Batak Putih?
by lokanbertepuk ~ July 27th, 2010. Filed under: Uncategorized.Baru2 ni aku ada terbaca dalam satu tulisan mengenai sejarah mak yong. Dalam penulisan tersebut ada beberapa pendapat yang menceritakan asal usul mak yong. Salah satu pendapat mengatakan bahawa besar kemungkinan Mak yong berasal dari Sumatera kerana asal usul mak yong bermula dari nyanyian seorang yang bernama Batak Putih. Oleh kerana Batak ini adalah suku kaum yang hanya terdapat di Sumatera Utara, maka sudah pastinya mak yong juga berasal dari Sumatera, tambahan pula di Serdang Sumatera juga terdapat teater mak yong. Ceritanya lebih kurang begini:
Ceritanya berlaku di Padang Luas Nasi Kunyit yang terletak di Setiu Trengganu. Raja sebuah negeri teringin hendak makan burung. Lalu baginda menitah kepada si pemikat supaya pergi ke padang luas nasi kunyit memikat burung. Di pertengahan jalan, pemikat tadi terdengar suara orang sedang menyanyi mengulek anak yang sangat merdu sambil menunggu padinya dari dimakan burung. Oleh kerana asyek mendengar kemerduan suara penyanyi itu lalu pemikat terus balik memberitahu kepada raja. Apabila raja datang dan bertanya kepada perempuan yang menyanyi tadi, lalu perempuan itu berkata dia bernama Batak Putih dan anak kecil ini bernama Yong. Batak putih dibawa balik ke istana untuk memperdengarkan suaranya yang merdu dan rakyat negeri tersebut digalakan supaya supaya belajar menyanyi dari mak kepada yong (Mak yong) @Batak putih.
Setahu aku, dalam menghuraikan perkataan Batak oleh orang kelantan ialah merujuk kepada sejenis binatang dari spesis orang utan yang seakan2 mawo, berbulu lebat dan mempunyai ekor. Sebab itu kadang2 kita boleh dengar sehingga ke hari ini pun apabila sesaorang dalam keadaan marah, salah satu ucapan untuk melepaskan geramnya, ia akan menyebut “Baso menatang batak”.
Bahkan mengikut keterangan abg mei kpd aku semasa makan nasi kandar baru ni, ada seorang kawan dia, apabila dia tidak bersetuju dgn sesuatu hal, dihujung ayat kemarahannya mesti berakhir dgn sebutan batak, sebagai melahirkan tanda marah atau tidak setuju. Oleh kerana terlampau kerap sgt menyebut perkataan batak, akhir sekali, dia telah mendapat nama julukan **** Batak.
Di dalam mak yong juga ada terdapat cerita-cerita seperti Batak Raja Gondang dan Batak Bongsu Sakti, yang mana mengisahkan kedua-dua watak hero ini memakai ‘Sarung batak pandai melayang’. Dan sememangnya sarung batak itu dibuat berbentuk seekor binatang yang berbulu lebat dan mempunyai ekor.. Sedangkan Batak di Sumatera ialah merujuk kepada spesis manusia supo kita juga yang terdapat di Sumatera Utara dan mempunyai beberapa suku seperti Batak Karo, Batak Simalungun, Batak Toba dll.
Mengikut keterangan kawan aku (Rahimidin Zahari) yang pernah membaca dua buah buku yang berjudul "Sejarah Teater Indonesia" oleh Prof. Jakob Sumardjo dan siri Ensklipedia – Indonesian Heritage "Seni Pertunjukan" yang disusun dan diketuai oleh Prof. Edi Sedyawati dengan 30 orang pakar bidang seni persembahan dari Indonesia. Kedua-dua buku tersebut mencatatkan bahawa makyung adalah teater tradisional dari Semenanjung Malaya. Saya petik dari ensiklipedia tersebut di bawah bab Mak Yong dan Randai: "Mak yong dan randai merupakan dua bentuk teater tradisional utama di Pulau Sumatera dan Kepulauan Riau. Mak yong merupakan gaya teater tradisional Melayu yang lahir di Semenanjung Malaya sekitar abad ke-17 dan masuk ke Kepulauan Riau sekitar abad ke-19. Randai adalah drama tari tutur tradisional Sumatera Barat di wilayah Minangkabau."(Edisi Bahasa Indonesia, Buku Antara Bangsa, 2002:100). Manakala edisi Bahasa Inggerisnya oleh Didier Milles, 1998 (untuk yang tak pandai berbahasa Melayu lagi). Ini merupakan kenyataan dan kesepakatan oleh 31 orang sarjana, dan aktivis kesenian di Indonesia.
Aku pernah membaca sebuah buku Indonesia yang berjudul “Pengantar Etnomusicologi dan Tarian Melayu” olen Tengku Lucman Sinar, SH. (1996). Dalam buku tersebut mencatatkan “Makyong datang dari Kepulauan Riau dari Pantai Timur Malaysia dan ia masuk ke Serdang pada akhir abad ke 19 M. dibawa oleh Sultan Serdang dari Kedah yang versinya bercampur menora”.
July 27th, 2010 at 3:31 pm
ambo rasa…ada jgk ore2 di kelantan yang mengikut ajaran tuh..
July 27th, 2010 at 9:49 pm
semenanjung mlysia tu negri alek mano?xdop negri lain kalu buke klate gok..ko guano??
July 28th, 2010 at 1:07 am
kita pernah melihat sedutan rakaman makyong riau nih.. kita perasan bahawa masa dalam adengan rakaman tersebut ada pengucapan yang menyebut perkataan “awe” dgan “Mek”.. sebagai panggil ganti nama kepada watak yang dilakonkan..
timbul satu persoalan bahawa.. sekiranya makyong berasal daripada indonesia.. kenapakah makyong indonesia menggunakan loghat kelate seperti panggilan di atas?
pun demkian, jika makyong berasal dari indonesia.. mengapakah tidak ada asimilasi makyong kelate sepatah pun menggunakan bahasa indonesia?
kalu salah tolong tunjukkan.. terima kasih
wallahu a’lam..
July 28th, 2010 at 7:30 am
Hamba memohon artikel ini dilanjutkan ke Universiti Malaya yang mana kalangan sarjana putik kemunting sedang leka mengulit diri berselimut teori-teori dangkal. Biar gerak jaga sikit.
Pakar dari sana kata asalnya di sini, kita di sini berpeluh sibuk nak hadiskan ianya dari sana..pelik..pelik..
July 28th, 2010 at 3:50 pm
Ada lagi satu versi yg mengatakan bahawa Setiu ni jame dulu dikenali nama Padang Permaisuri. Rajanya bernama Sultan Abdulah.
Pada suatu masa dia nk bekijo besar krn nak masuk jawi anak dia. Kerana dia nk mengadakan segala jenis permainan 12 baso 12 ragam Maka dia pn suruhlah budak raja g cari mokyong kerana semua permainan2 lain sudah ada belaka dah. Budak raja pn bejalanlah g cari mokyong. Bejalan bejalan bejalan, botibo bejupolah dengan Batak Putih di tengah jalan. Batak Putih kata mokyong tu ada, tp dok di hujung negeri nun.
Budak raja bejalan lagi, bejalan bejalan bejalan lalu bejupolah dgn orang tiga beranak. Mak nama mokyong, pak nama Muhsin (Mohek?) anak nama awang.
kebetulan pulak pada suatu hari, demo tiga beranak ni sedang bermain2 tiba2 turun angin ribut yg terlampau amat yg kuat, maka berselerok tok habis segala daun kayu jatuh dan ranting kayu patah dan demo tiga beranak ni dok koho tepis pelepas takut jatuh atas ppalo dia. Gerak gerik demo tiga beranak ni dok tepis ranting kayu tu diperhati oleh penduduk kampung dan menimbulkan satu keasyikan pulak dah orang kampung menengok.
Dengan perbuatan demo tiga beranak tu maka lahirlah tarian mokyong, akhirnya keluarga pakyong tu dijemput ke istana utk membuat persembahan mokyong.
Persoalan ambo ialah:
masa angin ribut turun tu, guano yg demo tiga beranak ni jah hok dok tepis ranting kayu jatohnyo….orang kapong hok dok tengok tu tak kena ribut jugak ko?..padahal kalu nk kira gak demo tiga beranak nge orang kampung ada di kawasan ribut belaka tuh.hehehe.
August 1st, 2010 at 3:58 pm
haaha…pasal mokyong yang bulih dimokyongkan…