa2nya pangkat dua pupu jah. Gak ore tua dulu, sepupu dua pupu ni dia kira masih adik beradik lagi.

Mengambil cara pendekatan inilah semasa perbualan aku melalui hp beberapa minggu yg lalu, sengaja aku tanya siapa nama ayahnya. Katanya abah dia bernama Hamzah dan dudok di Lubok Kawah. Hati aku sudah rasa tak sedap..,dan ingatan aku sekali lagi tertumpu kepada hamzah kawan aku itu. Hati aku berkata ‘”biarlah aku nak tra tanya, kalu2 keno ko hokni doh”.  Lalu aku memberi beberapa gambaran peristiwa semasa aku dan Hamzah masa sama2 muda tahun ‘70an dulu supaya dia gi tanya kepada abahnya.  Tiga hari kemudian aku mendapat jawapan yg sungguh mengembirakan dari anakanda adiatsauri. Semua yg aku bagitahu itu adalah betul belaka, sprt kata-kata Perbuana kpd Serama  “Tuanku berbilang kabar ke atas diri patik, salahnya tidak, tp benar bertambah ada” …dan itulah Hamzah Ibrahim yang aku cari selama 35 tahun sudah pun dapat.  Peristiwa begini mengingatkan aku kepada firman tuhan dalam surah Ath-Thalaq ayat 2-3 yang bermaksud “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Allah akan  memberi jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”…Sebak juga aku seketika….

DSC02626

Setelah janji untuk pertemuan diatur, pada malam sabtu, bertempat di restoran mamak Wakaf Siku, maka bertemulah kembali empat biji natra antara aku dengan Hamzah yang sekian lama berpisah dan disaksikan oleh anakanda adiatsauri yang sudah pun kami rancang sebelum itu untuk bertemu mata. Harapan aku, dengan pertemuan 2 dalam 1 ini akan merapatkan kembali hubungan aku dengan Hamzah sepertimana dahulu.

Begitu juga dengan anakanda adiatsauri, hubungan kita yang semakin hari semakin rapat itu rupa-rupanya ada mempunyai hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Dan anakanda adiatsauri sekarang aku anggap sebagai anakanda aku juga.