Sebelum negara kita maju dalam bidang pertanian dahulu, aku masih ingat lagi orang-orang kita hanya menanam padi sekali setahun sahaja. Ini disebabkan bendang mereka hanya bergantung kepada sumber air hujan semata. Tetapi sekarang setelah negara mencapai kemajuan dalam bidang tersebut, seperti mengadakan sistem perparitan tali air dan benih padi ringan khususnya, sekarang ini padi sudah dapat ditanam sebanyak tiga kali setahun. Bahkan sekarang ini sudah dipakai sistem ‘tabur terus’ pula, tidak sebagaimana zaman dahulu yang mesti melalui beberapa proses seperti menabur, menyabut, cedong dan mengetam. Walaupun aku pada zaman budaknya tidak terlibat secara langsung dengan proses-proses ini tetapi aku biasa terlibat dengan aktiviti yang ringan-ringan, seperti jong duduk atas gerat, jong tunggu benih padi baru tabur, kerana takut makan ko burung dan jadi jong kandar gemal padi. Apa yang aku hendak ceritakan disini ialah hubungan antara bintang di langit dengan orang tua kita zaman dahulu yang menjadi pedoman dalam proses menanam padi atau disebut dengan istilah ‘Buat Padi’ pada zaman padi ditanam sekali setahun dahulu, disamping ada lagi cara-cara pengecaman lain yang terdapat di tempat-tempat lain untuk dibuat pedoman.
Bintang yang dimaksudkan disini dinamakan Bintang Ketika yang mempunyai 7 butir semuanya. Bahagian kepalanya berbentuk seperti kepala anak panah mempunyai 4 butir dan bahagian ekornya pula terdapat 3 butir. Kalau tidak diperhatikan betul-betul yang sebutir pada bahagian hujung ekornya mungkin kita tidak akan nampak, kerana cahayanya tidak berapa terang. Bagi mereka yang tidak perhati betul-betul akan nampak bintang ini hanya ada enam butir sahaja. Mungkin ekoran daripada jumlah bintang inilah orang-orang tua kita telah mencipta pantun yang menggambarkan keluhan seseorang yang telah terpedaya dengan keindahan sesuatu.
Bintang tujuh tinggal enam
Jatuh sebiji ke Gunung Daik
Hilang sepuh tinggal senam
Baru ku tahu emas tak baik
Daripada penceritaan orang-orang terdahulu pernah aku dengar, bintang ini juga boleh menjadi pedoman kepada nelayan-nelayan tradisional zaman dahulu yang menggunakan perahu layar apabila sesat di lautan pada sebelah malam, kerana mereka ini tidak mempunyai radar atau kompas, tapi hanya berpandu kepada bintang-bintang di langit sahaja.
Bintang Ketika ini boleh kita nampak pada bila-bila masa di langit pada sebelah malam jika langit tiada dilindungi awan kecuali dalam masa dua minggu setahun bintang ini tidak kelihatan. Dan apa yang Orang tua2 dahulu sebut ‘Bintang Menyelam’ yang terjadi lebih kurang dalam bulan tujuh. Pada masa bintang menyelam ini lah biasanya akan berlaku ribut halilintar atau pelakar yang kuat sekali yang mana datang dari arah barat. Ekoran daripada ini pula telah keluar satu perumpamaan oleh orang2 tua Kelantan kepada orang yang berehi melaung dengan suara terlampau kuat dengan kata “Suara Deras Serupa Lintar Barat”.
Apabila bintang ini timbul semula dari menyelam iaitu pada bulan lapan, maka waktu ni dikira sebagai waktu yang molek untuk menabur padi benih kerana mengambil kias pada bintang timbul dengan benih akan tumbuh. Jika bintang yang baru timbul itu bersinar-sinar pada bahagian kepala dan sebam pada bahagian ekornya, maka jenis padi yang patut dibawa (ditanam) pada tahun itu ialah dari jenis padi roma putih/kuning atau jenis padi ringan yang lain, kerana dikhuatiri hujan tak berapa banyak. Kalu tempat aku dulu padi roma ni disebut dengan nama padi ‘Kucing Begomo’. Dan jika bintang tersebut sebam pada kepalanya dan bersinar pada ekornya maka jenis padi yang sesuai ialah jenis padi berat yang roma merah atau gelap seperti ‘Padi Lumut’ kerana keadaan bintang begini menandakan hujan akan berpanjangan dan lebat pula. Dan juga padi jenis ini selalunya pohon tinggi antara aras pinggang dan dada. Jadinya kalu air banyak pun tak apa.
Walau pun orang tua kita pada zaman dahulu kebanyakannya buta huruf, tetapi dalam hal nak buat padi ni, dia ada pedoman pengecaman dia tersendiri. Selain dari Bintang Ketika, mereka juga berpandu kepada peredaran matahari. Masa matahari berdiri di atas kepala, bayang kita dudok di bawah tapak kaki (matahari berada di garisan khatulistiwa) itu menandakan bulan lima, dan hujan dijangka akan mula turun. Satu pengecaman lagi yang menandakan musim hujan akan tiba ialah dengan berpedomankan kepada ayam berehi lompat naik atas pagar atau pun segerombolan ikan darat melompat atas permukaan air. Kalu tak silap aku, perlakuan ikan-ikan begini terjadi pada ikan keli dan bagi orang kampung di Kelantan dan Kedah perlakuan ikan begini disebut ‘Ikan O’.
Apabila hujan mula turun membasahi bumi lebih kurang sebulan lamanya, bila masuk bulan enam, selalunya pada sebelah petang akan kedengaranlah seperti suara guruh sayup berbunyi ‘geruk-geruk’ di kaki langit sebelah alik barat sebagai ketandaan peralihan musim nak masuk musim barat. Kalu bunyi ‘geruk-geruk’ tu berserta dengan pokok awan hitam mari alik barat laut, ketandaannya hujan nak mari dengan angin ribut sekali. Kalu bunyi ‘geruk-geruk’ mari alik barat yang tepat, maka ketandaannya hujan turun banyak, tapi angin kurang sikit atau kadang-kadang hujan mari sebelah malam. Masa ni jugak hujan bersama ribut petir dan pelakar pun terjadi. Dan masa inilah kadang2 ada pohon nyior, atau lembu kuba dan apa saja mati dipanah oleh halilintar. Orang-orang tua dulu kata malaikat panah setan. Sabit tu orang tua-tua larang gi kecing di kawasan pohon kayu kena panak lintar, dia kata setan hok cedera kena panah ko lintar tu akan minum air kecing sebagai ubat penyembuh dia. Sejauh mana kebenarannya cerita ini aku pun tak tahu. Tapi yang pastinya dalam islam jika berlaku kilat dan petir, kita disuruh mengucapkan doa; “Allahumma la taqtulna bi ghadhabika, wala tuhlikna bi ’azabika, wa ‘afina qabla dzalik.” yang bermaksud “Ya Allah, ya TuhanKu, selamatkanlah kami. Jangan engkau membinasakan kami dengan azab atau kemurkaanMu.
Dunia sentiasa berputar, musim juga telah berubah. Kalau masa aku kecil2 dahulu, apabila masuk sahaja bulan duabelas, pasti akan berlaku hujan lebat yang membawa kepada musim bah. Tetapi sekarang ini musim sebegini sudah tidak menentu lagi. Sepanjang tahun ada saja kedengaran lintar panah begotu begoni di sana sini. Adakah kesemua pengecaman di atas masih sesuai lagi dipakai pada zaman sekarang?….
Wallahua’lam…..
masa dulu2 org2 kita boleh berpedomankan alam..tp sekarang alam sudah semakin rosak akibat kelakuan penghuninya…..
lonih oghe mudo supo kito ni x reti nok baca alamat alam sekeliling nok wak pedoman..kalu nok blaja pon jjad malas doh sebab lena diulit teknologi…jong ppunoh ada la…hehehe
Biso bonar….xleh gong tembaga pun takpo lah….kita palu gong hok ketok pun jadi kijo dah…
Tapi pkataan Lintar Barat tu lamo dah xdengar…tahu sebut jah tp xtahu gapo maksud sbenar….
zaman loni .. oghe oghe tukar jenis tanah bendang padi nak buat rumah.. kohor lama kohor takdok oghe buat padi…
Anakanda ada beberapa persoalan:
1) kenapa sesuatu pekerjaan yang dilakukan diletakkan perkataan ‘jong’ (eg. jong duduk atas gerat, jong tunggu benih padi baru tabur, kerana takut makan ko burung dan jadi jong kandar gemal padi.) apakah tiada vocab yang dicipta oleh orang2 dahulu semata2 khusus untuk nama pekerjaan ini?
2) nama bintang ketika ni kalu kok inggeris gapo nama dia eh? kita nk tgk formation dia jah lagumana.. hok kita kenal pun southern cross jah.. huhu..
3) yang disebut sebagai bulan lima, bulan duabelas tu adakah bermaksud bulan mei dan bulan disember?
dok tunggu2 nk baco..lewat pulok.. mana gambar bitte tiko nyo chemat.. dok ita2 atah langit tok napok eh…
1. Adapun perkataan jong ini dikatakan berasal dari perkataan thai, iaitu ‘Joom’, istilah yg digunakan bagi mereka2 yg berkhidmat kpd bikhu atau orang pertapaan. Buleh kokre kelate ‘jong’ ialah ore yg mengendalikan sesuatu tanggungjawab atau tugas.
2. Nama bintang ketika ni dln bahasa inggeris amba tak tahu. Atau mungkin jugak gugusan bintang ketika ni takdak dlm gugusan buruj hok orang inggeris buboh nama. Nak amik gambar loni pun langit gelap gugop sokmo, tp kalu langit cerah gak bulih tunjuk la hok mana sa.
3. Bulan yg dimaksudkan di sini ialah merujuk kpd bulan syamsiah, bukannya bulan masehi.
maaflah jika jawapan tidak memuaskan. kalu nak bui cerap gak kena tanya ore mengaji astronomi islam la..
huhuhu…baru jah ayah mat dop terang pasal perkataan j0ng…kena2 ko tubik dalam ni..;)
Guano senyap sunyi ni ayoh mat ?