Lokanbertepuk.com » Wayang Kulit

Perlimau
Proses latihan di dalam masuk bangsal untuk upacara perlimau merupakan proses latihan untuk dalang2 yang hampir mencapai tahap profesional atau pun sudah layak untuk diiktiraf sebagai seorang dalang asli. Proses latihan peringkat ini juga lebih menitikberatkan hubungan antara guru dan murid yang mana sama2 melaksanakan tanggujawab mengikut cara2 aturan dalang didalam latihan ini.

1. Latihan cerita untuk wayang kulit berjamu  -  terdapat tiga cerita yang akan dipersembahkan pada malam akhir untuk upacara perlimau, iaitu episod Wak Peran Hutan, episod Kosi Serawi @perhantuan Bota Mahrajawana dan episod Sang kaki (Sang Kaki Betara Kala @ Sang kala Awal). tidak sebagaimana wayang melayu kelantan yang akan mempersembahkan cerita Bota Wila Samba. Aktiviti yang bersifat ritual dibuat semasa latihan kecuali dalam upacara buka panggung untuk tujuan ini. Kendati pun begitu murid juga diajar kaedah penyelenggaraan aktiviti tersebut. Pengajaran berkenaan dengan hal2 yang berkaitan dengan ritual ini akan diajar kepada murid yang akan diperlimaukan sahaja kerana penurunan ilmu begi adalah bersifat rahsia.

2. Murid juga diajar mentera ilmu perbomohan, minda dan jiwa murid mestilah dijurus sepenuhnya kepada penyatuan dan penyebatian antara alam realiti dan alam ghaib. Antara aktiviti yang harus dilakukan ialah memahami, merasai dan mengalami proses tersebut yang bersifat rahsia. Sekiranya proses tersebut terlaksana, ia akan memudahkan murid mengalami dan mengendalikan proses ‘lupa’ (trance) semasa aktiviti berjamu pada sebelah paginya.

3. Dalam jangkamasa latihan untuk proses ini juga, murid tidak dibenar membuat sebarang persembahan di tempat lain dan tidak dibenarkan memnonton sebarang persembahan wayang kulit yang lain kecuali di bangsal latihannya sahaja. Ini bertujuan untuk menumpukan perhatian dan minda murid kepada proses latihan untuk tujuan perlimau. Murid juga tidak dibenarkan meninggal bangsal latihan seperti yang tertera didalam pantang larang waktu proses latihan diperingkat asas dahulu.

Setelah tamat latihan, murid tersebut akan menjalani upacara perlimau oleh gurunya. Upacara ini adalah merupakan upacara pengijazahan oleh guru kepada murid tersebut. Tidak sebagaimana perlimau bersilat yang boleh dibuat untuk lebih dari satu murid dalam satu upacara, tetapi perlimau dalang wayang kulit hanya diperuntukkan kepada seorang dalang sahaja untuk setiap upacara. Murid akan memainkan cerita dalam wayang kulit berjamu (episod Batara Kala) dan upacara rutual lain akan dikendali oleh gurunya.

Soalnya mengapakah episod Batara Kala ini akan dimainkan pada bahagian akhir persembahan iaitu lebih kurang pukul 4 pagi. Kerana dalam episod ini tedapat banyak sekali sumpahan dan juga soalan yang  dikemukakan oleh Batara Kala kepada dalang bongsu (murid), daripada struktur panggung, alat-alat muzik, jumlah pemain, tujuan persembahan diadakan dan lain2 lagi, dalang bongsu harus menjawabnya satu persatu secara simbolik dan nyata denga penuh keyakinan mengikut apa yang diajar oleh guru kepadanya. Setelah berpuas hati dengan jawapan dalang bongsu tersebut akhirnya Batara kala menghadiah gelangnya sebagai ijazah kepada dalang tersebut. Selepas daripada inilah baru sampai kepada kemuncak upacara ritual akan dilakukan oleh murid tadi dan sekali gus upacara pengijazahan pendalangan dari guru kepada murid. Dengan ini murid tersebut barulah diiktiraf sebagai dalang yang sah, bukan dalang tiruan lagi.

Ayahmat Menara, sepanjang hidupnya  telah diperlimau sebanyak tujuh kali oleh tujuh orang guru.

Aku rasa cukup setakat ini saja sebagai pengetahuan umum kaedah yang dibuat oleh orang tua dahulu berkenaan dengan upacara perlimau ini. Bagaimana pun murid tersebut tidak boleh berbangga dgn title DALANG yang  diperolehinya itu. Banyak lagi perkara2 yang mesti dilaluinya untuk dia diakui sebagai seorang yang bergelar TOK DALANG oleh orang persaorangan, masyarakat dan siapa saja yang mengenali nya.

Silibus Pengajaran Peringkat Lanjutan.
Proses pengajian peringkat ini juga akan mengambil masa 100 hari juga, sama seperti sama seperti peringkat asas, cuma pada peringkat ini latihan lebih ditumpukan kepada latihan persembahan sahaja. Bagaimana pun teknik berbari masih ditekankan juga dengan tujuan untuk mengasah minda murid supaya lebih kreatif dalam membawa lelakon. Murid juga didedah dengan cerita-cerita ranting, cerita tanggam  yang berteraskan cerita-cerita pokok, kecuali dalam membawa cerita saduran dan setiap cerita yang dibawa hendaklah dilaonkan dari sampai ke akhir walaupun mengambil masa yang agak panjang.

Pada masa menjalani latihan peringkat lanjutan ini, jika sekiranya murid itu ingin mempersembahkan permainanya dikhalayak ramai di panggung yang lain, murid tersebut perlu mematuhi beberapa syarat dibawah ini kerana masa ini status murid sama seperti status dalang tiru iaitu dalang yang belum lagi mendapat ijazah pendalangan.

1.  Tidak boleh lagi mempersembah permainannya kepada khalayak ramai kecuali terlebih dahulu    mendapat perkenan dari gurunya atau pun mendapat jemputan dari dalang yang telah diperlimau (dalang asli). Itu pun guru atau dalang asli mesti ada bersama semasa murid membuat persembahan.

2.   Tidak boleh mengajar murid2 baru secara formal, kerana belum mendapat tauliah.

3.   Dilarang bermain wayang kulit berjamu atau yang bersifat ritual.

4.   Tidak boleh menjalankan upacara-upacara ritual secara sendiri kecuali dengan menggunakan khidmat gurunya atau dalang lain yang telah diiktiraf (dalang sudah perlimau).

Latihan peringkat asas  (Gambar hiasan)

Proses latihan lanjutan ini sebenarnya untuk memberi peluang kepada murid supaya mendalami apa yang telah diperaktikkan semasa latihan asas dahulu sehingga layak untuk diperlimaukan. Bagi murid yang sudah mempunyai asas kerana telah lama berkecimpung dan belajar tidak secara formal melalui penglibatannya yang sudah bertahun-tahun di dalam kumpulan wayang kulit, maka beliau bolehlah terus masuk bangsal peringkat lanjutan. Selepas tamat latihan lanjutan, murid diberi pilihan oleh gurunya untuk menerus belajar peringkat lanjutan lagi atau diperlimau. Biasanya kalau kemahiran murid sudah mencapai tahap piawaian yang difikirkan sesuai, guru akan menasihat kepada murid supaya diperlimau terlebih dahulu. Ataupun jika murid memilih untuk tidak diperlimaukan terlebih dahulu kerana ingin menyambung pelajaran kepada guru yang lain maka upacara tamat latihan akan dibuat sebagai menghomati guru tersebut. Di sini dapat disimpulkan bahawa upacara tamat latihan dan upacara perlimau adalah dua upacara yang berbeza.

bersambung………….

Silibus Pengajaran Peringkat Asas.
Dalam masa 100 hari pembelajaran, sukatan pelajaran akan dibahagi kepada tiga peringkat. Ini bermakna setiap peringkat akan mengambil masa lebih kurang sebulan. Pada bulan pertama calon dalang akan ditekankan kepada asas bermain, secara ringkasnya. mengandungi:

1.  Posisi letak tubuh dari pinggang ke kaki sebagai tapak dan panggung kecil. Dari pinggang ke bahagian atas pula ialah bahagian yang akan digerakkan  -  Latihan yang bersangkutan dengan letak tubuh dalang akan membantu kekuatan bahu, pergelangan tangan dan tangan semasa pelari wayang dari wayang yang bersaiz kecil hingga kepada wayang yang bersaiz besar. Palajar juga dilatih menggerak/pelari wayang dalam tiga tahap iaitu pergerakan perlahan, sederhana dan cepat.

2.  Teknik memegang wayang -  yang mengandungi saiz wayang, pergerakan wayang berdasarkan status watak dan takta kedudukan di batang pisang berdasar kepada status watak. Ini termasuklah teknik memegang cempurit, penuding dan kemudi wayang.

3.  Asas pelari wayang di kelir -  yang melibatkan keluar masuk wayang, pergerakan transisi, peperangan, kawasan lakonan dan latar tempat.Arah keluar masuk wayang dibahagi kepada pecahan lapan penjuru mata angin.

4.  Teknik menghasilkan bayang di kelir  -  yang mengadungi teknik menghasilkan bayang terang dan bayang kabur, atau pun close up, medium close up, full short. Ini semua tergantung kepada jumlah berapa banyak wayang berada di kelir dimasa yang sama. Imej dissolve (imej kabur), in focus (imej terang), out of focus (imej kabur), super impose (gabungan imej terang dan kabur). Semua ini akan dipraktikkan didalam babak dalang muda yang menjadi asas latihan wajib bagi dalang yang baru belajar.

Pada bulan kedua, guru akan mengajar teknik ucap, pengucapan dan juga berbari 29 episod dalam cerita pokok wayang Kelantan iaitu cerita Bota Mahrajawana yang bermula dari pengkisahan cerita dikayangan sehinggalah Sri Rama dapat membunuh Mahrajawana di negeri Kuala dua derdap muda pasir mayang tanah berdap perbuangan sari, di bawah kaki gunung ganang wanang seberang lalut benua langkapuri. Oleh kerana episod-episod ini terlampau banyak, maka ia akan tamat pada bulan ketiga. Di dalam latihan pengucapan pula, guru akan mengajar teknik ucap iaitu ucap tetap, ucap improvisasi dan kerangka ucap kerana didalam cerita Mahrajawana mengadungi ibu dan kunci segala ucap.

Pada bulan ketiga, tumpuan akan ditekankan kepada teknik persembahan secara menyeluruh. Murid dikehendaki memainkan episod dalang muda yang mengandungi dua segmen iaitu Dewa Panah dan Sri Rama keluar (peratur rakyat). Murid juga dikehendaki seboleh2nya menamatkan seluruh cerita Mahrajawana dalam masa sebulan yang menjadi cerita pokok dalam wayang kelantan. Cerita2 lain seperti cerita tanggam dan saduran tidak digalakkan lagi dimainkan masa ini.

Dalam menjalani latihan persembahan ini, pelajar juga akan diajar cara pelari wayang, menyusun wayang, menyimpan wayang. Guru juga akan memberitahu watak yang tidak sepatutnya diletak atas lantai dan sentiasa terpacak di gedebok (btg pisang). Bagi teknik pengucapan pula, murid dikehendaki mengetahui watak yang hendak dibawa dan pengucapannya sesuai dengan sifat watak dan bentuk fizikal watak tersebut.

Sebenarnya kalau hendak dibandingkan antara silibus yang diberi dengan jarak masa 100 hari itu memang agak sukar untuk murid dapat mencapai dengan sepenuhnya kecuali murid tersebut sudah mempunyai pengalaman sebelumnya atau mempunyai bakat dan minat yang untuk menjadi seorang dalang. Lazimnya apabila memerhati dalam sesi latihan selama 100 hari itu, guru akan dapat meramalkan bahawa murid tersebut layak atau tidak menjadi seorang dalang. Jika didapati layak, guru akan memberi nasihat kepada murid supaya meneruskan latihan diperingkat lanjutan jika ingin menjadi dalang yang mahir.

bersambung……………

Pendidikan Pendalangan Wayang Kelantan
Oleh kerana memenuhi permintaan segelintir peminat – peminat wayang kulit Kelantan yang ingin mengetahui tatacara pendidikan pendalangan wayang kulit Kelantan pada zaman kegemilangannya dahulu, maka aku cuba sedaya mungkin untuk menceritakan perkara ini berdasarkan kepada perbualan aku dengan orang tua2 dan sumber yang ditulis oleh sahabat aku Allahyarham Dr. Jamaludin Osman berdasarkan temuramahnya dengan beberapa orang tokoh wayang kulit Kelantan iaitu Abdullah Ibrahim (Dolah Baju Merah), Hamzah Awang Amat, Jusoh Hassan (Pak soh Mokrat, Hassan Omar (Hassan Kedai Buluh), Che Mat Jusoh dan Pakda Omar (Rantau Panjang).

Sistem pendidikan untuk calon dalang mengandungi tiga tahap, iaitu tahap asas, tahap lanjutan dan upacara perlimau. Sistem ini juga ada sedikit sebanyak persamaan dengan pendidikan yang tidak formal, iaitu melibatkan dalang tiru yang meniru persembahan dalang asli atau penglibatannya di dalam kumpulan wayang kulit tetapi tidak mahu berguru.

Bagi calon dalang yang tidak mempunyai asas maka peroses pendidikan awalnya ia akan didedahkan dengan pendidikan secara latih pandang. Tahap keduanya barulah ia berguru untuk peringkat asas pendalangan. Peringkat ketiga atau peringkat lanjutan, yang mana ia akan berguru lebih dari seorang guru sebelum melalui proses perlimau. Upacara perlimau ialah upacara pengijazahan dalang untuk diiktiraf sebagai dalang asli atau dalang yang bertauliah dengan melalui proses upacara ritual yang dipanggil main wayang kulit berjamu. Tempoh persembahannya selama tiga malam dan pada malam ketiganya akan dilanjutkan hingga ke pagi keesokannya kerana upacara pengijazahan ini akan berlaku pada waktu “Silau ngenge memecah”.

ATURAN DALANG

Semasa murid di dalam proses pembelajaran, terdapat kira – kira tujuh perkara yang menjadi aturan dalang atau pun aturan panjak tujuh pengantin lima.

Aturan Berguru  -  bakal dalang akan dibawa oleh bapa atau wakilnya menyerah kepada guru. Dan disinilah akan berlaku perjanjian perakuan guru dan murid. Guru pula hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya kepada murid itu sehingga diperlimau.

Aturan Belajar  -  aturan ini menitik berat kepada disiplin murid semasa dalam proses belajar.

Aturan Pantang Larang  -  melibatkan pantang larang dan tata susila dalam permainan wayang kulit supaya murid bertanggung jawab terhadap kerjayanya setelah bergelar dalang.

Aturan Bermain  -  guru akan mengajar kaedah pergerakan wayang dan hubungannya dengan bunyi muzik, pengucapan, bahasa wayang, nyanyian dll.

Aturan Persiapan Persembahan -  melibatkan proses mendiri panggung, buka panggung dan tutup panggung, peralatan ritual yang melibatkan persembahan wayang kulit biasa dan wayang kulit berjamu.

Aturan Pergelaran Dalang  -  seorang murid atau pun yang sudah bergelar dalang harus mematuhi aturan ini bagi memastikan tradisi permainan wayang kulit dapat dipertahankan.Ia juga dapat mengawal dan memastikan dalang2 yang terlibat dengan persembahan benar2 berkualiti. Disamping itu juga memberi peluang untuk mendalami ilmu perbomohan dan apa2 ilmu yang bersangkutan dengan persembahan teater tradisi.

Aturan Sumpah Menyimpan Rahsia  dan susila  -  bertujuan untuk melindungi rahsia pendalangan dan tidak disalah gunakan walaupun ada diantaranya sudah termaktub di dalam aturan berguru dan aturan bermain. Aturan susila ini merujuk kepada keperibadian dalang itu sendiri di dalam kehidupannya. kadang2 kemasyhuran dan kepopularan dalang itu menyebabkan ia lupa diri, takabur, sombong dan melanggar pantang larang.

MASUK BANGSAL

Sebelum bermulanya tahap pendidikan asas secara formal, calon dalang dan orang2nya hendaklah menyediakan sebuah bangsal. Segala aturan dan pantang larang seperti pemilihan tempat, arah panggung dan lain2nya haruslah dipatuhi (pernah aku tulis didalam majalah Pentas keluaran jan – mac 2009). Proses masuk bangsal ini memerlukan masa selama 3bulan 10hari (100 hari) untuk satu pakej.

Pakej ini memfokuskan pembelajaran teori dan amali yang diselaraskan dengan jangka waktu latihan. masa latihan bermula selepas masuk waktu isya sehingga pukul 1.00pagi. Bagi guru yang tinggal sekampung atau kampung berdekatan dengan bangsal latihan akan datang mungkin setiap malam jika tidak ada apa2 halangan, tetapi jika guru tinggal jauh dari tempat latihan, beliau akan datang seminggu sekali atau dua kali. masa yang selebihnya akan diguna oleh pelajar untuk berlatih sendiri.

Semasa proses masuk bangsal selama 100 hari ini, pelajar tidak dibenarkan membuat persembahan dimana2 atau meninggal bangsal jauh2 seperti pergi membuat pekerjaan dan bermalam di tempat lain kecuali atas urusan kecemasan. Jika latihan terhenti selama dua minggu berturut2 maka hendaklah diganti supaya cukup 100 hari semula kecuali pada malam jumaata sahaja tidak dibenarkan berlatih kerana menghormati penghulu hari..

bersambung…………..

Sejarah Wayang Kulit & Sejarah Watak-Watak Dalam Wayang Kulit
Mengikut pendapat para penyelidik mengatakan bahawa perkataan wayang itu adalah berasal dari sebutan orang2 jawa yg bermaksud “bayang2 atau bayangan”, orang kelantan menyebut woye atau ghoye, tetapi dlm lughoh sebutan orang jawa,sebutan B itu disebut seperti bunyi W. Maka dari sebutan bayang itu jadilah dia sebutan wayang. Samalah dgn sebutan org melayu di selatan thai yg menggunakan huruf J da G, oleh kerana sebutan dlm bahasa thai tidak ada sebutan  J dan G ini lalu di gantikan dgn sebutan Y dan K, seperti Jala = Yala, Sungai Golok = Sungai Kolok.

Ada juga yg menafsirka sebagai bayangan angan2 untuk menggambarkan pe’el perangai rupo ca’to orang terdahulu secara angan2. itu pasal bentuk wayang digambarkan dalam bermacam rupa, kalu jenih baik gak rupo supo menesio, kalu jenih jahat gak mulut luas la, gigi samo besa nga mato kapok, lidoh panje.

semua ini dibuat mengikut imeginasi sahaja mugo tak besa tengok. Di samping itu ada beberapa pendapat

lagi yg kita tak tulih takut bejelo sgt.

Bagaimana pun teater wayang kulit ini adalah dipecayai sebuah teater yg sgt tua merangkumi seluruh asi tenggara termasuk turki, cina dan india. kerana luasnya taburan teater ini dimerata2 maka timbulah pelbagai cerita atau teori yang mengisahkan tentang asal usulnya.

1. Salah satu drpd pendapat yg mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari india. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ketempat kita dan asia tenggara amnya melalui pengaruh hindu pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita2 dari india seperti Ramayana dan Mahabharata

Demikian pula dengan bentuk patungnya, menurut mereka terdapat banyak persamaan bentuk patung wayang di kemboja dan thailand mempunyai persamaan dgn apa yg terdapat di Andhra Pradesh, Orissa dan Kerala di India. Adapun patung wayang di Malaysia dan Indon pula menerima pangaruh dari patung wayang golek di India juga. Di antara para sarjana yang menyokong pendapat ini ialah Sabri East Siyavusgil, Jacques Brunet dan William Ridghway.

2. Salah dua drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari China. Mereka pula merujuk kepada suatu cerita lagenda di zaman raja Han Wu Ti yg menayangkan bayangan dikelir sebagai memanggil roh semangat isteri baginda. Pendapat ini di utarakan oleh Berthold Laufer.

3. Salah tiga drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari jawa. Mereka mengatakan bahawa banyak istilah jawa kuno yg terdapat dlm wayang purwa telah pun ada sebelum masuknya pengaruh hindu ke Asia tenggara. Pendapat ini di kemukakan oleh Hazeu.

Setakat ini belum ada satu bukti yg jelas untuk kita mengatakan tempat yang sebenarnya kemunculan wayang kulit itu. Tentang wayang kulit kelantan pula sejarah tradisinya adalah berasal dari siam, tetapi jika di lihat pada penceritaan dan pengucapannya, wayang kelantan ini sudah pun menerima pengaruh dari jawa. Oleh kerana negeri kita ni terletak di tengah2 dunia melayu jadi tak mustahil kita telah menerima budaya serantau melalui hubungan perdagangan, kebudayaan dan sebagai lagi.