Beleghe Kecik Mengayak Gading

by lokanbertepuk ~ February 21st, 2010. Filed under: Tradisi.

Kawe ingat ko takdak doh loni orang guna lirik ‘Beleghe kecik mengayak gading’ dlm lagu mengadap rebab, rupanya ada lagi dih…. Bagi kawe, kawe tetap dengan lirik  ‘Beghe kecik mengayak gading’…   kawe pun tak tahu atas alasan apakah mereka guna lirik tuh, cuma kawe nak royak alasan kawe mengapa kawe pakai lirik ‘beghe kecik mengayak gading’. atau “Beram kecik mengayak gading”.

BERAM / BEGHE – berasal daripada perkataan biram, iaitu nama lain bagi gajah. Oleh kerana orang melayu kita ni suka mengiaskan gerak tari dalam lagu mengadap rebab dengan gerak binatang dan tumbuhan (flora dan fauna) maka salah satu gerak tarinya ditiru dari gerak gajah mengayak gading.

Oleh kerana gajah ni seekor binatang yang besar, sedangkan penari tu seorang manusia yang kecik, maka disebutlah ‘Beram kecik mengayak gading’, seolah2 penari tu bagaikan gajah kecik sedang melakukan gerak tari seperti gajah besar (gajah sebenar) sedang /mengayak/melenggang gadingnya….

Soalnya bakpo dia sebut perkataan ‘Beram"’ di situ, tak bulehkah dia sebut perkataan ‘Gajah’??.. Jawabnya, kalu kita sebut kita ni gajah, bbunyi kasar sikit, lalu diganti dgn perkataan yg lebih sedap didengar, iaitu ‘Beram’, walaupun makna beram ni sebenarnya bemakna warna yang tua..

Lain pula halnya dengan lirik satu lagi yg menyebut secara terus terang, iatu ‘Seperti gajah lambung belalai’. Dlm lirik ini penari tidak mengaku dirinya gajah, tetapi gerak tarinya sahaja menyerupai gerak gajah, sebab itu itulah disebut ‘Seperti gajah…..’. penyusunan lirik beginilah yang menjadikan ianya lebih berseni, bukannya pakai sebut ikut sedap jah.. Pak Lah Sg. Keladi kata “Hokni la ore panggil bahasa sastera mokyong”.

Di bawah ni kawe petik dari muka surat 141 dalam satu kamus lama oleh R.J. Wilkinson. tahun tak soheh, cuma ada tercatit kamus ni Wilkinson hadiah kpd kawannya tahun 1915.

kamus_0001 

 

BELERANG / BELEGHE – sejenis benda berketul keras supo tawas tapi berwarna kuning. Setahu kawe tidak ada dah makna lain selain dari makna ini, dalam kamus dewan pun ada sebut satu ni jah..tp kalu ada sapo2 yg boleh royak makna lain lagi bagi belerang ni selain dari hokni silalah tulis disini, supaya kita dapat kongsi pendapat bersama2…..kalu beleghe ni takdok gading weh..

Kemungkinan juga ada satu lagi pemahaman lain iaitu apabila disebut saja perkataan ‘Beram atau beghe’, kebanyakan penulis yg tidak arif dlm bab ini akan akan mengeja ‘Berang’, yg bererti marah yg amat sangat. Sebutan ini sudah tentu akan membawa makna yang lain dan kawe sendiri pun tidak setuju dengan ejaan dan makna ini.

p/s .. kalu sapo2 nk tengok lagu mana gajah mengayak/melenggang gading bulih pegi ke zoo…selalunya gerakan ini dilakukan oleh gajah jantan…

16 Responses to Beleghe Kecik Mengayak Gading

  1. arjunasukma

    anak gajah kecik beranak ada gading slalu ko?ko besar mana baru tumbuh gading..nk tanya jah ni..hehe

  2. Lokanbertepuk

    tlg baca lagi sekali perenggan 3 tuh..

  3. mafaka

    hok ambo dok perati pon bulih dikatakan keseluruhan perbandingan dalam lagu mengadap rebab adalah dikaitkan dengan flora/fauna…jadi kalu beleghe tu tak termasuk dlm flora/fauna tuh…

    yie…kawe g pasir mas aritu…ado sore tua jjual brg lama (keris, syiling dll)…pahtu ada dua btg mugo sepanjang sejengkal lebih..kawe tanya dia gapo tuh? dia jawab gading gajah…geram kawe nak pok pok atah dahi dia dgn ‘gading’ gajah tuh…soheh benar benda tu tulang hok srupo DD bui arituh…molek amik ggaji kerat depan mata dia…

  4. dian nais

    kita dok kata ko ‘beleghe’ jugak bila dengar sekali lalu dalam rakaman tuh..

    kita pun tidak ketahuan rupa sebenar gading.. cuma masa tengok hok sungguh di zoo.. tambah pulak dengan penjelasan hok ayoh mat buwi baru ya sungguh .. ttukar takir abih.. sabit tak reti tu lah nok belajar tuh…. haa gituh..

    p/s: maah laa mafaka kerana tak tahu.. dapat ko buleh free tu gak hahah

  5. adiatsauri

    Belerang – kalu x silap, ia adalah sejenis unsur SULFUR.
    ore Jawa ambil goni dekat dengan kawah gunung berapi Ijen, di tanah Jawa

  6. Lokanbertepuk

    jolo doh tu adi wei….

  7. arjunasukma

    malas nak tanya dah akuh..

    mafaka – smula kalu nak g pat dia plak..bawak slalu ggaji besi..hehe

    dian – ramai jgk ore sebut ‘belenghe’..ambo dok perati sokmo hok luar pun.

    adiatsauri – ambo beso tgk ubat bedil pun belerang jgk ore panggil.

    ehh..ingat ko blog sdiri sakni..surry…huihuihui..

  8. Lokanbertepuk

    aaaa….guano cepat putuh angin nih…dekpon ni gak nya baco guano keneh, tanya hok mugo terang doh…sekali ni tanya lah pok pada gajah pn, mari kita nk jawab..hehehe

  9. arjunasukma

    baco bele2 intai boss lagu ni la..dok ghalik2 baca kaba2 ccokoh alik blake..pah nk paham molek guano gak..breti kijo baru tahu….aaiiii…

    dok eh..kamus hok paste di atas tu..ada ayat ‘baginda pun naik biram yg MENTA’…MENTA ni dah ko hok puak kita dok sebut meto @ hagah nih?

  10. Lokanbertepuk

    jolo la tu…cuma menta binatang dgn menta menesia ni agak lain sikit sifat dia…kalu anak lembu hok tak tambat tali lagi, dok lopat ketung2 tu ore panggil anak lembu tgh menta/galak. kalu menesia pulak, baso jenis larang tak dengar pahtu nya menganying aloh ko kita pulok tuh… tu pun orang panggil meta jgk atau pun ‘manggak’.

    cerap doh bakali dih..hehehe

  11. akudia

    terima kasih atas huraian tentang beghe kecik mengayak gading.

  12. dian nais

    aaa.. tu spam doh tu.. ayahmat.. dia wi backlink tuh.. spam pesen baru tuh… dia copy hok kita tulih tuh.. boh backlink.. simon nga joe tu oghe serupo la tuh… di blog kita pun banyak doh kita delete menate gotuh..

  13. mafaka

    aaaa…patut pon…dok eh…pekdoh apo gak tuh???

  14. Nyetok

    alohhh la beghe tu gajoh ruponyo, lamo doh mulo ambo rajin dengar ore tuo sebut ‘sawok beghe’. sawok tu gapo namo?

    pelik2 bahasa kelate lamo ni

  15. Lokanbertepuk

    Ai…acu demo balik tanya semula teh…
    ‘sawok beghe’ atau pun ‘SAWAT BBEGHE’ @ sawat memerang.

  16. radenlakjuno

    Apo ni main sawat2 nih………. ish2

Leave a Reply