KAYANGAN vs KARANGAN
by lokanbertepuk ~ January 6th, 2009. Filed under: Makyung.Disamping menjalankan tugas harianku di penghujung tahun lepas, sempat juga aku terlibat dalam dua program Mak Yong yang dibuat pada bulan November lepas. Program yang pertama ialah persembahan Mak yong Raja Besar Senyanya yg di pentaskan oleh kumpulan Mak Yong Istana Budaya dengan kerjasama Pusat Pengajian Seni USM di Dewan Budaya USM pada 8 & 9 November 2008 dan program Mak Yong Ekstravaganza 2008 di Matic Jln Ampang pada 27 – 30 Nov 2008.
Disamping terlibat sebagai pemain muzik pada kedua-dua program tersebut, aku juga diminta menjadi sebagai ahli panel di dalam program Bicara Seni Mak Yong Di Abad Ke 21 dan penceramah Bengkel Mak Yong Ektravaganza.
Di dalam melontarkan pandangan masing-masing di dalam kedua-dua bengkel ini maka bermacam pendapat yang aku dengar daripada penceramah-penceramah dalam bidang masing-masing, bermula dari salsilah mak yong, filasafah Mak Yong hinggalah kepada tarian, muzik, kostum dan lakunan Mak Yong.
Maka teringatlah aku di suatu masa dahulu pernah juga aku mendengar ada yang mengatakan bahawa tangan yang di angkat sewaktu menari yang menampakkan lima jari itu adalah sebagai lambang kepada huruf alif lam lam ha.

Bicara Seni : MAK YONG DI ABAD 21
Kadang-kadang hatiku tertanya-tanya juga adakah benar ini semua atau pun sengaja direkacipta oleh orang dahulu untuk meyakinkan orang ramai bahawa di dalam permainan Mak Yong itu ada terkandung erti disebaliknya atau selaras dgn agama islam demi untuk mengelak dari lalai mengingati tuhan, bagaimanpun aku tidaklah pula menafikan pendapat tersebut.
Bagi pendapat aku, di dalam keadaan Mak Yong yang sedang hendak dipulihkan balik sekarang ini ada lebih baik jika ianya ditumpukan kepada hal-hal yang bersangkutan dengan persembahan seperti pengucapan, geraktari, nyanyian, muzik dan lain-lain elemen yang bersangkutan dengan persembahan. Bagi aku, di sinilah terletaknya keindahan seni MakYong itu jika dihayati betul-betul.

Bengkel muzik Mak Yong Pada sebelah petang.
Aku berkata demikian kerana apabila aku menonton kebanyakan persembahan mak yong sekarang ini, aku rasa banyak perkara-perkara yang sepatutnya ditonjolkan tetapi sudah tidak ada lagi, seolah-olah aku melihat sebuah pementasan drama yang menggunakan dailek Kelantan dan berlatar belakangkan muzik tradisional. Apa tidaknya, setiap gerakan perjalanan hanya menggunakan suasana “Gaduh Lorat” sentiasa. Kalau ada yg menyanyi lagu barat anjur sekali sekala pun sudah lagi tidak mengikut tempo lagu yang telah ditetapkan.
Nasib baik lagu-lagu mak yong ini belum difahami secara menyeluruh lagi oleh penonton awam, kalau tidak, ramailah pelakon yg menyanyi Mak Mong akan dicap sebagai menyanyi out tempo. Bagi pandangan aku, perkara-perkara sebeginilah yang sepatutnya dititik berat oleh penggiat dan pengajar, daripada mereka membincangkan falasafah, lambang dan sebagainya pada peringkat pemulihan ini.

Bersama dengan kumpulan Istana Budaya
Pernah juga di satu persembahan mak yong yang aku tonton sedikit masa dulu ada antaranya aku terdengar satu pengucapan yg di ucap oleh seorang peran kpd raja (Pak yong) yg berbunyi.
Wan lah takkala tuanku keluar tubit pagi hari gelap limun- limun basah.
Peloh pelai tajong menajong seperti manik gugur dari kayangan.
Aku pun tak tahu dari manakah sumber yg mereka ambil sehingga menjadi basah dan kayangan, atau mereka mendengar dari pita rakaman yg tidak jelas sebutannya. Yang aku rasa ialah yang mengajar ini ialah mereka yg tidak berpengetahuan sgt dlm Mak Yong. Itulah makanya yg aku lihat sekarang init teater Mak yong sgt mudah dilakonkan oleh orang sekarang, tidak seperti zaman aku belajar 40 tahun dahulu. Zaman aku aku dahulu, guru akan menerang dan menghurai satu persatu apa yg diucap supaya tidak tersalah sebut.
Berbalik kpd pengucapan di atas tadi, yang pernah dan selalu aku dengar pengucapan ini di ucap oleh penggiat mak yong lain, baik yg masih hidup dan yg telah mati ialah.
Wan lah takkala tuanku keluar tubit pagi hari gelap limun-limun basa.
Peloh pelar tajun menajun seperti manik putus dari karangan.
Pengucapan sebegini dinamakan “Ucap Tetap” yg memperkenalkan tempat, latar tempat, suasana dan peristiwa. Untuk memperkenalkan fungsi-fungsi di atas, peran akan menggunakan kunci ucap atau kunci bilangan untuk menggambarkan suasana tersebut.
Pengucapan yg menggunakan kiasan ini menggambarkan raja keluar pada pagi hari dalam suasan yg gelap lagi (kalu di dalam perbualan harian ore tua tua dulu, waktu pagi-pagi sebegini dia sebut dgn istilah “ayam turun sarang” atau “Cerah tanah”) dengan keadaan peluh yang merecik dari badan bagaikan biji-biji manik yang bertaburan apabila putus tali ikatan karangannya. Sedangkan perkatan Tajun menajun itu sendiri bermakna peluh yang keluar berhamburan sprit manik putus dari karangan.
Sepanjang pengamatan aku di dalam beberapa penulisan sekarang ini, aku pernah terjumpa bermacam-macam fakta yg tidak tepat, sehingga ada yg mengatakan bahawa sekarang ini digunakan tali biola atau tali gambus pada rebab. Alangkah baiknya kalu dapat fakta-fakta dan pengucapan ini diperbetulkan balik supaya selaras dengan apa yang sebenarnya.

January 7th, 2009 at 1:11 pm
setuju sungguh dengan artikel nih..
sepatutnya dengan nama2 besar yang ada di tempat menimba ilmu Mak Yong.. pengiktirafan yang diberikan.. peluang yang ada.. dimanfaatkan oleh segala cita.. segenap umat yang berbeda…
tapi menda ni kalu tak sepenuh hati.. tidak dengan kasih dan rela.. menanti suasa bertukar ganti.. samdaa emas putih beralih kuning.. tidak akan mewaris benda hok yang asli.. akan mengikut sesedap rasa.. serta berpaksi mata selera..
doa ambo supaya peluang ini diambil kira oleh segenap lapis yang ada, demi mengekalkan keunikan muzik Mak Yong yang asli… kekal selama waktu lapis anak cucu kemudian hari..
January 8th, 2009 at 10:45 pm
Setuju..
Sebagaimana yang dapat hamba perhati dan menghayati, ada beberapa perkara yang agak tinggi untuk diserapkan oleh pewaris muda ini ke dalam kotak minda. Penerangan dan pendedahan kekadang agak berterabur dan penceramah juga yang tidak pakar dalam bidang berkaitan pun cuba mengaitkan sesuatu hal yg belum jelas tentang sesuatu simbolik atau falsafahnya..
Bila ayoo…diterjemahkan sebagai ayun @ buai…fikiranku terus dimalapkan secara paksa untuk menerima kenyataan kabur sebegitu..
Sebolehnya susunlah personel dalam bidang yang betul-betul layak utk mengolahnya..kesian jika raja jadi rendah martabatnya bila bercakap pasal jenis baja pokok pisang..hilang respek rakyat jelata..ahaks..
abeyie@arjunasukma
January 9th, 2009 at 12:14 am
Bercakap tentang sebutan “Ayoo” ini, sebenarnya saya sendiri pn pernah mendengar sebutan ini disebut dgn perkataan “Ayuh” atau “Ayuh la tuan wei”. Kan ini sudah lari dari sebutan yg asal!!.
Perkataan yg sebenarnya ialah “Yong” iaitu merujuk kpd satu kepercayan bahawa Yong itu adalah nama salah satu drpd 3 orang yg dikatakan mempunyai kaitan dgn salsilah MakYong. Dan perkataan “A” di awal sebutan Yong itu pula adalah sebagai sebutan tambahan semasa memulakan menyebut sesuatu perkataan lain utk menunjukkan suasana kehairanan dsb.
Guru saya sendiri seringkali menyanyi dgn tidak menyebut perkataan “A” tp langsung terus menyebut “Yong”. Ini bermakna bahawa perkataan “A” dan “Yong” adalah dua perkataan yg berlainan, bukanya satu perkataan sebagaimana yg disangka.
January 9th, 2009 at 4:27 am
salam sekali lagi..
1. ambo juga pernah dimurnikan oleh seorang yang berpengetahuan mengenai pakaian dalam Mak Yong… Beliau mempersoalkan taraf watak ratu dan Inang…
antaranya ‘ela’ (kalu salah tulung perbetul) yang dipakai oleh watak Inang pada masa ini telah menjadi sama dengan watak raja/ratu…
2. sedikit kaget apabila ada lagu nyanyian yang tidak menjadi asli.. seolah2 renyeh nyanyian pop dilagukan dalam rebab dalam beberapa persembahan..
3. dari segi postur tarian, ambo juga tertanya2… bagaimanakah piawai tarian kirat mak yong yang asal sebab diperhatikan.. kirat dibuat sambil lewa dan tidak kemas.. walaupun ambo tidak pakar dalam tarian.. namun demikian ada penggiat mak yong tidak endah mengenai postur tarian dan gerak tari menyebabkan tarian nampak dibuat2…
4. Perkataan dalam Lagu Mengadap Rebab yang dicetak dalam buku cenderamata yang dijual pada harga RM5 ringgit beserta ‘badge’ dikhabarkan tidak betul..
contoh: liuk lituk Terkulai Balai… dicetak ‘Liuk Lintuk Gemulai Balai.. dan banyak lagi…
5. Terdapat banyak lagi yang ambo sendiri sedang mencari untuk mengetahui.. tapi jika perkara sebegini berlarutan, bimbang juga tiada yang akan sedar mengenal perkara sebenar dan diwarisi perkara yang tidak tepat ini sehingga bila-bila…
sekadar berpendapat…
January 13th, 2009 at 12:56 am
1. Se eloknya biarlah ada perbezaan antara raja dgn inang. Ela atau disebut ‘La’ itu adalah pakaian Pak Yong. Sebaiknya kekalkanlah “La” itu utk raja atau Pak Yong sahaja…
2. Nyanyia mak yong ini kalau kita seolah2 ada juga mirip kpd nyanyian lagu asli dan juga lagu kasidah. Jika penyanyi itu membawa gaya nyanyian mak yong mengikut renyeh lagi pop, saya rasa itu tidak menepati kehendak lagu mak yong yg asal krn menyanyi lagu mak yong ini perlu kpd penghayatan alunannya. Tp jika menyanyi lagu pop di dalam adegan lawak sebagai mencuit hati penonton saya rasa tidak menjadi kesalahan, bagaimanapun janganlah kertelauan.
3. Kirat ni ada yg selapis da dua lapis, itu terserahlah kpd penari itu utk memilih sendiri dan langkah kaki mengatur tapak itu mestilah bertepatan dgn tempo muzik. Begitu jga dgn posturnya, mmg ada juga yg menari sambil lewa disebabkan belum yakin atau sebagainya, terutama sekali watak pak yong. kalau watak peran itu tidaklah postur tubuh dititik beratkan sgt, kadang dibuat secara bersahaja tp bertepatan dgn tempo muzik.
4. Memang kalu mengikut didalam lirik lagu mengadap rebab, lirik yg asalnya ialah ‘Liuk lintuk terkulai balai’ atau dlm dailek kelantan di sebut ‘Liuk litok tekula bala’. Saya percaya perkataan “Gemulai” itu ditulis oleh mereka yg bkn pemain mak yong atau mereka menyamakan dgn perkataan ‘Gemalai’ yg terdapat di dalam ayat Lemah Gemalai. Tp setakat yg saya pernah dengar, perkataan lemah gemalai ini tidak pernah pun ada dalam lirik mengadap rebab.
Ini semua adalah berdasar kpd pengalaman saya sahaja sebagai seorang penggiat.
January 15th, 2009 at 4:21 am
mengapa proses rekod belum digiatkan demi memelihara pengucapan dalm seni ini agar tidak menjadi semakin disalahfahamkan??
mungkin dengan pembukuan hal pengucapan sedikit sebanyak mampu mengurangkan keterpesongan fahaman mengenai pengucapan2 yang ada..pada pandanagn ambo,kebnyakan perkataan yang dibawak berdasarkan pendengaran..dengar seakan sama,maka yakin dengan perkataan tersebut..
January 18th, 2009 at 8:01 pm
Sehingga hari ini saya rasa belum ada lagi pembetulan yg dibuat dlm bentuk penulisan dsb. Mungkin sestengah orang menganggap apa yg tercatit itu adalah benar belaka atau tidak ada yg cuba utk menyuarakan lagi perkara ini.
January 29th, 2009 at 11:40 am
Kementerian nak tunggu orang yang sepatutnya tahu itu tiada…baru nak keluarkan bajet utk membuat segalanya..kan?kan?kan>?
February 2nd, 2009 at 8:02 pm
Teringat akan kata-kata salah seorang sahabat saya, “Setakat berulang alik ke Kelantan sebulan sekali, mana mungkin boleh mendabik dada bahawa akulah seorang pakar”.
February 10th, 2009 at 11:09 pm
yang menjadi penyebab kepada kekeliruan/kepincangan/salah anggap terhadap satu2 istilah/perkataan dalam permainan makyung adalah kerana tiada teguran/penerangan daripada pengajar yang terdahulu terhadap satu2 istilah /perkataan tersebut. apabila satu2 perkataan/istilah itu agak asing dalam perbualan harian, maka, lapis baru ini akan menyebut istilah/perkataan sesuka hati mereka.
satu lagi adalah kerana pengajar2 dahulu tidak tahu membaca dan menulis (mungkin pengajar sekarang pun ada yg sebegitu). mereka semua tidak dapat membaca kembali apa yang ditulis oleh para ilmuan dalam/luar kelantan yang dtg utk mencatatkan segala perkara yang berkaitan dengan permainan tersebut.
kita sgt2 memerlukan org seperti pak lokan ini bagi memastikan estetik makyung ini dapat dipelihara. walaupon umurnya separuh abad, pergi ke mana2 senantiasa dengan file nya/laptopnya berbanding dengan penggiat makyung di kampung yg ke sana ke mari dengan mengilik sadap/parang bong-nak buat mcmn, dah kerja mereka memerlukan peralatan yg sebegitu.
February 11th, 2009 at 9:01 pm
Menyentuh tentang pengajar yg tidak tahu membaca dan menulis ini, saya rasa ada juga pengajar buta huruf pada zaman dahulu yg menyebut segala perkataan dan pengucapan dengan tepat, bahkan boleh menandingi mereka yg celik huruf, ini disebabkan oleh penglibatan mereka yang tersangat lama dalam bidang tersebut.
Tp malangnya ada sestengah mereka memandang lekeh kpd mereka yang buta huruf ini, seolah-olah mereka ini sudah ketinggalan. Kalau ada teguran dari pengajar buta huruf ini untuk membetulkan apa saja, ditengkengnya supaya diam kerana kononnya pengajar buta huruf ini tidak tahu peredaran zaman.
Akhirnya pengajar buta huruf ini terpaksa menutup mulut buat
selama2nya sambil memendam rasa yang tersumbat kerana “Nak telan pahit, nak kehek sayang”. Maka lahirlah pula generasi pengajar yang terpesong dari apa yang sepatutnya, mereka ini dengan bangganya akan berkata ia telah mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari orang lama makyung tersohor dan berpengalaman. Bak kata pepatah makyung
“Cerdik takleh tumpang, bodoh takleh ajar”
February 11th, 2009 at 10:35 pm
ada juga mcm tu yer??
tp apa yang saya hairankan, kenapa seseorang penyelidik/pelajar sanggup mengkaji/belajar ilmu dari seseorang yang dianggapnya bodoh kerana buta huruf? kerana salah satu maksud bodoh adalah org yg tidak berilmu bukannya org yg tak sekolah..
February 11th, 2009 at 11:28 pm
Pada pendapat saya para penyelidik mestilah menemui penggiat yang benar2 bergiat di dalam sesuatu bidang, masaalah buta huruf itu adalah masaalah lain kerana para penggiat ini pun semasa mereka belajar dahulu bukan dgn cara bertulis pun. Kebanyakannya belajar menggunakan sistem pandang, dengar dan praktik.
Tetapi kita sekarang membuat rumusan secara umum sahaja, orang yang buta huruf adalah orang yang bodoh, sedangkan didalam bidang yang tertentu mereka ini lebih cerdik dari kita yang boleh menulis dan membaca ini. Cikgu saya pernah berkata “Pangkat yang paling tinggi sekali ialah pengalaman, kerana ia tidak boleh dibeli atau dipelajari”.
February 12th, 2009 at 4:25 am
siapa kata orang tua buta huruf ‘bodoh’?ada antara kami di sini berkata begitu ke?
February 12th, 2009 at 4:48 am
takdok…wi hnapa kalu ado gak..
February 12th, 2009 at 5:08 am
Saya mintak berbanyak maaf jika pandangan saya melukakan hati mana2 pihak, cuma saya mintak saudara arjuna dan mafaka bacalah komen saudara mafaka yg bertarikh 10hb feb sehingga sampai kpd komen saya yg akhir. InsyaAllah saudara akan nampak maksud saya yg sebenar dan apakah yg saya maksudkan dengan perkataan “Kita membuat rumusan secara umum bahawa orang tua yg buta huruf adalah bodoh”. Siapakah yang dimaksudkan dgn perkataan ‘kita’ itu..
February 12th, 2009 at 5:11 am
aaa…yo yo yo..
February 17th, 2009 at 2:09 am
aaa…bagus chemat..cool man..hehe..bereh chemat..sama2 bawa niat suci..
February 25th, 2009 at 3:48 am
pah2…MAKA ko MUKO?
February 25th, 2009 at 5:56 am
Bagi ambo gak sebutan yg betulnya ialah “MAKA”. Kadang2 ore tua2 dulu tak ambik peduli sgt tentang sebutan2 begini, seolah2 tidak menjadi satu kesalahan. Maka sebutan2 begini akan jadi sebutan turun temurun dan dianggap inilah sebutan dalam mak yong, sedangkan ramai jgk yg menyebut “MAKA”.
Acu demo cari di mana tempat sebutan salah yg terdapat di dalam ucatan di bawah ni yg ambo petik di dalam satu ucatan pak yong.
“Ya lah muka aku telah meninggal tedengan adik anjung dalam setana, baik di sini tempat aku nak keluat tubit dari atas balai memanggil pengasuh pulaknya”.
Bagaimana pun ada juga jenis orang yg tidak boleh menyebut sesuatu perkataan itu dengan betul secara semulajadi oleh kerana perkataan itu asing bagi mereka seperti yg ambo pernah dengar.
Lori = Nori
Basikal = Masikal
Pada Masa = Kepada masa
Stiker = Mustika
February 25th, 2009 at 11:43 pm
muka spatut maka….keluat spatut keluar
February 26th, 2009 at 10:09 pm
keluat tu ssaloh ejo tuh…
February 27th, 2009 at 5:08 am
Keluat tu memang ssalah taip…
perkataan “dari” sepatutnya ditukar jadi”Ke”.
March 3rd, 2009 at 10:30 am
tupang tanya..
ucatan tu adakah disengajakan?
March 3rd, 2009 at 12:38 pm
Bukan disengajakan, tp memang begitu sebutan orang tua jaman dulu jika terdapat penambahan ‘an’ pada hujungnya. Ambo pn takleh nk buat teori utk menetapkan perkataan lagu manakah akan bertukar menjadi begitu kerana bukan semua sebutan akan terjadi sebutan begitu.
Contohnya: Gambar = Gambalan
Tp kalau perkataan “Cakap” tidak pula disebut “cakatan”…hokni kena mengaji dengan pakar bahasa kelate la, ambo tak reti..hehehe
March 4th, 2009 at 3:41 am
ore tua xdan masuk kelas hari cikgu ngajar perkataan ‘imbuhan’..hehe
March 20th, 2009 at 5:02 am
Assalamualaikum…. Saya sungguh berminat dengan muzik tradisional kelantan. Saya berkhidmat di HUSM,K.Kerian. Boleh kah kiranya saya mendapatkan tunjuk ajar dari saudara……
March 20th, 2009 at 5:59 am
Waalaikumsalam Mohd. Izani….alat muzik tradisional apa yg saudara maksudkan?
March 21st, 2009 at 8:08 am
tanya mmolek en izani..bekeng dia ni..haha..
trima kasih kerana minat muzik tradisional..satu anugerah utk saudara..
March 23rd, 2009 at 7:28 pm
Kita nak tupe semangkuk….. Hehehe
March 23rd, 2009 at 9:18 pm
Ada pelajar baru daftar masuk kelas tambahan pulok ni..
pelajar lama hok jenis celiko tu pahni gak nati telan air liur laa….
biar nya celiko gih…..
March 23rd, 2009 at 10:29 pm
hahahaha…pitah..pitah..jgn wi tido skali ni..
March 24th, 2009 at 1:18 am
nga pelajar ni kita buleh tido awal, tak payah demo pitah doh….mugo sekali kita royak jah paka buleh buat selalu…
March 24th, 2009 at 3:14 am
aaaa..lagumana ni D? bokali piala Pelajar Benak Sedunia tak payah berebut ngan ore lain dah kalu ikut pado ayat ni nih..hak milik hakiki kita dua dah kalu staro nih..pah nak kira lagu mana..
March 25th, 2009 at 11:34 pm
Dok berasa lekat dale sejarah doh tu.. Lepah ni kalu ada oghe nak tanya pasal makyong mesti kena sebut pasal makyong moden ada 2 pelajar benok…. Tidak oghe lain kita.. Hahayahahaha
March 26th, 2009 at 1:35 am
haha..kalu takdok nama kita dua..makna sejarah makyong kurang tepat..xpo asal ko ada nama..pitih abih xpo lagi..hohhh..tak ambik..nak lagi?
March 26th, 2009 at 5:05 am
ai kaya bunyi weh….
March 26th, 2009 at 1:06 pm
sedap nak perabih tu pasal xdok la…kalu hok ada pitih sungguh dia dok diam jah…kalu bong bon dok meletup tu..pelesu skalo…ahaha
April 4th, 2009 at 5:07 pm
Maaf sebab lambt reply…. Saya boleh la meniup serunai sikit2… Guru pertama saya ialah Arwah Tok Wan Nasir Jelawat, kedua Abe Awang Buloh Perindu, ketiga Nuar Lundang Paku dan Ismail Padang Lembek,Ketereh… Adolah meniru sikit2 dari tiupan Abe Awang Gerong… Sebelum saya bertugas di HUSM,saya ado lah jugak ikut main wayang Pok Nik Mat Kemasin, Saufi, Dalang Dolah Rambo dan penah sekali sempat meniup dalam bangsal Arwah Dolah Baju Merah.. Adolah jugak ikut main teri puok2 Pok Long Awang,Jelawat, Ayoh Sin Kg.Tempoyak,Pok Su Che Mud,Seneng. Dulu saya amat2 aktif la dalam kesenian ni. Malam jumaat jah dok drumah,malam lain dok meniup jah. Skang ni saya tak berkesempatan nak bergiat dalam bidang ni… Tangan pun dah keras,tak macam dulu… Bunga2 tiupan hok saya belajar pun dah banyak lupa… Saya belajar dari tingkatan 4 lagi… Hari2 dok ulang umah Arwah Tok Wan Nasir Jelawat,siang dan malam… Loni kalu ado ruang dan kesempatan,saya amat teruja untuk memulakan semula hobi yang amat saya minati ini… banyak yang saya dapat dari hobi saya ni… yang pertama saya dapat kawan yang ramai…. Saya juga berharap dapat tunjuk ajar dari saudara… ape2hal boleh email saya – mdizani@kk.usm.my / mohdizanimohdnoor@yahoo.com…
April 8th, 2009 at 1:25 am
Wan nasir mati doh, abg awang gerong mati doh, Nuar lundang paku dok KL…demo g nga tok awang alor pasir la…kalu serunai silat demo kena g belajar dgn pakjah gelang mas…
Izani ni asal kg Permatang Macang ko??
April 8th, 2009 at 3:59 am
Hok pandai2 mati blako doh…. Payoh loni nak cari guru… Saya asal Kg.Pak Simpol,Mahligai,Bachok.. tok awang alor pasir belajar la ckit2 lagu ragan.. Umur saya baru 25… Semale tera tiup suna main wayang nik mat kat puja ketik siam kat kemasin,kuca bara habis… Tok ingat habis… Serunai pun dok ngan ore loni… Nuar kito amik lagu tarian asyik… Buleh telor2…. Braso nak belajar semula la pulok,rugi jah hok blajar dulu hilang habis…
April 8th, 2009 at 8:24 pm
Main tempat puja ketik dih..hehe
Ambo dari dulu sampai hari ni pn tak rajin lagi main tempat lagu ni sbb tok guru ambo tak bui…
April 9th, 2009 at 6:33 am
Saing ajok g jale… Pahtu nya buei ko kito srunai… Pok Su Agil pun ado… Buleh ko nak blajar srunai ni ?
April 9th, 2009 at 9:44 am
Masaalahnya di kelate tu ada lagi hok panda2 lebih pada ambo loni. Semail pdg lembek pn ada lagi, awang alor pasir ada lagi, wak isa ada lgi…pah pulok wayang kulit loni dok gomo lagu moden semace, ambo ni jenis tak minat sikit pesen tu.
Yg keduanya ambo ni dudoh jauh, Tp kalu ambo balik kapung sekali sekala tu bulehla kita bbual pasal serunai ni..
April 9th, 2009 at 11:23 am
Saya pun x brehi lagu2 moden ni… Lagu moden buleh tiru2. Nak lagu2 ragan,cth. lagu Serama Tubek,Inai,Berkaba,Serama Berjalan,Peratur Rakyat dan byok lagi lagu2 hok jarang ore buleh tiup. Semail dia tiup air barat/siam. Kbyakan lagunyo lebih kure jah,cuma temponye berbeza. Baik Nuar,lagu2 nyo nyata.. Cikgu Man pun sedap jgk… Saya takut ckit2 lagi tak dok ore buleh tiup lagu2 lama. Sayang la… Tinggal brapo kerat jah ore loni buleh tiup suna. Ngan Mejah Gelang Mas tak rajin mgadap lagi… Buleh kato lagu2 banyok kito tiru Arwah Wan Nasir… Blajar ngan sapo dulu ?
April 9th, 2009 at 7:42 pm
izani tow.. mari cari khijo alah kot k.l ni la.. buleh ambo dengar getek
April 9th, 2009 at 9:33 pm
Kijo HUSM,tak dok cawangan kat kl….
April 10th, 2009 at 3:18 am
Ambo mulo2 belajar serunai dgn cikgu ayub jelawat, lepastu dgn abg hussin kuin pasir n pakcu abu.
April 11th, 2009 at 10:22 am
Mesti pandai ye…………
April 15th, 2009 at 8:22 pm
Ambo ni tidak pandai jugak, hanya sekadar tahu saja..
Pah pulok loni x tahu berapa tahun dah x tiup serunai…
April 24th, 2009 at 5:45 am
ambo ada persoalan, tp sekadar nak tahu,
gini, dalam tahun 70′an mungkin lah, sebab ambo pun xberapa ingat sangat ni crito tok ambo penah gtau lah, boleh dop ambo nak tau sapa yg pimpin n megajar tarian makyong di bawah kumpulan sri temenggung, masa tu, die dah dibawah ajaran khatijah awang ke belom? sebab ini sebagai pengetahuan, sebab kalau xsalah mak dan atuk sy pun ahli kumpulan seri temenggung masa zaman 70′an dulu sampai ke tahun 80′an. lau tidak keberatan..boleh ke sy tau semua tu..
April 25th, 2009 at 10:38 pm
Iza ni asal mane ? Keje ko study lg ?????????
April 27th, 2009 at 10:21 am
Iza kena royak dulu sapo nama mak dan atuk iza yg menjadi ahli kumpulan seri temenggung tu… sebabnya saya ni masuk jadi ahli dlm tahun 1970 jgk..
April 27th, 2009 at 2:31 pm
Ejah pak lokan…..
April 27th, 2009 at 2:49 pm
ok, arwah atuk saya nama die wan ishak org panggil dio tokwe, n mak saya nama rohani, masa mak dan atuk sy lam kumpulan tu die sekali ngan mama jah(khatijah awang)….dan to en. izani iza study lagi…dalam proses nk hbeskan semester terakhir..
April 27th, 2009 at 3:45 pm
Study kat mane ?
April 27th, 2009 at 10:04 pm
Ejah sediri la izani, pak lokan ni x kenal lagi iza ni. Tp dari segi nama tu serasi doh antara iza + izani….hehehe jange maroh deh pak lokan ggurau jah belan2 kosek budak2.
Masa Tok wan sahak berada dlm seri temenggung tu memanglah dia salah satu dr org yg mengajar menari disamping ada seorang lagi yg mengajar, iaitu abg johar ank gemulah che omar pendekar. tp masa tu ambo tak masuk lagi. Selepas dia tubit barulah ambo masuk, jadinya xdan besa balah mana sgt la nga dia tu.. cuma ambo dan dgn abg johar jah. kalu x silap ambo selepas dia keluar dari seri temenggung tu dia ada tubuh kumpulan dia sendiri.. nama kumpulan tu ASTRA. dialah yg mengajar menari dlm kumpulan tersebut…
April 28th, 2009 at 1:45 pm
owh yeke..time kasih pak lokan..tp kan boleh tak lau iza nak tau, iza confuse, iza ada terbace kat article yangg dio de oyak, yg crito makyong ni telah berkembang kepda 12 cerita btul ke?
lau betul, crite tu semua mesti mempunyai jalan cite masing2 kan?
boleh tak lau iza nak tau pasal jalan cite semua tu?
kat mna ek iza boleh tau semua ringkasan cite pasal ke 12 cito tu…sebab iza skrg tengah kumpul maklumat nak bt article pasal ringkasan2 crito tu..
dan satu lagi..ejaan sebetulnya untuk makyong ni yang mana satu ek..iza pun cam confuse, ada yg ckap makyung, ada lak makyong..sebenarnya yang mana satu yang betul?
April 28th, 2009 at 1:47 pm
iza study kat uitm shah alam aje..
April 28th, 2009 at 9:38 pm
Mmg betul cerita makyung asalnya 7 cerita, kemudia berkembang menjadi sebanyak 12 cerita. Berkenaan dgn ringkasan cerita tu iza cuba berjumpa dgn Pak Saad yg mengajar fakulti seni persembahan uitm shah alam, mungkin beliau boleh menolong.
Mengenai ejaan makyung, setahu saya kalau dahulu ditulis dlm dua perkataan iaitu “Mak yong” tp sekarang ini ada juga yg menulis dgn satu perkataan sahaja iaitu “Makyung”.
April 29th, 2009 at 12:13 am
Paling moleknya Iza kena datang jumpa pak lokan sendiri..barulah lebih jelas dan bersuluh..dia selalu datang KL setiap minggu..kalau nak temankan..ramai rela diri ni…hahaha…ggurau jah abe..
April 29th, 2009 at 3:19 am
okeh, terima kasih pak lokan …nanti iza try cari..
April 29th, 2009 at 5:06 am
Tulong rekemeng lah pak lokan….. Baru mudoh kiro.
April 29th, 2009 at 11:12 am
rekemen guano gak!!
April 29th, 2009 at 6:58 pm
Masuk ayat la ckit…
April 29th, 2009 at 10:46 pm
hahaha….lari tajuk dohh..ore tino…madu dan racun..ahaks..
April 29th, 2009 at 10:59 pm
Main nga puok ni punah habih blog aku…huhuhuuu…
April 30th, 2009 at 4:30 am
haha…memandangkan hamba terlalu sibuk dengan tugas sehari dua ni..kalau cik iza perlu pertolongan nak jumpa pak lokan, boleh berhubung dengan en Izani..pasal dia mungkin ada banyak masa utk menemankan…btul kan en izani..hehe..
tp kebanyakan orng nama Iza ni memiliki tahi lalat..baru lebih sesuai dan manis untuk membawa sebuah nama IZA…ahaks..
April 30th, 2009 at 9:05 pm
Buleh eh….. Ahaks…. Name pun dah lebih kure doh… Serasi la tu ye…
May 3rd, 2009 at 2:37 pm
lagu tu plop deyh.
tahi lalat pun buleh bagi ganbaran ko namo jugok deh..
pelik2…tp semua ore ado tahi lalat…tp die knalah spesific kat lokasi…dan etc..ahaks…
May 3rd, 2009 at 3:49 pm
Pandai nye die……. Lagi lar serasi… tahi lalat pun jadilah. Age brape ?
May 3rd, 2009 at 11:47 pm
klau mengikut tafsiran air suling dalam pinggan putih wak nujum gemala arjunasukma ni..dok rasa tahi lalat dia dok sekitar mulut alik kiri..tp tak pasti mana sebab air dale piring ni keruh skit ari ni..
umur tu dok beraso 25 ke bawah ni izani..padan dah tu..hehe..mitak no tepon tuh..hahaha..satu no pun jadi la..bak kata jaha amareka..
May 4th, 2009 at 9:21 am
Pandai sungguh wok menilik deh….. Adust…. Balajar mano eh.. Bahang tanoh lar…
May 4th, 2009 at 1:45 pm
cup…mana en arjunasukma tau tahi lalat sy duk skitar mulut alik kiri ni ek
terer nye..betullah..ada tahi lalat kat pipi tepi mulut sblah kiri,,,bravoo…bijak2..umur iza 23 tahun…pandai betul..
May 4th, 2009 at 2:39 pm
Nama penuh iza ni ape ?
May 5th, 2009 at 1:22 am
nur izawaty..
ni..iza nak bertanya kat pak lokan ni…
betul ke ada article yang kaitkan kan mak yong dengan unsur mistik…dan ada yang bagitau dulu sahaja ianya dikaitkan ngan unsur mistik..tp loni xdop doh..betol ko?
May 5th, 2009 at 1:56 am
sedap nye namo dio……….
May 5th, 2009 at 4:36 am
budak baik dan jujur ni izani..hargailah..hehe..
May 5th, 2009 at 6:10 am
Hargai lagu manonye….. Kenal pun dok lagi….
May 5th, 2009 at 10:16 am
tekun dan usaha yang berpanjangan menjanjikan hasil dan kehendak..cara menghargai sebelum fasa kenal mengenal..ahaks..
May 5th, 2009 at 10:03 pm
dok berasa nyo pitah ko arjunasukma dulu ni..
May 6th, 2009 at 6:32 am
Keno kekoh ko jin ambo la buat g2 gak……..
May 7th, 2009 at 9:28 pm
aiiii..ambo alohan nga jin..pah kena buwi la nih?hehe
May 8th, 2009 at 6:59 pm
Mesti…….
May 8th, 2009 at 7:33 pm
nak tanya pak lokan ni…. serunai agak2 ado berapo buah lagu ye… Pas2 lagu gapo koh hak paling payoh sekali mgikut pgalaman pak lokan. Sekian,wassalam….
May 10th, 2009 at 10:03 pm
Tak besa kira berapa lagu semuanya, tp rasanya kalau ikut pada senarai lagu ianya melebihi dari 50 lagu…. walaupun begitu lagu serunai tidaklah sampai sebanyak itu. kerana disebabkan oleh lagu2 yg dimainkan dgn serunai itu mempunyai dua jenis.
1. Jenis lagu mempunyai melodi tersendiri yg telah ditetapkan – lagu berkabar, menyembah, lagu serama dll lagi.
2. Jenis lagu mempunyai melodi yg sama tp disesuaikan di dalam beberapa rentak atau irama yg berlainan. Nama lagu dlm kategori ini bukanlah terletak pada melodi serunainya, tetapi terletak pada bunyi iramanya. sebagai contohnya lagu berjalan, perang, ragam dll lagi.
Mengenai lagu yg agak susah ialah termasuk dlm kategori no 1.
May 11th, 2009 at 12:08 pm
pak lokan ado ko rakaman lagu2 serunai ?
May 11th, 2009 at 9:08 pm
Takdak….
May 11th, 2009 at 10:19 pm
kuat korek towww…haha..korek gih masa ada nih..
May 12th, 2009 at 9:12 am
Takut2 ado eh…… Ejas la….
May 13th, 2009 at 12:57 am
gomo gi lah…
May 14th, 2009 at 4:29 am
Pak lokan smart….
May 22nd, 2009 at 10:15 am
ralit ambo bc cito pok lokan nih.slamo ni x terbuko nk baco.
tp psl mokyong ni ambo x tau menahu.
ore klate pgil mokyong
ore key el pgil makyung/makyong
ambo beso dgar ore tuo dok oyak main mokyong nogho…
gapo tu ayohmat?
mokyong main alek siam ko…main menora ng mokyong skali?
ko guano
May 24th, 2009 at 11:58 am
Itu ialah perkataan berganda utk menunjukkan pelbagai atau lebih dr satu jenis permainan. Selalunya kalu ore tua sebut begitu bermakna dia nk royak ada berbagai2 permainan, bukannya mokyong dicampur dgn menora. Kadang2 utk mencantikkan lagi bahasa pengucapan begini disebut juga “Asyek joget wayang topeng mokyong menora”. Sebutan begini sudah cukup sebagai wakil kpd segala macam permainan walaupun permainan yg tidak terdapat di dalam pengucapan di atas.
Sebagai pengetahuan, di M’sia terdapat dua jenis menora.
1. Menora Kedah – bentuknya lebik kurang sama dgn menora alek siam.
2. Menora Kelantan – Sudah menerima pengaruh mokyong dari segi alat muzik, dailog/bahasa dan lagu, cuma pada part pertama sahaja yg nampak kemenoraannya…
lebih kurang begitulah apa yg saya tahu….
May 25th, 2009 at 6:56 am
Berapo kerat ore koh hok buleh bergendang mengadap rebab ?
May 25th, 2009 at 6:57 am
mu gilo
May 25th, 2009 at 7:12 am
sapo pulak yg gilo nih???
May 25th, 2009 at 8:40 am
maaf pak lokan,saing kito ni gatal tangan taip guna nama kito… Baso budok x brapo segar,pak lokan…. Maaf deh…
May 25th, 2009 at 9:03 pm
Lamo doh ambo tidak mengikuti perkembangan mok yong di Kelate ni sakat takdak habih hok tua2…..
Mengikut hok ambo tahu, ore yg buleh bergendang lagu mengadap rebab dgn sempurna, cukup dan kemas yg masih hidup lagi ada sore jah, iaitu Deraman teluk jjuno (Derome Pulau). Kalu ore lain gak ambo tak berapa nk jamin lgi.
Ambo beso jgk dengar bdk2 lapis baru ni begendang, tp bg pendengaran ambo, ada setengah tempat tu masih bunyi ppeling lgi. Begendang mengadap rebab ni nk kata susoh pn bkn la susoh sgt tp kena belatih sokmo2 dan kena cari tok guru hok buleh sengoti. Kalu tidak gak paka dok agok2 jah, pah ko bilo dok lagu tu jah la….
Jaman loni jaman ore cari pitih….kadang2 hok takleh pn demo mengaku molek2 kata buleh/tahu…. ni sekadar pandangan ambo laa…
May 26th, 2009 at 2:24 am
trkejut jgk tiba2 tubik ‘mu gilo’..pasal sini xdok hok gilo sore ghabuk..hehe
jgn dok wi latoh ggitu ssini..tkejut ore tua ambo nih..
May 26th, 2009 at 3:30 am
ayohmat dia … berdasarkan pengalaman.. lagumana yang dikatakan sebuah grup mokyong yang lengkap dan buleh bawak mmain?
“terima kasih, daun keladi
mari kl bakalih, sms la ko di..”
May 26th, 2009 at 10:01 am
Kalu zaman dulu mudah jah…mempunyai pemain muzik dan pelakon yg cukup, itu dikira boleh bwa main la tuh. Bagaimanapun setiap grup itu ada mempunyai ketuanya, dan ketua itu biasanya terdiri dari suami kpd pak yong itu sendri. Sbb tu kalau kita lihat kpd nama kumpulan mak yong dulu2 biasa mengikut nama pak yong itu sendiri atau pn nama ketua kumpulan, atau kadang2 ada juga disebut nama kampung kumpulan tersebut.
Seperkara lagi yg patut disebutkan juga ialah tentang kostium pelakon dan pemain muzik. Kalau kumpulan mak yong dulu2, pakaian pemuzik ni sama dgn pakaian harian mereka. Tentang pakaian pelakon pula hanya pakaian pak yong sahaja yg dititik beratkan, yg lain hanya cukup dgn berbaju kebaya labuh atau baju kurung. Ini disebabkan oleh tidak ada penaja utk menaja pakaian, tidak seperti sekarang yg mendapat segala macam kemudahan. Ketua kumpulan pn yg mampu hanya menyediakan peralatan muzik dan prop2 kecil sahaja.
Apa yg ambo cerita di atas ialah tentang grup mak yong kampung, iaitu grup yg ditubuhkan atas inisiatif sesama mereka, bkn sprt grup yg ada loni yg mana dibiayai oleh badan2 yg berwewenang.
May 26th, 2009 at 12:47 pm
Ayoh mat ni buleh di calonkan Anugerah Seniman Negara….
May 27th, 2009 at 12:11 am
itu baru nilaian kulitnya saudara lopat tikam…isinya melangkaui anugerah itu selayaknya..tp sayang..masih belum ada rezeki untuknya..
May 27th, 2009 at 3:43 am
X po….. Nya ado rezeki la tu …..
May 27th, 2009 at 10:26 pm
tolong doa2 la jugak deh…puak ambo selaku daun kayu buruk julai nk patah ni pun berusaha ikut kemampuan puak kami utk sampaikan hajat ni..insyaallah..
May 28th, 2009 at 12:34 am
Ko kena pakai kabel jugok ????????
March 18th, 2010 at 2:41 am
hahahaah supo nak mitok cikgu jah