Melihat koleksi gambar-gambar di dalam buku Spirit of Wood membuatkan jiwa aku kembali ke zaman di tahun-tahun ‘60an dahulu. Apa tidaknya, kerana sebahagian daripada hasil warisan seni yang terdapat di dalam gambar buku tersebut pernah aku tatap dan pernah aku tatang dengan tangan ku sendiri. Bahkan gemulah tokcek tiri aku pun memang seorang kaki pemikat burung puyuh. Kadang2 aku ditugaskan menjadi ‘Peneboh belalang’ utk santapan denak puyuhnya.
Semasa aku berumur belasan tahun dahulu, aku duduk satu kelas dengan seorang kawan bernama Nik Naifi. Beliau adalah anak kepada Dato’ Amar Seri Paduka Raja dan cucu kepada Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja Hj. Nik Mahmud Ismail. Hubungan kami dan beberapa orang beberapa orang lagi budak2 kampung aku sangat rapat dengannya, termasuklah dengan abang-abangnya Nik Mat dan Nik Leh. Pernah beberapa kali aku diminta menemaninya tidur di rumah mereka (rumah pusaka Dato’ Perdana Menteri paduka Raja) sewaktu ayahnya tiada di rumah. Oleh kerana kami semua geng penakut, maka kami pakat tidur di rumah dapur sahaja, dan masuk pun melalui pintu gerbang sebelah belakang.
Naik basikal unta dalam Kebun Dato’
Rumah yang terletak di dalam sebuah kebun yang tersangat luas dan dipenuhi oleh pelbagai baka pokok moktan, antaranya ialah moktan cik embong, moktan cik man, moktan perak dan moktan gula batu. Bagi orang awam, kawasan rumah itu memanggilnya dengan nama Kebun Dato’. Di dalam kebun tersebut juga terdapat sebuah teniat berbentuk lapan segi yang menjadi tempat aku dan kawan2 lepak. Namun begitu aku selalu diberi peringatan supaya jangan cuba memetik sembarangan apa saja buah-buahan yang terdapat di dalam kebun tersebut, kecuali anak cucunya sendiri yang memetik dan memberi kepada aku dan kawan2 yang lain. Pernah terjadi seorang hamba Allah yang melewati kebun tersebut telah memetik sebiji buah limau lalu membawa pulang dan memakannya tanpa meminta izin dari yang empunya kebun terlebih dahulu. Dengan takdir Allah, hamba Allah tersebut telah mengalami sakit perut yang amat sangat sehinggalah pihak keluarganya pergi memohon maaf di atas kesilapan hamba Allah itu, barulah sakit perutnya hilang. Ada juga yang sengaja mengambil buah-buahan semasa berada di dalam kebun, tetapi tidak memaklumkan terlebih dahulu…alamatnya tidak akan dapat keluar kerana tak jjupo cari pintu pagar..
Pemandangan Kebun Dato’ dalam tahun 1948
Kebetulan salah seorang dari guru tradisional aku adalah bekas pekerja kepada Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja semenjak belum perang dunia kedua dahulu iaitu semasa Dato’ Perdana menjadi menteri besar Kelantan dahulu (1921 – 1945). Beliaulah yang banyak menyingkap rahsia kebun dato’ kepada aku. Mengikut cerita guruku itu di rumah tersebut ada banyak tersimpan khazanah seni budaya melayu Kelantan yang sudah tidak terdapat lagi sekarang ini. Antaranya ialah jebak puyuh yang bertatahkan perak, senjata-senjata melayu lama dan manuskrip – manuskrip lama yang bertulis tangan. Antara judul manuskrip yang aku ingat ialah Hikayat Seri Kelantan (pernah dijadikan teks kajian oleh Mohd Taib Osman, 1961), Tiga jilid Kitab Mat Kilau yang kemudiannya diamanah kepada Wan Alam untuk menjaganya. Perkara yang sama juga pernah diceritakan kepada aku oleh Allahyarham Nik Rashiden seorang pengumpul dan pakar pembuat hulu keris melayu semasa beberapa kali aku lepak kat rumahnya pada awal tahun ‘80an dahulu.
Di dalam buku ‘Spirit Of Wood’ ms 31 terdapat sekeping gambar yang mempamerkan sebuah pintu gerbang rumah melayu lama. Inilah pintu gerbang yang terletak di sebelah hulu bahagian belakang rumah Dato’ Perdana dan menjadi tempat aku keluar masuk ke dalam rumah tersebut suatu masa dahulu. Seingat aku pintu ini menghadap ke timur dan dicat warna biru muda dan bahagian kiri kanan ditutup dengan zink gelugor sebagai dinding dan bersambung rapat ke rumah ibu di sebelah hilir. Di atas gunungannya terdapat bumbong kecil (perabong lima) yang dibina bagi tujuan untuk melindungi bahagian2 yang berukir dari terkena panas dan hujan. Di bawah pintu gerbang ini juga pernah aku mengalami satu peristiwa yang membuat aku jadi lembek loktek dan hampir2 selok….
Melihat gambar Pintu Gerbang yang terdapat dalam buku Spirit of Wood ini, telah membawa suasana aku kembali semula ke umur belasan tahun. Peristiwa yang berlaku kepada aku di bawah Pintu Gerbang ini antara aku dgn suara garau yang menegur aku yang tak dapat aku lupakan sehingga ke hari ini….itulah salah satu pengalaman aku di Kebun Dato’
(Sumber gambar dari buku Spirit of Wood)
Dato’ Perdana juga seorang penggemar permainan tradisional Kelantan. Selalu sahaja beliau akan memadah kumpulan2 permainan tradisional yang ada di Kelantan membuat persembahan di perkarangan rumahnya untuk tontonan masyarakat. Bahkan jika beliau mendengar ada sesaorang yang masyhur dalam sesuatu bidang, beliau akan menjemput individu tersebut datang ke rumahnya untuk menunjukkan kehebatan yang dimilikinya serta bertukar2 pendapat. Pernah aku diceritakan beberapa peristiwa mengenai hal ini oleh orang yang melihat peristiwa tersebut. Salah satu dari peristiwanya ialah beliau telah menjemput seorang yang bernama Pakda Awang Anak **** kerana dikatakan boleh menghilangkan diri (ghaib). Menurut sumber yang diceritakan kepada aku, apabila Dato’ bertanya “apakah benar Pakda Awang boleh meghaib ?”..Pakda Awang menjawab dia tak pandai. Dalam pada beberapa kali Pakda Awang menegaskan bahawa beliau tidak pandai, tiba2 dalam sekelip mata tubuhnya hilang dari pandangan selama beberapa minit…..lalu Dato’ Perdana tersenyum.
Pasti aku tidak lupa akan cerita mengatakan suatu masa dahulu Dato’ Perdana ada menyimpan satu naskah manuskrip bertulis tangan yang dibuat dari kulit kambing. Judul manuskrip tersebut ialah “Hikayat Seri Rama”. Mengikut keterangan daripada guruku, cerita Seri Rama yang terdapat dari manuskrip inilah telah dipeturunkan oleh Dato’ Perdana kepada dalang Mamat Semail Jelawat pada tahun 1928 membuatkan cerita Seri Rama versi Mamat Semail agak berlainan sedikit dari cerita Seri Rama yang dibawa oleh dalang – dalang yang sezaman dengannya. Menurutnya versi cerita Sri Rama yang dibawa oleh Mamat Semail ada mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan hikayat Sri Rama edisi Stamford Raffles. Menurut keterangan dari salah seorang muridnya, selain dari mempunyai persamaan dengan hikayat kepunyaan Stamford Rafles, versi ini juga dikatakan mempunyai persamaan dengan naskah hikayat Seri Rama edisi P.P Roorda Van Eysinga, dan dikatakan naskah inilah yang pertama diterjemah ke bahasa melayu.
Aku bersama Wan Mohd Noor orang yang diamanahkan menyimpan kitab Mat Kilau
yang diamanah oleh ayahnya Wan Alam yang diamanah oleh Dato’ Perdana Hj. Nik Mahmud
yang amanah oleh Tengku Bongsu Kelantan yang diamanah oleh Sultan Ismail yang dipersembahkan
oleh Mat Kelantan yang menerima amanah dari Mat Kilau
Selang seli bertukar ganti, hilang sebabak timbul sebabak. Setiap yang bersifat baharu pastinya tidak kekal. Begitulah dengan lokasi Kebun Dato’… sekarang ini telah lenyap dari pandangan semuanya. Yang masih tertinggal hanyalah dua batang tiang simen yang menjadi pintu keluar masuk pada zaman kegemilangannya. Pemandangan kebun tersebut hanyalah tersimpan di dalam memori aku dan menjadi nostalgia semasa aku berumur belasan tahun dahulu..
Bagaimana pun akan ku cari cucunya yang menjadi kawan sepermainan aku semasa kami berumur belasan tahun dahulu, dan mengikut keterangan cikgu Din Pokleh kepada aku khabarnya cucunya sekarang ini menetap di Tanah Merah Kelantan.
Kalau x salah Adi, pintu gerbang tu dah jadi main entrance di rumah Norhaiza, Kg Raja.
Sayang sungguh, era kegemilangan Kebun Dato’ dulu sudah bertukar menjadi hutan belukar doh.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain…
Setiap kali lalu kokni, berasa sebak sokmo…
Buku SPIRIT OF WOOD, saya jumpa wood sahaja, spiritnya tak jumpa. Tak tahu Adi ada jumpa kot?
Haaaa…demo kena paham mmolek Din ayat pertama hok kawe tulis tuh…gapodio hok kawe maksudkan. Kawe malas nk ccara ko semangat dia tuh, muga tahu doh pesen puok ni…
Mana Adi ni, nk suruh dia jwb hok ggian dia pulok..hehehe
guano susuk nama tu..gambar letak..ore jjupo cari tu..haha
nampaknya setiap yg gemilang pasti bertemu keruntuhan..di mana silapnya
maaf yei bkn kawe susuk tp kawe telupa nama…tp kalu demo nak tahu jgk kawe buleh call dia…dia ada kokni2 jah..
Ayoh Mat,ambo nak tanyo…. Kebun Dato’ ni dok dalam kawasan mano ? Ambo gak darat,tok tahu mano la…….
Kebun Dato’ ni terletak di seberang jalan alik ulu mesjid Jelawat loni.
Tp kawasan tu sudah penuh dgn rumah doh loni.
Kalu tak silap aku, tapak mesjid tu pun tanah yg diwakafkan oleh gemulah Dato’ Perdana juga…tp kalu nk pengesahan yg sohih mu kena tanya orang tua koktu lah. Sbb pada masa buat mesjid tu, aku sudah tidak ada di- dalam kampung bandaran negeri Kelantan doh..
Ayah mat kita tuh..ayah mat dan ko dengan Pakdo Awang Anak Ular.. hai byk kena bertitih nih..guano pulok dengan kitab Pati Rahsia. hai lagu nih keno temu mato blago lutut baru sedap..
Jelawat tu kawasan mano ? kelante ko ?
jelawat tu kawasan Balik Pulau..hehe
Balik pulau tu mano ?
uhh..bulih dh..
bulis gapo ?
hahahaa….jelawat pon xknal doh…berat la staro tu …gurau je…
radenlakjuno….jelawat tu tmpt sohor kakloh…xknal gak berat bed0oh la wei..hoo..huhuhu gurau jah…
Poknik…> ambo tak dan dgn pakda awang anak ular ni, tp rasanya dia duduk dan beranak bercucu di manek urai.
Assalamualaikum. Terima kasih kerana berkongsi maklumat dan pengalaman terutamanya mengenai sejarah & warisan Dato’ Perdana. Saya merupakan salah seorang cicit beliau melalui ayah, Nik Abdullah bin Tan Sri (Dato’ Seri Amar DiRaja) Nik Mustapha Fadzil bin Dato’ Perdana Paduka Raja Hj. Nik Mahmud.
Wassalam.
Waalaikumsalamwarahmmatullah…
Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak saya…seingat saya, ada seorang anak Dato’ Seri Amar Diraja yg lebih tua dari saya (peringkat abang pada saya) yg kami panggil Nik Lah. Mungkin inilah yg dikatakan ayah saudara..
Tolong sampaikan salam saya kpd ayah..
terima kasih atas kenangkenangan diatas aruah ayahda saya
Salam hormat. Untuk pengetahuan saudara, bapa saudara saya Nik Naifee sekarang berada di Cheras. Boleh hubungi saya jika saudara berhajat untuk bertemu dengan beliau. Terima kasih juga di atas info yang dipaparkan. Kami semua anak cucu cicit Nik Mustapha Fathil sangat terharu dan bersyukur diatas segala kurniaan rahmat Tuhan.
Waalaikumsalamwarahmmatullah..
Saya anak kepada Nik Naiffe…..Saya sedang berusaha cuba memujuk dia dan ingin membawa dia pulang ke kebun Dato, untuk dia merasai kenangan2 lalu ber sama sahabat2 yanag masih ader tapi dia rasa keberatan atas sebab kesihatan, jadi sudilah kiranya dan berharap jika ada kawan2 dia dari kebun dato sendiri atau seluruh pelusuk kelantan menghubungi dia supaya dia bersemangat dan sihat seperti sediakala……
Terima kasih…
As salam ayoh mat. Saya anak nik naiffe. Ayoh mat sihat…..dalam bulam april ni pada 16hb akan tiba di kota bharu bersama keluarga nik naiffe isteri anak2 dan saya harap boleh la kiranya saya meyatukan persahabatan yg telah lama terpisah……amin…