Lokanbertepuk.com » Makyung

KAYANGAN vs KARANGAN
Disamping menjalankan tugas harianku di penghujung tahun lepas, sempat juga aku terlibat dalam dua program Mak Yong yang dibuat pada bulan November lepas. Program yang pertama ialah persembahan Mak yong Raja Besar Senyanya yg di pentaskan oleh kumpulan Mak Yong Istana Budaya dengan kerjasama Pusat Pengajian Seni USM di Dewan Budaya USM pada 8 & 9 November 2008 dan program Mak Yong Ekstravaganza 2008 di Matic Jln Ampang pada 27 – 30 Nov 2008.

Disamping terlibat sebagai pemain muzik pada kedua-dua program tersebut, aku juga diminta menjadi sebagai ahli panel di dalam program Bicara Seni Mak Yong Di Abad Ke 21 dan penceramah Bengkel Mak Yong Ektravaganza.

Di dalam melontarkan pandangan masing-masing di dalam kedua-dua bengkel ini maka bermacam pendapat yang aku dengar daripada penceramah-penceramah dalam bidang masing-masing, bermula dari salsilah mak yong, filasafah Mak Yong hinggalah kepada tarian, muzik, kostum dan lakunan Mak Yong.

Maka teringatlah aku di suatu masa dahulu pernah juga aku mendengar ada yang mengatakan bahawa tangan yang di angkat sewaktu menari yang menampakkan lima jari itu adalah sebagai lambang kepada huruf alif lam lam ha.

Bicara Seni : MAK YONG DI ABAD 21

Kadang-kadang hatiku tertanya-tanya juga adakah benar ini semua atau pun sengaja direkacipta oleh orang dahulu untuk meyakinkan orang ramai bahawa di dalam permainan Mak Yong itu ada terkandung erti disebaliknya atau selaras dgn agama islam demi untuk mengelak dari lalai mengingati tuhan, bagaimanpun aku tidaklah pula menafikan pendapat tersebut.

Bagi pendapat aku, di dalam keadaan Mak Yong yang sedang hendak dipulihkan balik sekarang ini ada lebih baik jika ianya ditumpukan kepada hal-hal yang bersangkutan dengan persembahan seperti pengucapan, geraktari, nyanyian, muzik dan lain-lain elemen yang bersangkutan dengan persembahan. Bagi aku, di sinilah terletaknya keindahan seni MakYong itu jika dihayati betul-betul.

Bengkel muzik Mak Yong Pada sebelah petang.

Aku berkata demikian kerana apabila aku menonton kebanyakan persembahan mak yong sekarang ini, aku rasa banyak perkara-perkara yang sepatutnya ditonjolkan tetapi sudah tidak ada lagi, seolah-olah aku melihat sebuah pementasan drama yang menggunakan dailek Kelantan dan berlatar belakangkan muzik tradisional. Apa tidaknya, setiap gerakan perjalanan hanya menggunakan suasana “Gaduh Lorat” sentiasa. Kalau ada yg menyanyi lagu barat anjur sekali sekala pun sudah lagi tidak mengikut tempo lagu yang telah ditetapkan.

Nasib baik lagu-lagu mak yong ini belum difahami secara menyeluruh lagi oleh penonton awam, kalau tidak, ramailah pelakon yg menyanyi Mak Mong akan dicap sebagai menyanyi out tempo. Bagi pandangan aku, perkara-perkara sebeginilah yang sepatutnya dititik berat oleh penggiat dan pengajar, daripada mereka membincangkan falasafah, lambang dan sebagainya pada peringkat pemulihan ini.

Bersama dengan kumpulan Istana Budaya

Pernah juga di satu persembahan mak yong yang aku tonton sedikit masa dulu ada antaranya aku terdengar satu pengucapan yg di ucap oleh seorang peran kpd raja (Pak yong) yg berbunyi.

Wan lah takkala tuanku keluar tubit pagi hari gelap limun- limun basah.

Peloh pelai tajong menajong seperti manik gugur dari kayangan.

Aku pun tak tahu dari manakah sumber yg mereka ambil sehingga menjadi basah dan kayangan, atau mereka mendengar dari pita rakaman yg tidak jelas sebutannya. Yang aku rasa ialah yang mengajar ini ialah mereka yg tidak berpengetahuan sgt dlm Mak Yong. Itulah makanya yg aku lihat sekarang init teater Mak yong sgt mudah dilakonkan oleh orang sekarang, tidak seperti zaman aku belajar 40 tahun dahulu. Zaman aku aku dahulu, guru akan menerang dan menghurai satu persatu apa yg diucap supaya tidak tersalah sebut.

Berbalik kpd pengucapan di atas tadi, yang pernah dan selalu aku dengar pengucapan ini di ucap oleh penggiat mak yong lain, baik yg masih hidup dan yg telah mati ialah.

Wan lah takkala tuanku keluar tubit pagi hari gelap limun-limun basa.

Peloh pelar tajun menajun seperti manik putus dari karangan.

Pengucapan sebegini dinamakan “Ucap Tetap” yg memperkenalkan tempat, latar tempat, suasana dan peristiwa. Untuk memperkenalkan fungsi-fungsi di atas, peran akan menggunakan kunci ucap atau kunci bilangan untuk menggambarkan suasana tersebut.

Pengucapan yg menggunakan kiasan ini menggambarkan raja keluar pada pagi hari dalam suasan yg gelap lagi (kalu di dalam perbualan harian ore tua tua dulu, waktu pagi-pagi sebegini dia sebut dgn istilah “ayam turun sarang” atau “Cerah tanah”) dengan keadaan peluh yang merecik dari badan bagaikan biji-biji manik yang bertaburan apabila putus tali ikatan karangannya. Sedangkan perkatan Tajun menajun itu sendiri bermakna peluh yang keluar berhamburan sprit manik putus dari karangan.

Sepanjang pengamatan aku di dalam beberapa penulisan sekarang ini, aku pernah terjumpa bermacam-macam fakta yg tidak tepat, sehingga ada yg mengatakan bahawa sekarang ini digunakan tali biola atau tali gambus pada rebab. Alangkah baiknya kalu dapat fakta-fakta dan pengucapan ini diperbetulkan balik supaya selaras dengan apa yang sebenarnya.

Sesi ceramah muzik Mak Yong pada sebelah pagi.

Persembahan Makyong – Raja Besar Senyanya 8&9 November 2008

Mengenal Rebab
Sebenarnya tak payah kita tulis dah pasal rebab disini, kerana penulisan berkaitan dgn rebab yg panjang lebar ini sudah pun abg lokan tulis di dalam majalah PENTAS bulan mac/april 2007. Sekarang penulisan itu bersama2 dgn satu lagi tajuk yang abg lokan buat iaitu “Jenis2 dan kategori lagu makyung” di dalam proses percetakan oleh kekwa utk di terbitkan dalam bentuk buku mewah. Untuk pengetahuan semua makyung adalah satu2nya warisan negara yang telah di iktiraf oleh UNESCO sebagai intangible heritage mewakili negara malaysia.

Tapi tak apalah atas memenuhi hasrat adinda kita, abg lokan buatlah juga sekadar untuk pengenalan kpd adik2 kita di sini. Kalau tak cukup 450 perkataan pun janganlah potong markah, kalau nak potong juga potonglah nama terus.hehehe..

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa rebab adalah salah satu daripada antara alat muzik tradisional melayu. Ia termasuk dalam jenis peralatan muzik bertali yg di sebut kodrofon. Disemenanjung Malaysia ada terdapat dua jenis rebab, iaitu rebab bertali tiga dan rebab bertali dua.

Rebab bertali tiga biasanya diguna dalam permainan makyung, selampit dan permainan peteri, rebab jenis ini terdapat di negeri Kedah, Kelantan, selatan Thai dan Trengganu. Rebab bertali dua pula hanya digunakan untuk mengiringi permainan wayang melayu sahaja. Tempat2 yang terdapat wayang melayu ini pada zaman dahulu ialah di negeri Kelantan, Trengganu, Kedah dan selatan Thai (Patani). Oleh kerana perbincangan pada kali ini menjerumus kepada rebab bertali tiga maka segala  penerangan akan akan di tumpukan kepada rebab bertali tiga sahaja.

Pada umumnya orang telah menagkui bahawa rebab ini berasal dari Parsi, ini kerana merujuk kepada perkataan rebab itu sendiri yg berasal dari perkataan “Rabab” bahkan di negara2 lain seperti Afghanistan pun masih memakai nama rabab atau rebet lagi.

Bagi mereka yg berkecimpung dalam permainan makyung biasanya, rebab ini ada mempunyai nama yang tersendiri iaitu UMBANG, sebab itu kalau kalau kita lihat di dalam pengucapan2 dan mentera melayu yang yang terdapat di dalam makyun dan peteri, langsung tidak di sebut langsung perkataan rebab, tetapi di sebut umbang. Sebagai contoh jika hendak di gambarkan suasana segala2 alat bunyi2an yang terdengar lalu di sebut “Lalu hamba mendengar sekali dengan umbang sakti nobat jawa canang kelenang muri dandi nafiri…..”.

Pada zaman awalnya rebab ini memakai tali benang, tetapi  masa telah berubah menyebabkan rebab sekarang telah memakai tali gitar (Holow guitar). Tali yg sesuai untuk rebab ialah G-3rd  D-4th A-5th. Penukaran tali rebab ini kerana tali gitar lebih senang di beli di kedai2 dan bunyinya pun kuat kalau nak di bandingkan dengan tali benang.

Di dalam muzik makyung Khususnya rebab adalah menjadi alat yang terpenting kerana rebablah yang akan menjadi penuntun lagu atau pembimbing lagu hingga sesetengah orang menganggapkan bahawa rebab adalah guru lagu atau pamurba lagu. Kerana di dalam kebanyakan lagu2, rebablah yang akan memulakan intronya dan barulah di ikuti oleh alat muzik lain dan nyanyian. Pemain rebab pula biasanya dipanggil sebagai jong rebab, bukannya Tok minduk yg  tertulis di dalam beberapa penulisan yg lain kerana istilah Tok Minduk hanya terdapat dalam permainan peteri sahaja.

Dalam falsafah pemikiran orang melayu, rebab adalah di lambangkan kepada seorang perempuan. Oleh sebab itu nama pada setiap bahagian rebab itu di samping mempunyai makna luaran di sebalik itu ada mengandungi makna di sebaliknya yang abg lokan tidak berhajat nk cerita secara panjang lebar bab ini di sini. Cuma yg boleh di ceritakan secara ringkasnya ialah rebab itu mengandungi kepala, pemulas, batang suna, torak, kemban, batang, tempurung, pacat, susu, kili2, paksi dan kaki. Setiap bahagian (part) ini ada mempunyai tugas masing2.

Tentang tali rebab yang tiga itu adalah lambang kepada tujuh anggota manusia dan tujuh tingkat suara, jumlah tujuh itu di kira dengan mencampurkan jumlah tiga tali dengan empat jari yang memetik.

Cara bermain rebab biasanya kita akan menggesek dengan mengguna kayu penggesek, tali penggesek inilah akan bersentuh dengan tali rebab yang sudah di pasang dengan pacat (bridge) atau kekuda untuk menyangga tali rebab. Apabila tali rebab terkena gesekan, getarannya talinya akan bersambung kekulit muka melalui pacat tadi. Kulit muka yang terpasang pada tempurung rebab ini akan menjadi resonator atau alat penggema bunyi untuk melahirkan bunyi yang lebih kuat. Kulit muka rebab ini di perbuat dari kulit perut lembu/kebau yang di sepat menjadi nipis untuk menghasilkan gema bunyi. Duduk seorang pemain rebab adah mesti dalam keadaan bersila.

Setiap tali rebab juga mempunyai nama dan tiun masing2 iaitu tali no 1 di sebut tali Cin, tali no 2 di sebut tali Tengah dan tali no 3 di sebut tali Bor, tiun tali rebab iaitu jeda antara tali2 tersebut ialah perfect 4th iaitu sama jedanya dengan tiun tali gitar.

Cara pembelajaran rebab sekarang ini masih memakai kaedah tradisional iaitu sistem pandang dengar dan cuba seperti apa yang berlaku ke atas alat muzik lain. Sebenarnya cara ini boleh diperbaiki dgn lebih bersistem lagi iaitu dengan menggunakan notasi seperti apa yg telah di lakukan oleh negara2 luar keatas alat2 muzik tradisional mereka tanpa menjejaskan keaslian yg lain. Untuk itulah semenjak 20 tahun yang lalu abg lokan membuat dan mengajar alat muzik tradional ini dengan menggunakan sistem notasi dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini barulah notasi rebab makyung siap dicipta berserta dengan position penjarian yang lengkap yang mana belum pernah di buat orang selama ini.

Dua minggu yang lepas abg lokan di datangi oleh dua orang pelajar jepun yang sedang membuat kajian serta tessis PHD mereka dalam bidang muzik tradional kita khususnya wayang kulit. Dalam pertemuan itu mereka bertanya bermacam2 soalan yang abg lokan rasa orang kita sendiri pun sudah tak tahu dah benda2 tu semua, ini mungkin kerana pendedahan dalam perkara2 seperti itu sudah tidak ada lagi di tempat kita ini. Hok nok royaknyo lo ni ore lua lebeh besungguh dari ore kito dale bab mengaji bendo2 lagu ni, sikit lagi gak kalu sapo2 nok buat PHD dale bidang kesenian kito ni gak keno g mengaji lua negaro la pulok ore sini tak pado balah mano, dan ko puok tu nyo wat balik g habih.