6th ASEAN Youth Cultural Forum
by lokanbertepuk ~ August 3rd, 2008. Filed under: Tradisi.Pada 28hb Julai yang lepas saya, Abe Yoh bersama 4 orang mahasisiwa USM telah menghadiri satu Forum Folk Music & Dance di Vietnam National Universiti, Ho Chi Minh City. Kami bertolak dari KLIA jam 2.45 ptg dengan menaiki pesawat MAS dengan mengambil masa 2 jam penerbangan. Keadaan cuaca pada petang tersebut agak cerah dan memberi kesempatan saya merakam beberapa keping gambar dari udara pemandangan di Malaysia dan Vietnam.
Pemandangan Bandaraya Ho Chi Minh
Setelah tiba di Airport kami disambut oleh LO yg terdiri dari mahasiswa/i Vietnam National Universiti dan berkebetulan pula perwakilan dari UKM sudah tiba lebih awal dari perwakilan saya sedia menunggu untuk bertolak bersama-sama ke tempat penginapan.
Perjalanan kami ke tempat penginapan mengambil masa satu setengah jam pada petang tersebut kerana kesesakan jalanraya. Itulah pertama kali saya melihat puluhan ribu motosikal membanjiri jalanraya mengatasi motokar dan kenderaan lain di Bandaraya Ho Chi Minh. Setelah sampai ke penginapan, kami diberi bilik masing-masing dan rehat pada malam tersebut.
Motosikal membanjiri jalanraya di bandaraya Ho Chi Minh
Pada 29hb Julai, selepas minum pagi upacara pun berlangsung. Kalu tak silap saya perasmian tersebut dilakukan oleh Assoc. Prof. Dr. Piniti Ratananukul, Vice Presiden of Vietnam Universiti. Forum kali ini disertai oleh 14 Universiti dari 8 buah negara Asean iaitu Brunei, Malaysia, Indonesia,Thailand, Combodia, Laos Philippine dan Vietnam. Negara Malaysia disertai oleh UM, UKM dan USM.
Selepas perasmian maka bermulalah sesi forum yang merangkumi syarahan, bengkel lagu tari dan persembahan yg mana berteraskan kepada seni tradisional negara masing2. UM membuat pembentangan berkenaan Rebana Melayu, UKM membuat pembentangan berkenaan Rentak Melayu dan USM membuat pembentangan berkenaan dengan Rebab. Forum berakhir pada sebelah petang nya.
Bengkel tari dari Universitas Gajah Mada Indonesia
Pada 30hb Julai, sebelah pagi diadakan bengkel Vietnam Royal dance yang mana setiap perwakilan mengambil bahagian untuk mempelajarinya. Bengkel berakhir sebelum makan tengahari. Pada sebelah malamnya kami telah dibawa menonton Vietnam Water Puppet Performance dan persembahan tersebut sengguh mengkagumkan.
Pada 31hb Julai kami dibawa melawat delta di Sungai Mekong. Perjalanan dari Bandararaya Ho Chi Minh mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dengan menaiki 3 buah motosungai kami di bawa kesalah satu delta di tengah sungai Mekong yang menjadi tempat pelancongan. Di pulau tersebut saya sempat melihat beberapa keping gambar lama dan pada pengamatan saya, muka orang-orang yang di dalam gambar tersebut adalah berwajah melayu. Adakah penduduk delta ini dari keturunan melayu juga asalnya saya tidak pasti. Saya juga terserempak dengan beberapa orang Vietnam yg memang sama wajahnya dengan orang melayu sebelah pantai timur. Kadang-kadang rasa nak terbuka juga mulut ini untuk bercakap melayu dengan mereka, tapi apabila memikirkan mereka ini orang Vietnam maka saya hanya mampu memberi senyuman sahaja kepada mereka.
Jambatan yang sedang di bina merentasi Sungai Mekong.
Pada 1hb Ogos selepas minum pagi kami dibawa ke Cultural House of Youth yang terletak di pusat bandar untuk membuat rehasal Gala night. Sebagaimana biasa, yang menjadi pusat makan minum kami semua sebelum melakukan apa-apa aktiviti ialah disebuah kantin dalam kampus universiti. Di tepi kantin tersebut terdapat seekor beruk jantan yang dikurung dalam sebuah kandang. Satu keunikan yang terdapat pada beruk ini ialah dia selalu saja memakan dagingnya sendiri. Nak dikatakan lapar, selalu saja kami menghulur makanan kepadanya. Tapi kalu di sekoloh ngajar berok pulas nyor di Kelate, berok jenih ni kena reject doh sebab tabiat ni payoh dia nak buang. hehehe…cara nk mengatasinya ialah dengan memasang dua gelang besi di badannya supaya dia tidak dapat tunduk.
Pada malamnya berlangsunglah persembahan dari setiap perwakilan. Persembahan tersebut diserikan lagi dengan kehadiran diplomat dari negara-negara yang ikut serta dalam forum tersebut.
Bersama Prof. Dr. Timbul Haryono
2hb Ogos para perwakilan meninggalkan Bandaraya Ho Chi Minh balik ke negara masing-masing. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Vietnam jam 11. 00 bersamaan dengan jam 12.00 tengahari waktu Malaysia.
August 3rd, 2008 at 10:31 pm
Tahniah kerana menjadi duta kesenian dan warisan malaysia ke Vietnam.
Cuma mahu bertanya, mana “barang’ kiriman yang dibawa pulang dari sana?
August 3rd, 2008 at 11:51 pm
Harap bersabar dulu sayangku… sampai masa muncullah dia.
August 4th, 2008 at 11:23 pm
aduh…..utk kiter ada jugok ko ‘barang kiriman’ itu???
hehehehe
August 6th, 2008 at 6:08 am
jauh dio g…
August 6th, 2008 at 7:51 pm
Ai kita bawok balik hok mano demo pesan jah…
August 6th, 2008 at 7:55 pm
Moka…acu bui buleh main banyok kkaro sikit gak baru ada peluang
buleh g jauh.
August 7th, 2008 at 5:43 am
ambo reti main guroh, bidas burung, decok ambat, polis entry, pekong tin, lompat getah, main nusuk, pelago buah getah, main wau, main gasing pakoh, gapo lg eh…x ingt doh..byk karo jgk
nati puak kito bince di rmh mafaka nati nk belajar byk karo jgk..pandai so karo pon jauh dh jgk g. ambo nk belajar main rebab dgn serunai…
August 7th, 2008 at 9:39 pm
Bince la puok demo, ambo tak tahu….
August 8th, 2008 at 2:48 am
eh bakpo xtaunya…nk kena tambat kali nati..jgn wi kelik penang
August 11th, 2008 at 4:48 am
Male umoh mafaka tu takdak napok bice pun.
August 12th, 2008 at 4:06 am
letih weh nk bince gane…supo kijo rmh batu letih..tp rmh batu letih x jijok angn..kt rmh mafak jijok angn letih pon…hahaha beza tuh
August 12th, 2008 at 4:06 am
letih weh nk bince gane…supo kijo rmh batu letih..tp rmh batu letih x jijok angn..kt rmh mafaka jijok angn letih pon…hahaha beza tuh
August 12th, 2008 at 7:15 am
mu ni angin hmene kuat jugok dih…agok2 buleh ko setaro angin abe yei silat?
August 13th, 2008 at 3:56 am
x kuat mana jgk..saja nk sohor ko ore…hahaha
August 13th, 2008 at 4:24 am
Kalu takdak angin baik taksah belajar….wat rugi masa jah.
August 13th, 2008 at 6:11 am
ado doh weh…angin mri dgn semetar2 plok
August 13th, 2008 at 6:15 am
Ada angin baso jenis keno como minyak angin tak jadi jgk..
August 13th, 2008 at 6:57 am
nyo sekat angin gitu mo nah…byk rintangan jgk nk belajar nih..hehehe
August 13th, 2008 at 8:11 pm
Moka takleh beraso hati…muga ni baso dio doh…tiap2 ore yg nk belajar
kita kena test dulu, buleh o’ ko ataupun takleh o’ kalu baso kena maroh.
Kalu baso jeniih takleh kena marah, baik berundur ddulu lagi. Kalu baso jenih kulit tebal keno sekeh pun takpo….luluslah ujian dio.
Yang keduanya nak tanya sikit nih…moka ni buleh nyanyi ko?… soro tak sedap pun takpo. Kerana ujian yg kedua ialah kita nk dengar nyanyi letang gendang ataupun tidak,..tp sekalonyo kalu ore buleh palu bbano gak dio nyanyi tak letang lah:)
August 21st, 2008 at 3:52 am
Che Mat, amboih amboih dalam diam. Hohoho.
Kirim salam semua.
Dari pegawai pengiring UKM ke Vietnam.
August 21st, 2008 at 5:22 am
Hehehe…insyaAllah saya akan sampaikan.
Sekali sekala jengok2lah kt sini Amar..
November 8th, 2008 at 1:34 am
kalu sungguh bagai dikata..ambo ingin memohon ilmu sebrang dua untuk mendalami ilmu wayng kulit..bulehkah begitu ayohmat dia?? braso rugi kalu tok blajar,kalu tokleh main sedak benar pon,biar buleh ghoyak ko anok2 nati bahawa nilah seni kita…
November 10th, 2008 at 2:08 am
Buleh la setakat mana yg kita mampu sebagai asas permulaan tu…