Pertemuan

Apabila mendapat khabar dari mantan bos aku yang mengatakan Zainal Bukit Marak balik ke UMK, tak tahu lagumana tiba2 aku teringat balik kepada seorang lagi kawan yang sudah 35 tahun  aku tidak temui. Namanya Hamzah dan aku selalu panggil Mezah yg berasal dari Kg. Dangar  Pasir Mas. Dia ni ialah salah seorang sahabat aku dan sahabat akrab Zainal Bukit Marak dan tinggal serumah semasa bujang dahulu bersama dengan beberapa teman sepengajian yang lain sprt Kamil dan Mat Junuh. Tapi apakan daya, aku tidak tahu di mana hendak menghubungi mereka2 ini. Takkanlah aku nk pegi tanya Zainal…malu wei akuh!!.

Tapi semenjak aku mula menulis dlm blog aku (ni pun keh kena jerat ko anak2 angkat hok dok KL nyo pakat kecek suruh menulis) terutamanya dlm hal2 yg berkaitan kesenian dan budaya kelate, ada seorang pengunjung blog aku yg memakai nickname Srimah masuk mari tanya soalan2 yg aku bulih tafsirkan bahawa dia ni memang ada angin kokni. Mulo2 dia panggil kakku abe lokan, dok tak lama dia panggil kakku Pakcik Mat. Tp selepas pada dia guna nickname adiatsauri, dia panggil kakku Ayah Mat. Mungkin dia panggil begitu kerana memberi penghormatan kpd aku yang lebih tua dan sudah perpangkat bapa dari dia bakali.

Semenjak aku dok rajin ngosek dia dlm blog dia, dia pun rajin masuk dok tanya macam2 dlm blog aku dan hok mana aku tahu aku pun jawab, menyebabkan hubungan aku nge dia kian hari kian bertambah rapat, tambahan pula aku sudah pasti bahawa dia ni mempunyai angin sama dengan angin aku. Silap2 haribulan, angin dia lebih gedeber daripada angin aku dan itulah harapan aku yang sebenar. Baso dio doh oghe mudo nge orghe tuo ni gak.

Dalam budaya hidup orang2 tua kelate, apabila bertemu dgn budak atau orang yang jauh lebih muda dari kita yang kita baru kenal, biasanya ada dua soalan yang akan di ajukan kepada budak tersebut.

1.  Awang ni anak sapo? @anak cucu sapo?

2.  Awang ni dudok di kampung mana?

Soalan2 begini sgt penting kerana untuk mengetahui nasab keturunan sesaorang. Dan daripada sinilah dapat kita ketahui bahawa budak tersebut ada mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita atau pun tidak. Tambahan pula sekarang ini manusia sudah tak ada minat untuk mencari worih warah yg dudok jauh2 disebabkan sibuk dgn hal masing2. Atau pun setidak2nya soalan begini dapat memberi jawapan bahawa budak itu mempunyai hubungan dengan orang yang kita kenal seperti sahabat handai atau rakan taulan kita. Banyak sudah terjadi peristiwa begocoh sapa bengkak muka, lepas pada tu apabila tanya gi tanya mari, rupa2nya pangkat dua pupu jah. Gak ore tua dulu, sepupu dua pupu ni dia kira masih adik beradik lagi.

Mengambil cara pendekatan inilah semasa perbualan aku melalui hp beberapa minggu yg lalu, sengaja aku tanya siapa nama ayahnya. Katanya abah dia bernama Hamzah dan dudok di Lubok Kawah. Hati aku sudah rasa tak sedap..,dan ingatan aku sekali lagi tertumpu kepada hamzah kawan aku itu. Hati aku berkata ‘”biarlah aku nak tra tanya, kalu2 keno ko hokni doh”.  Lalu aku memberi beberapa gambaran peristiwa semasa aku dan Hamzah masa sama2 muda tahun ‘70an dulu supaya dia gi tanya kepada abahnya.  Tiga hari kemudian aku mendapat jawapan yg sungguh mengembirakan dari anakanda adiatsauri. Semua yg aku bagitahu itu adalah betul belaka, sprt kata-kata Perbuana kpd Serama  “Tuanku berbilang kabar ke atas diri patik, salahnya tidak, tp benar bertambah ada” …dan itulah Hamzah Ibrahim yang aku cari selama 35 tahun sudah pun dapat.  Peristiwa begini mengingatkan aku kepada firman tuhan dalam surah Ath-Thalaq ayat 2-3 yang bermaksud “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Allah akan  memberi jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”…Sebak juga aku seketika….

DSC02626

Setelah janji untuk pertemuan diatur, pada malam sabtu, bertempat di restoran mamak Wakaf Siku, maka bertemulah kembali empat biji natra antara aku dengan Hamzah yang sekian lama berpisah dan disaksikan oleh anakanda adiatsauri yang sudah pun kami rancang sebelum itu untuk bertemu mata. Harapan aku, dengan pertemuan 2 dalam 1 ini akan merapatkan kembali hubungan aku dengan Hamzah sepertimana dahulu.

Begitu juga dengan anakanda adiatsauri, hubungan kita yang semakin hari semakin rapat itu rupa-rupanya ada mempunyai hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Dan anakanda adiatsauri sekarang aku anggap sebagai anakanda aku juga.

17 thoughts on “Pertemuan

  1. budak2 jame lloni hok tidak pernah diajar utk kenal oghe tua apabila sapa ko peringkat umur ‘besar’… payah nak wat mula bila berhadapan ngan oghe tuo… kalu hok jenih bejuruh, sama ada dia senyap atau mula denga menghulur salam… kalu hok kughe bejuruh dia akan dok jauh2 atau mengelak terus daripada masuk bejupo oghe tua… seperti ayahmat kata lah… malah nok bertitih… apatah lagi nok berkenal beso… ooo payoh… baik begocoh bekok bekil dulu dpd menanyo namo… haa tu pesen oghe lloni… tambahan hok yang ada kedudukan sikit gak… koho la melenggok…

  2. Sekalung tahniah kepada ayahanda Mat kerana telah berjaya menemukan sahabat yang sudah 35 tahun tiada ketemuan. Kalu orang zaman loni, rasa dah lama tak berjumpa sain sobat, hanya dengan sekali klik saja dapat menemukan teman yang ingin dijumpai itu. Oleh itu, saya sarankan agar ayahanda Mat segera membuat account Facebook.. kalau tak reti saya boleh ajarkan… belum cuba, mana nak tahu bukan? ;)

  3. Tak payah ajarla gotu…
    dan dok ghalit hadap nate tu, baru tergendala habis kijoan aku…
    paka mung jah la main gotu nyo…ai facebook teh..

  4. Nk suruh aku ikut pesen dia dok ccakong depan pc sokmo gak berat la aku..
    pah pulok gu lawan kita kebanyakannya x main goni…buleh tahan klik la, pah ko mapuh x jjupo sokmo…

    aai takdok aroh la anak aku sore ni nakal sikit dia…

  5. internet lah teknologi yg sgt berkesan utk kes2 yg sebegini (lama tak jjupo)…tp gak, cukup dgn krobek blog jah bokalih…puok2 ni pon tok cekak reti laa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>