Sambil menyelam sambil minum air. Begitulah pepatah melayu yang aku rujuk semasa balik kampung selepas hari raya yang lepas. Disamping memenuhi beberapa undangan walimatul’urus, aku dan beberapa orang anak buah seperti Asrul, Farid, Adi Atsauri dan Daud (yg sentiasa merendah diri) sempat juga pergi ‘pelepas angin’ ke tempat orang main tteri di Wakaf Bunut dan Beris Teluk Kemunting. Disamping dapat melihat upacara pengubatan tradisional melayu yang satu masa dahulu pernah aku menceburinya, dengan tidak aku duga di tempat tersebut telah mempertemukan semula antara aku dengan dua orang pemain veteran yang sudah sekian lama aku tidak berjumpa mata. Abang Lah sungai keladi, sudah 15 tahun tidak berjumpa mata dan Pok Mat Permatang Pasir, lebih kurang 30 tahun tidak berjumpa mata.
Sebenarnya hubungan antara aku dan mereka2 ini terjalin semasa aku di alam persekolahan lagi yang mana kami sama2 mengayuh basikal hingga berbatu2 jauh pergi main tteri. Sehinggakan pada pertemuan singkat baru2 ini Pok Mat sudah rasa seronok kerana disangknya aku sudah balik menetap di kampung. Tapi aku memberitahu bahawa aku hanya balik bercuti untuk beberapa hari sahaja.
Tok tteri sedang mencari punca penyakit, sekun rasi janji temuan
Bercakap mengenai asal usul main tteri ni, dari dahulu lagi pun sudah ada berbagai pendapat mengenainya. Ada yang mengatakan perkataan yang sebenarnya ialah ‘Puteri’ dan ada pula yang berkata ‘Peteri’ atau ‘Pateri’ dan masing2 mempunyai alasan yang tersendiri, malah ada seorang daripada mereka yang berbual dengan aku menyebut dengan loghatnya yg tersendiri iaitu ‘Main Beteri’.
Bagi mereka yang menyebut ‘Main Puteri’ berkata permainan ini berasal dari cara Puteri Saadong yang sedang menghibur hati sambil dibantu oleh adiknya yg bernama Sultan Ahmad. Ada juga yang mengatakan Puteri yang dimaksudkan di sini ialah Putera Gegani Hawa. Bahkan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa puteri yang dimaksudkan ialah puteri Rasullullah iaitu Siti Fatimah.
Bagi mereka yang menyebut ‘Peteri’ pula berkata bahawa perkataan ‘Peteri’ atau ‘Pateri’ atau dalam loghat orang Kelantan disebut ‘tteghi’ itu bermaksud menyambung atau menghubung segala sendi tulang urat geramat pesakit yang lemah supaya supaya menjadi pulih sprt sediakala. Mengikut kepercayaan mereka, perkataan ‘Peteri’ ini disebut oleh Saidina Ali semasa menjawab pertanyaan Rasullullah tentang cara yang dilakukan untuk memulih Siti Fatimah. Ada satu pendapat lagi yang mengatakan bahawa perkataan peteri ini mengambil sempena cara yang digunakan oleh malaikat untuk memeteri lembaga Adam yang pecah semasa mula2 dimasukkan roh.
Aku rasa, untuk mengelak daripada kekeliruan, jika ada cerita2 asal usul begini yang mengaitkan nama2 nabi atau keluarganya, maka ada lebih baik diteliti dahulu tentang sumber riwayatnya, adakah di ambil dari sumber yang soheh atau sumber yang lemah, kerana dikhuatiri cerita2 begini datangnya dari riwayat israiliyat…
Bagaimana pun pernah juga aku mendengar ada orang2 yang mempertikaikan kesahehan yang mengatakan bahawa asal perkataan pateri’/tteghi itu bermaksud menyambung atau menghubung segala sendi tulang manusia, kerana mereka mengatakan bahawa istilah pateri/tteghi ini hanya disebut untuk menyambung atau menghubung jenis2 bahan logam sahaja. Apakah kalau menyambung tulang, urat, daging, kayu disebut sebagai pateri/tteghi juga?. Atau tidak ada nama lain yang lebih tepat atau sesuai dalam hal ini.
Menurut mereka lagi, permainan Bageh adalah satu jenis cara pengubatan yang sama dengan main tteghi juga, cuma ia tidak mengandungi alat muzik, nyanyian dan tarian. Soalnya mengapa permainan ini tidak dipanggil tteghi juga?..padahal cara2 dan tujuanNya adalah sama dengan main tteghi, malah dikatakan bageh ini wujud lebih dahulu daripada tteghi. Takkanlah kerana ada perbezaan dari segi elemen2 tambahan dan sampingan seperti muzik, nyanyian dan tarian tanpa merubah maksud asal, permainan ini telah di tukar dengan nama lain….tak tahulah aku hok mana yang betul.
Hok baju kelabu tu dok tengok tteri ko atau dok tengok pulut kuning dlm pinggan atas kkudo tow!!….angin tak mudah jgk ni pun, lebih kure jah dgn hok pakai topi merah dok tgh amik gmbr tuh..
Bagaimana pun tidak dapat dinafikan bahawa permainn tteri ini telah mengalami perubahan demi perubahan dari dahulu hingga sekarang. Pada zaman dahulu, tteri dimain dengan menggunakan alat muzik rebab, redap dan batil sahaja. Pada pertengahan tahun ‘50an telah timbul satu pembaharuan yang dipanggil ‘tteri gong gendang’ yang menggunakan alat muzik gong dan gendang sebagai pengganti redap disamping ada alat tambahan seperti canang dan kesi. Dan didapati tteri gong gendang ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana permainan cara ini lebih menghidupkan suasana dan orang sakit pun mudah ttijak angin. Pada awal tahun ‘70an dimasukkan pula geduk gedombak dan serunai sehinggalah sekarang ini.
Sebut pasal evolusi dalam main tteghi ini juga, suatu masa dahulu aku pernah membaca satu catatan lama yang ditulis oleh orang tua dahulu berkenaan dengan bangkitan yang mempunyai kaitan dengan hala. Antaranya ialah Perak (bacaan bunyi supo repih ranting kayu), Kecubung, Hala, Gebiah dan Belian. Pada mulanya aku sangka ini semua adalah salsilah keturunan hala, rupa2nya ini semua dikatakan bentuk cara2 pengubatan orang tua dahulu kala yang telah mengalami evolusi dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman sehingga terciptanya main tteri. Pendapat ini mungkin ada benarnya juga, kerana sepanjang hayat aku pun, aku pernah menonton 3 jenis main tteri yang telah mengalami pembaharuan, dan yang pastinya 2 daripadanya memang pernah aku ceburi…Namun begitu ketiga-tiga jenis ini mempunyai struktur permainan yang sama. Mengikut setengah daripada cerita mengatakan bahawa pada masa bentuk main tteri yang bernama Belian inilah baru dimasukkan unsur2 tarian yang dikatakan diambil dari pengaruh makyung sebagai pelengkap kepada nyanyian, muzik dan jampi serapah yang sudah ada sebelumnya.
Walau sebanyak mana pun perbezaan pendapat mengenai asal usul permainan tteri ini, tetapi semuanya bersetuju mengatakan bahawa fungsi asal main tteri ini ialah untuk menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh jiwa atau semangat yang rosak, atau disebut penyakit angin. Tapi kalau penyakit ‘angin pasang2’ dan ‘penyakit ‘uluran angin’ memang tak dapat disembuhkan dengan main tteri..
Wallahualam…
banyak lapis jugak rupanya mmain tteghi ni rupanya dih? zaman kita kecik2 dulu kita berehi bertenggek tengok tteghi main di pasir mas… tapi masa tu tok pehe begapo… dok ssuko ko oghe sakit hingguk kepala (head banging).. masa lupa…
mitak kalu buleh ayahmat bari beza antara tteghi dan mokyong dr segi komponen permainan… terima kasih….
hok topi merah tu..kalu pulut kuning gakk..tok lih kelipa tu…nak tele selaluuuu…..
Diharap pulut kuning tu diletakkan jauh sedikit kerana dikhuatiri tinggal pinggan sahaja..
ada kita pernah dgr..seperti kisah di atas..nabi berubat anak dia..tapi upacara ni nabi benarkan sekali saja dimainkan..dan selepas main tu..semua peralatan muzik tu dihanyutkan ke laut..maka hanyutlah ke tanah jawa dan jawi..puak kita plak kutik main..
lagumana??
jauh teh alat muzik tu hanyut dari laut merah ke laut cina selatan…nangong tak tenggelam..
yie: kawe pon biasa dgr jgk hoktu tuh..masa dgr tu, perut bgelegok nak ssuko, nak tanya balik, takut toklih jawab ataupun takut terpesong akidah…pandai nyo polet ko puok dia teh..hahaha..kawe tahu sapo royak tuh..
wei…pulut dlm pinggan tu, daud pon tak brani nak makan tuh..bbaloh dengan jin laa makan gak.
kalu hanyut nyor sapa alat sajer…tok jadi apoo…keno hanyuut ngan ore main sekali..baru jadiii…jdd tikus tgk besi laaa…hehe..
hahaha…pendengaran tidak bermakna penerimaan…
tapi nya bulih bawak fatwa tu..heran jgk tu…haha
nak royak kata permainan kita ni mari drpd nabi2 lagi…tp kawe perati byk benar kes2 lagu ni dikait denga peristiwa begini..bukan di kelantan saja, malah di negeri lain pun sama jgk.
satu masa dulu, pernah orang buat kajian berkenaan dengan permainan gendang keling di utara semenanjung. Semasa ditemuramah, orang tu kata asal gendang keling ni dari zaman nabi lagi. Apabila bekwoh, suasana jadi senyap sunyi kerana takdan pukul 8 mlm ore kapung pakat lari balik habis. Jadinyo ada sore ahli mauzik dpt satu idea, dia gi tebang batang kayu buat 2 butir gendang. Dia pun ajarlah ore kapung palu gendang nga suna palu begitu begini. Apabila gi main tepat ore bekwoh, sapa ko ceroh ore tak balik kerana syok dengar bunyi mauzik tu..
Apabila nabi mari dok perati tengok, nabi kata permainan ni bagus, tinggal lagi cacatnya kerana takdak gong jah. Lalu nabi suruh ore gi amik gong kecih sebutir, gong besar sebutir dlm gedong dia..bla bla bla bla…
kawe dengar pn nk ssuko..hehehe
hahahaha…sakit perut la kes lagu ni gak…
jadinya kita hok bulih mmikir ni, kena pikir dulu…jgn telan bulat2..dari segi logik pon, tak berapa logik dah…biarlah crita dari org ‘tua’ pon…
Tu pun kawe malas nk royak pasal cerita nabi ajar palu gong lagi tuh.. kalu royak hoktu gak beguling la sakit perut..nauzubillah…
nati nak tanya sekali… hehehe
salam pak lokan. seperti yang diberi, nama saya marina. saya merupakan seorang penolong penerbit di Bright Network. saya sedang mencari info tentang serunai dan terbaca tentang entri pak lokan tentang serunai yang menyebut tentang seorang pembuat serunai cina (Naga Ulik Ciptaanku
by lokanbertepuk ~ July 8th, 2008. Filed under: Serunai. ) saya ingin meminta pertolongan dari pak lokan berhubung mendapatkan informasi untuk menghubungi pak abu tersebut untuk membuat sedikit dokumentari tentang pembuatan serunai secara tradisional. saya boleh dihubungi melalui email saya : marinamirana@yahoo.com atau pak lokan boleh menghubungi terus saya di talian 012-2291914.
sekian, salam.
Waalaikumsalam…untuk pengetahuan sdri marina, pakcu abu @wee beng chen telah pun meninggal dunia lebih kurang 5 tahun yg lalu. Setahu saya ada juga salah seorang dari cucu saudaranya yg berkebolehan membuat serunai, saya selalu memanggilnya dgn nama Eng, tp saya tidak dapat menghubungi beliau skrng ini kerana no hp telah bertukar.
supo cerita bakpo gendang silat haram la..nabi g tgk dok gendang silat..pah bunyi ore siup serunai..tiba2 nabi tersengih skit..pah nabi kata xlih serunai ni..haram..kita jadi lalai..maka situlah mulanya haram serunai..haaa..pah bulih main..hadis mana surah mana ni?
marina: apa susah2…jumpa terus jer dgn pak lokan….tp cara pembuatan serunai beliau sudah di-upgrade kan.
yie: kawe pon tak igt nak tanya nama nabi tuh…acu tanya gak sekali nabi gapo hok biasa gi pat bekwoh ada bsilat…hehehe
kalu buleh biarlah dia cari orang yg betul2 mempunyai kepakaran bab begotu…ambo ni basa jenis ke langit tak sampai, ke bumi pn tak sampai.
kelas dewa la..duduk diawan awangan…
kita bkn kelas dewa .. dapat ko duduk atas ndo tu gak..
Blog yang bagus neh, bagus bgt news, update terus ya, biar aku bisa baca2 terus…
lelah alik ambo belaka nih..
dessy ika: kalau nggak paham bahasa kelantan, jangan malu2 utk bertanya ya..agar kamu bisa paham segala ayat2 yg berbisa itu..
ai sedak jong cocoh pun..
angin menulis aku nggak mai lagi…dok begila proses kayu coreng loni…
dessy pun nya sapa la ssini..jgn dok mari cari…tuan rumah xpo la..jong kako hok tambah gulai xlih lepo blako nih..haha
hehehe…ambo dokkk….
sebelum merapi meletup aritu, ado hok sesat mari tunjuk samseng sini..loni ado mari nak bbaik pulok doh…
wooooooo……kayu coreng towwwww!!!!!!
patutla tak berapa bulih bbual ssari dua nih..
Barang-barang kegunaan sendiri sahaja.
~BUKAN UNTUK DIJUAL~
hahahahahahaa…jadi kijo la..
salam ,sya sedang menjlnkn kajian bkenaan main teri..sy nak tanya saudara Lokanbertepuk klau ada berhubung penggiat main teri di kelantan klu blh nak contct number supaya sy blh buat interviu dan berjumpe dgn mereka. persembhn main teri masih di persembahn lg kew?di kwsn mana ye?
main teri dah takder dah…berkubur dah..teri mandi ada kot..
ehehe….cari la cari
Ado lagi loni mumtaz…… ambo kerap jgk g tengok…. tengok sajo jah..
ado duano??teri main2 ada la…main teri takdok doh…
Kedai welding ambo tengok kuat lagi dok main teri…. he.. Tak dok keduri pom….
hoo.. tu dia..
pakat bincang mmolek gak, jgn dok gaduh konar kot lain..
salam..saya nak cari bahan berkaitan MUZIK ASLI…tentang sejarah, repertoire lagu dan contoh2 lagu asli…kt mne saya boleh dapat?tq
ayoh mat beso ko main teri ?
ambo tak beso main teri…
Kalu tok beso,masuk mato……