Kesenian Tradisional Kelantan

by lokanbertepuk ~ May 21st, 2008. Filed under: Sejarah.

Pada masa ini Kelantan adalah sebuah negeri yg terletak di pantai timur semenanjung tanah melayu. Dalam membicarakan hal kebudayaan Kelantan kita seharusnya tidak dapat memisahkan Kelantan dengan negeri Patani dan Trengganu. Cara hidup perbahasaan dan adat resam penduduk negeri itu adalah sgt ketara persamaannya. Keturunan raja2 Kelantan adalah nyata dari keturunan draja Patani juga. Oleh kerana keadaan politik begitu jauh berubahsehingga Patani dan Kelantan terpisah masing2 tinggal di dalam negara berasingan, maka kita tidak begitu mengetahui dan merasa tentang Patani dan Kelantan adalah pada dasarnya negeri yg sama kebudayaannya. Kelantan di anggap sebuah negeri dalam Patani sehinggalah proses Kelantan masuk di bawah naungan negeri2 yg di sebut “Negeri Bernaung” selesai dan sehinggalah sekarang berada dalam Malaysia.

Sebagaimana kita maklum, bahawa kerajaan melayu di kepulauan melayu adalah hidup dgn kebudayaan sendiri sehinggalah campurtangan dari barat mulai meresap dari semenjak kemasukan Pertugis, Belanda, Perancis dan Inggeris. Sistem beraja adalah hidup dengan baiknya, kemajuan dalam satu-satu negeri di tumpu sepenuhnya terhadap raja dan kerajaan.

Peter Floris pernah menceritakan bahawa di istana Patani, pembesar drajanya menaungi ahli2 seni. Senitari, seninyanyi, senimuziknya sudah tersusun sehingga pertunjukan yg mengkagumkan dapat di pertontonkan dgn baik. Kalu di Roman dan Greece terdapat Mascaena kesenian seumpama pembesar2 negeri Patani maka nyatalah kesenian melayu Patani juga bernilai tinggi. Hal ini tersebar ke Kelantan sehingga sekarang masih dapat di lihat dan di hayati kesan peninggalan kebudayaan yang tinggi nilainya itu.

Awal kurun XIX, Abdullah Munshi melawat Kelantan, banyak hal2 menarik khususnya hal berkaitan dengan kebudayaan di tulis oleh beliau. Lapangan kesusasteraan yang berhubung dengan manuskrip amat terang di nyatakan. Alam kesenian juga di nyata begitu baik perlaksanaannya. Permainan seumpama menora , makyung, wayang kulit dan tarian amat maju masa itu. Tiap pembesar negeri amat mengambil tahu akan hal2 permainan tradisi ini sehingga sanggup mengadakan kumpulan khas. Dalam hal ini Tengku Bendahara Tengku Chik Tuan Abdullah, Tengku Temenggung Abdul Ghffar dan lain2nya yang selalu mengawasi urusan kesenian Kelantan patutlah di kenang dan di bangga oleh rakyat Kelantan.

Dalam Negara Kretagama di sebutkan negeri2 di pantai timur termasuk Patani dan wilayahnya amat maju dalam pemerintahan. Perhubungan antara Patani termasuk Kelantan dengan Majapahit yang masyhur itu sudah tidak asing lagi yg menggambarkan Kelantan adalah tinggi nilai kebudayaannya. Dalam sejarah Majapahit terdapat suatu helah yg di ajukan oleh Patih Aria Gajah Mada tentang usaha mencari jodoh kepada Ratu Majapahit. Dalam hal ini ada imbasan yg dapat di andaikan bahawa puteri yg di cadangkan adalah puteri dari Kelantan. Kemasyhuran kecantikan dan keagungan puteri Kelantan itu juga pernah di nyatakan oleh Ibnu Batuttah. Banyak sarjana berpendapat yg negeri Kilu Krai adalah Kuala Krai di mana Paduka Cik Siti Wan Kembang menjadi ratunya.

Sudah menjadi kebiasaan kerajaan kelantan mengadakan sambutan besar-besaran bila menyambut harijadi rajanya(Puja Umur). Serba jenis permainan tradisi di adakan sebagai menyatakan sukaria rakyat terhadap rajanya. Kebiasaannya jenis2 permainan tradisi rakyat Kelantan zaman dahulu ialah:

1. Makyung

2. Menora

3. Asyik

4. Joget (Imitasi gerak wayang melayu, bukannya tarian rentak joget/ronggeng)

5. Wayang kulit kelantan/siam

6. Wayang melayu/jawa

7. Topeng (Tarian joget memakai topeng di depan panggung wayang melayu pada sebelah pagi )

8. Rebana kercing

9. Rebana riba

10. Rebana ubi

11. Rebana Besar

12. Rebana mangkuk

13. Tari inai

14. Gasing pangkah/uri

15. Peteri

16. Bageh

17. Ulek Banda

18. Ulek bubu

19. Wau

20. Main Choh

21. Sepak raga tinggi

22. Sepak bulu ayam

23. Golek para

24. Tikam seladang

25. Gajah/Raja patah

26. Kertok

27. Lokan bertepuk

28. Selampit

29. Silat tari

30. Silat tongkat

31. Dikir laba

32. Dikir barat

33. Belaga kukoran

Kita harus sedar bahawa proses rasa seni pada diri sesaorang adalah tertaman sejak mereka lahir. Anak yg baru lahir sedang menyusu pada ibu biasanya mendengar dodoi, dendangan dan nyanyian belaian ibunya akan tersemat rasa seni itu pada jiwa mereka. Makin besar anak itu makin bertambah pengalaman seni pada diri mereka. Seni muzik, seni suara, seni tari, seni teater akan mempengaruhi anak2 itu.

Dalam hal ini mereka akan merasa senang dan puas hati bilamana mendengar atau melihat apa yang telah di alami oleh mereka semasa kecil dahulu. Mungkin kepada peringkat yang telah berumur akan merasa puas hati dan bersemangat serta gembira bila serunai dan gendang silat di mainkan, lagu makyung di alunkan, lagu dikir barat di nyanyikan dan di hayati oleh generasi tersebut. Anak mereka masih dapat dan sempat mengalami pengalaman ini, tetapi cucu-cucu mereka mungkin proses penerimaan nya sudah mula berkurangan. Anak yang berkurangan pengalaman oleh kerana tiada bersambungnya seni tersebut tidak dapat menghayati rasa seni lagi sebagaimana ayah dan datuk mereka dahulu.

Dalam masa 20 tahun saja jika di perhatikan bahawa anak muda yang lahir menjadi sudah pun berumur 20 tahun. Oleh kerana kekurangan pendedahan kesenian tradisi kita, maka minat mereka sudah pudar. kepada mereka bunyi gong gendang, serunai rebab adalah sebagai bunyi bising yg megganggu mereka sahaja, sedangkan bunyi alat2 tersebut bagi orang2 tua mereka adalah satu kemegahan dan timbul rasa puas hati. Penurunan bahan2 permainan tradisi amat ketara pada mereka sudah tiada lagi. Permainan Makyung, Wayang kulit, silat dan lain2 yang tinggi nilai seninya sudah tidak dapat di hayati lagi. Hal2 seperti ini sekali lagi tidak dapat di persalahkan kepada mereka. Apa yang penting sekarang ialah kita yang masih ada ini hendaklah menjadi kesinambungan kepada generasi terdahulu yang telah pergi meninggalkan kita supaya permainan tradisi kita tetap terjaga , terpelihara dan di kembangkan kepada generasi muda.

49 Responses to Kesenian Tradisional Kelantan

  1. munkyG

    satu artikel yang menarik dengan fakta-fakta yang amat rare.

    syabas!

  2. My Muslih

    kemodenan terus meragut satu persatu hiburan tradisi kita.. agok2 ada lagi ko oghe main mene hok kita jaghe2 denga tuh…
    .

  3. Lokanbertepuk

    Ada setengah tu pupus dah dok berasa, setengah lagi tu pun kalu ada jugak
    mungkin hok jong main pun tak rok nak heret bodi dah.

    Yang kita buleh tengok hari ni bakali dalam 40% jah. Sebab satu masa dulu orang menganggap main hmene ni buang masa jah, di tambah pula dengan pengaruh budaya luar yg menjadi ikutan anak muda kita.

    Loni baru ada kesedaran balik, tp nk buat guana lagi dah.

  4. Abeming

    nok bui komen bab2 ilmiah ni ambo ore x pandai…sekodar tinggal tando ambo ado dtg menyinggah…hehe..=)

  5. Bila Lokanbertepuk Bercerita… | Weblog Salam Pantai Timur

    [...] Kesenian Tradisional Kelantan [...]

  6. yuyie_455

    Satu artikel yang bagus dan memberi pendedahan yang jelas tentang kewujudan seni persembahan yang sememangnya telah wujud sejak dari dahulu lagi.

    Saya ingin membuat sedikit pertanyaan, bagaimanakah cara untuk saya mengetahui seni persembahan makyung yang masih wujud lagi di kelantan dan dimanakah lokasi yang boleh saya dapati?

    Segala kerjasama yang diberikan amatlah saya hargai.

  7. Anak_Qlate

    Sebuah artikel yang sangat bagus….

    Selain itu, saya ingin membuat sedikit pertanyaan, bagaimanakah cara untuk saya mengetahui seni persembahan menora yang sekarang ini sukar ditemui di negeri kelantan dan dimanakah lokasi yang boleh saya dapati?

    Segala kerjasama yang diberikan amatlah saya hargai.

  8. nabilah

    saya nak semua maklumat pasal tarian istana-mengadap balai

  9. Lokanbertepuk

    Di Kelantan sekarang ini ada lagi terdapat satu atau dua sahaja kumpulan makyung, salah satu drpdnya ialah kumpulan Che Man dari kg gabus Pasir Mas Kelantan. Sejak kebelakangan ini saya mendapat berita yg mengatakan sudah ada dibuat kelas pengajaran makyung kpd anak2 muda tempatan yg berminat. Lokasinya di kg Bemban Pasir Mas Kel.

    Kumpulan menora yg masih ada di kelantan ialah Echun cahaya bulan, kalau tak silap saya dr kg Terbak Tumpat. Menora Chani Bukit Panau sya tidak pasti adakah masih wujud atau sebaliknya.

    Apa2 pun utk mendapat maklumat yg jelas, Anak_Qlate dan yuyie boleh menghubungi Pejabat kebudayaan kesenian dan warisan negeri Kelantan.

  10. Lokanbertepuk

    Maaf…saya tidak tahu mengenai tarian mengadap balai.

  11. Anak_Qlate

    Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak lokanbertepuk amatlah saya hargai. Tujuan saya meminta lokasi dimana seni persembahan menora masih wujud kerana saya ingin memilih tajuk tesis tentang seni persembahan menora yang masih wujud di negeri Kelantan. Saya sangat bersyukur kerana lokanbertepuk sudi membantu saya untuk pemilihan tajuk bagi tesis saya.

    Sekian……

  12. rabiatuladawiyah

    nak lagu-lagu tradisional negeri kelantan

  13. Lokanbertepuk

    lagu tradisional mcmmana tuh?

  14. Nur_safwa

    blh tk tolong sya bagi maklumat tentang wayang kulit. selain tu, maklumat tentang sosio budaya masyarakat kelantan. klu boleh letakkan sekali nama-buku rujukan sekali.

  15. entah la

    demo kecek ghapo?kawe tok pehe….nk segala info tentang rebana..

  16. srimah

    Abe Lokan,
    part “Belaga Kukoran” tu agak unik bunyi nya
    Kukoran Nyior yg di-ukir seperti binatang “kuda” kah maksudnya ?
    pernah terlihat kukoran dr era dulu2 (sblm abad ke 20) kebanyakannya berbentuk nok supo kuda..mgkin sbb ukiran di bhgn kaki bekali.

    (Pok Mi Kraftangan (Azmi Ibrahim) – saing Abe Lokan ke ?

    kalu Abe Lokan ada maklumat..leh kongsi..?
    terima kasih

  17. Lokanbertepuk

    Berlaga kukoran ni mmg ada jame dulu, terutamanya tempat orang kenduri kahwin. Zaman dulu tmpt orang bekwoh nyior kena kukur sbb mesin nyior takdak lgi, air kena kandar sbb paip air takdak lagi dsb, jadi permainan2 sprt beginilah yg akan diadakan sebagai memeriahkan suasana dan menghilang penat..demo kata kukoran yg buleh buat belaga ni ialah kukoran jantan (bawah perut tu ada sawat). ambo sendiri tak besa tengok lgi sbb jame ambo ni permainan ni takdak dah.

    Pok Mi Kraftangan ambo tak kenal, dia duduk dimana heh??

  18. srimah

    jame ambo lagi lah x dan
    kukoran pun mok ambo jare guno doh
    kecuali kalu tanak pulut puyuk kecik..

    muloh Che’ ambo ado usik ambo jame kecik sbb duk main nge kukuron.
    katanya, jange main nge kukoran nyior,
    nanti dio hidup gi cari gu wat belago..
    - bekali benda ni ado sungguh zaman dio. gaknya kukuran hak ado dumah hok jenis biasa jah. takdok ukir2 dan x dok sawat.

    Pok Mi Kraftangan kalu x silap ambo ore Pasir Mas.

  19. Rid

    Lokan Bertepok 2 oghe mmaing guano ayoh? lamo dh nak tanyo…

  20. pok se

    main belago buah guroh…tidak ado ehh..hahah..buah batu color putih tuu
    tok tahu laa..ko namo lain..kat atas niii

  21. pok se

    tambah sikit lagi…main rodat..lagu mano ehhhh???

  22. lokanbertepuk

    Rid -> Lokan bertepuk atau permainan lokan ialah salah satu permainan hiburan orang kelantan zaman dahulu. Ia dilakunkan oleh seorang sahaja yg akan membawa aksi binatang sprt kambing, biri2, kera, anjing dll.

    pok se -> Main rodat ini pula ialah sejenis permainan tradisional rakyat Trengganu. Alat muzik yg dipakai dlm permainan ini ialah beberapa buah kompang bersaiz kecil sedikit dari kompang biasa dan tembalangnya lebih tinggi dari tembalang kompang biasa, pada bhg tengah tembalang pula dipasang kepingan tembaga sama seperti rebana kercing kelantan.

    Permainan rodat juga mempunyai penari lelaki dan perempuan yg menari diiringi paluan rebana rodat dan nyanyian selang seli antara pemain rebana rodat dan penari.

  23. Rid

    Ooo.. kironyo mace ‘CLOWN’ la dih… mace badut sarkas 2… g 2 ko ayoh? maaf la banyok tanyo nk tau sungguh ni… kalu ayh x crito x tau doh nok tanyo sapo…

  24. hanim

    Sy ingin mendapatkan khidmat silat di kelantan, boleh x bg info ttg kumpulan2 silat kelantan dan bagaimana utk menghubungi mereka, harap sudi membantu, terima kasih.

  25. arjunasukma

    silat apa yg saudara/ri perlukan?silat tari atau lain2?

  26. Lokanbertepuk

    Tlg bagitahu RID di mana kumpulan silat yg masih aktif di Kelantan.

    Seeloknya hanim beritahu dgn detail silat jenis apa yg diperlukan….supaya senang kami menolong..

  27. TanpaNama

    salam…sy ingin tahu no. kontek untuk silat kelantan…yg asal kelantan..seperti silat teralak asli, jawi, gayung fatani, tongkat, spelet dsbgnya d sekitar daerah tumpat atau pasir mas atau kb….boleh ker en lokan bertepuk?

  28. Lokanbertepuk

    minta maaf, sya tak ada no kontek mereka2 ini..

  29. Iema

    Saya nak tahu di mana saya bole download muzik untuk Tarian Asyik.

  30. Lokanbertepuk

    cuba cari di kedai jual kaset…saya biasa tgk muzik ini ada terdapat dlm kaset muzik utk tarian melayu malaysia..

  31. nan

    aslmkmm…boleh x beri no telfon sya nak berbual dengan demoo..ttg serunai amboo ni yg dlm problem skittt…

  32. nan

    sya minat sgt nok main serunai tapi sya x dak tmpat nak belajar….daN nak berguru….sya asal dari kedah dan belajar kt kelate….mmg minat dgn serunai aliran kelantan nii,,,cerita demo dulu mmg menrk hatiii…boleh x kita berhubung

  33. Lokanbertepuk

    Ada lebih baik nan g belajar kt aswara sbb di sana khabarnya ada kelas mengajar serunai…

  34. Raja Wadi

    Kpd TanpaNama…
    Kalu nk menghubungi atau tau berkaitan Silat teralak asli bleh hubungi saya Mohd Aswadi 0129668949 @ cikgu Hanapi 0199145151.

  35. dewa muda

    ayah mat,ada x silat buluh kat kelate…dengar2 cite silat tu comey dan lembut

  36. mafaka

    bakpo takdok nyoh…silat rebung buluh on ado..

  37. arjunasukma

    kita xrajin dgr lagi ni..silat pakai buluh ko silat gaya mcm buluh..?

  38. Rid

    Tlg bagitahu RID di mana kumpulan silat yg masih aktif di Kelantan.

    Seeloknya hanim beritahu dgn detail silat jenis apa yg diperlukan….supaya senang kami menolong..

    ada beberapa seni silat d klantan yg masih aktif… tp kalu nk bg tau smua susah ckit… kalau nak tau seni silat tari 2 Insya Allah… Kat kampung Pulau Tebu masih ada lg yg kumpulan yg bergerak aktif dalam seni silat dan seni Irama Tradisional Kelantan…

  39. Rid

    hanim> saudara/i blh cuba hubungi en. Ayub d talian 012-9508812… Kalu nk Tau tentang seni silat bersenjata kelantan pn blh tanya pada beliau Insya Allah… tp ayahnda lokan ni saja je x nak bg tau hehehe… orang arif ni, saja sembunyikan kuku jer hehehe…

  40. Lokanbertepuk

    ambo x tahu sggh eh…
    tp kalu di pulau tebu tu rasanya puok2 cikgu awi..

  41. dewa muda

    mafaka gak eh…bkn nye pakai buluh la tp cara dia silat tu comey mgkin supo buluh kena tiup ko angin kot.kalu rebung gak baik wat gulai nyayur lagi sedp…arjuna-kite pon xtau tp kita ad dengar ada bdk nak wat silat pelik dari ore lain dan ada sore hamba allah mencadangkan silat tersebuuut…

  42. mafaka

    silat sejurus buluh mati beragan..sapo nak blajar??

  43. Rid

    ho, yo doh 2 ayoh… en.ayub 2 abe cikgu awi la… ambo ni tupe puok2 yo la jugok hehehe… tupe g maghi jah la… mmaing x panda ckit abok hehehe…

  44. yie

    gane nk kmbangkn seni dikir barat agr belia minatinya? sbb budk2 mudo loni xminat nga dk brt

  45. mafaka

    budok mudo tak minat?? kalu kok kolupo ni, jjale sikit ssepak budok dikir…nak royak ramai nyo..

  46. arjunasukma

    demo dok mmano yie?

  47. pendekar bongsu

    salam…sbnarnya banyak silat yang masih bergiat di kelantan, terutama silat jawi/tari, adapun silat main senjata yang mgkin asli kelantan yang masih tinggal silat tongkat/pedang yang banyak disekitar pasir puteh…ada juga di bachok, kota bharu , p ms dan tumpat…di pasir puteh kapong kapong ni masih ada lathan silat, merkang, jeram, seligi, bukit abal, alor hijau dll, di bachok..b lalang, jelawat, melawi,telong kandis, di tmpat ….chbg 4 tok mek ngah, berangan, alor tal, kg periok, pdg tembesu, sg pinang , kg tujuh dll, di pasir mas..gelang mas, meranti, bukit panau….kalu permainan buah pukul ada sekitar kandis, tok bali dan tumpat….

  48. Lokanbertepuk

    w’salam…napok pesen tu byk lagi..
    tak apa la, asal; jgm mati jah..

  49. arjunasukma

    tanah merah mapuh dah bokali..xdok sebut sbutir habuk tu..hehe

Leave a Reply