Memburu Ilmu
by lokanbertepuk ~ June 9th, 2009. Filed under: Tradisi.Semasa aku balik bercuti di kampung sekarang ini kerana memenuhi undangan majlis walimatulurus dari keluarga dan sahabat handai, sempatlah juga aku mengambil peluang yg ada untuk menimba lagi ilmu untuk menambah pengetahuan ku di dalam bidang muzik tradisional. Semasa guruku masih hidup beliau selalu berpesan supaya jangan berasa cukup dengan apa yg kita sudah ada. Mungkin hari ini kita berasa cukup dan bermegah dgn apa yg kita ada sekarang. Dalam masa yg sama kita sudah terlepas pandang kerana masih ada lagi orang yang lebih kemas dan berpengalaman dari kita. Berpandu kpd nasihat inilah aku telah pergi ke sebuah rumah di Teluk Renjuna berdekatan dengan muara sungai Kelantan untuk menimba sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yg aku belum ada atau sekurang2nya memperbetulkan lagi apa yg aku sudah ada.
Kampung Telok Renjuna
Pada hari Isnin 8hb jun aku telah pergi ke rumah Pak Su Agil yang mana 2 hari sebelum itu aku sudah pun bertandang ke rumahnya bersama Nuar Cendawan. Pak Su Agil memberitahu aku bahawa dia dan Nuar Beta akan pergi ke rumah Deraman Pulau untuk memperdalami ilmu pergendangan Mak yong lagi dan beliau juga mempelawa aku supaya ikut serta. Kira2 pukul 6.30 ptg, aku, Pak Su Agil dan Nuar Beta pun bertolak dari kampung Lepah menuju ke jeti pengkalan Kok Majid. Sampai kami di sana, Deraman Pulau telah siap menunggu kedatangan kami kerana kebetulan Deraman Pulau juga mempunyai bot sendiri yg digunakan utk membawa penumpang dari jeti Kok Majid ke Teluk Renjuna. Sebenarnya aku mengenali Deraman sudah lama. Beliau adalah “Jong Gendang Ilir” dan satu-satunya murid pergendangan kepada gemulah Mat birat Tawang dan aku juga daripada titisan Mak Yong Tawang juga asalnya (Bukan Titis Sakti), jadi cara pembawakan gaya pergendangannya agak sama dengan walaupun sejak kebelakangan ini aku juga menggunakan gaya pergendangan Pak Adik Cabang Empat Tok Mek Ngah.
Berada dalam bot sangkut sedang menuju ke Telok Renjuna.
Lebih kurang pukul 7.45 malam Che Amat Bunuhan pula sampai, kami pun terus menaiki bot dalam keadaan hujan renyai2, tp sayangnya kami tidak dapat melihat keindahan alam semulajadi sewaktu berada di tengah sungai kerana hari sudah malam. Lebih kurang 20 minit perjalanan kami pun sampai ke rumah Deraman yg terletak kira-kira tak jauh dari muara sungai Kelantan. Kami kemudiannya dijamu dengan nasi yg berlaukkan ikan kering istimewa. IMenurut Deraman, ikan kering buatan kampung tersebut memang masyhur, sehingga kalau yg gred A biasa dijual dengan harga rm 50.00 sekilo.
Selesai makan malam, kami pun memulakan kuliah dengan lagu Yong. Sebelum ini pun Nuar dan Agil selalu memberitahu aku bahawa lagu Yong yg aku pernah ajar kepada mereka tidak sama harakatnya jika hendak dibandingkan dengan Yong yg dipalu oleh Deraman puak2 pak Had, sebab mengikut apa yg aku belajar, apabila habis sahaja 2 kali gong terus masuk ke sumbang ibu sedangkan apa yg ceritakan oleh oleh mereka pula, jumlah gongnya sebanyak 5 kali. Inilah salah satu sebab mengapa aku beriya-iya sgt hendak ikut serta pergi ke sana pada petang tersebut. Sekurang-kurang aku dapat jalan penyelesaiannya mengapa terjadi demikian. Setelah dicuba beberapa kali ternyata aku dan Deraman dapat bermain dengan cukup jumlah gongnya. Rupa2nya yg menjadi perkadasan antara mereka sebelum ini ialah silap faham dan dari segi penyampaiannya saja. Bagi orang lama seperti Deraman, apabila disebut dgn nama lagu Yong maka bagi mereka ialah lagu Yong Makyong kerana itulah yang terdapat dalam versi mak yong Kelantan asli, sedangkan Nuar dan Agil pula menganggapkan lagu Yong Peran, kerana kebanyakan penggiat muda sekarang ini belum didedah dengan lagu Yong Makyong. Memanglah apabila gendang ibu membawa Yong Makyong dan gendang anak pula mengikut dgn Yong Peran maka sampai bila pun tidak akan terjumpa titik noktahnya….Dah selesai satu masaalah.
Deraman sedang menerang sesuatu kepada kami.
Apabila masuk kepada lagu yang kedua, terdapat pula sedikit perkadasan antara paten Deraman dengan paten yang kami pakai selama ini. Yang dapat aku buat ialah dengan mencatit terlebih dahulu paten pergendangannya sebagai simpanan untuk dibuat kajian terlebih dahulu sebelum ianya dipraktikkan. Aku berkata demikian kerana sepanjang pemerhatian aku pada malam tersebut paten yang diajar kepada kami selalu berubah2. Mungkin beliau tidak dapat hendak menunjukkan kepada kami secara tetap kerana biasa dengan bermain gaya bebas atau mungkin beliau tenggelam punca. Yang demikian aku terpaksa mengambil sedikit masa lagi utk membuat perbandingan dengan apa yang beliau main dulu, kini dan selepas ini.untuk dibuat kesimpulan.
Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Kami bermohon diri utk pulang ke rumah masing2. Deraman dan isterinya sekali lagi menghantar kami dengan bot sangkutnya ke jeti Kok Majid. Beliau berjanji akan memanggil kami sekali lagi untuk siri penerangan seterusnya. Dalam keadaan malam yang hening, kami meninggalkan kampung Telok Renjuna dengan harapan akan datang semula pada suatu masa nanti kalau diizinkan tuhan.
Selamat tinggal Telok Renjuna.
June 9th, 2009 at 10:34 pm
aaa…comel benar tuh…pakat2 kongsi la kalu gitu gak…
dok eh…titis sakti tu titisan lain tuh…
June 10th, 2009 at 12:36 am
seorang pemburu ilmu tidak akan rugi selam-lamanya….ambo tidok paham sangat pasal paluan gendang mok yong ni…tapi ambo kagum dengan komitmen ayohmat unutk terus mencari ilmu….semoga resam ilmu itu akan ambo dapat selama dok mmain hmene nih… jangan cepat berasa puas hati-ayohmat rajin doh pesan ko ambo…. insyaAllah ambo paka sapa bilo2…
June 10th, 2009 at 3:27 am
Bila nak hebohkan kat orang lain Che Mat? Lepas tu kiga gi Deen!
June 10th, 2009 at 3:50 am
aloss…lepas dengar tu sero terlalu sikit jah ilmu hk ada….
sero x rok nak cangkul…..
June 10th, 2009 at 7:42 pm
Salam,
patut saya gi sekali.
June 10th, 2009 at 8:58 pm
Waalaikumsalam…
Maaf Din, kawe pn dapat berita lambat doh….nuar tak tahu kawe balik, kawe pn tak tahu nuar balik, muga kawe tak gi tempat main makyong 2 hari sebelum tu…kawe gi main teri..
June 10th, 2009 at 10:46 pm
indah sungguh seni pergendangan mak yong..
geng2 master belako nih…
titis sakti RM35
hok nih tadok rego..
heheh
hak paling best apabila perkadasan dalam pola pergendangan berjaya diselesaikan…
June 11th, 2009 at 9:54 am
Topik2 begini mmg tidak ada dibincang dan diajar diperingkat universiti, biarlah pensyarah itu yg mendapat lulusan PHD dalam bidang mak yong sekali pun..
June 12th, 2009 at 11:52 am
Tok mari jale dok bangsal buruk ambo…..
June 13th, 2009 at 8:35 pm
Mana ketahu!!…..kita gi pat main teri pun dia takdak.
June 14th, 2009 at 1:56 am
Ambo kejo ayoh mat…..
June 15th, 2009 at 10:54 pm
Kijo apa keneh mlm2 buta….ko demo ada buat projek. hehehe
June 16th, 2009 at 11:52 am
Kejo balik kul 9 ayoh mat wei…. mulo tu beraso nak gi,tapi bilo doh sapa drumoh gak….. keno nasik sepinggan mumbu… mula braso lali jah… Projek tok leh buat lagi ayoh mat,tapok projek pun tak dok lagi… Tok leh buat kokser2,nya murih kokre… Ambo sekat Wan Nasir tak dok,beraso tak dok angin nak tiup serunai…. Kalu deng lamo tinggal gak,keras kekong jari2… Abih hilang buoh2 geletek…. Pakai tiup selayar la ayoh mat… Dok bjanji ngan Ku Chik Kemasin nak amik lagu ckit2,tapi dok tangguh jah…. Beraso tok berapo rajin jah… Bomoh skit ayoh mat,biar beraso ado ra ckit…. he…
June 16th, 2009 at 11:53 pm
cari ilmu jgn malas…hahaha..
yg sedapnya..bulih lagi tulis ‘bukan titis sakti’..hahaha..xlih lepo nyo gomo..haha
June 17th, 2009 at 6:18 am
Kena tulis la kerana nk oyak titis ambo bukannya titis hoktu…
kita ni basa jenis titis tamada jah..hehehe
June 18th, 2009 at 3:31 am
Tamada pun make siku….
July 1st, 2009 at 1:58 am
hahahah
tamada make ssiku..
buken tamada doh towww
July 1st, 2009 at 11:36 am
Kalu ayoh mat kelas tamada,kito ni gak tak dok kelas la….. Kalu kat kg,ore panggil mat che kob ko ayoh mat kito ni….. Hilir keng tu…
July 1st, 2009 at 6:57 pm
Mu g tanya sapo pulok nih???
July 2nd, 2009 at 5:37 am
Pok sadaro kito…… Saing ayoh mat dulu2…..
July 2nd, 2009 at 5:54 am
Sapo dia pok sedaro demo, saing ambo???
acu royat teh…
July 2nd, 2009 at 7:02 am
Ore kuala bator jah…. Tera tilik ngan bertih teh….
July 2nd, 2009 at 10:59 am
Haaah sudoh kijo doh laaaaa…..
seingat ambo, ada 3 ore jah saing ambo sekelas hok duduk di kuala bator
masa sekoloh dulu…
Daud @Awang gemuloh Che Amat
Jusoh Pok weil..
Stopa derome..
Hok mana so nih??
July 2nd, 2009 at 11:18 am
sedap brtitih wey demo ore kg dekat2..kita alah ko bukit ni bulih bilang buah getah jah la..huuhuhu..
July 3rd, 2009 at 2:03 am
Agok2 gawo kato hok mano so ? Ayoh mat keng ramai pero gawo….. Ejas teh ckit2 lagi…. Ambik bertih ckit lagi….
July 3rd, 2009 at 3:19 am
Ko Jusoh tok pengulu che hassan..
July 3rd, 2009 at 4:17 am
Yo….. Pok sdare ambo la tu…. Biso gawo ayoh mat ni…. Mkn burger ko ?