Lokanbertepuk » Uncategorized

Puja Tunggul
Mengikut sumber yang pernah aku dengar, dikatakan Rebana ubi mendapat nama demikian kerana bentuknya seakan-akan menyerupai ubi badak. Dikatakan juga dicipta  oleh puak2 keturunan Raja Jembar yang ditiru dari bentuk Rebana Besar, dan ini bermakna Rebana Besarlah lebih dahulu wujud sebelum Rebana Ubi. Apa yang aku hendak ceritakan disini ialah permainan Rebana Besar iaitu sejenis permainan orang Kelantan pada zaman dahulu yang telah pun pupus sekarang ini. Bagi orang tua-tua zaman dahulu rebana jenis ini disebut dengan loghatnya yang tersendiri iaitu ‘Gebano’.

Walaupun bentuknya sama seperti Rebana Ubi, Rebana Besar adalah lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan Rebana Ubi, sebab itulah ianya dinamakan Rebana Besar. Setiap set Rebana Besar hanya mengandungi 2 biji sahaja berbanding dengan 6 biji untuk set Rebana Ubi, cuma kadang2 ada dipakai sebiji rebana kecil atau pun redap sebagai peningkahnya atau pun dipakai 3 biji rebana besar serentak.

Biasanya Rebana Besar dimainkan bukan untuk tujuan pertandingan, tetapi lebih kepada mengiringi nyanyian yang disebut sebagai ‘Dikir Rebana’ atau ‘Dikir Gebano’ yang dimainkan dirumah tempat kenduri kendara. Cara bermainnya ialah terlebih dahulu rebana-rebana ini digantung menjadikan kedudukannya mengiring dengan menggunakan rantai besar atau rantai gajah pada batang pinang atau batang nibong yang menjadi penggalang pada bahagian atas sebagai tempat penggantungan. Setiap sebuah Rebana Besar hanya dipalu oleh seorang sahaja sambil duduk bersila dengan mengunakan tangan, manakala ahli atau awak-awak yang lain akan duduk dibahagian belakang.

Kayu yang biasa diguna untuk membuat temalang/baluh Rebana besar ini biasanya terdiri dari kayu merlong, kayu merbau atau apa-apa kayu keras yang berukuran kira-kira dua pemeluk atau lebih. Rotan penyiratnya pula terdiri dari rotan kertas, rotan rial atau  rotan buku hitam, sementara bahagian permukaannya pula dipasang dengan kulit kerbau. Bagi ahli dalam membuat Rebana Besar dan juga Rebana Ubi ini ada petua yang tersendiri untuk memilih kulit yang memiliki suara yang bagus, sehinggakan mereka sanggup membeli sa ekor kerbau yang mereka berkenan lebih mahal pun tidak menjadi masaalah jika kerbau tersebut mempunyai ciri-ciri kulit yang bertepatan dengan kulit yang mereka mahu.

Mengikut adat orang tua zaman dahulu, setelah Rebana Besar ini siap dibuat, ia tidak boleh dibawa bermain ke mana-mana lagi kecuali terlebih dahulu dilakukan suatu upacara yang dipanggil ‘Puja tunggul’ yang mana Rebana Besar ini terlebih dahulu dibawa kepada tunggul pokok kayu yang ditebang untuk membuat temalangnya. Didalam upacara yang dibuat selepas waktu zohor ini dibuat sedikit kenduri sebagai tolak bala yang dikhuatiri timbul kemudian hari. Selepas bomor melakukan upacara, Rebana tersebut akan dipalu oleh mereka atau orang awam sehingga lewat petang, seolah2 upacara ini menjadi satu pesta keramaian kampung pula. Pernah juga diceritakan oleh seorang kawan aku kepada aku bahawa pada zaman gemulah datuknya menjadi tok jogho gebano dahulu, setiap kali hendak membawa rebananya keluar bermain kemana-mana maka akan dibuatlah kenduri untuk tujuan itu. Bagaimana pun aku pernah juga melihat peristiwa seumpama ini iaitu sewaktu pemindahan dua buah rebana besar yang telah bertukar milik dan dipindahkan ke sebuah muzium.

Zaman kegemilangan Rebana Besar telah pun berlalu, bahkan permainan tersebut sekarang ini sudah pun pupus. Kepupusannya boleh dikatakan sama seperti nasib permainan Dikir Llaba. Seingat aku permainan Rebana Besar ini dilihat bermain buat kali terakhir pada tahun 1983, itu pun dimainkan oleh pemain-pemainnya yang umurnya sudah menjangkau 70 tahun ke atas. Yang masih boleh bertahan hingga sekarang ini ialah permainan Rebana Ubi sahaja, itu pun antara diantara lagu-lagunya sudah dipinjam dari lagu-lagu wayang kulit, bahkan aku mendapat khabar sekarang ini  oleh kerana banyak lagu-lagu wayang kulit sudah disadurkan ke dalam permainan rebana ubi, maka ditambah pula dengan tiupan serunai.

Mungkin suatu masa nanti generasi akan datang sudah tidak dapat membeza lagi yang mana lagu Rebana Ubi yang asli dan lagu saduran yang dipinjam dari permainan lain jika tidak dibuat pembetulan oleh mereka-mereka yang berpengetahuan dalam bidang ini.

Rebana Ubi yang bernama ‘Tok Gual’ ini sedang menghabiskan sisa-sisa hayatnya di surau untuk dipalu sebagai pemberitahu masuknya waktu solat kepada masyarakat di sekitarnya.

Hakikat Peran dalam Makyung
Abdul Wahab Othman @Saleh Pak Adik

Makyung hari ini telah diangkat menjadi warisan dunia, dan kita rakyat Malaysia harus berbangga kerana inilah satu-satunya kesenian nenek moyangnya yang diiktiraf oleh dunia. Apatah lagi seni makyung, antara kesenian milik orang-orang tua kita yang sedang mengalami zaman kepupusannya. Apabila telah diangkat dan diiktiraf ke satu tahap yang tinggi, tentulah kita kasih, kita sayang kepada makyung.
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat dengan hadirin semua, tentang idea untuk sama-sama memperelokkan lagi seni makyung. Kalau ada yang salah, kita sama-sama perbetulkan, dan kalau yang bengkok pula, sama-samalah kita luruskan.
Jangan sahaja kita katakan, hanya sayang di mulut, maksud sayang di mulut, kita tahu sebut makyung, tetapi kita tidak mengerti apakah isi di dalam makyung.
Dikatakan di dalam ilmu tasawuf iaitu, atau ilmu hakikat, “jangan dibuat benda yang kita tidak tahu, jangan disebut benda yang kita tidak mengerti.” Perkataan “reti” dan “tak tahu” itu sangat dekat perbezaannya. Contohnya, “Mu tahu dok rokok?” Jawanya, “tahu”. Tetapi apakah “mu tahu bahan untuk membuat rokok?”. Jawabnya “tak reti’. Kata orang hakikat lagi, “kalu nak makan pisang pandailah kita kupas kulit, tetapi di dalam bab ilmu, mengapa kita tidak hendak mengupasnya?”
Dengan kecetekan ilmu yang dimiliki, hari ini mari kita sama-sama mengupas bab peran dalam persembahan makyung. Bagaimanakah ingin menjadikan seorang peran atau pakyung yang baik ataupun yang terbaik? Siapakah seorang Peran dan apakah tugas-tugas yang terpikul di bahu seorang peran? Siapakah orang yang sersuai untuk menjadi seorang peran yang baik.
Guru saya, iaitu bapa saya sendiri (Othman Harun atau Pak Su Pak Adek) selalu mengingatkan bahawa: “Seorang yang ingin jadi peran mesti tahu beberapa perkara tentang diri peran itu.” Seorang peran yang baik akan sentiasa sedar dengan kehadiran dirinya bukan semata-mata peran. Tetapi seorang mesti memiliki kemahiran yang lain seperti dalam ucapan, nyanyian dan tarian, bukannya hanya tampil sebagai watak lawak selapis semata-mata.

i. Peran dikatakan seorang pengasuh raja
Dewa Muda telah menghalau Pengasuh Tua kerana tidak dapat menjawab pertanyaan, “siapakah ayah ambo yang sejati bonda ambo yang sebenar?”. Pengasuh tua telah keluar meninggalkan istana. Semasa Dewa Muda halau keluar tersebut, berkatalah Pengasuh Tua:
Iya iya kecik Dewa Muda
Salah seka kepada jangka
Aku asuh mu
Daripada kecik sehingga ke besar
Berbuah dengan siku
Deko dengan tangan
Aku tanu tana mu
Seperti minyak yang penuh
Sehingga mu bersetul tedengan pipi
Berlurah tedengan dada
Dengan sebab hal yang kecil  begini
Ini pun, mu sanggup hambat halau godam palu  sumpah maki
Di sini membuktikan peran adalah seorang pengasuh raja. Selepas pengasuh tua pergi, dalam negeri dewa Muda telah menjadi sunyi sepi seperti negeri dilanggar perang, sehingga ayam tidak berkokok, dan lembu tidak berteboh.

ii. Peran seorang pesuruh raja
Peran juga berperanan sebagai seorang pesuruh raja. Apa-apa sahaja titah yang diperintahkan oleh Raja akan diikuti sepenuhnya oleh peran.
Sila pengasuh mu gi cari saing mu
seorang lagi. Daripada sorang baik dua, daripada dua baik tiga. Mudah buat ambo yang buat kira becara
iii. Peran seorang penasihat Raja
Di dalam cerita Raja Gondang, apabila isteri Raja melahir sebiji gondang, bukan melahirkan anak manusia, maka Raja marah. Dituduh, dikatak tibam dan hambat halau isteri dia keluar dari istana isteri dia, lalu Raja berpaling Tanya pengasuh akan tindakan dirinya itu. Kata Pengasuh Tua:
Patik minta ampun Tuanku
Sebenarnya, patik tak berani nak campur urusan keluarga Tuanku
Tetapi apabila Tuanku bertanya
Beranilah patik mendatangkan sembah.
Pada masa lo ni
Hati Tuanku tengah murih
Perut Tuanku tengah tengah marah lagi
Darah Tuanku pun tengah panas  lagi
Sehingga sanggup katak tibam, hambat halau
Makcik Permaisuri dengan kerana gondang sebutir.
Tidak mengapalah Tuanku,
Akan tetapi patik takut  kemudia hari
Apabila perut Tuanku tak marah
Hati tuanku tak murih
Darah Tuanku tidak panas
Tuanku menyesal pun
Tak dok guna dah

iv. Peran mencantikkan perjalanan cerita
Peran sebagai watak penting mencatikkan perjalanan cerita. Umpamanya apabila Raja panggil kedua pengasuh keluar mengadap, dia tidak menceritakan nama dan negeri yang diperintahnya, dia terlupa dan tertinggal dalam ucapannya, maka dia terus ingin meneruskan cerita seperti:
“Silalah Pengasuh, mu ikut ambo, ambo nak gi ke kebun bunga.” Di situ pengasuh akan jawab:
“Maka hak ni begini Tuanku, Tuanku panggil pengasuh di antara kedua naik dari atas balai, tubuh Tuanku yang bernama Kecik Dewa Muda, Tuanku memangku dalam negeri seluruh Tanah Jawa..jadi pada masa sekarang ni Tuanku nak berangkat ke kebun bunga mandi bersiram.”
Begitu juga apabila Dewa Muda telah bermimpi dan memanggil ahli nujum untuk mengetahui maksud mimpinya yang menyuruh kecik Dewa Muda masuk dalam alas pergi memburu, Dewa Muda terus mengajak Pengasuh pergi. Tetapi pengasuh akan membantunya dengan:
Sebelum Tuanku masuk ke alas belukar pergi memburu, patik rasa terlebih baik Tuanku masuk dalam setana mengadap bonda bagitahu ko bonda sepatah, ke mana tujuan Tuanku hendak pergi. Takutnya esok hari kemudian lusa, bonda tahu, kecik hati bonda.”

v. Peran boleh membuatkan orang ketawa
Peran muncul di pentas dengan pelbagai aksi, apabila berdua hendak mengadap Raja pelbagai tipu helah yang dilakukan oleh kedua-dua peran tersebut.

vi. Peran seorang bomoh Raja.
Seperti di dalam Endeng Tejeli, semasa pengasuh tua dititahkan oleh Raja supaya pergi melepaskan Endeng Tejeli yang “dok kena pasung di dalam gua, setelah pengasuh tua pelepas pasung di kaki, rantai di pinggang, gor di leher, gari di tangan, pengasuh tua juga terpaksa menyapu sekalian kuwong cender, carai badi, balo seroka. Dikatakan kuwong di tubuh, cendeng di badan, carai di mata.”
Ini jelas menunjukkan seorang pengaruh tua seorang bomoh yang boleh mengubatikan raja.
Selain pelbagai sisi kepentingan seorang peran di dalam cerita makyung, seorang peran juga harus bersiap kekuatan diri dengan ucapan peran, nyanyian peran, dan tarian peran. Seorang peran harus menguasai cara bercakap dengan Raja, Permaisuri dan Bonda, dan bagaimana pula apabila bercakap dengan sesama pengasuh. Hal ini semua harus diketahui dan dikuasai sekiranya ingin menjadi peran yang terbaik dan mahir di pentas makyung.

Ucapan Peran
Ucapan Peran mestilah dilafazkan mengikut kesesuaian dengan peristiwa ayng akan berlaku atau suasana yang sedang terjadi. Bentuk-bentuk ucapan Peran boleh dilihat melalui beberapa contoh yang akan disertakan di sini:

i. Ucapan Berdepan Raja
Ucapan Peran apabila mengadap Raja pada pertemuan pertama. Apabila Raja datang mencari Pengasuh dan memanggil turun kerana ada titah Raja. Setelah pengasuh turun dan memgenali Rajanya yang datang, inilah ucapan mula Pengasuh kepada Raja:
Wanlah Tuanku keluar tubit gelap limun-limun
Peluh pelai tajung menajung
Seperti manik putus dari karangan
Kaca rendang sangit ke batu
Tuanku siap memakai halim menanti
Dengan seluar patelong perbuatan Jawa
Baju tabak layang-layangan
Melekit di kulit manis
Dengan mahkota mas
Mahkota perak
Keris kecik kerajaan
Tongkat kecik kesaktian
Seperti anak dewa-dewa
Diuyut turun ke bumi lembang
Tanah lemal
Di bawah saki mulung mercapada
Adat mana belum terletak
Hukuman yang mana belum terjatuh
Sila Tuanku cerita bari
Membilang khabar
Boleh patik dengar antara kesorang

ii. Ucapan Peran Tua Mencari Peran Muda
Setelah selesai menerima titah perintah Raja, Peran Tua akan keluar untuk mencari Peran Muda sebagai temannya dalam meneruskan perjalanan untuk menyermpurnakan titah Raja. Peran Tua akan menyebut:
“Maka ialah aku pengasuh
antara sorang
sagung titah oleh raja punya negeri
hendak terjerebo tubit
di pintu wang besar
tijak di tangga gading
selorang beremas
podi tujuh pedara lima
tiba di bilik tujuh
latur berjajar
nak gi cari saing…
berjalan aku sorang sorang.”

iii. Ucapan Menolak
Ucapan semasa hendak menolak apabila bermian pada malam terakhir. Pengasuh akan bertanya raja tentang apakah lagi yang Tuanku tidak berpuas hati, atau ada permainan lagi yang ingin dipersembahkan. Raja akan menjawab bahawa dirinya sudah berpuas hati, dan pengasuh akan kata:
“Sila Tuanku meghanap duduk
Sebab patik hendak menolak
Atau patik nak tersenang ombak
teradu sekalian angin
apabila sudah selamat
nikmat sempurna rakna
habis gawai dengan kerijo
habis kerijo menolak akan gawai
sekalian dewa aku julung naik ke nenggora kayangan
sura lelaya,
sekian Raja masuk setana
sekian menteri tersenang di anjung
balang tersenang di balai bawah
balai sambu balai kamarullah
balai tiga ruang
pengasuh tersenang
di bilik tujuh latur berjajar
panjak tersenang di bilik jisim
pengantin tersenang di bilik jirim
senang ombak teradu angin”
senang kucah teradu gelombang
senang tidak boleh membawa
esok hari kemudian lusa
ucana yang tidak baik
ragam yang tidak molek
tersenang di kaki nenek
di bayang guru
di kaki alif
di bayang ba
ba cukup membilang genap
dengan berkat kata
laillahaillah….”

iv. Kesalahan Ucapan
Di samping itu terdapat juga sebutan ucapan yang tidak kena pada tempatnya, dan yang tidak tahu darimana perkataan itu datang dan juga tiada makna untuk dicapkan dalam persembahan makyung. Umpamanya:
“wakaf sebuah selar sebutir”- selar perkataan dari Thailand yang bermaksud wakaf. Yang betul “wakaf sebuah telaga sebutir”. Kalau di Kelantan dahulu apabila ada wakaf mesti ada sebuah telaga, untuk kegunaan sesiapa yang singgah untuk solat, ambil bagi minum lembu.
“tubuh bernama negeri bergelar” – sepatutnya “tubuh bernama badan bergelar”
Begitu juga dengan persoalannya di manakah “menteri” hendak berhenti beradu. Sebab di dalam baca kenduri untuk buka panggung kita panggil semua kerana hendak bermain makyung. Tapi apabila hantar balik, kita tidak tahu menteri hendak hantar ke mana kerana tiada tempat baginya. Maka perkataan Raja masuk anjung dalam setana itu adalah salah. Salahnya tuju ke anjung, sepatutnya:
“Raja tersenang di dalam istana,
Menteri tersenang di anjung.
Balang tersenang di balai bawah,
pengasuh tersenang di bilik tujuh latur berjanjar,
panjak tersenang di bilik jisim,
pengantin tersenang di bilik jirim”.
Kalau dalam Main Teri menjadi:
“mindok tersenang di setali angin
peteri senang di kotak tinggi pudar ratna”
Kalau hari ini, anjung itu merujuk kepada ‘balai depan’ tempat duduknya para menteri.

Nyanyian
Seorang Peran juga harus mahir dalam selok belok nyanyian. Apabila hendak menyebut tentang peristiwa apakah yang sedang berlaku, atau pun kejadian apakah yang akan berlaku? Umpamanya sewaktu hendak mengadap Raja, nyanyiannya mesti bab turun dari rumah hendak pergi mengadap Raja:
“Telah meninggal di bilik sebutir
tiba menuju di laman balai….

Tarian Peran
Seorang Peran juga harus pandai menari. Tokoh-tokoh peran hebat dalam tradisi makyung kesemuanya mempunyai kemahiran dalam tarian makyung. Peran-peran yang termasyhur pada masa dulu seperti arwah Syed Kuning, arwah Pak Mud Batu Embun Jerantut, Pahang, Ayah Usup Mat Keridit, Osman Harun (Pak Adek), arwah Abang Daud Bukit Panau, Tanah Merah kesemuanya boleh menari dengan baik. Kebolehan peran menari ini juga salah satu senjata untuk peran memukau penonton.,
Harusi diingat bahawa tari peran ini adalah tari langkah lelaki, maka ia tidak sama dengan tarian Pakyung. Sekiranya peran menari dengan gerak langkah tari Pakyung, terutama tikam kirat, maka saya katakan tidak betul. Kerana tikam kirat adalah langkah lelaki, bukannya langkah perempuan seperti yang kita lihat dalam banyak persembahan makyung hari ini. Oleh itu saya syor sekarang ini kepada mana-mana kumpulan yang ingin mempelajari watak peran, carilah seorang lelaki yang betul-betul boleh menari peran dengan betul. Orang perempuan pun boleh sekiranya dia belajar watak peran dengan lelaki, tetapi kalau tari perempuan, ia tetap salah dan tidak dibolehkan.

Penutup
Taksub merupakan perkara yang merbahaya di dalam tradisi pembelajaran kesenian apa pun, termasuklah juga kesenian makyung. Sikap taksub kepada guru umpamanya, dengan menidakkan kebolehan orang lain yang lebih baik daripada gurunya. Hal ini akan merugikan kesenian tersebut, bahkan akan merugikan dirinya sendiri. Proses pembelajaran ilmu dalam tradisi apa pun tidak harus terikat dengan seorang guru sahaja, sebaliknya sekiranya ingin mempunyai ilmu yang banyak, tarian yang lebih cantik, perkataan yang lebih elok, maka di sini dikatakan oleh guru-guru yang cerdik pandai mestilah kita pandai “ilmu curi”. Terdapat dua kaedah berguru di sini. Pertama guru yang kita pergi melutut untuk belajar ilmu, dan keduanya guru yang kita curi ilmunya – tarian, perkataan, gerak dan bukan membuang terus apa yang kita ada, tetapi menambahkan lagi perbendaharaan kita. Pembelajaran “curi” inilah yang sepatut ada pada setiap pemain dalam makyung, teri, wayang kulit, baharulah ilmu kita akan bertambah dari masa ke semasa. Dan corak permainan kita akan berbeza dengan corak permainan orang.

Sumber: Dimuat turun dari Blog Rahimidin Zahari dengan sedikit penambahan

Selamat Hari Raya Aidilfiri
…Kembali kepada fitrah…

..Seperti bersih & sucinya bayi yang baru lahir..

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

Maaf Zahir dan Batin

Lokanbertepuk.com

Syawal 1432

Buku Wayang Kulit Kelantan
Pagi tadi, seorang master student yang baru pulang dari Kelantan telah memberi kepada aku sebuah pamplet yang mempromosi sebuah buku bertajuk ‘Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan’ yang baru saja diterbitkan. Buku ini ditulis oleh Muhammad Dain Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Dain. Beliau adalah seorang penggiat wayang kulit Kelantan yang masih aktif hingga kini.

Sebagai promosi, setiap pembelian buku yang berharga rm285.00 senaskah itu akan diberi percuma sebuah buku bertajuk Hikayat Mahraja Wana. Promosi ini hanya terhad untuk 1000 pembeli pertama sahaja.

Sebarang keterangan dan pesanan

Sila hubungi

Muhammad Dain Bin Othman

Tel: 016-2159422

ATAU

Miss Arni Syarina Bt. Muhd. Dain

H/P: 017-3773586 / 017-9778929

Emel: syarienadaim@yahoo.com

Bong Membalik Timpuh
Nak jadikan cerita, secara tak sengaja aku terbaca satu tulisan seorang penyelidik mak yong yang telah menemuramah seorang penggiat mak yong di Kelantan beberapa tahun yang lalu. Banyak juga bab yang menjadikan aku termenung seketika, dan salah satu bab yang menarik perhatian aku ialah tentang penafsiran perkataan ‘Bong’.

Mengikut keterangan penggiat tersebut, perkataan Bong yang terdapat dalam lirik nyanyian mengadap rebab itu adalah merujuk kepada ‘Bong tempat sabung ayam’. Aku tidak hendak menyalahkan penyelidik tersebut kerana dia hanya menulis apa yang beritahu oleh penggiat yang sudah menjadi pakar rujuk dalam hal ini, tetapi bagi aku penafsiran begini sudah jauh tersasar dari maksud yang sebenar. Persoalanya :

1.  Apakah kaitan Bong sabung ayam dengan sambungan lirik seterusnya, iaitu membalik timpuh, dagang membuang sila atau pun sawa mengorak lingkaran?

2.  Melihat kepada penulisan tersebut, seolah-olah penggiat itu hendak kaitkan dengan ada lirik yang menyebut ‘Seperti Denak Menanti Lawan’. Apabila denak dikaitkan dengan ayam maka sudah tentu ayam tersebut ialah ayam hutan kerana ayam hutan sahaja yang memakai denak untuk memikatnya, sedangkan ayam biasa atau ayam kampung tidak ada istilah denak pun. Tapi soalnya pernahkah orang menyabung ayam hutan di dalam Bong?.

3.  Merujuk kepada perkataan ‘Bong’ itu sendiri, walaupun ejaan ‘Bong’ sabung ayam dengan ‘Bong’ membalik timpuh  itu sama, tetapi dari segi bunyi sebutan nahunya dalam loghat percakapan orang Kelantan adalah berbeza sekali. Biasanya orang Kelantan akan menyebut ‘Bong’ dengan dengung yang bulat untuk ‘Bong membalik timpuh’ tetapi menyebut ‘Bong’ dengan dengung pipih untuk ‘Bong sabung ayam’.

Sebagai perbandingannya, samalah juga dengan kita menyebut perkataan ‘Gong’. Kalau menyebutnya dengan dengung yang bulat, ia membawa maksud sejenis alat muzik yang menyerupai tetawak. Tetapi jika disebut dengan dengung yang pipih, maka ia membawa maksud manusia yang kurang waras atau pun satu kawasan tanah tinggi yang dikelilingi oleh tanah rendah. Untuk menentukan maksud yang sebenar hendaklah dilihat pada susunan ayatnya pula, samalah juga dengan susunan ayat ‘Bong Membalik Timpuh’.

Rupa2nya penafsiran jenis cari makan ni dari dahulu lagi masih tak putus2..

Sang Bidong Hantu Kayu
Semasa cuti sekolah baru-baru ini aku telah balik kampung kerana memenuhi beberapa majlis walimatulurus di tanah tumpah darah ku. Dalam kesempatan yang ada, aku telah meluangkan masa ku bermalam selama beberapa malam dibangsal seorang tua. Tujuan aku ialah untuk mendalami beberapa hal yang bersangkutan dengan kesenian melayu kelantan yang aku belum perhalusi lagi. Bagaimanapun berita kepulangan aku begitu cepat tersebar sehinggakan pada setiap malam terpaksalah aku tidur pukul 2.00 pagi kerana melayan kerenah mereka ini, maklumlah muga balik sekali sekala tu gak. Tapi bagi kami yang mempunyai minat sama, soal masa tidak menjadi halangan, apa yang penting ialah ilmu pengetahuan dan kepuasan yang mengatasi segala-galanya.

Keesokannya, pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan berjalan kaki ikut tepi sungai sambil menghirup udara segar, lebih segar dari ikan segar dari Tok Bali. Sambil-sambil nak cari nasi belauk aku memerhati rumah-rumah lama dikawasan tersebut. Di celah-celah bumbung rumah berperabung lima dan potong perak yang ada di situ, tiba-tiba mata aku terpandang kepada sebuah bumbung rumah lama yang mempunyai pemeleh berbentuk kelewang. Dalam hati aku berkata di situ mesti ada khazanah warisan yang aku mestuju dan kena dengan angin aku, perut lapar menjadi kenyang tubuh letih menjadi segar. Hati memang tak sabar nak pergi la tu jugak, tapi masaalahnya aku bukan berani nak masuk dengan membabi buta begitu, bukan aku kenal pun orang situ.

Melihat bumbung ni lah menyebabkan aku naik gobar

Tanpa membuang masa aku berpatah balik semula ke homestay untuk bertanya kepada orang tua penunggu homestay. “Oooo umoh tu dulu ada pintu gerbang… alik atah ada sanggul Siti Patimah”. Daripada keterangannya dapat aku faham bahawa yang dikatakan sanggul siti patimah itu ialah sejenis bentuk ukiran yang aku sendiri pun tak dapat nak bayang bagaimana rupanya. “Sangul patimah pun sanggul patimah gi lah…amba nak ajak abang gi jupo tuan dia ni sebab amba nak amik gambar”.

Setelah selesai mandi dan sarapan, dia pun membawa aku ke tempat yang dituju. “Tu dia eh’” aku ingat ko ada sebuoh tu jah, rupo2nyo ado lagi hok lain. Setelah aku diperkenalkan sebagai ‘hantu kayu’ kepada tuan empunya rumah, mereka tanpa curiga mempelawa aku naik untuk sesi klik mengelik sebanyak mana yang aku suka.

Pandangan  pintu depan umoh gemuloh Hj Salleh yang berdekatan dengan umoh alik atas tu.

Apa yang aku kagum ialah setiap ukiran atas pintu bilik mempunyai motif dan corak yang berlainan antara satu dengan lain, ada yang berumbi dan ada tidak. Berdasarkan kepada perbezaan corak ukiran dan air pautan sulur,  ukiran rumah ini sudah pastinya dibuat oleh beberapa orang tukang yang mahir zaman dahulu yang hasil air tangannya dapat dilihat sehingga sekarang. Itulah yang aku bangga sangat dengan tanah tumpah darah ku ini.

Salah satu ukiran yang terletak atas pintu bilik tidur.

Oleh kerana hari tu hari aku dah nak balik, jadi aku pun tak leh nk dudok lama-lama dan masa pun sudah dekat dengan lohor hari dah. Dan jika ada kesempatan aku bemalam lagi kat homestay ni pasti aku akan datang menjengok lagi umoh ni, mungkin untuk mengetahui serba sedikit usia dan siapa pemilik asalnya. Yang aku pasti pemilik asalnya ialah ‘oghe kaya kapung tu jame dulu’.

Gadis Kelantan
Walaupun negeri Kelantan lebih terkenal dengan negeri yang kaya dengan bermacam muzik dan nyanyian trdisional sejak turun temurun lagi sehingga sekarang, bukan bermakna rakyatnya tidak meminati dan menerima muzik dan peralatannya yang dibawa dari barat. Contohnya suatu masa dahulu di Kelantan pernah mempunyai sebuah orkestra yang bernama ‘Tala Wijaya’ yang dipimpin oleh anak tempatan yang bernama Abdulah Bukhari dan ada antara pemainnya yang aku kenal masih ada lagi sehingga ke hari ini (tp sudah tua) dan beliau pernah mengajar  aku bermain violin. Bahkan di Kelantan juga suatu masa dahulu terdapat seorang pemain violin yang mutu permainannya dikatakan setanding dengan Allahyarham Hamzah Dolmat, namanya Ibrahim Jaafar. Ini pernah diberitahu oleh seorang pemain violin dari Meru Klang Selangor kepada aku suatu masa dahulu.

Tidak dapat dipastikan bilakah alat-alat muzik barat dibawa masuk ke Kelantan dan dipelajari oleh anak tempatan, mungkin juga dibawa bersama dengan kemasukan orang inggeris ke kelantan atau sebelumnya. Bagaimanapun mengikut satu sumber yang menceritakan tentang perarakan Burung Petala Indera di Kelantan pada tahun 1921, terdapat sebuah usungan yang membawa pasukan (kumpulan) biola (violin) lagu melayu.

Baru-baru ini semasa aku membelek-belek sebuah majalah Mastika edisi lama tahun 1949, terdapat satu muka surat (ms 11) yang memuatkan lirik lagu Gadis Kelantan seperti seperti dibawah ini.

Teringat aku akan satu peristiwa yang berlaku sempena dengan santapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan pada awal tahun ‘80an dahulu yang mana aku adalah salah seorang pemain muzik tradidional untuk majlis tersebut. Semasa acara sedang berlangsung, juru acara telah mempersila seorang penyanyi veteran dari Kelantan yang bernama Nik Par Chali untuk mendendangkan sebuah lagu. Apakah Nik Par ini ialah Nik Jaafar pencipta lagu Gadis Kelantan tersebut aku tidak pasti. Nak tanya Pak Sin keroncong pun, Pak Sin mati lama dah.

SEMARAK BANGSAWAN 2011
Mestika Bumi diilhamkan oleh sdra Halimi MN daripada judul cerita bangsawan Jula Juli Bintang Tiga sekali lagi akan memeriahkan Program Semarak Bangsawan 2011 anjuran bersama DBKL dan JKKN. Berbanding dengan penglibatan yang lepas dalam Bangsawan Bakawali, kali ini kumpulan Bangsawan Seri USM akan membawa tenaga produksi yang paling besar iaitu seramai 60 orang yang juga melibatkan Dekan Pusat Pengajian Seni USM sendiri iaitu Prof. Madya A. Rahman Mohamed dan seluruh warga USM bersama juga aktivis Bangsawan Pulau Pinang yang akan dipentaskan di Panggung Bandaraya DBKL pada 20 hingga 22hb mei 2011.

Angin Lubuk Kawah
Sepuluh hari sebelum acara berlangsung, aku telah mendapat panggilan talipon dari guru ku yang meminta supaya aku balik kampung  kerana  menghadiri satu acara permainan makyung dekat rumahnya bagi tujuan berubat orang penyakit angin. Katanya “kalau takleh tiga male pun semale tak apa jugok”. Demi untuk tidak menghampakan hajat dan sekali gus supaya air liurnya  sentiasa masin terhadap aku, maka aku pun akur. Dengan bertemankan seorang anak buah aku pun baliklah pada hari yang dijanjikan.

Setelah mengambil seorang lagi anak buah yang yang baru sampai dari KL di Cabang Tiga Repek maka kami bertiga terus menuju ke pengkalan Kok Majid dan sampai di sana lebih kurang jam 8.00 malam. Sambil menunggu mereka-mereka lain yang datang dari Tawang, Permatang Pasir, Pasir Mas, Bunuhan, Kg. Laut, selising dan lain2 lagi kami dok pekena teh O dgn Matji Lemal yang lebih awal sampai dari kami.

Menaiki kenderaan melalui jalan yang gelap gelita sambil merenung Bintang Ketika di langit

Dengan menaiki dua buah bot kami semua bertolak ke rumah tuan kija yang terletak di Pulau Lubuk Kawah berdekatan dgn kuala sungai Kelantan yg jarak perjalanannya kira2 setengah jam dari pengkalan. Setelah sampai, kami semua dipersila oleh tuan kija untuk mengisi perut terlebih dahulu. Setelah masing-masing kenyang kami semua turun ke bangsal untuk memulakan upacara. Guru aku telah meminta aku berpasangan dengannya dalam sesi bertabuh buka panggung sehingga segmen pecah cerita.

Uniknya teater tradisi makyung, menggunakan kain lepas lambang kepada tali wau bermas

Selama dua malam aku di sana, banyak juga pengalaman pahit manis yang aku  perolehi. Apa tidaknya, pada sebelah petang aku diberi taklimat oleh guru ku mengenai pola2 pergendangan yang belum aku pelajari sebelum ini, tiba2 pada sebelah malamnya aku terus diuji secara sepontan, tercungap-cungap juga aku dibuatnya, malah kadangkala ada yang terbabas, tapi oleh kerana niatnya yang ikhlas untuk mendedahkan teknik yang ada padanya kepada aku membuatkan kami berdua saling tersenyum kerana kami berdua sahaja yang tahu.

Sebelum terlambat, alangkah indahnya jika semua bentuk-bentuk pola pergendangan makyung versi Pak Muda Misai dan Mat Birat ini dapat ditulis semula dalam bentuk notasi atau pun dirakamkan kerana mengikut pengamatan aku hanya ada seorang sahaja lagi spesis ini yang masih hidup di Kelantan. Jika tidak bertindak dari sekarang, aku percaya sedikit masa lagi kita akan kehilangan khazanah yang sangat-sangat berharga yang hanya mereka yang arif dalam bidang ini sahaja dapat menilainya.

Dalam kesempatan ini aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan kija, Abang Hj. Ghoni sekeluarga yang melayan dan menjamu kami dengan berbagai aneka lauk pauk hingga tidak termakan dek kami semua, begitu juga dengan jong dapur yang memasak kerabu umbut nipah membuatkan aku tidak berminat untuk menjamah ikan kerapu masam manis dan gulai pari helang.

Selamat tinggal Pulau Lubuk Kawah dan seisi penduduknya.

Lintar Barat
Sebelum negara kita maju dalam bidang pertanian dahulu, aku masih ingat lagi orang-orang kita hanya menanam padi sekali setahun sahaja. Ini disebabkan bendang mereka hanya bergantung kepada sumber air hujan semata. Tetapi sekarang setelah negara mencapai kemajuan dalam bidang tersebut, seperti mengadakan sistem perparitan tali air dan benih padi ringan khususnya, sekarang ini padi sudah dapat ditanam sebanyak tiga kali setahun. Bahkan sekarang ini sudah dipakai sistem ‘tabur terus’ pula, tidak sebagaimana zaman dahulu yang mesti melalui beberapa proses seperti menabur, menyabut, cedong dan mengetam. Walaupun aku pada zaman budaknya tidak terlibat secara langsung dengan proses-proses ini tetapi aku biasa terlibat dengan aktiviti yang ringan-ringan, seperti jong duduk atas gerat, jong tunggu benih padi baru tabur, kerana takut makan ko burung dan jadi jong kandar gemal padi. Apa yang aku hendak ceritakan disini ialah hubungan antara bintang di langit dengan orang tua kita zaman dahulu yang menjadi pedoman dalam proses menanam padi atau disebut dengan istilah ‘Buat Padi’ pada zaman padi ditanam sekali setahun dahulu, disamping ada lagi cara-cara pengecaman lain yang terdapat di tempat-tempat lain untuk dibuat pedoman.

Bintang yang dimaksudkan disini dinamakan Bintang Ketika yang mempunyai 7 butir semuanya. Bahagian kepalanya berbentuk seperti kepala anak panah mempunyai 4 butir dan bahagian ekornya pula terdapat 3 butir. Kalau tidak diperhatikan betul-betul yang sebutir pada bahagian hujung ekornya mungkin kita tidak akan nampak, kerana cahayanya tidak berapa terang. Bagi mereka yang tidak perhati betul-betul akan nampak bintang ini hanya ada enam butir sahaja. Mungkin ekoran daripada jumlah bintang inilah orang-orang tua kita telah mencipta pantun yang menggambarkan keluhan seseorang yang telah terpedaya dengan keindahan sesuatu.

Bintang tujuh tinggal enam

Jatuh sebiji ke Gunung Daik

Hilang sepuh tinggal senam

Baru ku tahu emas tak baik

Daripada penceritaan orang-orang terdahulu pernah aku dengar, bintang ini juga boleh menjadi pedoman kepada nelayan-nelayan tradisional zaman dahulu yang menggunakan perahu layar apabila sesat di lautan pada sebelah malam, kerana mereka ini tidak mempunyai radar atau kompas, tapi hanya berpandu kepada bintang-bintang di langit sahaja.

Bintang Ketika ini boleh kita nampak pada bila-bila masa di langit pada sebelah malam jika langit tiada dilindungi awan kecuali dalam masa dua minggu setahun bintang ini tidak kelihatan. Dan apa yang  Orang tua2 dahulu sebut ‘Bintang Menyelam’ yang terjadi lebih kurang dalam bulan tujuh.  Pada masa bintang menyelam ini lah biasanya akan berlaku ribut halilintar atau pelakar yang kuat sekali yang mana datang dari arah barat. Ekoran daripada ini pula telah keluar satu perumpamaan oleh orang2 tua Kelantan kepada orang yang berehi melaung dengan suara terlampau kuat dengan kata “Suara Deras Serupa Lintar Barat”.

Apabila bintang ini timbul semula dari menyelam iaitu pada bulan lapan, maka waktu ni dikira sebagai  waktu yang molek untuk menabur padi benih kerana mengambil kias pada bintang timbul dengan benih akan tumbuh. Jika bintang yang baru timbul itu bersinar-sinar pada bahagian kepala dan sebam pada bahagian ekornya, maka jenis padi yang patut dibawa (ditanam) pada tahun itu ialah dari jenis padi roma putih/kuning atau jenis padi ringan yang lain, kerana dikhuatiri hujan tak berapa banyak. Kalu tempat aku dulu padi roma ni disebut dengan nama padi ‘Kucing Begomo’. Dan jika bintang tersebut sebam pada kepalanya dan bersinar pada ekornya maka jenis padi yang sesuai ialah jenis padi berat yang roma merah atau gelap seperti ‘Padi Lumut’ kerana keadaan bintang begini menandakan hujan akan berpanjangan dan lebat pula. Dan juga padi jenis ini selalunya pohon tinggi antara aras pinggang dan dada. Jadinya kalu air banyak pun tak apa.

Walau pun orang tua kita pada zaman dahulu kebanyakannya buta huruf, tetapi dalam hal nak buat padi ni, dia ada pedoman pengecaman dia tersendiri. Selain dari Bintang Ketika, mereka juga berpandu kepada peredaran matahari. Masa matahari berdiri di atas kepala, bayang kita dudok di bawah tapak kaki (matahari berada di garisan khatulistiwa) itu menandakan bulan lima, dan hujan dijangka akan mula turun. Satu pengecaman lagi yang menandakan musim hujan akan  tiba ialah dengan berpedomankan kepada ayam berehi lompat naik atas pagar atau pun segerombolan ikan darat melompat atas permukaan air. Kalu tak silap aku, perlakuan ikan-ikan begini terjadi pada ikan keli dan bagi orang kampung di Kelantan dan Kedah perlakuan ikan begini disebut ‘Ikan O’.

Apabila hujan mula turun membasahi bumi lebih kurang sebulan lamanya, bila masuk bulan enam, selalunya pada sebelah petang akan kedengaranlah seperti suara guruh sayup berbunyi ‘geruk-geruk’ di kaki langit sebelah alik barat sebagai ketandaan peralihan musim nak masuk musim barat. Kalu bunyi ‘geruk-geruk’ tu berserta dengan pokok awan hitam mari alik barat laut, ketandaannya hujan nak mari dengan angin ribut sekali. Kalu bunyi ‘geruk-geruk’ mari alik barat yang tepat, maka ketandaannya hujan turun banyak, tapi angin kurang sikit atau kadang-kadang hujan mari sebelah malam.  Masa ni jugak hujan bersama ribut petir dan pelakar pun terjadi. Dan masa inilah kadang2  ada pohon nyior, atau lembu kuba dan apa saja mati dipanah oleh halilintar. Orang-orang tua dulu kata malaikat panah setan. Sabit tu orang tua-tua larang gi kecing di kawasan pohon kayu kena panak lintar, dia kata setan hok cedera kena panah ko lintar tu akan minum air kecing sebagai ubat penyembuh dia. Sejauh mana kebenarannya cerita ini aku pun tak tahu. Tapi yang pastinya dalam islam jika berlaku kilat dan petir, kita disuruh mengucapkan doa; “Allahumma la taqtulna bi ghadhabika, wala tuhlikna bi ’azabika, wa ‘afina qabla dzalik.” yang bermaksud “Ya Allah, ya TuhanKu, selamatkanlah kami. Jangan engkau membinasakan kami dengan azab atau kemurkaanMu.

Dunia sentiasa berputar, musim juga telah berubah. Kalau masa aku kecil2 dahulu, apabila masuk sahaja bulan duabelas, pasti akan berlaku hujan lebat yang membawa kepada musim bah. Tetapi sekarang ini musim sebegini sudah tidak menentu lagi. Sepanjang tahun ada saja kedengaran lintar panah begotu begoni di sana sini. Adakah kesemua pengecaman di atas masih sesuai lagi dipakai pada zaman sekarang?….

Wallahua’lam…..