Aur Kami Menarik Susang
by lokanbertepuk ~ March 15th, 2010. Filed under: Tradisi.Tiga hari yang lepas, sedang aku menunggu mat dian tel kakku, tiba-tiba datanglah seorang pelajar yang beberapa bulan lepas telah pun menemui aku kerana hendak mendapatkan sedikit sebanyak info berkenaan dengan makyung bagi tujuan menyiapkan kerja kursusnya. Pada pertemuan yang singkat itu pelajar tersebut memberitahu kpd aku yang beliau telah pun pergi menemui beberapa orang penggiat lagi yang dikirakan tersohor juga masa kini untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dan beliau pastinya akan membawa bersama artikel aku yang terdapat dalam majalah PENTAS yang bertajuk Yung Mengadap Rebab.
Mengikut keterangan pelajar tersebut, salah seorang drpd mereka yang beliau temui itu telah mengkritik tulisan aku yang terdapat di dalam majalah tersebut. Pada mulanya aku agak tergamam juga dan tertanya2 di dalam hati aku, dimana silapnya keterangan yang aku tulis itu, tapi bila difikir2kan, aku juga sebagai seorang manusia biasa yang tidak maksum, pastinya tidak sunyi dari melakukan salah silap dan aku menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka demi untuk menjaga dan mengembangkan seni budaya warisan bangsa kita kerana didalam menyampai atau mentafsir sesuatu mungkin ada yang mempunyai pandangan yang berbeza.
Pergerakan tangan kanan dan kiri penari menguak sebagaimana ranting-ranting buluh akan menguak apabila pokok buluh ditarik songsang.
Yang aku rasa lucunya ialah bukan tulisan aku yang dikritiknya, tp yang dikritiknya ialah gambar dua orang pemuda sedang menarik pokok buluh yang sengaja aku masukkan di situ untuk menyokong keterangan aku yang berkaitan dengan salah satu lirik dalam lagu mengadap rebab yang berbunyi “Aur Kami Menarik Songsang” yang mana telah aku huraikan bagaimana gerak tari yang menyerupai/tamsil ranting-ranting aur sedang menguak apabila ianya ditarik songsang, bukannya berarti melakukan sesuatu kerja yang susah dengan berhati-hati seperti yang terdapat dalam peribahasa melayu lama.
Menurut keterangan pelajar tersebut kpd aku, penggiat itu mempertikai gambar orang sedang menarik pokok buluh di situ kerana katanya aur itu sebenarnya bukan buluh, tetapi aur itu ialah nama lain bagi tebing. Nak ssuka pun ada, kesian pun ada…Aku pun tak tahu dia bulih dimana muga lagu ni….Sedangkan semua kita diajar di sekolah bahawa aur itu ialah buluh, dan dalam peribahasa melayu pun ada menyebut ‘Seperti Aur Dengan Tebing’, bukannya peribahasa menyebut ‘Aur Seperti Dengan Tebing’…Kalu betul pun pendapatnya yang mengatakan bahawa aur itu tebing, adakah tebing itu bolih ditarik dan macamana gambarannya jika tebing itu ditarik songsang….aku pun jadi bengong tak dan nak mmikir weh…pendapat aku betul ko pendapat dia betul??…kalau pendapat aku yang betul, mudah2an dibukakan pintu hatinya supaya dapat membezakan antara aur dan tebing…tp kalu pendapat dia betul, napok pesennyo aku kena mengaji byk lagi dlm bab ni…ko guano??..hehehe
Dalam kamus lama R.J.Wilkinson ini pun ada menerangkan aur ialah buluh dan dinyatakan contoh peribahasa melayu yang sama dengan salah satu lirik lagu mengadap rebab.
March 15th, 2010 at 4:28 am
hoooo….byk kali dah dia kata nak tulih benda ni tapi tunggu masa yg sesuai..meme sesuai sungguh…budok yang menanya tu pon supo mitok2 gi suruh tanya jah…hehehe…
kalu aur tu tebing..tebing tu aur…meme terpesong sgt dah tuh…rasa2 tak perlu dikaji lagi dah..tp takkan nak biarkan siluncai terjun dgn labu2nya??….
March 15th, 2010 at 8:32 pm
maah lambat sikit ari tu ayahmat..
dipetik daripada Kamus Dewan edisi keempat 2007:
Aur – Buluh, bambu; jenis-jenisnya aur cina, aur daun aur hitam, aur kuning, aur licin, dll; bagai aur dengan tebing (peribahasa) dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan; sepert aur ditarik songsang (peribahasa) banyak sangkut-pautnya sehingga susah hendak dilaksanakan..
March 15th, 2010 at 10:47 pm
haaaa….bukan tuh ado dlm kamus dewan kan tuh…’seperti aur ditarik songsang’….hok tu la tuh…aaaii…toklih bbaso main dah aku nih..
March 16th, 2010 at 8:56 am
Lain kali kalu ambo tulis pasal ucap tetap “Sebutir Tanjong Sekerat Rantau”…ambo nk buboh gambar buoh tanjong sebutir nga rantai basikal hok putuh tu sekerat,….baru ore tokleh kata apa..hehehe
March 17th, 2010 at 3:15 am
haaa tu dia.. baru menasabah dok eh nih..
March 18th, 2010 at 1:57 am
hahahahaah mafaka ni supo nganying ko kito jah…lamo doh dop tnye tapi baru pehe
March 18th, 2010 at 3:36 am
Kalu cikgu dok ajar ilmu sesat kat anak murid…anak murid habis sesat barat kesemua. Mintak mari cikgu tu jupa dengan editor Pentas, nak ajar peribahasa sikit kat dia.
March 18th, 2010 at 6:04 am
Ada seorang budak cerita kat saya tadi bahawa dia pernah dgr begini pula…aur menarik songsang ialah apabila ombak laut melanggar tebing, air laut itu akan turun balik kelaut dan menarik tebing tersebut…air yg menarik turun kelaut itulah yg dipanggil aur menarik songsang… alasannya ialah tepi laut mana ada pokok buloh.
kalu mengikut pemahaman ni gak bermakna aur dan air ni benda yg sama lah dih??….kena bawa g jupo nga editor Pentas sengoti doh bakali..
March 18th, 2010 at 6:29 am
mungkin dio pahe…. peribahaso hok ‘bagai aur ngan tebing’……
aur adalah ‘air’
….. salah paham sikit,, tp besar makna nya…..
punoh….
March 19th, 2010 at 2:30 pm
assalamualaikum,
saya mmg sedang mencari tukang tuning alat gamelan. saya ada satu set alat gamelan yang mmg perlu dituning. encik tolong hubungi saya di email saya > abdaziz.mk@gmail.com atau 012-9090925.
terima kasih,
aziz
March 20th, 2010 at 8:33 am
ramai lagi yang terpesong…tak padan nga tua..haha
kena ajak gi jjalan kampung aur duri ni…tanya ore situ aur tu ggapo?ado ko tebing ada duri..
acu tanya mmolek tok guru mana gak dia gi ngadap tu..kalu staro tu padan mari ngadap kita jah..haha..geram akuh.
March 22nd, 2010 at 2:13 am
hok jong nanyo pong song! gak mugo pkataan aur tu xnati ko blajar mokyong,rebab kito bule jupo/pehe. bdk sekolah rendoh pon tahu mugo ngaji tu gak dalam subjek bahaso melayu, bahagian ‘berikan maksud perkataan/ayat/peribahasa di ats’ siap bg cotoh soalan tuh…. kecuali la guno bahaso siam/jawo/bugis baru bule nok bahas kato xkeno mugo oghe nayu blako dop… malu kokram la! small mater tuh… kalu staro 2 hujung jari ayoh mat jah tu! kuat doh pong tu… Block2 alloy Pinasco staro mano ayoh mat wei. Bule bui kito la… haha
March 24th, 2010 at 12:18 am
ape2 pon kita da tahu apa yang btol…jadi kite xsoh baloh la …sama-sama lah kita memperbaikinya..
March 24th, 2010 at 9:11 pm
xbbaloh..nk royak jah..
March 24th, 2010 at 9:19 pm
sapo dia bbaloh puloknyo??
March 28th, 2010 at 10:14 pm
Block Pinasco nga ejus Polini tu ambo nk pakai ko 200cc ambo wei, order SIP nuh, Super Mana Yong Bangkok pun ada brg tu…
Ja!!…karnival vespa k. kangsar hujung bln april ni puok johor mari berapa puluh ore?
March 29th, 2010 at 9:18 am
hahaha…biso budok tuh…mungkin dia salah faham dengan gambar..sebab dia nok dok dale gambar tu kot..hehe.. seperti aur ditarik songsang..comey peribahasa ni…
March 31st, 2010 at 1:00 am
manelah tau takut mafaka nak g gocoh ore la hahahah
kalu nak oyak gak bagus la arjuna
sy budak baru blaja kalu salah pon kna tunjuk ajar gak..:)
muslih-budak-budak dia amain doh amek gmbr ngan pokok buluh ni huhuhuhu
maaf la deh…
April 7th, 2010 at 12:49 am
slm…
saya dan termasuk ramai lagi pelajar yang kurang memahami erti dan pengucapan yang terdapat dalam lirik mengadap rebab,
susunan dan struktur yang tepat bagi mengiringi tarian juga masih kabur,
harap dapat memberi bimbingan…
April 7th, 2010 at 5:26 am
akuida pergi kt kaunter istana budaya, beli majalah PENTAS
jil.3 Bil.3 julai – sept 2008. didalam majalah tersebut saya telah tulis dgn panjang lebar bab ini di dalam tajuk ‘Yung Mengadap Rebab’
Baca dulu yg itu, kemudian jika ada kemusykilan baru tanya saya di sini..
April 7th, 2010 at 10:23 pm
Polini ada doh! blok alloy jah xdop lg… hehe! xtau lg la tp skalo ramai jgk.. bunyi boy dok oyak hr 2 bdk2 dia rmi gak nk g. Ayoh mat g ko dop? kta xleh jnji lg.. cbuk la dan kijo loni.
April 16th, 2010 at 2:21 am
terima kasih
May 12th, 2010 at 1:12 pm
ambo pin baru tahu yeng aur tu buluh
May 14th, 2010 at 1:09 am
bgs la kalu tau doh gak irman