Lokanbertepuk

aiyong…..ayo..…ayuh
Baru2 ni semasa sedang minum kopi bersama dengan beberapa orang kawan2 di Ibu Kota, ada satu soalan telah diajukan kpd aku. Soalannya berbunyi “ Saya mendengar orang menyanyi lagu mengadap rebab, salah satu lirik yang disebut didalam segmen pecah bong ada orang menyebut Ayuh la tue wei… apa pendapat tuan??”.. lalu aku jawab, mengikut pengajian yang saya pelajari, sebutan di situ bukannya ‘Ayuh la tue wei’. Saya berkata demikian kerana mempunyai beberapa alasan:

1.  Kalau kita perhatikan di dalam percakapan harian orang Kelantan dari dulu hingga sekarang pun mereka tidak pernah menggunakan perkataan ‘Ayuh’ untuk tujuan ajak atau mengajak. Dengan kata lain perkataan ini memang tidak terdapat di dalam kamus kelantan dan kamus makyung. Bahkan sepanjang penglibatan aku didalam permainan makyung dari zaman orang2 tua masih hidup dulu pun hingga sekarang, sekali pun belum pernah aku dengar perkataan ayuh ini diguna pakai . Yang selalu diucap oleh pelakon2 untuk tujuan ini ialah “Mari”, “Gih/gi” dan “Sila’”.

2.  Mengikut pengajian aku, sebutan ini sebenarnya berasal dari dua perkataan iaitu ‘Ai’ dan ‘Yung’ yang apabila disebut, seolah2 kita dengar menjadi satu perkataan sahaja ‘Aiyung’. Mengikut apa yang aku tahu, ‘Ai’ atau ‘Aaa’ ini adalah bentuk kata seruan yang diluahkan sebelum mula menyebut sepotong ayat atau lirik. Sebab itu kalau kita perhatikan di dalam karut dikirbarat cukup banyak sekali kata seruan ‘Ai’ atau ‘Aa’ ini digunakan oleh sebilangan besar tukang karut-tukang karut didalam permulaan melantunkan baris pertama karut mereka, terutamanya karut yengki dan karut kelantan. Contohnya:

a)  Ai selamat malam saudara dan jugak saudari.

b)  Ai ni baru jolo baru sebenar dikir barat.

3.  Mengikut pemerhatian aku, orang kelantan ni mempunyai dua cara untuk menyebut sesuatu perkataan yang berakhir dengan ejaan ‘ON/UN’ dan ‘ONG/UNG’. Ada yang menggunakan dengung dan ada yang tidak. Mungkin tergantung kepada tabiat asal percakapan sesaorang atau pengaruh sebutan setempat. Sekadar nk buat contoh jah ni sebab aku ni bukan pakar bahasa..

Buoh teghong manggong (ada dengung)

Buoh tegho manggo (tak ada dengung)

Berpunca drpd sebutan dengung dan tidak dengung beginilah kadang-kadang kita ada mendengar ada orang akan menyebut sebutan ‘Ai Yong’ atau ‘Aa Yong’ akan menjadi ‘Aa yo’. Bagi mereka yang tidak teliti dalam hal ini akan menyangka dua patah perkataan yang disebut secara bersambung itu adalah satu  perkataan yg mempunyai dua suku kata iaitu ‘aayo’, dan lama kelamaan muncullah perkataan ‘Ayuh’…Sedangkan salah seorang dari guru yang pernah aku pelajari sepanjang nyanyiannya beliau tidak pernah pun menyebut ‘Ai’ di awalan liriknya tetapi terus menyebut ‘Yong’. Ini bermakna bahawa ‘Ai’ dan ‘Yong’ itu sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan, bukannya satu patah perkataan yang mempunyai dua suku kata yg disangka oleh sesetengah orang sebelum ini. Kalaulah benar perkataan ini hanya satu patah perkataan sahaja, mana mungkin salah satu dari suku katanya boleh dibuang begitu sahaja dan sudah tentu akan mencacatkan sebutan.

4.  Kalau kita perhatikan di dalam lagu mengadap rebab ada mempunyai tiga segmen, iaitu:

a)  Segmen pembuka nyanyi – menceritakan seorang raja dalam sebuah negeri yg sedang bersiap untuk     keluar ke balai penghadapan.

b)  Segmen Sumbang gong – korus atau jawab dondang yang sama melodinya dengan pembuka nyanyi diatas tetapi di dalam rentak muzik yang berlainan.

c)  Segmen Pecah Bong – bermulanya pergerakan tari yg dikias kepada pergerakan flora fauna,

Di dalam setiap segmen itu masing-masing mempunyai ‘Nyawa rebab’ iaitu tempat penyanyi mengambil nafas baru untuk menyambung ke nyanyian seterusnya. Kalau kita perhatikan selepas nyawa rebab dalam setiap segmen ini, penyanyi akan menyambung nyanyiannya dengan terlebih dahulu menyebut ‘ai yong’.

Seperti yang pernah aku ceritakan dalam keterangan yang terdahulu, dalam segmen ini penyanyi akan mengkiaskan segala pergerakan tarinya dengan gerakan flora fauna dan perkataan yang ada hubungan dengannya. Sedangkan perkataan yong itu ialah dirujuk kepada salah sesaorang yang dipercayai asas terciptanya permainan makyong….Dan kepada sesiapa yang mempunyai pandangan tersendiri berkenaan dengan perkataan ‘Ayuh’ ini ada mempunyai hubungan dengan lirik nyanyian lagu mengadap rebab ini, ayuhlah tue wei memberi pandangan masing2 semoga dapat dikongsi bersama…

p/s:  Mengikut keterangan Guru yang menyanyi tidak menyebut ‘Ai’ itu  kepada aku, beliau duduk di dalam Akademi Temenggung tahun 1930’an lagi bersama-sama dengan bapanya iaitu semasa beliau berumur lebih kurang 12 tahun.

Baso Angin Mari Jarang-jarang
Nak jadi ko cerita, ada satu hari tu angin tukang ketujuh nya mari balik singgah atas diri ambo. Bukan senang angin ni dia nak mari, kadang2 habis tahun beganti bulan habis minggu beganti hari nya tak mari lagi. Kalu kita panggil suruh mari, koho dia lari jauh. Dengan kerana tu lah ambo terpaksa layan kehendak dia hingga sapa ambo menjadi asyek tak becara ko kija keroteh hok lain doh sebulan dua ni..tambahan pulak masa ambo nk mula buat kija tu, nya mari telintas ayat2 pengucapan yg menceritakan balai istana raja serama sewaktu dihadapan hulubalang 33. Antaranya ialah:

Balai berbendul dengan tembaga dalung, balai bersirat dengan dawai cina, balai bercat persada lenggang, balai berlukis dengan perada terbang, balai bertiangkan gading gajah berselang seli dengan kayu arang dilarik, buah buton mas buah buton perak sura serjan pati wani kekuningan perbuatan orang dalam negeri siu sia mendara pura.

Maka mengambil sempena balai Raja Serama ni lah ambo adunkan tiga bahan menjadi sebatang suna, iaitu kayu hitam, gading dan tembaga.

Sebenarnya  dalam setahun lepas, ambo buleh tiga katam kayu hitam hok demo bawok mari dari pahang,  Oleh kerana kayu ni hitam mcm arang ada jgk orang panggil kayu arang. dua katam ambo taruh kerana hok sekatam tu romo coreng, hok sekatam lagi nya amik ko budak cica tinggi nama Abas berani hok dok kija di Kuala Lumpur,(namo jah abas berani nyo, tp gak penakut pahit).. ambo tanya dia nak buat begapo?.. dia tak sir royak baso kkakah tu..Hok dok aloh ambo ni memang ado doh dalam pelan batu ppalo ambo nak buat suna, cuma dok tunggu angin tukang mari melitas jah baru ambo buleh buat, kalu tidak gak paka dok sada ssitu lah selama mana pun. Taroh ggoni tak apa selama mana pun muga kita tak kena jamu nasi ko dia..asal jange jemor panas gak tak apa lah. Tp ada juga orang kata kayu ni berona…biar nya berona gih..

Proses melarik kayu                                  Proses melarik tembaga

Salah satu sebab yg menjadikan ambo koho ghalit buat ggoni ialah nya mari telintas nk buat pembaharuan, selama ni orang buat suna bulih napok temin penyambung, tp hokni ambo buat selapis lagi penutup temin supaya apabila suna disambung, tidak akan napok temin tu dan bentuk suna tu pun napok selari dari atas ke bawah.  Kalu demo kata ambo sudah merosakkan tradisi pembuatan suna pun biar nya kata gi lah.. tujuan ambo ialah untuk nk mengangkat alat muzik tradisional kita setaraf dgn alat muzik tradisional negara lain..kalu kita tgk alat-alat muzik tradisional negara lain sprt Cina, Thailand, Japun, Korea memang kemas, kita takleh nk lawan dari segi pembuatan dia.. Kalu buleh alat muzik tradisional kita ni pun toksir doh la pesen jenis buboh dlm plastik rokrak la, gguni gula la, supit baja la…ada saing ambo hok sorang tu pesen jenis bukuh nga kain batik sarong bini dia..

Sebagai seorang yg terlibat dengan pengajaran dan cintakan alat muzik tradisional bangsa sendiri, ambo rasa bertanggung jawab untuk cuba mencipta satu kaedah yg baru yg dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pemain sewaktu menggunakannya, baik terhadap fizikal alat dan juga kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana memandang sebelum ini tidak ada siapa lagi yg cuba berusaha meneroka kearah ini. Seperti mencipta notasi serunai dan rebab dan diagram penjariannya utk memudahkan lagi keberkesanannya didalam pengajaran dan pembelajaran yg mana bagi mengganti kaedah lama yg hanya mengguna sistem pandang perhati, dengar dan cuba.

Bagaimana pun ambo merasa cukup puas hati kerana hasil kerja yg ambo buat selama beberapa bulan ini telah siap. Kepuasan adalah amat penting didalam menghasilkan sesuatu karya seni dan itulah makanan angin ambo selama ambo menyiapkan karya terbaru ni.

Sudah Siap                                                          Hampir siap

Beleghe Kecik Mengayak Gading
Kawe ingat ko takdak doh loni orang guna lirik ‘Beleghe kecik mengayak gading’ dlm lagu mengadap rebab, rupanya ada lagi dih…. Bagi kawe, kawe tetap dengan lirik  ‘Beghe kecik mengayak gading’…   kawe pun tak tahu atas alasan apakah mereka guna lirik tuh, cuma kawe nak royak alasan kawe mengapa kawe pakai lirik ‘beghe kecik mengayak gading’. atau “Beram kecik mengayak gading”.

BERAM / BEGHE – berasal daripada perkataan biram, iaitu nama lain bagi gajah. Oleh kerana orang melayu kita ni suka mengiaskan gerak tari dalam lagu mengadap rebab dengan gerak binatang dan tumbuhan (flora dan fauna) maka salah satu gerak tarinya ditiru dari gerak gajah mengayak gading.

Oleh kerana gajah ni seekor binatang yang besar, sedangkan penari tu seorang manusia yang kecik, maka disebutlah ‘Beram kecik mengayak gading’, seolah2 penari tu bagaikan gajah kecik sedang melakukan gerak tari seperti gajah besar (gajah sebenar) sedang /mengayak/melenggang gadingnya….

Soalnya bakpo dia sebut perkataan ‘Beram"’ di situ, tak bulehkah dia sebut perkataan ‘Gajah’??.. Jawabnya, kalu kita sebut kita ni gajah, bbunyi kasar sikit, lalu diganti dgn perkataan yg lebih sedap didengar, iaitu ‘Beram’, walaupun makna beram ni sebenarnya bemakna warna yang tua..

Lain pula halnya dengan lirik satu lagi yg menyebut secara terus terang, iatu ‘Seperti gajah lambung belalai’. Dlm lirik ini penari tidak mengaku dirinya gajah, tetapi gerak tarinya sahaja menyerupai gerak gajah, sebab itu itulah disebut ‘Seperti gajah…..’. penyusunan lirik beginilah yang menjadikan ianya lebih berseni, bukannya pakai sebut ikut sedap jah.. Pak Lah Sg. Keladi kata “Hokni la ore panggil bahasa sastera mokyong”.

Di bawah ni kawe petik dari muka surat 141 dalam satu kamus lama oleh R.J. Wilkinson. tahun tak soheh, cuma ada tercatit kamus ni Wilkinson hadiah kpd kawannya tahun 1915.

BELERANG / BELEGHE – sejenis benda berketul keras supo tawas tapi berwarna kuning. Setahu kawe tidak ada dah makna lain selain dari makna ini, dalam kamus dewan pun ada sebut satu ni jah..tp kalu ada sapo2 yg boleh royak makna lain lagi bagi belerang ni selain dari hokni silalah tulis disini, supaya kita dapat kongsi pendapat bersama2…..kalu beleghe ni takdok gading weh..

Kemungkinan juga ada satu lagi pemahaman lain iaitu apabila disebut saja perkataan ‘Beram atau beghe’, kebanyakan penulis yg tidak arif dlm bab ini akan akan mengeja ‘Berang’, yg bererti marah yg amat sangat. Sebutan ini sudah tentu akan membawa makna yang lain dan kawe sendiri pun tidak setuju dengan ejaan dan makna ini.

p/s .. kalu sapo2 nk tengok lagu mana gajah mengayak/melenggang gading bulih pegi ke zoo…selalunya gerakan ini dilakukan oleh gajah jantan…

Sisa Peninggalan Masjid Tua
Semasa guru ku ini masih hidup, beliau pernah menceritakan kepada aku, semasa  Dato’ Perdana Seri Paduka Raja menjadi menteri besar Kelantan, beliau telah membawa  perkakas kasar kayu  sebuah mesjid tua yang telah dirombak dari Kota Bharu dan diletak di tanah lapang berhadapan dengan rumahnya (tapak mesjid Jelawat sekarang). Mungkin juga kayu-kayu tersebut hendak dibangunkan semula untuk kegunaan orang awam sekitar kampung tersebut sebagai tempat solat.  Menurut guru ku, ada juga daripada kayu-kayu tersebut diukir dengan bermacam-macam awan larat. Apa yang aku masih ingat sehingga sekarang ialah beliau menceritakan seloran mesjid tersebut dibuat dari sebatang kayu besar yang panjang dan diukir seperti tubuh se ekor ular yang bersisik. Kata guru ku lagi, selang beberapa tahun di situ, kayu-kayu tersebut kemudiannya telah dipindahkan ke satu tempat berhampiran dengan tanah perkuburan Kubang Chenok.

Mengalih tiang-tiang besar masjid tua semasa gotong royong membersih tanah

perkuburan Kubang Chenok Jelawat pada 25/10/1959

Pada mulanya aku malas nak cerita  pun, dan biarlah ia menjadi khazanah dalam ingatan dan pengetahuan aku saja bersama2 dengan cerita2 yang lain. Tp beberapa tahun kebelakangan ini setelah ayah kepada kawan aku meninggal dunia (adik kpd guru ku), kawan aku telah menunjukkan beberapa album lama kampung kami yg diambil dari tahun ‘40an lagi yang terdapat beberapa keping gambar tentang pemindahan kayu tersebut.

Berdiri di atas timbunan kayu masjid setelah selesai gotong royong.

Daripada beberapa keping gambar ini dan cerita yang dikhabarkan oleh guru ku itu, sampai sekarang masih lagi menjadi tanda tanya aku. Adakah kayu-kayu tersebut sebenarnya daripada kayu bekas binaan masjid besar Kota Bharu yang telah dibina semula pada tahun 1867 iaitu sebelum terbinanya masjid Muhammadi pada tahun 1922 atau pun kayu dari masjid tua yang lain??……

Wallahua’lam

PENTAS
Disember 2009 sudah genap 3 tahun saya menjadi penyumbang kepada majalah PENTAS di dalam siri penulisan saya yang mencangkupi dalam dunia seni persembahan, terutamanya yang perkara-perkara berkaitan dengan seni persembahan tradisional melayu negeri Kelantan.

Walaupun saya tidak mempunyai pendidikan yang formal dari mana-mana institusi pengajian tinggi berkenaan dengan bidang penulisan dan juga bidang yang saya tulis ini, tetapi Alhamdulillah dengan berbekalkan sedikit sebanyak pengetahuan yang saya warisi dari orang-orang tua dahulu yang pernah membimbing saya, dan pengalaman mengenainya yang telah saya lalui selama lebih 40 tahun, telah saya manfaatkan kembali melalui artikel-artikel di dalam kolum Masterclass majalah ini kepada generasi kini yang mungkin menjadi satu pengetahuan baru dan rujukan kepada mereka-mereka yang memerlukannya.

Terima kasih kepada Istana Budaya, editor lama dan editor barunya, Abang Sutung Umar Rs, Adik Rahimidin Zahari dan semua yang terlibat di dalam penerbitan majalah ini kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya dulu kini dan selamanya untuk terus memberi sumbangan…

Minyak Gah
Terlanjur pasal cerita Tok Abas tertelan minyak gah masa teater Tok Janggut dua bulan yang lepas, maka aku pun  ada satu cerita pasal kelebihan minyak gah ni. Minyak gah atau minyak tanah ini sebenarnya biasa diminum oleh orang-orang kampung untuk sekadar nak buat ubat, tapi diminum hanya satu atau dua camca sahaja, bukannya satu botol.

Sebelum adanya kemudahan elektrik di kampung-kampung, minyak gahlah yang menjadi sumber terpenting sebagai bahan bakar untuk menghidupkan api pelita bagi menggantikan lemak binatang atau minyak kelapa  pada zaman sebelumnya. Bilakah tarikh minyak gah dibawa masuk ke Kelantan aku pun tak tahu, tapi yang nyatanya di bandar Kota Bharu ada sebatang jalan yang dikenali dgn nama “Lorong minyak gah”.

Bagi golongan kaya yang tinggal dikampung-kampung, walaupun tidak ada kemudahan bekalan elektrik tetapi mereka akan membeli segala peralatan keperluan untuk kegunaan harian yang menggunakan bahan bakar dari minyak  gah sebagai sumber tenaga untuk peralatan tersebut berfungsi. Barangan ini tidak dapat dibeli oleh orang biasa kerana mahal. Itulah makanya kalau dalam satu-satu kampung, boleh dikatakan hanya beberapa rumah sahaja yang mempunyai lampu gasolin.  Bahkan mengikut satu sumber dari orang2 tua, sewaktu harga getah mahal tahun ‘50an dahulu, ada diantaranya yang membeli peti sejuk bawa balik ke rumah kerana nak menunjuk kepada orang kampung bahawa dia kaya, maklumlah kerana mempunyai kebun getah yang luas. Oleh kerana rumahnya tidak ada bekalan elektrik, kesudahannya peti sejuk dibuat almari tempat simpan kain baju.

Lampu gasolin yang aku maksudkan disini bukanlah sama bentuknya dengan lampu gasolin yang ada sekarang ini, tetapi bentuknya terbalik. Tangki minyaknya berbentuk bulat seperti kueh donat dan cerminya pula berbentuk seperti jantung pisang. Lampu jenis ini juga tidak boleh diletak ke lantai kerana cermin mentolnya berada dibahagian bawah dan tangki minyak disebelah atas. Sebenarnya suatu masa dahulu aku ada simpan sebiji lampu gasolin jenis ini, tapi telah ku jual kepada seorang kawan untuk dijadikan hiasan rumahnya.

Selain dari lampu gasolin, ada tiga barangan lagi yang aku pernah lihat yang menggunakan minyak gah sebagai bahan bakar, yang mana mungkin sesetengah orang sekarang tidak percaya barangan tersebut dapat berfungsi hasil dari pembakaran api minyak gah tersebut dan itulah teknologi zaman dahulu. Barangan tersebut ialah Peti Sejuk Minyak Gah, Kipas Angin Minyak Gah dan Seterika Minyak Gah. Tapi sayangnya semua barangan tersebut aku tidak dapat mengambil gambar kerana masa itu aku belum memiliki kamera lagi. Bagaimana pun aku masih bernasib baik kerana berjaya memiliki 2 buah seterika minyak gah semasa aku menjadi perantau di Johor suatu masa dahulu.

Kalau di Kelantan, seterika minyak gah ini kebanyakannya terdapat dirumah-rumah orang yang berkerja kerajaan, terutama sekali guru-guru sekolah. Seterika ini aku rasa memang  sengaja dicipta untuk kegunaan orang-orang yang tinggal di kawasan2 yang tidak ada kemudahan bekalan elektrik waktu itu..

Caro guno….cabut penyumat tepat pong tu, pahtu buboh minyak gah dan tutup balik. Lepah kita pong angin tu, kita pulah punat ngejah alik belake tu sikit nk bui minyok tubik sikit utk nak cucoh api kot lube tepi tuh…bilo api menyala dan agok2 panas sikit, baru kito pong angin bui banyok. Api akan tubik supo api dapur semawar sembor ko tapok stareko…mako bulehlah wak ggosok kain baju….Ilir ken tu pada stareko arang..

Meraksi
Sedang aku menyelongkar mencari sesuatu di dalam simpanan ku, dengan tak sengaja aku terjumpa sebuah manuskrip lama yang aku pun sudah lupa mengenai nya. Di dalamnya terdapat bermacam petua orang dahulu kala mengenai bermacam2 bab. Di sini aku cuba nukilkan secara ringkas satu bab yang menceritakan mengenai isteri baik dan jahat atau dalam bahasa biasanya ialah untuk mengetahui sesuai atau tidak jodoh kehidupan sesaorang itu bersama pasangannya (Raksi). Tujuan aku sebenarnya bukanlah untuk hendak mempercayai benda-benda sebegini kerana ianya bercanggah dengan agama kita, tetapi sekadar untuk menjadi tatapan dan renungan kita semua yang mana inilah salah satu cara yang diamalkan oleh orang tua kita dahulu.

Bab pertama hendaklah kita mengetahui nilai setiap huruf jawi yang ada didalam ejaan melayu.

ALIF  BA  TA  THA  JIM  CA  HA(kecik)  KHA  DAL  ZAL  RA  ZAI  SIN  SYEN  SAD  DHAD  THA  ZHA  1        2      3     4      5     13     6                7       8      9     10    11   12    13      14       15       16    17

AIN  GHAIN  NGA  FA  QAF  KAF  GA  LAM  MIM  NUN   WAW  HA(BESAR)  LAMALIF  HAMZAH        18      19       25     20    21     22     21    23     24     25       26        27                   28           29

YA  NYA                                                                                                                                             30    30.

Setelah cerap semua nilai setiap huruf diatas, maka barulah kita raksikan nama lelaki dan nama perempuan yang hendak dijodohkan. Sebagai contohnya, lelaki bernama Ahmad Jazimin dan perempuan bernama Nurul Erlin. Langkah yang pertama ialah kita ambil kepala huruf nama lelaki dan dicampur dgn kepala huruf nama perempuan.

ALIF (1) + NUN (25)  =  26

Langkah ke-dua, hendaklah membuat 5 tompok dan setiap tompok mengandungi 5 bilangan.

ooooo         ooooo       ooooo       ooooo       ooooo        =  25 bilangan.   baki lagi = 1

Baki yang  1 itu hendaklah dimasukan ke dalam tompok yg sudah tersedia menjadikan tompok pertama sahaja yang berjumlah 6 bilangan, tompok-tompok yang lain masih berjumlah 5 bilangan. Jumlah ini didalam syarah raksinya dipanggil “Lebih Satu”.

oooooo      ooooo      ooooo      ooooo      ooooo

Lebih Satu (Telaga Bawah Bukit)                                                                                                      Adalah tersangat baik raksinya, tiada berkelahi balah seumur hidup dan berkasih-kasihan hingga ke-mati. Segala pencariannya naik tagam dan mendapat harta yg banyak, maka ia boleh menolong orang dalam kesusahan. Jika mendapat anak lelaki atau perempuan bertambah kasihnya, jika berniaga bertambah besar untungnya.

Lebih Dua (Bulan Penuh Purnama)                                                                                                   Sukacita berkasih-kasihan laki bini tiada berkelahi balah jua. Pencariannya cukup, tetapi hingga lebih jika rajin usahanya dapat juga menolong orang yang kesusahan dan jika dapat anak lelaki kekusahan rezekinya dan ada juga balah laki bini tetapi tiada melarat. dan jika mendapat anak perempuan, adalah rasiknya seperti telaga bawah bukit.

Lebih Tiga (Menteri Benci)                                                                                                                Adalah raksinya tiada kekal kesudahannya antara laki bini, berkelahi balah sokmo sehingga bercerai berai. Pencariannya tiada cukup makan dan berhutang. Jika mendapat anak lelaki, raksinya seperti menteri suka dan jikalau mendapat anak perempuan, adalah raksinya seperti bulan penuh purnama.

Lebih Empat (Menteri suka)                                                                                                               Adalah Raksinya sedangrakna, berkasih-kasihan jua laki bini dan pencariannya sedangrakna juga tidak lebih tidak kurang. Dan jika mendapat anak lelaki bertambah-tambah kasih dan jika mendapat anak perempuan, bertambah harta dan murah hati antara laki bini.

Lebih Lima (Tanduk Seberkas)                                                                                                        Adalah raksi ini tiada baik sekali2. Sentiasa berkelahi balah antara laki bini dan tidak kekal kehidupannya. Pencariannya pun tiada beroleh dan tak dapat tidak akan bercerai berai.

Lokanbertepuk:  Sebuah hadith yang diriwatkan oleh Safiyyah RA. Nabi Muhammad SAW bersabda  yang maksudnya “Sesiapa yang mendatangi sesaorang ‘arraf, dan bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima amalannya selama 40 hari”.

Sireh Bertingkat Tepung Berbunga
Masih teringat lagi semasa aku kecil dahulu kalau hendak diadakan majlis kenduri besar-besaran atau di negeri aku lebih terkenal dengan panggilan ‘Bekwoh’ maka bersidanglah “Tuan Kerja” dengan sekelian orang-orang tua untuk menentukan hari yang baik untuk membuat kenduri tersebut, baik kenduri kahwin atau kenduri bersunat anak. Selalunya penentuan hari dan tarikh akan dirujuk kepada bulan islam atau disebut sebagai bulan melayu atau pun kitab-kitab lama yang mengadungi bab untuk mengetahui ‘hari baik ketika molek’ dan penentuan hari dan tarikh inilah oleh orang-orang tua di tempat aku disebut sebagai ‘Pacak Hari’.

Apa yang aku suka melihat di dalam acara bekwoh ini ialah berarak pengantin atau disebut sebagai “Belarak Anak Teruna” kerana di sana terdapat semua barangan hantaran dan pulut semangat diletak atas pahar, dibawa dengan cara menjunjung di atas kepala. Bagi orang tempat aku hanya disebut ‘Par’ atau ‘Anak Kasa’ sahaja.  Aku rasa budaya menjunjung anak kasa segala barangan hantaran di atas kepala sekarang ini sudah jarang dapat dilihat lagi, semuanya pakai kelek dan tampu sahaja.  Antara sebab yang terjadi demikian ialah:

1.   Orang muda sekarang, terutamanya orang perempuan sudah tidak pandai lagi menjunjung barang2 kerana sudah ada kemudahan lain untuk membawa barang2 sedangkan kalau zaman dahulu, pekerjaan menjunjung adalah satu kewajipan yang mesti boleh dibuat oleh semua orang2 perempuan, sehinggakan perempuan yang pandai menjunjung dengan berlepas tangan dipandang mempunyai kelebihan oleh masyarakat, apa lagi kalau perempuan itu pandai bertenun kain.

2.   Fesyen rambut orang muda  sekarang yang bermacam2 ragam menyebabkan menjadi masaalah jika menjunjung, apa lagi kalau rambut yang baru didandan di hair saloon untuk tujuan ‘nak gi makan gulai’.

Apa yang aku nak ceritakan disini ialah tentang pupusnya salah satu dari peralatan wajib yang menjadi kebanggaan orang2 tua kita dahulu semasa belarak anak teruna, iaitu sireh bertingkat atau sirih beragam dan tepung berbunga dan seumur aku hanya sekali sahaja sempat melihat orang belarak anak teruna pada pertengahan tahun ‘60an dahulu di kampung Gong Nyatoh, itu pun diatas permintaan tuan kerja (Bapa pengantin) sebagai hendak mengingati peristiwa perkahwinannya sebelum perang jepun dahulu.

Sehari sebelum belarak, orang yang ditugaskan membuat sireh bertingkat ini sudah mula membuat sakak untuk diikat keatas par Tentang jumlah par nya tergantung kepada keupayaan tuan kerja, tapi kadang2 ada juga sanak saudara atau sahabat handai yang memberi sumbangan sebagai sponsor untuk tujuan ini. Pada esoknya barulah gubahan sireh dan segala macam kueh dan pulut beranika warna digubah dan disusun sehingga menjadi susunannya bertingkat2 setinggi antara dua hingga empat kaki tinggi. Pada bahagian atas sakak dihiasi dengan bunga2an dan bunga tepung yang beranting.

Apabila tiba masanya iaitu selepas selesai solat asar maka berhimpunlah sekelian orang belarak kira2 setengah kilometer dari rumah tempat bekwoh. Antara yang ada bersama pada masa itu ialah pasukan wayang kulit dan pasukan bersilat. Tempat berhimpun ini selalunya dipanggil tempat berendam. Sebelum perarakan dimulakan dan sementara menunggu, muzik silat dimainkan atau boleh juga disertai dengan tarian silat. Setelah siap semuanya  ketua perarakan akan berselawat sebanyak 3 kali. Selawat kali pertama dan ke dua akan disambut oleh gertakan alat2 muzik silat dan wayang kulit sebagai isyarat menyambut selawat. Selepas selawat yang ke tiga barulah semua muzik gendang silat dan muzik wayang kulit dimainkan dan ada kalanya ditambah dengan tembakan senapang ke udara sambil berjalan mengiringi anak teruna (penganti lelaki).

Perarakan Sirih Bertingkat dan Tepung Berbunga sudah tidak dapat dilihat sekarang ini.

Mengikut cerita orang2 tua kalau zaman dahulu, perarakan seperti ini didahului oleh dua orang pembawa tetunggul (bendera), pembawa nasi kunyit, sirih bertingkat, tepung berbunga, par2 yang berisi dengan barangan lain, anak teruna serta pengapit dan pawai. Bahagian sebelah belakang terdiri dari orang ramai dan pemain muzik pengiring.

Perlimau
Proses latihan di dalam masuk bangsal untuk upacara perlimau merupakan proses latihan untuk dalang2 yang hampir mencapai tahap profesional atau pun sudah layak untuk diiktiraf sebagai seorang dalang asli. Proses latihan peringkat ini juga lebih menitikberatkan hubungan antara guru dan murid yang mana sama2 melaksanakan tanggujawab mengikut cara2 aturan dalang didalam latihan ini.

1. Latihan cerita untuk wayang kulit berjamu  -  terdapat tiga cerita yang akan dipersembahkan pada malam akhir untuk upacara perlimau, iaitu episod Wak Peran Hutan, episod Kosi Serawi @perhantuan Bota Mahrajawana dan episod Sang kaki (Sang Kaki Betara Kala @ Sang kala Awal). tidak sebagaimana wayang melayu kelantan yang akan mempersembahkan cerita Bota Wila Samba. Aktiviti yang bersifat ritual dibuat semasa latihan kecuali dalam upacara buka panggung untuk tujuan ini. Kendati pun begitu murid juga diajar kaedah penyelenggaraan aktiviti tersebut. Pengajaran berkenaan dengan hal2 yang berkaitan dengan ritual ini akan diajar kepada murid yang akan diperlimaukan sahaja kerana penurunan ilmu begi adalah bersifat rahsia.

2. Murid juga diajar mentera ilmu perbomohan, minda dan jiwa murid mestilah dijurus sepenuhnya kepada penyatuan dan penyebatian antara alam realiti dan alam ghaib. Antara aktiviti yang harus dilakukan ialah memahami, merasai dan mengalami proses tersebut yang bersifat rahsia. Sekiranya proses tersebut terlaksana, ia akan memudahkan murid mengalami dan mengendalikan proses ‘lupa’ (trance) semasa aktiviti berjamu pada sebelah paginya.

3. Dalam jangkamasa latihan untuk proses ini juga, murid tidak dibenar membuat sebarang persembahan di tempat lain dan tidak dibenarkan memnonton sebarang persembahan wayang kulit yang lain kecuali di bangsal latihannya sahaja. Ini bertujuan untuk menumpukan perhatian dan minda murid kepada proses latihan untuk tujuan perlimau. Murid juga tidak dibenarkan meninggal bangsal latihan seperti yang tertera didalam pantang larang waktu proses latihan diperingkat asas dahulu.

Setelah tamat latihan, murid tersebut akan menjalani upacara perlimau oleh gurunya. Upacara ini adalah merupakan upacara pengijazahan oleh guru kepada murid tersebut. Tidak sebagaimana perlimau bersilat yang boleh dibuat untuk lebih dari satu murid dalam satu upacara, tetapi perlimau dalang wayang kulit hanya diperuntukkan kepada seorang dalang sahaja untuk setiap upacara. Murid akan memainkan cerita dalam wayang kulit berjamu (episod Batara Kala) dan upacara rutual lain akan dikendali oleh gurunya.

Soalnya mengapakah episod Batara Kala ini akan dimainkan pada bahagian akhir persembahan iaitu lebih kurang pukul 4 pagi. Kerana dalam episod ini tedapat banyak sekali sumpahan dan juga soalan yang  dikemukakan oleh Batara Kala kepada dalang bongsu (murid), daripada struktur panggung, alat-alat muzik, jumlah pemain, tujuan persembahan diadakan dan lain2 lagi, dalang bongsu harus menjawabnya satu persatu secara simbolik dan nyata denga penuh keyakinan mengikut apa yang diajar oleh guru kepadanya. Setelah berpuas hati dengan jawapan dalang bongsu tersebut akhirnya Batara kala menghadiah gelangnya sebagai ijazah kepada dalang tersebut. Selepas daripada inilah baru sampai kepada kemuncak upacara ritual akan dilakukan oleh murid tadi dan sekali gus upacara pengijazahan pendalangan dari guru kepada murid. Dengan ini murid tersebut barulah diiktiraf sebagai dalang yang sah, bukan dalang tiruan lagi.

Ayahmat Menara, sepanjang hidupnya  telah diperlimau sebanyak tujuh kali oleh tujuh orang guru.

Aku rasa cukup setakat ini saja sebagai pengetahuan umum kaedah yang dibuat oleh orang tua dahulu berkenaan dengan upacara perlimau ini. Bagaimana pun murid tersebut tidak boleh berbangga dgn title DALANG yang  diperolehinya itu. Banyak lagi perkara2 yang mesti dilaluinya untuk dia diakui sebagai seorang yang bergelar TOK DALANG oleh orang persaorangan, masyarakat dan siapa saja yang mengenali nya.

Silibus Pengajaran Peringkat Lanjutan.
Proses pengajian peringkat ini juga akan mengambil masa 100 hari juga, sama seperti sama seperti peringkat asas, cuma pada peringkat ini latihan lebih ditumpukan kepada latihan persembahan sahaja. Bagaimana pun teknik berbari masih ditekankan juga dengan tujuan untuk mengasah minda murid supaya lebih kreatif dalam membawa lelakon. Murid juga didedah dengan cerita-cerita ranting, cerita tanggam  yang berteraskan cerita-cerita pokok, kecuali dalam membawa cerita saduran dan setiap cerita yang dibawa hendaklah dilaonkan dari sampai ke akhir walaupun mengambil masa yang agak panjang.

Pada masa menjalani latihan peringkat lanjutan ini, jika sekiranya murid itu ingin mempersembahkan permainanya dikhalayak ramai di panggung yang lain, murid tersebut perlu mematuhi beberapa syarat dibawah ini kerana masa ini status murid sama seperti status dalang tiru iaitu dalang yang belum lagi mendapat ijazah pendalangan.

1.  Tidak boleh lagi mempersembah permainannya kepada khalayak ramai kecuali terlebih dahulu    mendapat perkenan dari gurunya atau pun mendapat jemputan dari dalang yang telah diperlimau (dalang asli). Itu pun guru atau dalang asli mesti ada bersama semasa murid membuat persembahan.

2.   Tidak boleh mengajar murid2 baru secara formal, kerana belum mendapat tauliah.

3.   Dilarang bermain wayang kulit berjamu atau yang bersifat ritual.

4.   Tidak boleh menjalankan upacara-upacara ritual secara sendiri kecuali dengan menggunakan khidmat gurunya atau dalang lain yang telah diiktiraf (dalang sudah perlimau).

Latihan peringkat asas  (Gambar hiasan)

Proses latihan lanjutan ini sebenarnya untuk memberi peluang kepada murid supaya mendalami apa yang telah diperaktikkan semasa latihan asas dahulu sehingga layak untuk diperlimaukan. Bagi murid yang sudah mempunyai asas kerana telah lama berkecimpung dan belajar tidak secara formal melalui penglibatannya yang sudah bertahun-tahun di dalam kumpulan wayang kulit, maka beliau bolehlah terus masuk bangsal peringkat lanjutan. Selepas tamat latihan lanjutan, murid diberi pilihan oleh gurunya untuk menerus belajar peringkat lanjutan lagi atau diperlimau. Biasanya kalau kemahiran murid sudah mencapai tahap piawaian yang difikirkan sesuai, guru akan menasihat kepada murid supaya diperlimau terlebih dahulu. Ataupun jika murid memilih untuk tidak diperlimaukan terlebih dahulu kerana ingin menyambung pelajaran kepada guru yang lain maka upacara tamat latihan akan dibuat sebagai menghomati guru tersebut. Di sini dapat disimpulkan bahawa upacara tamat latihan dan upacara perlimau adalah dua upacara yang berbeza.

bersambung………….