Lokanbertepuk.com » Teater

TEATER HIROSHIMA
Telah berakhirnya sudah sebuah teater yng bertajuk Hiroshima. Teater ini buat pertama kalinya diangkat ke pentas pada 17 & 18 ogos 2008 sempena dengan Bulan Bahasa Sastera Negara 2008 anjuran bersama USM dan DBP Wilayah Utara dengan kerjasama Pusat Pengajian Seni USM dan Pembangunan Seni dan Budaya USM.

Teater ini mengisahkan pengalaman benar pelajar Malaysia Abdul Razak Abdul Hamid (Bapa kepada Naib Canselor USM sekarang Y. Bhg Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak) sewaktu pengeboman bom atom di bandar Hiroshima pada 6 ogos 1945.

Sinopsis.

Bermula sebagai pelajar di Tanah Melayu dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Hiroshima Jepun untuk mempelajari bahasa Jepun, tanpa diduga Razak terperangkap dalam tragedi pengeboman bom atom pada 6 ogos 1945. Razak bercerita tentang pengalaman penuh tragis itu dalam struktur seorang narator, membicarakan isu-isu yang sarat dengan kelopak dan mawar kemanusiaan.  Razak bersama-sama Pangeran Yusof, Syed Omar, Nik Yusof dan rakan-rakan pelajar yang lain berkongsi nasib mengharungi pahit getir hidup setelah terselamat di bawah ranap runtuhan kayu.

“Hiroshima” membalut murninya nilai dua bangsa , menampilkan sejarah Dr. Hamijima yg mendermakan darahnya untuk Syed Omar yg terkena kesan radioaktif. Darah sang jepun bercantum dan bersatu dalam tubuh seorang melayu. Razak adalah simbol, lambang seorang insan terpilih, terselamat antara ratusan ribu manusia untuk memberi jawapan pada dunia bahawa perang bukanlah ‘kapsul’ menyelesaikan masaalah. Kehidupan memrlukan damai dan tenteram, bukan ganas dan kejam.

Bersama Yaakob Aziz yang memegang watak Yamashita sedang menunggu persembahan   bermula.

Teater arahan Seni Bayan (Pegawai Kebudayaan USM) melibatkan kira-kira 60 orang tenaga produksi dan pelakon yang juga terdiri dari sebahagian besar pelajar serta kakitangan serta beberapa orang pelajar jepun turut ditonton oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Naib Canselor USM, Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Y. Bhg. Dato’ Abdul Razak bin Abdul Hamid, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara Hj. Arshad Rawian dan jemputan-jemputan lain.

Razak, Syed Omar dan Pangeran Yusof sewaktu menyelamatkan Obasan.

Untuk Seorang Razak

selain jujur bercerita

di matamu ada jawapan pada dunia

pada hatimu ada sisipan bunga cintauntuk melihat dan merasa

kedamaian di mana-mana

sehelai bulu merpati putih yang gugur

lalu singgah di telapak tanganmu itu

adalah pilihan Tuhan membenarkan

untuk kau terus ke depan

membasuh duka kekalutan

dan derita peperangan

di pentas Hiroshima yang sirna wajahnya

dalam debu dan radiasi yang tetumpah

kau adalah melayu yang gagah menafsirkan makna dan menterjemah

keperitan serta sumbang lagu perang

sedang katamu masih banyak irama yang boleh digubah

menjadi lunak kasih, merdu rindu, damai syahdu yang dapat dikunyah

ditelan lazat mengalir dalam isi dan darah.

terima kasih kerana mengizinkan sejarah itu

diangkat ke pentas berlampu

dipertonton dengan bijaksana minda dan lembut jiwa

sesiapa sahaja harus mengerti tentang kehidupan dan harganya

tentang aturan bumi manusia, khalifah dalam tanggung jawabnya.

kita terlalu kerdil bernyawa di anjung dunia

menyusun aksara untuk berkata

bahawa yang hebat seluruhnya

bukan kuasa-kuasa besar atau Amerika

hanya yang maha perkasa

Dia semata.

Senibayan.

Sumber:  Buku Cenderamaata Teater Hiroshima.