Lokanbertepuk » Sejarah

Tangok Dalam Kenanganku
Apabila saya balik bercuti di Kelantan, kalau ada kesempatan pasti saya akan  membawa anak-anak saya berkunjung ke Pantai Irama Bachok. Pantai Irama adalah tempat kenangan saya dan kawan-kawan sekampung pada sekitar tahun 1963-1966 dahulu. Di zaman inilah kami selalu berulang alik dari kampung asal saya di Jelawat ke Pantai Irama yangg jauhnya lebih kurang 7km dengan hanya berjalan kaki semata-mata untuk mandi laut.

Di Pantai Irama pada masa itu terdapat sebuah pondok kecil yang didiami oleh seorang tua dalam

lingkungan umur ’70an, semua orang menyebut dengan panggilan Tok Wi. Kalu pada hari Jumaat boleh

dikatakan rumahnya dipenuhi oleh orang-orang jauh yang datang membawa anak-anak kecil untuk diikat tangan sebagai anak angkat Tok Wi. Yang anehnya, apabila diberi duit seringgit kepadanya, beliau akan

memulang balik 50 sen, beliau akan mengambil separuh sahaja dari pemberian orang.

Pernah satu ketika apabila mendapat tahu di Pantai Irama diadakan bermacam-macam permainan sempena Puja Umur Sultan, kami terpaksa tidur di masjid Bachok kerana semata-mata nak tengok Wayang Kulit. (masa tu angin hmene ni ada dah).

Sebelah paginya kami pun memulakan perjalanan balik dengan menaiki ‘Bas Tunja’. Kami hanya bersarapan dengan air telaga yang ada di sekitar Kampung Kemudi dan Badak kerana tidak berduit. Apabila kami sampai di Kampung Tangok maka barulah kami dapat menjamu selera, iaitu dengan memakan buah kemunting yang memang banyak tumbuh di situ.

Tangok adalah sebuah kampung kecil yang terletak antara Rekang dan Rusa. Ia juga menjadi sempadan antara tanah beris dengan tanah liat. Mengikut cerita mulut orang-orang tua, Tangok juga suatu masa dulu menjadi kedai pesara tempat naik segala barangan melalui sungai untuk orang berjual beli sebelum wujudnya Kedai Jelawat. Dan tempat ini memang banyak menyimpan kenangan pahit manis kepada saya.

1. Saya hanya ingat satu peristiwa yang mana saya dibawa oleh emak saudara saya melihat orang bermain kertok kerana masa itu saya masih belum bersekolah lagi. Pada awal tahun ini saya terbaca satu catitan lama yang menerangkan bahawa pemainan kertok yang saya lihat itu ialah perlawanan kertok antara puak Tangok yang diketuai oleh Tok Penghulu Wan Seman dengan Puak Badak.

Perlawanan itu adalah perlawanan kali yang kedua, sementara perlawanan yang pertama sudahpun berlalu di Batu 19 dekat Sekolah Kebangsaan Badak.

2. Pada masa tingkatan empat, saya belajar di Sekolah Manengah Kebangsaan Bachok. Yang demikian saya terpaksa berulang alik setiap hari dengan mengayuh basikal. Pada suatu hari setelah pulang dari sekolah saya dengan Berahim (anak Umar tukang gunting Cabang Tiga Melawi). Berahim kemudiannya pulang ke rumahnya di Wakaf Mek Bunga (belakang rumah Che Amat tukang besi), tinggallah saya kesaorangan mengayuh basikal balik ke Jelawat.

Bila sampai di Tangok saya rasa suasananya tidak seperti hari-hari sebelumnya. Rumah dan kedai kopi semuanya menutup pintu. Orang yang sebelum ini selalunya lalu lalang di tepi-tepi jalan sudah tidak kelihatan lagi, dan saya mengayuh basikal perlahan-lahan sambil memerhati kiri-kanan.

Apabila saya sampai di simpang tiga saya menjadi tergamam apabila melihat seorang perempuan pertengahan umur yang duduk di atas wakaf dalam keadaan telanjang bogel menghadap ke jalanraya, Sambil memegang pisau beliau menyanyi dalam irama makyung dengan menggunakan lirik yang lucah.

Tiba-tiba mulut saya menyebut “Orang gila”..saya terus memecut basikal hingga kebawah tebing Tangok tanpa memandang kebelakang lagi.

3. Tahun 1970 masa cuti sekolah saya di bawa oleh Pak Sin Tempoyak pergi bermain makyung bertiket di Kampung Sungai Pinang Palekbang selama 4 malam. Kumpulan makyung masa itu bernama Makyung Appolo. Itulah pertama kali saya menggesek rebab tempat main makyung bertiket kerana mahu mencari pengalaman. Pada hari ketiganya sedang kami minum kopi dalam pukul 10 pagi, tiba-tiba ada orang yang baru balik dari Kota Bharu memberi tahu kami, semalam ada seseorang telah mati di Tangok kerana di tetak pada lehernya, beliau berkata drebar kereta plet yg beritahu.

Apabila sebelah petangnya barulah kami mendapat tahu yang menjadi mangsa pembunuhan itu ialah orang yang saya kenal kerana selalu pergi ke rumahnya untuk ‘pelepas angin’ palu gendang silat. Allahyarham seolah-olah seperti kawan saya juga kerana isterinya sekampung dengan saya, walaupun Allahyarham 4 tahun lebih tua dari saya. Saya menjadi serba salah pada malam itu kerana mengenangkan peristiwa tersebut.

Setelah sampai kerumah pada esoknya saya terus pergi ke Tangok. Yang saya dapat lihat darah yang begitu banyak tapi sudah dibakar orang untuk mengelak dari sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Mengikut cerita pada malam kejadian tersebut, datang dua orang kerumahnya mengajak Allahyarham pergi tengok dikir barat di Bukit Marak. Setelah keluar beliau ditetak pada lehernya, beliau jatuh dan meninggal di situ juga.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

Kesenian Tradisional Kelantan
Pada masa ini Kelantan adalah sebuah negeri yg terletak di pantai timur semenanjung tanah melayu. Dalam membicarakan hal kebudayaan Kelantan kita seharusnya tidak dapat memisahkan Kelantan dengan negeri Patani dan Trengganu.  Cara hidup perbahasaan dan adat resam penduduk negeri itu adalah sgt ketara persamaannya.  Keturunan raja2 Kelantan adalah nyata dari keturunan draja Patani juga.  Oleh kerana keadaan politik begitu jauh berubahsehingga Patani dan Kelantan terpisah masing2 tinggal di dalam negara berasingan, maka kita tidak begitu mengetahui dan merasa tentang Patani dan Kelantan adalah pada dasarnya negeri yg sama kebudayaannya. Kelantan di anggap sebuah negeri dalam Patani sehinggalah proses Kelantan masuk di bawah naungan negeri2 yg di sebut “Negeri Bernaung” selesai dan sehinggalah sekarang berada dalam Malaysia.

Sebagaimana kita maklum, bahawa kerajaan melayu di kepulauan melayu adalah hidup dgn kebudayaan sendiri sehinggalah campurtangan dari barat mulai meresap dari semenjak kemasukan Pertugis, Belanda, Perancis dan Inggeris. Sistem beraja adalah hidup dengan baiknya, kemajuan dalam satu-satu negeri  di tumpu sepenuhnya terhadap raja dan kerajaan.

Peter Floris pernah menceritakan bahawa di istana Patani, pembesar drajanya menaungi ahli2 seni.  Senitari, seninyanyi, senimuziknya sudah tersusun sehingga pertunjukan yg mengkagumkan dapat di pertontonkan dgn baik.  Kalu di Roman dan Greece terdapat Mascaena kesenian seumpama pembesar2 negeri Patani maka nyatalah kesenian melayu Patani juga bernilai tinggi. Hal ini tersebar ke Kelantan sehingga sekarang masih dapat di lihat dan di hayati kesan peninggalan kebudayaan yang tinggi nilainya itu.

Awal kurun XIX, Abdullah Munshi melawat Kelantan, banyak hal2 menarik khususnya hal berkaitan dengan kebudayaan di tulis oleh beliau. Lapangan kesusasteraan yang berhubung dengan manuskrip amat terang di nyatakan. Alam kesenian juga di nyata begitu baik perlaksanaannya.  Permainan seumpama menora , makyung, wayang kulit dan tarian amat maju masa itu. Tiap pembesar negeri amat mengambil tahu akan hal2 permainan tradisi ini sehingga sanggup mengadakan kumpulan khas.  Dalam hal ini Tengku Bendahara Tengku Chik Tuan Abdullah, Tengku Temenggung Abdul Ghffar dan lain2nya yang selalu mengawasi urusan kesenian Kelantan patutlah di kenang dan di bangga oleh rakyat Kelantan.

Dalam Negara Kretagama di sebutkan negeri2 di pantai timur termasuk Patani dan wilayahnya amat maju dalam pemerintahan. Perhubungan antara Patani termasuk Kelantan dengan Majapahit yang masyhur itu sudah tidak asing lagi yg menggambarkan Kelantan adalah tinggi nilai kebudayaannya.  Dalam sejarah Majapahit terdapat suatu helah yg di ajukan oleh Patih Aria Gajah Mada tentang usaha mencari jodoh kepada Ratu Majapahit.  Dalam hal ini ada imbasan yg dapat di andaikan bahawa puteri yg di cadangkan adalah puteri dari Kelantan.  Kemasyhuran kecantikan dan keagungan puteri Kelantan itu juga pernah di nyatakan oleh Ibnu Batuttah.  Banyak sarjana berpendapat yg negeri Kilu Krai adalah Kuala Krai di mana Paduka Cik Siti Wan Kembang menjadi ratunya.

Sudah menjadi kebiasaan kerajaan kelantan mengadakan sambutan besar-besaran bila menyambut harijadi rajanya(Puja Umur).  Serba jenis permainan tradisi di adakan sebagai menyatakan sukaria rakyat terhadap rajanya. Kebiasaannya jenis2 permainan tradisi rakyat Kelantan zaman dahulu ialah:

1.    Makyung

2.    Menora

3.    Asyik

4.    Joget (Imitasi gerak wayang melayu, bukannya tarian rentak joget/ronggeng)

5.    Wayang kulit kelantan/siam

6.    Wayang melayu/jawa

7.    Topeng (Tarian joget memakai topeng di depan panggung wayang melayu pada sebelah pagi )

8.    Rebana kercing

9.    Rebana riba

10.  Rebana ubi

11.  Rebana Besar

12.  Rebana mangkuk

13.  Tari inai

14.  Gasing pangkah/uri

15.  Peteri

16.  Bageh

17.  Ulek Banda

18.  Ulek bubu

19.  Wau

20.  Main Choh

21.  Sepak raga tinggi

22.  Sepak bulu ayam

23.  Golek para

24.  Tikam seladang

25.  Gajah/Raja patah

26.  Kertok

27.  Lokan bertepuk

28.  Selampit

29.  Silat tari

30.  Silat tongkat

31.  Dikir laba

32.  Dikir barat

33.  Belaga kukoran

Kita harus sedar bahawa proses rasa seni pada diri sesaorang adalah tertaman sejak mereka lahir.  Anak yg baru lahir sedang menyusu pada ibu biasanya mendengar dodoi, dendangan dan nyanyian belaian ibunya akan  tersemat rasa seni itu pada jiwa mereka.  Makin besar anak itu makin bertambah pengalaman seni pada diri mereka. Seni muzik, seni suara, seni tari, seni teater akan mempengaruhi anak2 itu.

Dalam hal ini mereka akan merasa senang dan puas hati bilamana mendengar atau melihat apa yang telah di alami oleh mereka semasa kecil dahulu.  Mungkin kepada peringkat yang telah berumur akan merasa puas hati dan bersemangat serta gembira bila serunai dan gendang silat di mainkan, lagu makyung di alunkan, lagu dikir barat di nyanyikan dan di hayati oleh generasi tersebut.  Anak mereka masih dapat dan sempat mengalami pengalaman ini, tetapi cucu-cucu mereka mungkin proses penerimaan nya sudah mula berkurangan.  Anak yang berkurangan pengalaman oleh kerana tiada bersambungnya seni tersebut tidak dapat menghayati rasa seni lagi sebagaimana ayah dan datuk mereka dahulu.

Dalam masa 20 tahun saja jika di perhatikan bahawa anak muda yang lahir menjadi sudah pun berumur 20 tahun.  Oleh kerana kekurangan pendedahan kesenian tradisi kita, maka minat mereka sudah pudar.  kepada mereka bunyi gong gendang, serunai rebab adalah sebagai bunyi bising yg megganggu mereka sahaja, sedangkan bunyi alat2 tersebut bagi orang2 tua mereka adalah satu kemegahan dan timbul rasa puas hati.  Penurunan bahan2 permainan tradisi amat ketara pada mereka sudah tiada lagi. Permainan Makyung, Wayang kulit, silat dan lain2 yang tinggi nilai seninya sudah tidak dapat di hayati lagi. Hal2 seperti ini sekali lagi tidak dapat di persalahkan kepada mereka.  Apa yang penting sekarang ialah kita yang masih ada ini hendaklah menjadi kesinambungan kepada generasi terdahulu yang telah pergi meninggalkan kita supaya permainan tradisi kita tetap terjaga , terpelihara dan di kembangkan kepada generasi muda.

Tragedi Bersejarah Kelantan
Dalam kesempatan ini abg lokan nk bbari pasal beberapa kejadian yg berlaku dikelantan. di antara beberapa kejadian ini adalah di kira sgt penting jugak bagi orang tua2 kelantan dulu2. Sebagaimana kita maklum bahawa tok nenek kita dulu2 ni kebanyakannya buta huruf, kalau ada yg jenis buleh bbaca dan menulis ni hanya sikit sangat mugo sekolah pun tak jenuh supo lo ni.

Jadinya bagi mereka2 ini kalau nak menceritakan sesuatu mereka akan mengenang sesuatu peristiwa yg pernah berlaku di zaman mereka. Sebagai contoh, orang tua2 kita zaman dulu ni bukannya amik tahu pasal surat beranak ni, bg mereka itu semua tidak penting termasuk arwah ayah abg lokan sendiri. Bila kerajaan nk buat pendaftaran utk nak buat kad pengenalan maka di situlah telah menjadi masaalah kerana masing2 tidak tahu tahun berapa mereka di lahirkan.

Maka dengan mengingati beberapa peristiwa inilah akan dapat di jadikan sebagai kayu ukur utk mengandaikan berapakah sudah umur si anu itu. Umpamanya dalam sesi perbualan antara orang tua2 dulu mengenai umur ini mereka sering berbual:

T : Masa bah air merah  tu demo besar mano doh?

J : Kawe tak masok jawi lagi….demo besar mano?

T : Aeh…gemuloh mok ni royak kawe dok dale 40 lagi..

J : Hooh kalu ggitu demo ni mudo pado kawe banyok bena  lagi..

Berpandu kpd detik peristiwa sprt ini-lah orang tua dulu dapat mengetahui berapa umur masing2. Kalu perbualan itu berlaku pada tahu 2008 dan bah air merah pula berlaku pada 1926,  maka umur si T sekarang lebih kurang 94 tahun kerana budak zaman dulu masuk jawi umur antara 12-15 tahun, kadang2 dah tumbuh bulu pahat baru masuk jawi…bkn macam sekarang. Umur si J pula ialah 72 tahun kerana tahun 1926 itu umurnya lebihkurang sebulan.

1849-Gajah Mengamuk.

Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yg mati akibat dari se ekor gajah yang mengamok.

Gajah tersebut bernama “Berma Sakti”.Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh

Datok Kaya Pahlawan Kadok.

1880-Angin Besar.

Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua kelantan

sebagai “angin besar”. Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu

13hb nov hingga waktu subuh hari ahad. Mengikut bari orang tua2 sebelum itu tak ada lagi

angin yang begitu dahsyat.

1881-Binatang Mati.

Segala binatang ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan

peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya.

1882-Peristiwa Kelaparan.

Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung nak bertanam padi sudah tak dapat kerana

segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit

pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut, tp orang zaman tu mana la tau nak

sebut benda ni sumo). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran

dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan

penghidupan di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Trengganu, Kedah,

Perak dan Johor.

Ekoran dari penghijrahan ini abg lokan pernah di ceritakan oleh salah seorang guru abg lokan,

yang menceritakan bahwa abang kepada bapa mertuanya berhijrah ke Sungai Siput perak

dengan berjalan kaki merentasi banjaranTitiwangsa.

1897-Bah Urai.

Bandar Kota Bharu telah di landa banjir dan sagala ternakan mati. Dalam waktu yang sama seorang

perempuan bernama Urai telah mati di tikam kerana bermukah. Mayatnya telah di heret kedalam

air untuk di tanam.

1909-Api Hj Samba.

Dalam kebakaran ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu yang di percayai bermula

di rumah Hj Samba. Oleh itu orang menyebut api hj samba.

1910- Lembu Belaga Harimau.

Telah di adakan perlagaan antara lembu dengan harimau yang berlangsung di jel burok jalan Tok

Hakim. Harimau tersebut di katakan kepunyaan seorang inggeris. Dalam peristiwa tersebut tiba2

harimau melompat keluar dan mencakar orang2 yan berada di situ menyebabkan ramai juga yang mati.

1915-Musoh Tok Janggut.

Di antara banyak tragedi yang menjadi sebutan ramai di kelantan ialah cerita pemberontakan tok

janggut menentang inggeris di kelantan. Akhirnya beliau gugur sebagai syuhada pada 24mei 1915

kerana membela tanah air dari cengkaman pejajah.

1921-Puja Umor.

Buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan sultan. Sambutan yang telah

di adakan selama 3 hari ini di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan.

1922-Rombongan Kebudayaan.

Pada 25hb mac satu rombongan kebudayaan telah di hantar ke Singapura sempena dengan Malay &

Borneo Exhibition. Para serta terdiri dari 20 orang besilat, 60 orang jong kayuh perahu, 12 orang

pemain bolasepak, 40 orang pemain makyung, menora, wayang kulit, 2 orang penenun kain sonket.

Puok dikir barat demo tak padah sebab belum wujud lagi.

1926-Bah Air Merah.

Banjir ini berlaku pada 24hb dec yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Air banjir ini di katakan berwarna kemerah2an dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua2

itulah banjir yang paling besar yg belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut pada 2hb jan

1927.

1927-Kota Bharu Terbakar.

Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13hb jan 1927. Antara harta benda

yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang

cina yang terbakar bernama Bah Cik.

1931-Wayang Gambar.

Pertama kali tayangan wayang gambar di Kota Bharu. Tayangan tersebut bertempat di panggung

Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11hb mei 1931.

1927-Sarkas.

Pertama kalinya pertunjukkan sarkas di adakan di kelantan pada 14hb oktober 1927.

1941-Perang Jepun.

Tentera jepun telah menyerang  Kuala Pak Amat pada 8hb disember 1941 jama 12.25 pagi iaitu kira2

10 minit awal dari jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii. Seramai 6,000 orang tentera jepun mendarat

melalui kuala pak amat ini. Jepun di katakan memerintah tanah melayu lebih kurang 3 tahun setengah.

pada 15hb ogos 1945 tentera jepun menyerah kalah.

1957-Merdeka.