aiyong…..ayo..…ayuh

by lokanbertepuk ~ February 28th, 2010. Filed under: Tradisi.

Baru2 ni semasa sedang minum kopi bersama dengan beberapa orang kawan2 di Ibu Kota, ada satu soalan telah diajukan kpd aku. Soalannya berbunyi “ Saya mendengar orang menyanyi lagu mengadap rebab, salah satu lirik yang disebut didalam segmen pecah bong ada orang menyebut Ayuh la tue wei… apa pendapat tuan??”.. lalu aku jawab, mengikut pengajian yang saya pelajari, sebutan di situ bukannya ‘Ayuh la tue wei’. Saya berkata demikian kerana mempunyai beberapa alasan:

1.  Kalau kita perhatikan di dalam percakapan harian orang Kelantan dari dulu hingga sekarang pun mereka tidak pernah menggunakan perkataan ‘Ayuh’ untuk tujuan ajak atau mengajak. Dengan kata lain perkataan ini memang tidak terdapat di dalam kamus kelantan dan kamus makyung. Bahkan sepanjang penglibatan aku didalam permainan makyung dari zaman orang2 tua masih hidup dulu pun hingga sekarang, sekali pun belum pernah aku dengar perkataan ayuh ini diguna pakai . Yang selalu diucap oleh pelakon2 untuk tujuan ini ialah “Mari”, “Gih/gi” dan “Sila’”.

2.  Mengikut pengajian aku, sebutan ini sebenarnya berasal dari dua perkataan iaitu ‘Ai’ dan ‘Yung’ yang apabila disebut, seolah2 kita dengar menjadi satu perkataan sahaja ‘Aiyung’. Mengikut apa yang aku tahu, ‘Ai’ atau ‘Aaa’ ini adalah bentuk kata seruan yang diluahkan sebelum mula menyebut sepotong ayat atau lirik. Sebab itu kalau kita perhatikan di dalam karut dikirbarat cukup banyak sekali kata seruan ‘Ai’ atau ‘Aa’ ini digunakan oleh sebilangan besar tukang karut-tukang karut didalam permulaan melantunkan baris pertama karut mereka, terutamanya karut yengki dan karut kelantan. Contohnya:

a)  Ai selamat malam saudara dan jugak saudari.

b)  Ai ni baru jolo baru sebenar dikir barat.

3.  Mengikut pemerhatian aku, orang kelantan ni mempunyai dua cara untuk menyebut sesuatu perkataan yang berakhir dengan ejaan ‘ON/UN’ dan ‘ONG/UNG’. Ada yang menggunakan dengung dan ada yang tidak. Mungkin tergantung kepada tabiat asal percakapan sesaorang atau pengaruh sebutan setempat. Sekadar nk buat contoh jah ni sebab aku ni bukan pakar bahasa..

Buoh teghong manggong (ada dengung)

Buoh tegho manggo (tak ada dengung)

Berpunca drpd sebutan dengung dan tidak dengung beginilah kadang-kadang kita ada mendengar ada orang akan menyebut sebutan ‘Ai Yong’ atau ‘Aa Yong’ akan menjadi ‘Aa yo’. Bagi mereka yang tidak teliti dalam hal ini akan menyangka dua patah perkataan yang disebut secara bersambung itu adalah satu  perkataan yg mempunyai dua suku kata iaitu ‘aayo’, dan lama kelamaan muncullah perkataan ‘Ayuh’…Sedangkan salah seorang dari guru yang pernah aku pelajari sepanjang nyanyiannya beliau tidak pernah pun menyebut ‘Ai’ di awalan liriknya tetapi terus menyebut ‘Yong’. Ini bermakna bahawa ‘Ai’ dan ‘Yong’ itu sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan, bukannya satu patah perkataan yang mempunyai dua suku kata yg disangka oleh sesetengah orang sebelum ini. Kalaulah benar perkataan ini hanya satu patah perkataan sahaja, mana mungkin salah satu dari suku katanya boleh dibuang begitu sahaja dan sudah tentu akan mencacatkan sebutan.

4.  Kalau kita perhatikan di dalam lagu mengadap rebab ada mempunyai tiga segmen, iaitu:

a)  Segmen pembuka nyanyi – menceritakan seorang raja dalam sebuah negeri yg sedang bersiap untuk     keluar ke balai penghadapan.

b)  Segmen Sumbang gong – korus atau jawab dondang yang sama melodinya dengan pembuka nyanyi diatas tetapi di dalam rentak muzik yang berlainan.

c)  Segmen Pecah Bong – bermulanya pergerakan tari yg dikias kepada pergerakan flora fauna,

Di dalam setiap segmen itu masing-masing mempunyai ‘Nyawa rebab’ iaitu tempat penyanyi mengambil nafas baru untuk menyambung ke nyanyian seterusnya. Kalau kita perhatikan selepas nyawa rebab dalam setiap segmen ini, penyanyi akan menyambung nyanyiannya dengan terlebih dahulu menyebut ‘ai yong’.

Seperti yang pernah aku ceritakan dalam keterangan yang terdahulu, dalam segmen ini penyanyi akan mengkiaskan segala pergerakan tarinya dengan gerakan flora fauna dan perkataan yang ada hubungan dengannya. Sedangkan perkataan yong itu ialah dirujuk kepada salah sesaorang yang dipercayai asas terciptanya permainan makyong….Dan kepada sesiapa yang mempunyai pandangan tersendiri berkenaan dengan perkataan ‘Ayuh’ ini ada mempunyai hubungan dengan lirik nyanyian lagu mengadap rebab ini, ayuhlah tue wei memberi pandangan masing2 semoga dapat dikongsi bersama…

p/s:  Mengikut keterangan Guru yang menyanyi tidak menyebut ‘Ai’ itu  kepada aku, beliau duduk di dalam Akademi Temenggung tahun 1930’an lagi bersama-sama dengan bapanya iaitu semasa beliau berumur lebih kurang 12 tahun.

8 Responses to aiyong…..ayo..…ayuh

  1. arjunasukma

    [Bahkan sepanjang penglibatan aku didalam permainan makyung dari zaman orang2 tua masih hidup dulu pun hingga sekarang, sekali pun belum pernah aku dengar perkataan ayuh ini diguna pakai . Yang selalu diucap oleh pelakon2 untuk tujuan ini ialah “Mari”, “Gih/gi” dan “Sila’”]….tok do nasir ada sebut ‘jom’..hehe..gurau jah..

    dalam bab dengung dihujung perkataan..mengikut pemerhatian hamba ianya mengikut daerah asal si penutur…klau sebelah tunjung dan ketereh..ramai yg sebut tanpa dengung, berbeza dgn sebelah pasir mas yg sebutan ada dengung bercampur ngidung…contoh bila sebut ‘poho’..ore pasir mas sebut ‘pohong’…

  2. dian nais

    serupa jugak..

    cuaca “Jo’o” -
    cuaca “jo’ung” -

    bermaksud redup atau mendung..

    hehe.. sekadar menguatkan hujah…….

  3. mafaka

    aaa…budok matyie ni nak bulih dah tuh…pok nasir tu kes lama dok kl jah tuh…bunyi hilir sikit tuh kecek..supo la jgk nga jemi kebah tuh…

    sebutan tu yg ada dengung dan tak dengung tu hanyalah sebutan dan tidak mencacatkan maksud..ianya tergantung kepada penutur..kalu hok jenis ngidung gak, semua benda jjadi dengung..sebut ‘murid-murid’ pon jadi dengung..

    jadinya pada pokok persoalan ‘ayuh’ tu tergantung kepada seseorang penggiat mokyong jugok…kalu jenis hok tak berapa buat kajian/tak berapa mmikir pasal maksud sesuatu perkataan gak, dia main sebut jah laa..umpama kita mendengar org ngidung kecek, pahtu kita pulok duk tiru dia kecek lagu tuh..kade2 lari jugok maksud..

  4. Lokanbertepuk

    Arjunasukma—> Kalu didalam dialog peran yg bersahaja atau secara berjenaka tidak akan di- ambil kira sgt…tp kalau di dalam pengucapan yg tersusun, ucap tetap dan lirik nyanyian, kita tidak boleh hentam ikut suka hati…mesti sebut mengikut aturan dia…

    Mlm sabtu lepas kawe dengar mascobi mengarut di kraf jln conlay. Dia sebut “Sebab apa kerana apa”…pengucapan ini telah menyalahi aturan susunan yg telah ditetapkan…sepatutnya dia kena sebut “Sebab apa kerana mana” sprt yg di sebut oleh pak din llayang mlm tu jgk..

    Tp dia sebut “pesaka ayah zuriat bonda” tu molek pulak dah …. eh tak ingat…lagu wau bermas tu bukan dia buat…dia copy paste hok tuan kob ..hehehe

  5. arjunasukma

    hahaha..kawe saja cocoh jah..nk tgk ore latah..

    tiru ni pun bnyk jenis jugak..ada yg tiru hok ore buat dah..dan ada yg cuba tiru supaya jadi ore lain..hakikat sebenar tidak mampu..sbb tu jadi sebab apa kerana apa tu..haha

  6. Lokanbertepuk

    nk buat identiti sendiri pun, kalu melarat ko tunggang langgang habis
    segala susunan bahasa…

  7. cm_abelanun

    baru buleh tahu bendo pelik2 ehh dengan ayah mat kito…( kito royat ko kakok kito, dio baca entri nih, dia kata timo kaseh)

  8. irman

    kalu sapa2 buleh hubungi ambo.tlg la ata alamat email ko ambo.ambo minat nok blajar mizik tradisional kelantan ni.

Leave a Reply