Lokan Bertepuk

by lokanbertepuk ~ May 28th, 2009. Filed under: Tradisi.

Lokan adalah merupakan hidupan dari jenis moluska, hidup di dalam tanah berselut terutamanya di tepi sungai yang ditumbuhi oleh pokok nipah. Semasa aku di kampung dahulu, pernah juga aku mengikut orang-orang pergi mencari lokan ini. Cara mengesannya cukup mudah sekali, iaitu dengan cara mencari tempat seperti mata air keluar dari dalam selut tersebut, kadang-kadang air tersebut seperti terpancut keluar dan keadaan inilah yang dipanggil lokan kencing. Setelah keadaan begitu terjadi maka bolehlah kita menggunakan besi bengkok atau sabit untuk mencakar kawasan tersebut dan pasti sabit kita akan terkena pada satu benda keras di dalam selut. Itulah lokan.

Maksud aku di sini bukanlah hendak bercerita sangat pasal mencari lokan itu tetapi apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah ada sejenis permainan hiburan tradisional orang tua kita di Kelantan pada zaman dahulu yang sudah pun pupus. Oleh orang tua kita dahulu disebut "Main Lokan". Sepanjang pengetahuan aku, setelah meninggalnya Senik bin Abdullah yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Nik Lokan, sudah tidak ada lagi orang yang mewarisi permainan ini kecuali seorang saja yg masih hidup, iaitu Pak Sin tempoyak dan aku rasa beliau pun sudah tidak dapat bermain lokan lagi sekarang ini disebabkan oleh usianya yg sudah tua.

DSC02533

Aku bersama Pak Sin Tempoyak semasa dalam satu upacara main peteri Januari 1981

 

Mengikut cerita mulut orang tua-tua di Kelantan, permainan Lokan ini bermula dari kesah Raja Bersiong yang lari dari Kedah menuju ke Kelantan. Setelah sampai disuatu tempat, baginda berehat seketika untuk menghilang penat ( Ada yang mengatakan peristiwa ini berlaku di Kuala Besar Kelantan). Di sinilah baginda mendengar suara lokan yg berbunyi seperti orang sedang menepuk tangan.

Sebenarnya permainan lokan ini tidaklah perlu kepada iringan alat muzik sebagaimana yg terdapat dlm sesetengah permainan lain, tetapi lebih kpd lakunan yg menggunakan mimik muka dan kelakuan binatang. Ia dilakunkan oleh seorang sahaja sebagai pelakun dan dibantu oleh seorang pengawas yg bertindak sebagai gembala atau jong baso. Dalam permainan tersebut pelakun tadi atau digelar sebagai pak lokan akan menggelek2 punggung sambil menepuk dadanya sebagai pengganti alat muzik dan menekup tapak tangan di mulut untuk mengeluarkan bunyi seperti lokan yg bertepuk. Gabungan paluan dada dan mulut tadi akan menghasilkan satu rentak yg tersendiri. Dalam keadaan seolah2 separuh sedar ia akan berhenti dari memukul rentak tadi dan berkelakuan seperti binatang. Dikatakan sebanyak 12 jenis binatang akan ditiru satu persatu diselang seli dgn paluan rentak tadi. Pernah aku melihat sewaktu Pak Sin Tempoyak menjadi pak lokan, semasa itu beliau berkelakuan seperti biri-biri jantan, dalam keadaan merangkak-rangkak beliau telah merempuh dinding simen beberapa kali dgn kepalanya, tp sempat ditarik oleh anaknya bernama Shafie yg menjadi gembala pada masa itu.

DSC02529

  DVD Lokan Bertepuk terbitan Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah

 

Dua bulan yg lalu semasa aku berbual-bual dgn Tuan Hj. Ahmad Hashim, beliau bertanya mengapa aku memakai nama samaran lokan bertepuk, lalu aku ceritakan kepadanya seperti apa yg aku cerita di atas tadi. Bermula dari sinilah beliau tertarik dgn cerita tersebut dan mencadangkan supaya diambil beberapa elemen-elemen yg terdapat di dalam permainan lokan ini untuk dilakonkan balik disamping mencungkil permainan rakyat yg telah pun pupus dan tidak diketahui lagi oleh generasi muda sekarang. Berkat usaha sdra Seni Bayan  dan beberapa orang mahasiswa serta dibantu oleh aku sendiri dan beberapa orang staff bhg drama teater USM, cerita ini telah dibawa ke Festival Dekon Makum 2009 UMS Sabah utk dipertandingkan bersama dengan 10 kumpulan dari IPTA yg lain pada 15/05/2009 yg lepas.

IMG_1063

Tahniah diucapkan kepada tenaga produksi Lokan Bertepuk yg terdiri dari Tuan Hj Ahmad Hashim, En. Omar Bidin, Sufian Sahadan, Mohd Roslan Radhi, Mohd Azim Ab Halim dan Sdra. Roslan Chin kerana telah berjaya memenangi tiga kategori anugerah iaitu Johan keseluruhan, Dekonis terbaik dan Pengarah terbaik.

30 Responses to Lokan Bertepuk

  1. Mohd Izani Mohd Noor

    Untuk pengetahuan Pak Lokan,Pak Sin Tempoyak telahpun meninggal dunia…. Tak sampai lagi 2 bulan… Meninggal di HUSM… Al – Fatihah….

  2. lokanbertepuk

    Innalillahiwainnailaihiraajiun…

    Terima kasih Izani…cuti sekolah ni ambo hajat nk balik g jupo mata nga dia. Setahun lebih doh rasanya x jupo nga dia..

  3. Mohd Izani Mohd Noor

    Kito pun baru tahu jugok jah…. Bertanya kaba ore kat umoh dio,kalu tidok tok tahu jugok…. Lamo dok berjanji ngan Ayoh Sen nak blajar spatoh selidoh,tapi gak dok tangguh2 jah. Tak dok doh la….

  4. datuk d

    macam macam permainan kelate nih.. baru kita tahu ggapo lokan bertepuk nih hahaha

  5. Mohd Izani Mohd Noor

    Darat sungguh demo…….

  6. lokanbertepuk

    Jange kata begitu… kita hok tahu sikit2 ni lah sepatutnya tolong royak kpd generasi muda hok tak tahu lagi… Mungkin ada benda hok dia tahu dan kita pulak tak tahu..dia pulok kena royak ko kita..barulah pengetahuan mengenai sesuatu itu tidak pupus…haa gituh.

  7. Mohd Izani Mohd Noor

    Ambo pun tok tahu gapo jugok………. Ikut den tubek jah,ghepok jah…. Baham tanah la….

  8. arjunasukma

    haha..kan bulih dh tu..tebeng cari la.haha..ambo nk wi darat jgk sakni..padahal sama xreti blako..haha..

    dok eh..tempoyak ni tempoyak mana..bunut susu pasir mas pun ada kg ppoyok jgk..kg ni dah ko?

  9. datuk d

    hehe.. maah la ko ambo izani.. muga darat sunggoh tu gak.. :D

  10. lokanbertepuk

    Tempoyak ni dekat dgn Bukit Marak…. kalu nk kata Tempoyak Cap, takut ore tak tahu.

  11. Mohd Izani Mohd Noor

    datuk d ni ore mane ? Supo kenal jah….

  12. arjunasukma

    0o0o0o0o0oooo..

  13. Mohd Izani Mohd Noor

    Bukan tempoyok hak makan ngan nasik tu…..

  14. datuk d

    hehe.. tak tahulah..mgkin kot

  15. arjunasukma

    uhh..gomo doh..hehe

    abe…lokan btepuk ni nik aziz lulus ko agak2..

  16. Mohd Izani Mohd Noor

    Keno ejas la….. Pakai kabel…

  17. lokanbertepuk

    Tokkan lah muga lagu ni pun nk kena pakai kabel jgk… demo gak eh!!

    Sekalo nyo kalu benda2 yg melibatkan unsur2 pemujaan, spitual dan unsur2 khurafat mesti doh tok guru tak lulus, tp kalu kita ubah cara main lokan ni seperti teater kanak2 ambo rasa buleh..

  18. Mohd Izani Mohd Noor

    Pandai sungguh ……….

  19. datuk d

    pada pendapat ambo. atah permainan ni, kalu diambil kira dari segi teknik bermain dan kemahiran itu.. rasanya tidak menjadi pokok kesalahan.. hari ini, benda2 berkaitan dengan unsur2 hok pak lokan bagitahu di atas tu.. maka tidak lah bermasalah…

    tetapi kini..
    permainan-permainan yang pak lokan utarakan di sini hampir pupus (atau sudah pupus) memandangkan:

    1. tiadanya minat daripada golongan muda;

    2. kurangnya kecekalan untuk mempelejari permainan ini dengan alasan tiada keuntungan dan tak boleh menjana laba; dan

    3. kurangnya tenaga pengajar yang pakar dalam bidang ini..

    itu pada pandangan ambo ini lah.. tu yang jjadi darat tu hihi :D

  20. datuk d

    dok berasa pening doh ambo ni..

    *pembetulan: “benda2 berkaitan unsur2 hok pak lokan bagitahu di atas tu.. jika tidak diamal.. maka tidaklah bermasalah”

    maah belaka..
    hieheh

  21. lokanbertepuk

    Masa gemulah Pak Sin ada, dia telah pun membuat pembaharuan doh dlm main lokan ni. Daripada asalnya 2 ore telah dimasukkan muzik gong gendang la, jong alak la, tukang nyanyi la hingga jadi berbelas-belas ore peserta semuanya.

    Ambo rasa tujuan gemulah ni molek iaitu utk memeriahkan suasana dan menghidupkan lagi persembahan.

  22. Mohd Izani Mohd Noor

    Gemulah Pak Sin memang berfikiran luas…. Pengalamannya amat banyak …Dari zaman pendudukan Jepun,sehinggalah akhir hayat,banyak cerita yang tersurat…. Pak Sin gedebe…. Cuba tanya ore Kg.Tempoyak… Zaman Jepun dulu,dia lah ore Melayu yang menentang Jepun dan telah membunuh askar Jepun.

  23. abelanun

    supo pernah tengok mene nih..ingat2 lupa…lebih kure main pteri..

  24. arjunasukma

    demo ttuka nga bbageh kot..hehe

  25. Mohd Izani Mohd Noor

    Ambo skali habok sekat hidup ni tak penoh kelih…. Lagu mano mugo tok tahu…

  26. lokanbertepuk

    Jani!! Mari kita gi mlm esok rumak paksu che mud seneng, ada main teri..

  27. Mohd Izani Mohd Noor

    Male esok ko?

  28. Mohd Izani Mohd Noor

    Insyaallah….

  29. abelanun

    yo lo sgt yie…ttukar nga bageh

  30. Shm tnt utm

    salam…. kawe nie salah sorng peserta dekon kat sabah hari tu…
    dekon lokan bertepok memang layak menang..best citer die….
    kawe teringin sgt nk belajar lokan bertepuk…..
    tp x tau informasi yg lebih pasal nie…
    x tau nk beljar kat mane…..
    :)

Leave a Reply