Dualampit
by lokanbertepuk ~ July 23rd, 2010. Filed under: Uncategorized.Telah selesailah sudah program Mantra Buana 2 diadakan pada 15 & 16 Julai 2010 bertempat di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Program yang memberi penekanan kepada segala bentuk persembahan yang bercorak tradisional kali ini menjadi bertambah meriah dengan kehadiran kumpulan kebudayaan dari Universitas Sumatra Utara Indonesia (USU) dan Prince of Sonkha Universiti (PSU) yang diundang khas untuk tujuan ini.
Sepertimana tahun sebelumnya juga, sebagai mewakili tuan rumah, kami diberi penghormatan untuk memulakan upacara buka tirai panggung dengan persembahan gimik Tok Selampit.
Photo: Zambri Salleh PPS
Pada malam pertama, aku hanya kesaorangan bermain secara solo (Selampit). Tapi pada malam kedua, satu perubahan telah dibuat dengan mengambil konsep main tteghi di dalam selampit yang menggabungkan dua orang pemain rebab serentak dengan menampilkan nyanyian yang bersahutan antara dua orang Tok Selampit, ibarat tok tteri nge tok mindok.
Photo: Zambri Salleh PPS Tahniah di ucapkan kepada Dewan Budaya Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang kerana menjayakan malam Mantra Buana 2 serta memertabatkan seni budaya tradisional warisan kita.
July 23rd, 2010 at 5:12 pm
kalaulah semua peringkat cerdik pandai budaya berfikiran seperti ini..tidak tergadai pusaka bangsaku..
July 25th, 2010 at 11:44 am
betul jugak dih….kalu selampit, sorg main…kalu 2 org, dua lampit, kalu 3, tiga lampit..hehehehe
arjunasukma: berfikiran lagu mana tow…
July 26th, 2010 at 1:37 am
foto amat cantik..
July 27th, 2010 at 9:08 am
berfikiran menjunjung seni..bukan menjadikan tikar mengkuang lapik punggung…
July 27th, 2010 at 9:23 am
c0mey wei rebab ija…sapo eh jong buat ….
July 28th, 2010 at 4:15 am
payoh loni nak carik jong rebab..belajar la weii anak2 muda..kita nak blajar pun tgn kerahhh dohhh..
July 29th, 2010 at 12:27 am
Kalu demo nk tahu gak pokse acu demo balik tanya kaba di kelate, ada ko dok anak muda yang jd pelapis utk masa depan goni. Kawe bunyi kabar kata dulu ada kelas dok ngajar main begoni, tp loni x tahu la lagu mana perkembangan dia.
hidup lagi ko, bertambah ramai perserta lagi ko, berapa orang doh hok napok ada bakat buleh diketengah..tp kalu dilembah klang kawe tahu la perkembangan dia lebih kurang..