Belasungkawa I

by lokanbertepuk ~ July 1st, 2009. Filed under: Tradisi.

Pak Sin Tempoyak atau nama sebenarnya Hashim bin Mamat dilahirkan di kampung Tempoyak Bekelam Bachok Kelantan pada tahun 1924 dan dibesarkan di Kedai lalat (nama lama kg. Kota Jembar). Pernah belajar di Pondok Pauh Panji sebelum perang jepun. Disamping belajar agama, Pak Sin juga belajar bersilat dari guru agamanya iaitu Hj Hussin Pancur. Selepas itu beliau telah mengembara ke serata tempat untuk memperdalami ilmu persilatan dan bermacam2 lagi. Pak Sin pernah mencerita kepada aku, semasa beliau sedang menuntut ilmu Hakikat Perang di Wilayah Narathiwat Selatan Thailand, telah meletus pertempuran antara orang-orang melayu dengan sepasukan polis siam yang dikenali sebagai “Perang Dusun Nyiur” pada bulan april 1948. Kalau tak silap ingatan aku, Pak Sin mengatakan sewaktu itu beliau berada di rumah Hj Mat Karang.  Dalam asakan peluru senapang yang tidak mengenal kawan atau lawan dan asap yang berkepul2 selama sehari setengah itu,  Pak Sin telah diberi tugas keluar ke halaman rumah untuk mengambil mayat dan pejuang-pejuang melayu yang tercedera, tetapi Pak Sin telah diberi amaran supaya tidak melintasi sempadan yang sudah ditetapkan untuk mengelak daripada terkena peluru musuh. Dikatakan dalam tragedi tersebut dianggarkan seramai 400 orang melayu dan 30 polis siam telah terkorban. Tp ada juga aku terbaca di dalam satu sumber mengatakan lebih dari 1,000 orang melayu yg terkorban. Wallahualam….

DSC02621

  Hashim bin Mamat @Pak Sin Tempoyak (1924 – 2009).

 

Apabila kembali ke Kelantan dalam tahun 1953, Pak Sin mula belajar ilmu permainan bageh dgn Pak Da Yasin, iaitu sejenis ilmu pengubatan tradisional, sehingga pada masa itu Pak Sin dikenali dengan panggilan “Hussin Tok Bageh”. Sebenarnya minat Pak Sin kepada macam-macam permainan tradisional ini sebelum itu lagi. Kemudian Pak Sin belajar pula bermain Peteri dengan seorang perempuan yang tinggal di Bukit Marak. Pada peringkat permulaanya Pak Sin bergabung dengan peteri Limah Anak Rimau Babong kerana memandangkan Limah seorang perempuan yang sudah tentu tidak dapat melayan pesakit yang mempunyai angin silat. Tambah lagi Pak Sin dan Limah mempunyai pertalian keluarga yang dekat. Mengikut apa yang diceritakan oleh Pak Long Awang kepada aku, oleh kerana banyak tempahan-tempahan pihak orang sakit yang berkehendakkan kepada Pak Sin untuk main peteri pada masa itu, maka kadang-kadang upacara bageh dibuat pada siang hari dan main peteri dilakukan pada malamnya.

Disamping itu juga Pak Sin ada mempunyai kumpulan kertok, ulek banda, berarak inai dan berbagai lagi. Dalam bidang persilatan pula, Pak Sin terkenal dengan tahan sakit dan kepala keras. Dalam pertengahan tahun ‘"’60an dulu, iaitu  semasa aku masih di sekolah rendah, pernah aku menyaksi beberapa kali beliau bersilat dengan regunya yg bernama Mat Hasaan. Dalam kenakalan beliau bersilat, Pak San akan melambung batu bata dan ditanduk oleh Pak Sin dengan kepalanya.

Sebenarnya banyak sekali keunikan yang ada pada beliau dan memang diketahui oleh masyarakat umum, tetapi aku malas nak ceritakan di sini banyak-banyak. Teringat aku satu peristiwa yg berlaku 28 tahun yg lalu iaitu sewaktu beliau menyampaikan “Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian” kepada salah seorang budak kampung aku. Ditetaknya budak kampung aku dengan sebilah pisau menyebabkan aku lari masuk bilik kerana ngeri melihatnya. Kalau beginilah cara penyampaian ijazah di dalam acara konvokesyen di universiti sekarang ini, aku rasa habis bertaburanlah graduan-graduan  lari keluar dewan. hehehe….

 DSC02627

 

Untuk diri aku sendiri pula, banyak juga pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat dari beliau sewaktu aku mengikuti kumpulan peteri Pak Sin dahulu, walaupun hanya sekali sekala. Apa yang aku tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini antara aku dan Pak Sin ialah beliau orang yang pertama membawa aku bermain mak yong bertiket dgn tujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada aku. Tempatnya di kampung Kok Jerat Sg. Pinang Tumpat.  Dalam kesempatan ini juga aku boleh belajar dgn Dolah Kubang Telaga. Aku masih ingat lagi Pak Sin menamakan kumpulan mak yong tersebut dengan nama “Mak Yong Hussin Appolo” sempena dengan nama roket Apollo yang berjaya mendarat di bulan dan menjadi bahan perbualan hangat masyarakat kampung pada waktu itu.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar seorang tokoh dan penggiat yang sangat berpengalaman dan berpengatahuan dalam dunia perubatan tradisional, kebudayaan dan kesenian melayu Kelantan. Semoga rohnya di tempatkan oleh Allah bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman. Amin.

40 Responses to Belasungkawa I

  1. mafaka

    semoga ado lagi pewaris beliau yang sepertinya..

  2. datuk d

    Alfatihah buat arwah pak sin..
    masa kecik2 di zaman tidak tahu apa permainan peteri ni… ambo dok ingat ko oghe wat lucu pasal dok hiling kepala gi mari.. kami budak2 dok pakat suka di tepi basal oghe main peteri.. kesudahan tido di pangkin ayah dan mak sebab mengatok tengah male..

    hari ini.. mengenal erti keindahan kesenian melayu tradisional kelantan melalui pak lokan dan tulisan2 beliau membuatkan diri ini terasa sayu kerana sekian hari sekian hilang ditelan zaman perkara2 ini..

  3. muslih uia

    al-fatihah…
    hakikat sebuah kematian…
    pergi membawa ilmu didada…
    kalu tidak sempat diwariskan,,,tamat sudah sanad ilmu itu…
    semoga lahir lagi orang yang mahu mengisi dada2 mereka dengan ilmu kesenian ini…

  4. Mohd Izani Mohd Noor

    Ambo raso payoh doh nak cari…….

  5. arjunasukma

    kita mungkin sudah terlewat utk menjadi dia..tapi sebolehnya hujung kuku dia pun jadi la..semoga tuhan cucuri rahmat ke atas rohnya dan panjang usia semua guru ku yang masih ada..alfatihah…

  6. Mohd Izani Mohd Noor

    Ore supo gemuloh ni ore 4 tapang…..

  7. sanggupa

    mengenai cerita peprangan dalam dusun nyior,ambo pernah juga diceritakan oleh orang.pada masa tu semua berkumpul dalam masjid.kalu tak silap ambo sorang pon x dibenarkan keluar masjid sehingga arahan dikeluarkan oleh ketua.kalu keluar kena peluru…wallahua’alam

    kampung dusun nyior ialah kampung di sebelah patani

  8. mamoh lumat

    Sanggupa samah……

  9. Mamoh Kabo

    Sanggupa samah….

  10. lokanbertepuk

    Guano Jani tukar nama pulak ni….

  11. datuk d

    laa ingatko sapo.. mamoh habih segala bendo pah ko kkabo
    hahaha

  12. sanggupa

    nego sanggupa apo pulok pat ore mati nih

  13. Lokanbertepuk

    Adat orang tua2 kampung ambo dulu2, bekwoh ore mati ni kalu makan 3 hari jamu serabe, makan 7 tujuh hari jamu tepung apam, makan 40 baru jamu nasi….

    Loni tradisi ni takdak doh bakali…

  14. mamoh kabo

    Puah doh guno namo betul…… Kabo pun kabo lah….

  15. Lokanbertepuk

    Mu tahu ko gapodio hok berehi mamoh kabo ni????????

  16. mamoh kabo

    Ayoh mat la setahu saya brehi mamoh kabo….. Kwang3…. Gurau jah…. Murih ko ?

  17. mafaka

    yakk…gomo tuan tanah dah..

  18. mamoh kabo

    Senyap jah tuan tanoh…. murih bokali….

  19. Lokanbertepuk

    Sedap sekeh la mugo kita tak lawan demo gak..huhuhu

  20. mamoh kabo

    Nak sudi ilmu ckit pun xleh….. Gmuloh ni kirim sale ko ayoh mat….

  21. arjunasukma

    minggu ni minggu gomo tuan tanah sedunia bokali…

    kalu kg kita nate make kkabo ni cek wook nga camera jah..hok taring dua inci stengah..hehe

  22. mamoh kabo

    Ore hok bijok supo ore jepun ngan ore putih pun make kabo wei……. Wat ubat bijok…. Tera lah kalu nok bijok gak..

  23. sanggupa

    amalan make seraban, jamu tepung apam, makan 40 baru jamu nasi diceritakan kepado ambo ado kaitan dengan keadaan al-marhum dale kubur.katanya seraban menggambarkan keadaan mayat dalam tanah selepas 3hari mula kembung digambarkan dgn tepung apam,kemudian selepas tu berair pecah digambarkan dengan seraban.ambo tok ingat serabe dulu ko tepung apam dulu.

    amalan ini xdop doh.bida’ah @ bedo’oh sbb tu ore x buat dh.wallahu a’alam

  24. sanggupa

    aloh la silap tulis belit molek…tepung apam sbb mayat mula kembung,serabe bila mayat pecah…..

  25. datuk d

    aloh ggupa nih..
    potong stim betul

    bidaah ni ada dua dalalah dan hasanah.. dalalah sebab kot tu lah..

    hasanah ni kalu keluarga arwah wat jamuan niat nok wi sedekah.. pahala niat ko almarhum kan ke molek

    kan itu antara tiga perkara yang tak putus walau mati.. dok gitu eh ustat?

  26. arjunasukma

    nak pakai channel wahabbi ko hok mana nih?hehe

  27. sanggupa

    pnje cerito pulok kalu crito bab nih.maroh ko tue rumah dok baloh pat ore mati heheh

  28. mamoh kabo

    Forum serabe la pulok ayoh mat weir…… Agok2 bilo nak tubohkan kelab peminat ayoh mat ?

  29. datuk d

    yolow jugak pa..
    serabe pun serabe lah

  30. mamoh kabo

    Yakk…. datuk d ni dok mano ?

  31. datuk d

    dok mana lagi.. sini lah

  32. Lokanbertepuk

    Adooooi… nk tubuh kelab peminat nah pulak dih..
    padan dok bbual kot dale ni jah la..

  33. mamoh kabo

    Wok long sungguh datuk d…… Kena ejas kelab peminat tu…

  34. datuk d

    doh demo tanya ambo jawab lahh hahahah

  35. mamoh kabo

    datuk dugong……

  36. datuk d

    mamoh gih..
    pesen ni.. kerek telago pun kekoh nih.. emh loh lah.. tok luak tu gak

  37. mamoh kabo

    Lagu tu slalus datuk…..

  38. datuk d

    dok eh.. pesen sedak selar alah kokghe tu.. menasaboh lah eheheh

  39. Rid

    laghi tajuk ni… hehehe

  40. Tepuk Ama - Ama

    datuk d, bilo mung nok balik kedai menanti nya…. Kato nok blanjo makan…..

Leave a Reply