Angin Lubuk Kawah

Sepuluh hari sebelum acara berlangsung, aku telah mendapat panggilan talipon dari guru ku yang meminta supaya aku balik kampung  kerana  menghadiri satu acara permainan makyung dekat rumahnya bagi tujuan berubat orang penyakit angin. Katanya “kalau takleh tiga male pun semale tak apa jugok”. Demi untuk tidak menghampakan hajat dan sekali gus supaya air liurnya  sentiasa masin terhadap aku, maka aku pun akur. Dengan bertemankan seorang anak buah aku pun baliklah pada hari yang dijanjikan.

Setelah mengambil seorang lagi anak buah yang yang baru sampai dari KL di Cabang Tiga Repek maka kami bertiga terus menuju ke pengkalan Kok Majid dan sampai di sana lebih kurang jam 8.00 malam. Sambil menunggu mereka-mereka lain yang datang dari Tawang, Permatang Pasir, Pasir Mas, Bunuhan, Kg. Laut, selising dan lain2 lagi kami dok pekena teh O dgn Matji Lemal yang lebih awal sampai dari kami.

clip_image002

    Menaiki kenderaan melalui jalan yang gelap gelita sambil merenung Bintang Ketika di langit

 

Dengan menaiki dua buah bot kami semua bertolak ke rumah tuan kija yang terletak di Pulau Lubuk Kawah berdekatan dgn kuala sungai Kelantan yg jarak perjalanannya kira2 setengah jam dari pengkalan. Setelah sampai, kami semua dipersila oleh tuan kija untuk mengisi perut terlebih dahulu. Setelah masing-masing kenyang kami semua turun ke bangsal untuk memulakan upacara. Guru aku telah meminta aku berpasangan dengannya dalam sesi bertabuh buka panggung sehingga segmen pecah cerita.

IMG_4162

      Uniknya teater tradisi makyung, menggunakan kain lepas lambang kepada tali wau bermas

 

Selama dua malam aku di sana, banyak juga pengalaman pahit manis yang aku  perolehi. Apa tidaknya, pada sebelah petang aku diberi taklimat oleh guru ku mengenai pola2 pergendangan yang belum aku pelajari sebelum ini, tiba2 pada sebelah malamnya aku terus diuji secara sepontan, tercungap-cungap juga aku dibuatnya, malah kadangkala ada yang terbabas, tapi oleh kerana niatnya yang ikhlas untuk mendedahkan teknik yang ada padanya kepada aku membuatkan kami berdua saling tersenyum kerana kami berdua sahaja yang tahu.

Sebelum terlambat, alangkah indahnya jika semua bentuk-bentuk pola pergendangan makyung versi Pak Muda Misai dan Mat Birat ini dapat ditulis semula dalam bentuk notasi atau pun dirakamkan kerana mengikut pengamatan aku hanya ada seorang sahaja lagi spesis ini yang masih hidup di Kelantan. Jika tidak bertindak dari sekarang, aku percaya sedikit masa lagi kita akan kehilangan khazanah yang sangat-sangat berharga yang hanya mereka yang arif dalam bidang ini sahaja dapat menilainya.

DSC03687

Dalam kesempatan ini aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan kija, Abang Hj. Ghoni sekeluarga yang melayan dan menjamu kami dengan berbagai aneka lauk pauk hingga tidak termakan dek kami semua, begitu juga dengan jong dapur yang memasak kerabu umbut nipah membuatkan aku tidak berminat untuk menjamah ikan kerapu masam manis dan gulai pari helang.

Selamat tinggal Pulau Lubuk Kawah dan seisi penduduknya.

13 thoughts on “Angin Lubuk Kawah

  1. kg lubok kawah situ dih??..igtkn pasir mas jah ada kg tu..
    pasal krabu nipah tuh, adakah dbuat dari umbut nipoh??
    rasa2 dok…acu call pokmay smeta..tanya..

  2. alahhh.. laa.. meriah lagi lumayan nih..
    gelepar berasa rugi nih..
    tahniah kepada hak buleh gi….
    yang terlebih tahniah hok buleh join begendang..
    napak ada dah tu oghe muda dok bgendang..
    jauh lagi nak hapus warisan nih..
    huhu

  3. tanya dah moknab keling sakni..dia kata buat nga akar nipoh la, btg nipoh laa, plepoh nipoh la…dia nyo latah..nati nak tanya haji roni pulok..

    DD..meriah mata memandang meriah lagi bahu memikul..

  4. DD … warisan tu mungkin jauh lagi nak hapus, tp yang membimbangkan ialah rempah ratus yg seperti saya cerita di atas tu akan menjadi hapuskira jika tidak bertindak dari sekarang.

  5. Tumpang tanya, dalam gambar pertama itu, adakah yang duduk dihadapan itu drebar bot pada malam itu? Nampaknya beliau handal sekali berbot ditengah-tengah malam gelita ya… hehe..

  6. pasenjeng jah tu belaka2, kalu drebar ppaling koktu gak x dan lama mana paka sugung perdu nipoh la malam2 buta…

  7. alangkah bagusnyo klu dapat sertai ayoh mat gi begendang lubuk kawoh ni..kito ni sokmo bernasib malang..bilo ado benda penting gini, kito xleh joing.xpolah..mitok ayoh mat aja kito deh.

  8. salam…hok baju merah depe skali tu napok supo kesik naik perahu..tambah2 plak tgh malam…takut kena kekoh boyo bkalih…hehe

  9. boyo takdak sungai tuh, tp kalu udang galah mmg ada, kelotong nyor pn jenuh jgk.
    ptg tu kawe tgk ada ore dua beranak tarik pukat kokok nga perahu, buleh udang galah sekerat tin minyak gah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>