Lokanbertepuk » Coretan

The Rebab Maker
Sumber:

The LEADER December 2011 Volume 6 No. 4

ALUMNI MAGAZINE OF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Ragam Manusia
Sudah lama aku tidak meronda-ronda di sekitar Jln TAR, lebih-lebih lagi di sekitar Chow Kit Road terutamanya pada sebelah pagi hari minggu semenjak aku meninggalkan Bandaraya Kuala Lumpur 30 tahun yang lampau. Kerana di situlah tempat aku melepak pada hari ahad melihat ragam manusia yang berpidato sambil menjual barangan yang mereka pamerkan di kaki-kaki lima. Memang menyeronokkan aku melihat gelagat mereka-mereka ini dan kadangkala aku sendiri pernah membeli barangan-barangan tersebut akibat terpesona dengan syarahan  mereka ini.

Sebulan yang lepas, kebetulan aku berada di Kuala Lumpur dan telah memberi kesempatan kepad aku berjalan mundar mandir di kaki-kaki lima, di mana  tempat aku pernah melihat manusia bersyarah menjual obat-obatan, minyak wangi dan sebagainya kira-kira 30 tahun yg lampau. Rupa-rupanya masih ada lagi apa yg aku saksikan dahulu berlaku sehingga sekarang, Tetapi sudah tidak banyak lagi jika dibandingkan dengan apa yg aku saksikan dahulu.

Teringat aku akan satu kenangan sewaktu aku berada di Kota London pada tahun 80′an dahulu. Pada suatu hari kebetulan dengan kami tiada program pada hari tersebut, maka berpakatlah aku bersama dengan tiga orang kawan untuk pergi lepak di Oxford Street. Setibanya di sana aku hanya berdiri di tepi jalan sambil menunggu kawan yang masuk membeli barang, kerana di situ memang menjadi tempat tumpuan manusia untuk membeli belah.

Aku memang kaki kuat meronda di mana saja aku pergi.

Tiba-tiba di sebelah tempat aku berdiri, aku ternampak ada dua orang mungkin juga suami isteri sedang membentang sehelai lembaran yang dibuat daripada plastik. Kemudian mereka membuka sebuah beg dan membawa keluar beberapa botol minyak wangi dari berbagai jenama yang aku pun tidak tahu jenama-jenama tersebut kerana aku bukan kaki yang suka pakai jenama minyak wangi yang pelik-pelik. Mereka pun bersyarahlah memberitahu kepada orang ramai yang lalu lalang di situ akan minyak wangi yang mereka jual itu, tapi aku nampak tak ada sangat manusia yang singgah mendengar atau behenti untuk membelek minyak wangi tersebut, cuma mereka sekadar kerling semasa lalu begitu sahaja. Selang tidak berapa lama aku tengok ada seorang wanita tampil di depan penjual minyak wangi tersebut dan membeli sebanyak dua botol. Setelah membayar duit, dia beredar dari situ dan aku masih lagi di situ sambil menunggu kawan yang belum lagi selesai membeli barangan.

Lebih kurang 5 minit kemudian kedua-dua penjual minyak wangi tersebut tergesa-gesa memasukkan botol minyak wangi tadi kedalam beg mereka dan menyembunyikan di sebelah belakang sebuah bangku. Sedang mereka berdiri disamping beg tadi, mata mereka berkisar seolah-olah memerhatikan sesuatu. sejurus kemudian di dalam deruman enjin motokar yang lalu di situ, terdengar pula suara hentakan  tapak kuda yang sedang bejalan menuju ke kawasan aku berdiri. Kemudian ternampaklah dua orang polis yang menaiki kuda sedang meronda di kawasan tersebut. Apa yang aku dapat agakkan bahawa di kawasan tersebut tidak dibenarkan orang menjual di tepi jalan, patutlah penjual minyak wangi tadi menyembunyikan barangannya kerana dibimbangi takut di apa-apakan oleh polis tersebut

Setelah polis berkuda beredar jauh meninggalkan tempat itu, aku perhatikan akan gelagat penjual minyak wangi tadi yang mahu membuka balik perniagaan mereka. Sebentar kemudian ada seorang perempuan datang memasukkan dua botol minyak wangi kedalam beg tersebut dan bercakap-cakap dengan penjual tersebut. Mataku merenung ke arah perempuan tersebut dan hatiku bekata ‘Inilah orangnya yang membeli minyak wangi tadi’. Aku rasa perempuan itu dijadikan sebagai umpan atau denak untuk melariskan jualan minyak wangi mereka.

Rupanya lakonan manusia ini sama sahaja di mana-mana, baik di barat atau di timur demi untuk mencari sesuap makanan tanpa mengira apa cara sekali pun. Tipu daya atau berpura-pura.