Awang Lutong

by lokanbertepuk ~ April 26th, 2010. Filed under: Tradisi.

Atas permintakan Sang Saka Wiraguna, setelah beliau mendengar rakaman lagu Awang Lutong dinyanyikan oleh gemulah Tok Penghulu Che Man Gabus Tok Uban, aku cuba menceritakan sedaya mungkin yg boleh mengenai tajuk diatas mengikut pengetahuan aku yang terhad ini.

Awe Lutong @Awang Lutong adalah sebuah cerita rakyat Kelantan yang sebaris dengan cerita-cerita lain seperti Budak Selampit, Raja Dera, Megat Si Gambang, Anak Raja Tujuh Beradik, Mek Pitis Sekepeng dll yang diceritakan kepada pendengar melalui permainan ‘Tarik Selampit’. Cerita Awang Lutong yang mengisahkan Pak Miskin dgn Mak Miskin pergi mencari kayu di hutan, oleh kerana terlampau haus air, lalu Mak Miskin pun meminum air yg bertakung di dalam lopak bekas tapak gajah.  Selepas meminum air tersebut, perut Mak Miskin membesar dan beberapa bulan kemudian Mak Miskin pun bersalin seorang bayi yang menyerupai lutong. Oleh Mak Miskin, lalu bayi itu pun diberi nama Awang Lutong….

Hugh Clifford pernah menulis, semasa beliau berada di Pahang, beliau pernah menulis cerita Awang Lutong melalui penuturan seorang peran Mak Yong dan tukang cerita (Tok Selampit) dari Kelantan yang merantau ke Pahang.bersama dengan kumpulanya kerana bermain mak yong di Pahang.  Tok Selampit itu bernama Saleh atau panggilan singkatnya ialah ‘Leh’. Tulisan cerita tersebut ditulis sebanyak 60 helai kertas dan mengambil masa selama dua minggu. Setelah Leh dan kumpulan mak yong nya pulang ke Kelantan, tak lama kemudian beliau telah dilantik oleh raja sebagai ketua permainan raja. Oleh kerana Leh mempunyai bermacam-macam kebolehan disertai pula dengan rupanya yang segak, maka dia telah menjadi rebutan ramai perempuan-perempuan di sekitar Kota Bharu, bahkan dikatakan ada yang berbalah laki bini akibat cemburu kepada Leh.

Nak jadikan cerita, pada suatu malam, semasa Leh sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya seorang diri sambil menyanyi lagu Awang Lutong, tiba-tiba dia telah ditikam curi dari arah belakang dengan lembing oleh tiga orang yang tidak dikenali. Dikatakan tempat Leh kena bunuh itu ialah di kawasan tapak Pasar Buluh Kubu Kota Bharu sekarang ini……. Hok aku nak royaknya, pada akhir abad kesembilan belas dulu, lagu Awe Lutong sudah ada doh dan telah pun dinyanyikan. Pada zaman aku budak dulu ditahun2 ‘60an pun lagu Awe Lutong ni biasa aku dengar dinyanyi oleh orang2 kampung sambil2 dok tunggu benih padi baru tabur, atau aktiviti lain sambil2 nak buat hilang boring…antara liriknya ialah:

 

Ala awe….. awe lutong

Awe lutong bejalan kaki tiga   

                                                        

Yang aku pernah dengar masa zaman budak2 dulu dan yang dinyanyikan oleh gemulah Tok Penghulu Che Man pada tahun 1995, iramanya samalah seperti irama lagu wau bulan dalam dikir barat. Persoalannya ialah:

1.  Adakah penciptaan irama lagu wau bulan itu ditiru  dari irama lagu Awe Lutong yang dinyanyi oleh ‘Leh’ dengan hanya menukar liriknya sahaja….

2.  Adakah orang-orang terkemudian yang menyanyi lagu Awe Lutong itu telah terpengaruh dengan irama Wau Bulan, lalu dipinjam irama tersebut dan dipadankan dengan lirik Awe Lutong…sebagaimana ada orang membuat lirik “Ala lenggeee lengge kangkong…lengge kangkong tepi telaga” yang ditiru dari lagu Awe Lutong.  Aku sendiri pun tidak tergerak hati untuk bertanya kepada gemulah ni waktu tu takut2 dia buleh cerita, padahal aku pun ada sekali malam tu dok tengok dia mmain..

Untitled-10                                  Salah satu persembahan dikir barat dalam tahun 1960

Yang menjadi masaalahnya, tiada siapa pun yang masih lagi hidup sekarang ini dan pernah mendengar irama lagu Awe Lutong yang sebenar, iaitu yang di nyanyi sebelum terciptanya lagu wau bulan (irama yang dinyanyi oleh Leh)…. Bagaimanapun aku percaya saki baki penggiat dikir barat yang bergiat pada akhir tahun ‘50an atau awal ‘60an mungkin ada lagi yang masih hidup untuk dirujuk bagi membantu menyelesaikan persoalan ini….tp bila dan siapa yg berminat untuk tujuan itu??…

29 Responses to Awang Lutong

  1. mafaka

    tak mustahil irama wau bulan seman tu diambik dari irama awe lutong..
    sbbnya mme byk benar lagu2 dikir barat hok ambik dr lagu yg sedia ada dan ditukar lirik…ko lagumana?

  2. arjunasukma

    alaaa panas…panas dale..
    rasa panas…supo nak nyala….

    aaa..wau bulan baru jgk ni..

    ggini..setakat dok tanya dah ni…wau bulan ramai ore kata hok seman reka lirik dia..dan senikatanya..jadi bila terbaca akan hujah2 ni..ambo kena kelik menuntut sikit lagi..mmg cukup2 xpuashati dengan hujah sedia ada..

    ambo berjanji..akan cari penyelesaian akan kekusutan ini setakat ambo mampu..panas ni panas..

  3. dian nais

    terima kasih ke atas maklumat.. ayahmat ni ambo panggil warisan orang hidup lah.. ikut demo kata gapo pun… ..terima kasih sekali lagi

  4. mafaka

    hahaha…
    ala panas tgh hujan…
    dlm air api bulih nyala..

    pelik lirik pon…
    yie…lirik=senikata, lagu=irama

    kelik cokeh…jgn tak cokeh…

  5. arjunasukma

    aaa…dok main bsoseh hok tulo guano..haha..gilo..lagu dan irama..

  6. Lokanbertepuk

    MELODI = Rangkaian sejumlah nada yg berbunyi atau dibunyikan melalui alat/suara berturutan naik turun suara…..Kalu kita dengar orang menyanyi yg ada tinggi rendah atau panjang pendek nada itu, hokni kita panggil MELODI, atau ada juga yg menyebut LAGU.

    IRAMA = Panjang pendek bunyi dan perbezaan aksen….maksud panjang pendek ini ialah untuk peralatan muzik perkusi sahaja….sebabnya istilah IRAMA ini hanya dipakai oleh alat muzik yg tidak boleh buat melodi sahaja. Ada jgk disebut RENTAK atau TEMPO.

    LAGU = MELODI + IRAMA/RENTAK

    LIRIK = Susunan atau rangkaian kata2/ayat berbentuk puisi yg dipadankan dengan MELODI.

    Rasa2nya lebih kurang begitulah maknanya….

  7. sanggupa

    xdan nok korek crita lama nih…kalu ile hok tuo xdop jo broyak…cari di australia br jupo crito lamo nih…lirik karut gemulah seman wau bulan ambo jupo di artikel ore australia….

  8. sang saka

    ala awe, awe lutong, awe lutong jjale kaki tigo..

    pada hemat saya..kemungkinan perkaitan lagu ni nga dikir barat memang ada,sebabnya saling mempengaruhi satu sama lain..kalu tidok lagu awe lutong ni tiru wau bule,atau wau bule tiru lagu ni..tapi ambo rasa lagu ni di tiru oleh wau bule,sebabnya atah umur lagu,hok mano lagi tuo,ambo rasa lagu awe lutong ni lebih tuo..

    ataupon ada irama lain yang digunakan untuk lagu awe lutong ni,bila lagu wau bule tubik,dan sesuai pulok dengan lirik awe lutong ni,dipadankan sahaja…mungkin jugok..

    sebab irama pat belas pon masuk jugok nga lirik awe lutong tu..jadi,banyak kebarangkalian kita buleh rumus,namun hok tokleh nok takwil nyo,lagu ni meme ada kaitan nga dikir barat..nok tanyo sapo ehh untuk mensahihkan??

  9. sanggupa

    hok sebena nok tanyo…sapo dio gak amik irama (wau bule,ike duyung,anok lutong,gunung-ganang,anok dewo,wau beremas,kulat male,tido satu male,ike duyung,slamat tggl slamat male….dll. irama yg sama kecuali wau beremas) dijadikan irama penutup..?jaso sapo?ambo teko nih hahha

  10. rid

    buke arwoh seme wau bule ko? nok kato gmuloh ku mat pong mugo x beso ddenga yo mnyanyi lagu ggini…

  11. fyda hafiza

    kawe mcm duk kenal gak che man tu….nama sohor gak. Hok penting buh nama tok uban mugo kg kawe…..tp klu nak ikt ko irama byk juga bunyi dia mcm wau bulan……sapo tiru sapo xtau….

  12. lokanbertepuk

    Guano sanggupa buat pengecualian kpd irama wau beremas drpd irama yg lain2….

    Apa berbezaan antara irama wau beremas dgn irama lain tu yg demo buleh buat dlm kategori yg berlainan…hehehe

  13. sanggupa

    sbb wau beremas hok ambo dgr lain irama dio dr irama wu bule…caro dio tarik tu lain…lbih beratu drpd wau bule…

  14. arjunasukma

    hehe..rasa jah tu..bare lebih kure jah..cuma setiap tkg karut cuba nak adakan lagu penutup sdiri…hok kurang sedap soro pakai 14 mudah skit brbanding wau bulan yang lenggok dia payah skit..

  15. Lokanbertepuk

    cuma ada sore jah yg kata lagu wau beremas ni x sama dgn lagu 14hb..

  16. mafaka

    bakpo sore nyoh…setakat ni ada dua ore dah la termasuk sanggupa..

  17. Lokanbertepuk

    kalu ada sore lg, buleh buat persatuan doh tu..
    presiden dia mmg power…tolok x reboh doh..hehehe

  18. sanggupa

    hahhaha…nya make dale baik puok nih……….hok ambo dgr kalu xsilap pokku kmal bwk lenggok lain….

    hai waa beremahhhhhh…sayap sandenggggggg….sakko ayoooohhhh…zuriiiyat bondoo….

    bokali air soro dio lain…hahaha…awok2 bwk sama jah nga wau bule…berangin weh!!!

  19. Lokanbertepuk

    Betul ko sanggupa ni awak2 bwk lagu wau beremas sama jah nga lagu wau bule?..

  20. muslih sang saka

    jawab ggupa..jawab..tok rajin dengar lagi ambo wau beremah style wau bule…mungkin sedap kot…tapi lagu awe lutong ni buleh wok gi blakow..kito tra wau bule pon buleh..14 pon buleh…

  21. arjunasukma

    nyo kadah molek2 ada..haha..lagumana?hendal basikal bubuh di muto rxz guano nh..blh masuk tp gak nk bubuh ngacik kelah takut janggal..haha

  22. sanggupa

    mapuh blam cacang…..pakat dok bedal dih..hahaha…boco abih paip kot slua dale…aaaa..

  23. lokanbertepuk

    layak doh gupa ni jd pengadil dikirbarat…hahaha

  24. Tok Dehasmara

    Jalan cerita dalam hikayat mokyong hampir sama sahaja. Hanya pembawakan dalam lakunan sahaja berlainan. Sebab cerita makyong ini adalah rekaan sahaja. Kalau diteliti secara terperinci watak dalam persembahan seakan-akan dengan watak dalam wayang kulit. Cuma perbezaannya makyong diperwatakkan oleh menusia dan wayang kulit pula perwatakkan oleh patong-patong wayang kulit ditentukan oleh tok dalang. Dalam segi perwatakkan khas dalam persembahan makyong terdiri daripada Raja dan pengasoh mrnghidupksn jalan cerita dan manakala wayang kulit pula watak khas sama juga. Kedua-dua persembahan mengagong-agongkan dewadewi sahaja. Pada pandang saya jalan cerita itu di berkisar daripada hikayat Hindu semata-mata.

  25. arjunasukma

    mengagungkan??saya tak berapa setuju dgn prkataan ini..

  26. Lokanbertepuk

    Loh la aziz wei demo nak kata ggapo pun..

  27. dian nais

    tok dehasmara tu kalu baca ko baghi cerita ada kaitan dengan pak lokan jugak tu arjunasukma.. :D

  28. arjunasukma

    xpo sapo-sapo pun..xstuju ttp stuju..

  29. dian nais

    aaaa yaaa sungguh kita amat setuju fengan ketidak setujuan itu….

Leave a Reply