Awang Lutong

Atas permintakan Sang Saka Wiraguna, setelah beliau mendengar rakaman lagu Awang Lutong dinyanyikan oleh gemulah Tok Penghulu Che Man Gabus Tok Uban, aku cuba menceritakan sedaya mungkin yg boleh mengenai tajuk diatas mengikut pengetahuan aku yang terhad ini.

Awe Lutong @Awang Lutong adalah sebuah cerita rakyat Kelantan yang sebaris dengan cerita-cerita lain seperti Budak Selampit, Raja Dera, Megat Si Gambang, Anak Raja Tujuh Beradik, Mek Pitis Sekepeng dll yang diceritakan kepada pendengar melalui permainan ‘Tarik Selampit’. Cerita Awang Lutong yang mengisahkan Pak Miskin dgn Mak Miskin pergi mencari kayu di hutan, oleh kerana terlampau haus air, lalu Mak Miskin pun meminum air yg bertakung di dalam lopak bekas tapak gajah.  Selepas meminum air tersebut, perut Mak Miskin membesar dan beberapa bulan kemudian Mak Miskin pun bersalin seorang bayi yang menyerupai lutong. Oleh Mak Miskin, lalu bayi itu pun diberi nama Awang Lutong….

Hugh Clifford pernah menulis, semasa beliau berada di Pahang, beliau pernah menulis cerita Awang Lutong melalui penuturan seorang peran Mak Yong dan tukang cerita (Tok Selampit) dari Kelantan yang merantau ke Pahang.bersama dengan kumpulanya kerana bermain mak yong di Pahang.  Tok Selampit itu bernama Saleh atau panggilan singkatnya ialah ‘Leh’. Tulisan cerita tersebut ditulis sebanyak 60 helai kertas dan mengambil masa selama dua minggu. Setelah Leh dan kumpulan mak yong nya pulang ke Kelantan, tak lama kemudian beliau telah dilantik oleh raja sebagai ketua permainan raja. Oleh kerana Leh mempunyai bermacam-macam kebolehan disertai pula dengan rupanya yang segak, maka dia telah menjadi rebutan ramai perempuan-perempuan di sekitar Kota Bharu, bahkan dikatakan ada yang berbalah laki bini akibat cemburu kepada Leh.

Nak jadikan cerita, pada suatu malam, semasa Leh sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya seorang diri sambil menyanyi lagu Awang Lutong, tiba-tiba dia telah ditikam curi dari arah belakang dengan lembing oleh tiga orang yang tidak dikenali. Dikatakan tempat Leh kena bunuh itu ialah di kawasan tapak Pasar Buluh Kubu Kota Bharu sekarang ini……. Hok aku nak royaknya, pada akhir abad kesembilan belas dulu, lagu Awe Lutong sudah ada doh dan telah pun dinyanyikan. Pada zaman aku budak dulu ditahun2 ‘60an pun lagu Awe Lutong ni biasa aku dengar dinyanyi oleh orang2 kampung sambil2 dok tunggu benih padi baru tabur, atau aktiviti lain sambil2 nak buat hilang boring…antara liriknya ialah:

 

Ala awe….. awe lutong

Awe lutong bejalan kaki tiga   

                                                        

Yang aku pernah dengar masa zaman budak2 dulu dan yang dinyanyikan oleh gemulah Tok Penghulu Che Man pada tahun 1995, iramanya samalah seperti irama lagu wau bulan dalam dikir barat. Persoalannya ialah:

1.  Adakah penciptaan irama lagu wau bulan itu ditiru  dari irama lagu Awe Lutong yang dinyanyi oleh ‘Leh’ dengan hanya menukar liriknya sahaja….

2.  Adakah orang-orang terkemudian yang menyanyi lagu Awe Lutong itu telah terpengaruh dengan irama Wau Bulan, lalu dipinjam irama tersebut dan dipadankan dengan lirik Awe Lutong…sebagaimana ada orang membuat lirik “Ala lenggeee lengge kangkong…lengge kangkong tepi telaga” yang ditiru dari lagu Awe Lutong.  Aku sendiri pun tidak tergerak hati untuk bertanya kepada gemulah ni waktu tu takut2 dia buleh cerita, padahal aku pun ada sekali malam tu dok tengok dia mmain..

Untitled-10                                  Salah satu persembahan dikir barat dalam tahun 1960

Yang menjadi masaalahnya, tiada siapa pun yang masih lagi hidup sekarang ini dan pernah mendengar irama lagu Awe Lutong yang sebenar, iaitu yang di nyanyi sebelum terciptanya lagu wau bulan (irama yang dinyanyi oleh Leh)…. Bagaimanapun aku percaya saki baki penggiat dikir barat yang bergiat pada akhir tahun ‘50an atau awal ‘60an mungkin ada lagi yang masih hidup untuk dirujuk bagi membantu menyelesaikan persoalan ini….tp bila dan siapa yg berminat untuk tujuan itu??…

Lenggang Beringin.

Kalau dilihat kepada babak Dalang Muda yang dilakonkan dalam persembahan wayang kulit Kelantan, maka dapat kita bahagikan kepada tiga bahagian babak yang telah dicantumkan menjadi satu, walaupun tidak terdapat kaitan cerita di antara babak-babak tersebut. Dan ini telah menjadi pakem atau aturan yang telah ditetapkan dari dahulu lagi untuk setiap babak Dalang Muda.

Tujuan sebenarnya dimasukkan ketiga-tiga babak ini kedalam persembahan wayang kulit Kelantan antaranya ialah:

1. Untuk memberi ruang kepada dalang pelatih supaya membiasakan diri berdepan dengan khalayak. Dalam babak ini juga terdapat asas pergerakan untuk watak halus dan watak kasar, asas pelari dalam peperangan, pengucapan, dialog dan nyanyian.

2. Memohon kesejahteraan untuk kehidupan seluruh alam dunia sanking maya mercapada bumi lemang tanah yang rata-rata.

3. Bermula segala pergerakan dan aktiviti yang ada di dunia ini dengan peranannya masing-masing sesuai dengan kehendak tuhan yang maha kuasa.

4. Doa untuk memohon keselamatan kpd semua yang berada di luar dan di dalam panggung sepanjang persembahan berlangsung.

5. Meraikan kemenangan kerana telah berjaya menumpaskan kejahatan dan mengajak kpd kebaikan.

Sebelum babak Dalang Muda dimainkan, sudah terpapar beberapa watak diperkeliran. Antaranya ialah Pohon Beringin berada di tengah2 kelir, seorang Maharishi berada ditengah pohon beringin seolah2 sedang berdoa kepada yang maha esa memohon kesejahteraan untuk semua yang ada.

 

Apabila muzik mula dimainkan, dalang muda akan mencabut keluar Maharishi dan Dewa Panah keluar dari perkeliran kecuali Pohon Beringin sahaja yang ditinggalkan seketika di tengah-tengah kain putih yang luas dan disinari pula dengan cahaya lampu. Itulah melambangkan matahari yang menerangi seluruh alam semesta ini. Kerana mataharilah dunia akan terjadi siang dan malam, serta menghidupkan segala sesuatu kehidupan di dunia ini. Dengan adanya seluruh kehidupan dan lain-lainnya dalam alam yg luas ini, kemudiannya dikeluarkan segala ilmu itu kepada manusia yg sebagai alam kecil, atau dengan kata lainnya “Apa yang terjadi di alam besar ini semuanya terkumpul dalam alam kecil secara simboliknya”.  Jadi dia menyarankan kepada kita supaya kita mengkaji semuanya ini termasuk diri kita sendiri serta mempelajari ilmu tuhan yang begitu luas bagaikan lautan yang tidak bertepi. “Dan sesungguhnya jika kayu kayan di bumi ini dijadikan pena dan lautan dibantu dengan tujuh lautan lagi dijadikan dakwat, nescaya tidaklah habis kalimat-kalimat Allah dituliskan. Sesungguhnya Allah itu maha Gagah lagi Bijaksana”….surah Luqman ayat 27.

Pohon Beringin yang tercacak ditengah-tengah kain kelir itulah yang dilambangkan kepada segala kehidupan yang berada didunia ini iaitu sebelum lagi manusia dihantar untuk menjadi khalifah di bumi ini. Atau dgn kata lain, segala tumbuh-tumbuhan, binatang dan apa saja segala keperluan manusia telah pun wujud terlebih dahulu dimuka bumi ini sebelum lagi manusia (Adam) diturunkan. Itulah sebabnya jika dilihat pada ukiran yang terdapat dalam Pohon Beringin Wayang Kelantan, ia tidak terdapat ukiran gambar manusia, tetapi mempunyai motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan unggas sahaja yang melambangkan hidupan di bumi, air, udara, hutan belantara dsb.

DSC02877 

Pohon Beringin ini juga dikatakan mempunyai simbolisme kepada seluruh kehidupan di alam semesta ini, iaitu setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap persembahan dimulai dengan Lenggang Beringin dan diakhiri dengan Pacak Beringin.

Kemudiannya Pohon Beringin tadi di lenggang ke atas dan ke bawah. Masuk balik melalui sebelah kanan dan melenggang hingga ke sebelah kiri. Akhirnya Beringin tadi melenggang di tengah-tengah kelir dan terus ditarik turun ke bawah, seolah-olah hilang lenyap dari pandangan mata. Apabila Pohon Beringin mula dilenggangkan, maka di sinilah bermulanya permainan Wayang Kulit….Ertinya, “Maka bermulalah segala gerak perlakuan, kehidupan dan aktiviti segala makhluk yang berada di bumi ini (termasuk manusia) dengan cara hidup dan peranan masing-masing selaras dengan yang disuratkan di LuhMahfuz…. “Dan dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdirnya yang sempurna”…..surah Alfurqan ayat 2.

Gagak Sura Langkapa

Pertama kali aku mengenali gemulah Nik Rashiddin Nik Hussein ialah pada tahun 1982, iaitu semasa gemulah ni tinggal bersama orang tuanya di Langgar Kota Bharu. Oleh kerana angin aku dan angin gemulah ni lebih kurang sama maka bermulalah satu siri persembangan yang rancak juga sehingga gemulah ni berjanji akan menghantar aku balik kerumah selepas itu jika terlewat. Gumulah ni telah menunjuk kepada aku beberapa koleksinya yang aku kira cukup bernilai sekali terutamanya yang berkaitan dengan warisan sejarah kesultanan melayu  Kelantan dan Pattani. Antaranya ialah ukiran bahagian kepala dan bahagian ekor burung gagak sura dan sebuah katil lama yang dibuat dari kayu sena. Menurut kata gemulah Nik Rashiddin kepada aku, semasa pertama kali beliau pergi melihat kedua2 peninggalan pusaka ini dahulunya “dihangguk” (gantung) didalam rumah oleh orang-orang dahulu kerana dikatakan “mengosek” dan dipercayai mempunyai daulat.

jongsuna_0003

  1.   Peninggalan Air tangan Allahyarham Nik Rashiddin yang belum sempat disiapkan       
  2.   kepada aku 1982

Gagak Sura dikatakan se ekor burung mitos yang berasal dari kayangan. Dalam bahasa sanskrit, sura ertinya berani. Mungkin kerana inilah orang-orang melayu zaman dahulu terutamanya di wilayah Pattani membuat replika burung gagak sura sebagai kenaikan dan diarak sempena dengan upacara2 tertentu. Berlainan pula dengan di Kelantan yang kebanyakannya menamakan burung mitos ini sebagai Burung Petala Indera. Bagaimanapun kedua-dua nama burung tersebut memang ada disebut dalam hikayat melayu kelantan dan cerita lisan yang diceritakan melalui persembahan wayang kulit kelantan. Tapi sekarang ini aku rasa sudah tidak ada lagi dalang2 yang membawa cerita2 seperti ini. Bagaimana pun aku percaya orang2 melayu pattani ada mempunyai cerita legendanya yang tersendiri tentang  Gagak Sura ini yang kemungkinan tidak ada kena mengena dengan hikayat Seri Rama.

 

Salah satu dari versi lisan dalam hikayat Seri Rama yang terdapat di Kelantan ada menyebut setelah Seri Rama berjaya memanah 40 batang pokok tar, tok Maharishi Kala tidak terus mengahwinkan Seri Rama dgn Siti Dewi, tp Maharishi Kala telah mengenakan beberapa syarat lagi walau pun syarat tersebut ada yang berupa meminta pertolongan (sebagai ujian). Salah satu daripadanya ialah Maharishi Kala meminta pertolongan Seri Rama supaya menangkap orang yang selalu mencuri air madu dan air susu kerana setiap kali maharishi kala datang untuk meminumnya didapati air tersebut sentiasa kering. Pada suatu malam Seri Rama dan Laksemana telah menunggu dicelah rimbunan pokok-pokok kecil untuk melihat siapakah pencuri air madu tersebut. Selang tidak lama kemudian datanglah seekor burung Gagak Sura  hinggap di tebing kolam. Tanpa membuang masa lagi Seri Rama pun melepaskan anak panah ganding wat sodoroko ke arah Gagak Sura. Apabila Gagak Sura menyedari ada orang memanahnya, lalu ia terbang lari tetapi anak panah ganding wat tetap mengejarnya. Akhirnya Gagak Sura datang kepada Seri Rama serta memohon maaf dan merayu supayang jangan dibunuh. Gagak Sura berjanji tidak akan meminum lagi air di atas bumi ini. (mengikut cerita dongeng orang tua2 dahulukala, akibat dari taat akan perjanjian inilah sampai sekarang pun keturunan gagak tidak akan minum air atas tanah). Dalam satu versi hikayat Seri Rama yang lain pula ada menyebut seekor Gagak Swara selalu datang mengganggu Maharisi yang sedang bertapa.

Dalam satu cerita yang lain pula meriwayatkan, semasa berlakunya peperangan antara Maharajawana dengan Seri Rama di Langkapuri, Maharajawana dikatakan telah memanggil sahabatnya raja gagak tiga bersaudara iaitu Gagak Sura Langkapa, Gagak Sura Jenala dan Gagak Sura Jenawa yang berada di negeri Bukit Berapit Gunung Kelikir untuk membantunya, tp akhirnya gagak2 tersebut mati ditangan angkatan Seri Rama.

Perarakan Burung Singa

Di Kelantan pula burung lagenda jenis ini lebih dikenali dengan nama Burung Petala Indera atau dalam loghat Kelantan disebut sebagai Burung Petala Anegha. Bahkan sebuah perahu Diraja yang tersimpan di Istana Balai Besar pun bernama bahtera ‘Petala Indera Sri Kelantan’. Dalam tahun 1933 telah diadakan upacara berkhatan anaknda kepada Raja Muda Kelantan pada masa itu dan mengikut ceritanya upacara tersebut telah diadakan secara besar-besaran diikuti dengan perarakan Burung Petala Indera…lihat dalam blog anaknda adiatsauri.blospot.com.

Di dalam sebuah hikayat kelasik di Kelantan yang bertajuk ‘Ismu Dewa Pekerma Raja’ pun ada menyebut berkenaan burung Petala indera ini. Bersumber kepada buku Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan, aku percaya bahawa manuskrip hikayat inilah yang dipinjamkan oleh Enci’ Ha kepada Abdullah Munshyi sewaktu di Kelantan 1838 duhulu. Aku masih ingat lagi pada tahun ‘70an dahulu ada seorang tukang cerita di kampung aku yang bernama Kundur bin Dolah pernah royak bari cerita "’Ismu Dewa Pekerma Raja’ ini.. Antara petikan ceritanya yang aku pernah dengar ialah:

Oleh kerana Ismu Dewa Pekerma Raja tidak dapat ‘memecah tadbir alamat mimpi’ ayahandanya yang bermimpi bulan bertangkup dengan bintang, maka Ismu Dewa telah dihalau supaya pergi saja kemana-mana untuk mendapatkan tadbir mimpi tersebut. Sebelum berangkat, bondanya telah memberi sebentuk cincin pesaka sebagai pakaian semasa perjalanan. Semasa Ismu Dewa Pekerma Raja hendak berangkat ke negeri Tanah Dewa, dua orang pengasuhnya di istana iaitu Mengena Dewa Indera Pahlawan dan Selia Bangsa Indera Bangsawan ingin ikut bersama kerana tidak sampai hati melihat Ismu Dewa Berjalan seorang diri. Untuk mengelak dari dipandang berjalan tiga orang dan menjimatkan bekalan, maka Ismu Dewa telah menyetong kedua2 sahabatnya itu kedalam kedua pahanya.

Dipertengahan jalan, Ismu Dewa telah dihalang oleh Bota Kaladati Ismandu yang juga ingin pergi ke Tanah Dewa. Dalam peperangan tersebut Bota Kaladati Ismandu telah lari akibat dikejar oleh pedang sakti kepunyaan Ismu Dewa dan  pergi mengadap gurunya Nenek Perbusura untuk meminta pertolongan. Belum pun sempat habis Bota Kaladati Ismandu menceritakan hajatnya, pedang sakti pun sampai lalu membunuh Bota tersebut lalu mati. Setelah Ismu Dewa Pekerma Raja sampai ketempat Nenek Perbusura kerana mengikuti jejak pedangnya, beliau menceritakan tujuan beliau hendak pergi ke negeri Tanah Dewa atas arahan ayahndanya Sultan Shah Kobat Bisnu. Nenek Perbusura menasihatkan kepada Ismu Dewa supaya pergi ke negeri Tanah Dewa kerana di sana sekarang terdapat ramai raja-raja yang sedang berperang kerana hendakkepada Puteri Ratna Dewa anak kepada Dewa Laksana. Dan sebelum pergi ke negeri Tanah Dewa hendaklah terlebih dahulu Ismu Dewa Pekerma Raja pergi ke Gunung Cempakaguna  untuk menyeru turun dan memulih se ekor Burung Petala Indera yang sedang bertapa di atas pokok Melor Kaya. Nenek Perbusura memberitahu bahawa burung Petala Indera itu bukan burung sebarang burung, bukan borak sebarang borak, di dalam borak ada burung, di dal
am burung ada kesarungan Dewa Perburaksa yang disumpah oleh Nenek Perbusura kerana menderhaka…….

Kalau ada masa kita sambung semula la pulak deh!!..

Aur Kami Menarik Susang

Tiga hari yang lepas, sedang aku menunggu mat dian tel kakku, tiba-tiba datanglah seorang pelajar yang beberapa bulan  lepas telah pun menemui aku kerana hendak mendapatkan sedikit sebanyak info berkenaan dengan makyung bagi tujuan menyiapkan kerja kursusnya. Pada pertemuan yang singkat itu pelajar tersebut memberitahu kpd aku yang beliau telah pun pergi menemui beberapa orang penggiat lagi yang dikirakan tersohor juga masa kini untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dan beliau pastinya akan membawa bersama artikel aku yang terdapat dalam majalah PENTAS yang bertajuk Yung Mengadap Rebab.

Mengikut keterangan pelajar tersebut, salah seorang drpd mereka yang beliau temui itu telah mengkritik tulisan aku yang terdapat di dalam majalah tersebut. Pada mulanya aku agak tergamam juga dan tertanya2 di dalam hati aku, dimana silapnya keterangan yang aku tulis itu, tapi bila difikir2kan, aku juga sebagai seorang manusia biasa yang tidak maksum, pastinya tidak sunyi dari melakukan salah silap  dan aku menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka demi untuk menjaga dan mengembangkan seni budaya warisan bangsa kita kerana didalam menyampai atau mentafsir sesuatu mungkin ada yang mempunyai pandangan yang berbeza.

DSC00688.1

Pergerakan tangan kanan dan kiri penari  menguak sebagaimana ranting-ranting buluh  akan menguak apabila pokok buluh ditarik songsang.

Yang aku rasa lucunya ialah bukan tulisan aku yang dikritiknya, tp yang dikritiknya ialah gambar dua orang pemuda sedang menarik pokok buluh yang sengaja aku masukkan di situ untuk menyokong keterangan aku yang berkaitan dengan salah satu lirik dalam lagu mengadap rebab yang berbunyi “Aur Kami Menarik Songsang” yang mana telah aku huraikan bagaimana gerak tari yang menyerupai/tamsil ranting-ranting  aur sedang menguak apabila ianya ditarik songsang, bukannya berarti melakukan sesuatu kerja yang susah dengan berhati-hati seperti yang terdapat dalam peribahasa melayu lama.

Menurut keterangan pelajar tersebut kpd aku, penggiat itu mempertikai gambar orang sedang menarik pokok buluh di situ kerana katanya  aur itu sebenarnya bukan buluh, tetapi aur itu ialah nama lain bagi tebing. Nak ssuka pun ada, kesian pun ada…Aku pun tak tahu dia bulih dimana muga lagu ni….Sedangkan semua kita  diajar di sekolah bahawa aur itu ialah buluh, dan dalam peribahasa melayu pun ada menyebut ‘Seperti Aur Dengan Tebing’, bukannya peribahasa menyebut ‘Aur Seperti Dengan Tebing’…Kalu betul pun pendapatnya yang mengatakan bahawa aur itu tebing, adakah tebing itu bolih ditarik dan macamana gambarannya jika tebing itu ditarik songsang….aku pun jadi bengong tak dan nak mmikir weh…pendapat aku betul ko pendapat dia betul??…kalau pendapat aku yang betul, mudah2an dibukakan pintu hatinya supaya dapat membezakan antara aur dan tebing…tp kalu pendapat dia betul, napok pesennyo aku kena mengaji byk lagi dlm bab ni…ko guano??..hehehe

aur_0003

Dalam kamus lama R.J.Wilkinson ini pun ada menerangkan aur ialah buluh dan dinyatakan contoh peribahasa melayu yang sama dengan salah satu lirik lagu mengadap rebab.