Burung Jerijit vs Burung Tekukur

Beberapa minggu lepas, ada seorang yang bertanya kepada aku, apakah nama dua watak yang mula-mula keluar melalui bahagian atas kelir dalam wayang kulit dipanggil Dewa Panah?, aku jawab ‘”ya”. Katanya lagi dia ada mendengar ada kawan dia berkata bahawa Dewa Panah itu berasal dari burung tekukur. Lalu aku tanya, “Tekukur Jawa ke Tekukur Kampung?”..tak tahulah pulak katanya, dan kalau mengikut versi kelantan adakah benar begitu?.  Lalu aku jawab, tak pernah pula aku mendengar pula lagu tu dan yang pernah aku dengar disebut berasal dari burung jerijit. Tp aku malas nak hurai panjang la di sini sebab dlm blog Mat Dian pun tulis panjang dah.

Mengikut apa yang aku tahu kalau dalam versi wayang kulit Kelantan, burung jerijit tu berasal dari dewa panah, bukannya  dewa panah tu berasal dari burung jerijit… Pendapat aku ni cari buleh hnyakit belako nih…cari kena marah kokre..,tp kalu kita tak royak, demo tak tahu….acu perati  dalam apa2 cerita wayang kulit sekali pun, pertukaran rupa fizikal biasanya mestilah  melalui dua kali proses pertukaran, barulah dikira habis maksud dia.

DSC00727.1 

Satu perkara laginya, pernah juga aku terbaca ada orang menafsirkan bahawa dewa panah sebelah kiri melambangkan kejahatan dan dewa panah sebelah kanan melambangkan kebaikan. Pada umumnya aku bersetuju dengan pendapat itu, tetapi dalam hal Dewa Panah ini kita tidak boleh menyamakan antara watak Seri Rama dan Maharajarawana yang mana secara terang-terangan mengistiharkan peperangan selama berbulan-bulan lamanya, sedangkan dalam babak dewa panah hanya tidak lebih dari  pertelingkahan kecil antara laki bini yang berpunca dari salah faham sahaja.

Aku rasa penafsiran begitu dibuat berdasarkan kepada apa yang mereka lihat sekarang ini, atau di beriitahu begitu, sedangkan bentuk Dewa panah yang dipakai sekarang ini ditiru dari bentuk wayang gedek dan telah diubah suai supaya tidak nampak sangat kegedekannya itu.

Soalan sekarang ialah:

Kalau Dewa panah ———> mana panahnya?

Kalau Burung jerijit ———> mana sayapnya?

7 thoughts on “Burung Jerijit vs Burung Tekukur

  1. mengenai anak panah tu kita ada tanya seorang tukang penebuk patung woyang kulit.. menurut beliau, kalu diperhati ada lingkaran tali busur dok belit kot atah belakang patung dewa panah tersebut.. ukirannya sebegitu..

    salah dua pendapat juga iaitu seorang penggiat wayang kulit di lembah kelang ni menyatakan bahawa beliau pernah melihat ukiran patung yang sedikit lain daripada patung hok oghe dok bawak… iaitu seolah2 dalam keadaan sedang menarik busur dan bersedia untuk memanah…. kalu ada rezeki.. ambo akan cuba carik ukiran patung sedemikian..

    insya Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>