Meraksi

by lokanbertepuk ~ November 18th, 2009. Filed under: Tradisi.

Sedang aku menyelongkar mencari sesuatu di dalam simpanan ku, dengan tak sengaja aku terjumpa sebuah manuskrip lama yang aku pun sudah lupa mengenai nya. Di dalamnya terdapat bermacam petua orang dahulu kala mengenai bermacam2 bab. Di sini aku cuba nukilkan secara ringkas satu bab yang menceritakan mengenai isteri baik dan jahat atau dalam bahasa biasanya ialah untuk mengetahui sesuai atau tidak jodoh kehidupan sesaorang itu bersama pasangannya (Raksi). Tujuan aku sebenarnya bukanlah untuk hendak mempercayai benda-benda sebegini kerana ianya bercanggah dengan agama kita, tetapi sekadar untuk menjadi tatapan dan renungan kita semua yang mana inilah salah satu cara yang diamalkan oleh orang tua kita dahulu.

Bab pertama hendaklah kita mengetahui nilai setiap huruf jawi yang ada didalam ejaan melayu.

ALIF  BA  TA  THA  JIM  CA  HA(kecik)  KHA  DAL  ZAL  RA  ZAI  SIN  SYEN  SAD  DHAD  THA  ZHA  1        2      3     4      5     13     6                7       8      9     10    11   12    13      14       15       16    17 

AIN  GHAIN  NGA  FA  QAF  KAF  GA  LAM  MIM  NUN   WAW  HA(BESAR)  LAMALIF  HAMZAH        18      19       25     20    21     22     21    23     24     25       26        27                   28           29    

YA  NYA                                                                                                                                             30    30.

Setelah cerap semua nilai setiap huruf diatas, maka barulah kita raksikan nama lelaki dan nama perempuan yang hendak dijodohkan. Sebagai contohnya, lelaki bernama Ahmad Jazimin dan perempuan bernama Nurul Erlin. Langkah yang pertama ialah kita ambil kepala huruf nama lelaki dan dicampur dgn kepala huruf nama perempuan. 

ALIF (1) + NUN (25)  =  26

Langkah ke-dua, hendaklah membuat 5 tompok dan setiap tompok mengandungi 5 bilangan.

                                                                                                                                          ooooo         ooooo       ooooo       ooooo       ooooo        =  25 bilangan.   baki lagi = 1

Baki yang  1 itu hendaklah dimasukan ke dalam tompok yg sudah tersedia menjadikan tompok pertama sahaja yang berjumlah 6 bilangan, tompok-tompok yang lain masih berjumlah 5 bilangan. Jumlah ini didalam syarah raksinya dipanggil “Lebih Satu”.

oooooo      ooooo      ooooo      ooooo      ooooo

 

Lebih Satu (Telaga Bawah Bukit)                                                                                                      Adalah tersangat baik raksinya, tiada berkelahi balah seumur hidup dan berkasih-kasihan hingga ke-mati. Segala pencariannya naik tagam dan mendapat harta yg banyak, maka ia boleh menolong orang dalam kesusahan. Jika mendapat anak lelaki atau perempuan bertambah kasihnya, jika berniaga bertambah besar untungnya.

Lebih Dua (Bulan Penuh Purnama)                                                                                                   Sukacita berkasih-kasihan laki bini tiada berkelahi balah jua. Pencariannya cukup, tetapi hingga lebih jika rajin usahanya dapat juga menolong orang yang kesusahan dan jika dapat anak lelaki kekusahan rezekinya dan ada juga balah laki bini tetapi tiada melarat. dan jika mendapat anak perempuan, adalah rasiknya seperti telaga bawah bukit.

Lebih Tiga (Menteri Benci)                                                                                                                Adalah raksinya tiada kekal kesudahannya antara laki bini, berkelahi balah sokmo sehingga bercerai berai. Pencariannya tiada cukup makan dan berhutang. Jika mendapat anak lelaki, raksinya seperti menteri suka dan jikalau mendapat anak perempuan, adalah raksinya
seperti bulan penuh purnama.

Lebih Empat (Menteri suka)                                                                                                               Adalah Raksinya sedangrakna, berkasih-kasihan jua laki bini dan pencariannya sedangrakna juga tidak lebih tidak kurang. Dan jika mendapat anak lelaki bertambah-tambah kasih dan jika mendapat anak perempuan, bertambah harta dan murah hati antara laki bini.

Lebih Lima (Tanduk Seberkas)                                                                                                        Adalah raksi ini tiada baik sekali2. Sentiasa berkelahi balah antara laki bini dan tidak kekal kehidupannya. Pencariannya pun tiada beroleh dan tak dapat tidak akan bercerai berai.

Lokanbertepuk:  Sebuah hadith yang diriwatkan oleh Safiyyah RA. Nabi Muhammad SAW bersabda  yang maksudnya “Sesiapa yang mendatangi sesaorang ‘arraf, dan bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima amalannya selama 40 hari”.

18 Responses to Meraksi

  1. sanggupa

    tuuu dia…….ilmu ni nk kata betul ke tak tak tahu lah.begitu juga dengan kitab melayu “Tajul Muluk” di mana ramalan2 mengenai jodoh mengikut nama,tarikh lahir dan sebagainya..

    di depan kitab tajul muluk sudah tertulis boleh menjadi syirik jika percaya..

    kalo terjadi pun secara kebetulan..

    walaubagaimanapun, ambo minat sangat nak mengetahui ilmu2 orang melayu dulu-dulu.ilmu ini menjadi pendinding orang melyu dulu2.hatta dalam membuat rumah pun rujuk bnda2 ni.kalu cina ikut feng shui melyu tajul muluk.

    baru2 ni ada orang tunjukkan ambo buku nasrul haq..ambo tak berani baca…

  2. mafaka

    lepas ni ramai la budok2 hok bulih meraksi…nyo mari pakat baca ssini..

  3. datuk d

    Barulah ambo tahu nama sebenar proses ini iaitu meraksi…

    sebut pasal meraksi, ambo ada jugak pernah menyaksikan sendiri proses meraksi nih…. perkara ini berlaku pada saing baik ambo sendiri di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, Kelantan.

    Kedua-dua bakal mempelai merupakan saing ambo iaitu Abdul Halim dan pasangan bernama Wan Nor Idawati. Proses Meraksi oleh Allahyarham ayah Halim ni lah….

    Masa proses meraksi ambo tak berani nak tanya begapa melainkan melihat coretan tompok tompok itu pastu dibelek2 kitab lama Allahyarham.

    Setelah dapat keputusan, Allahyarham menasihatkan agar nama pasangan perempuan (yang kami biasa panggil Wan) dipanggil dengan nama Ida untuk lebih raksi… di alam pernikahan kelak.

    Dengan Izin Allah.. mereka kini aman sejahtera hendaknya.. …

    p/s: Hok alah ke depan dalam jodoh itu semua dalam kekuasaan Allah A’zzawajalla belaka termasuk lah rezeki, ajal, pembalasan hari Akhirat…

    Wallahu a’lam

  4. pok se

    tulong raksi tehh…pak lokan…
    nama saya mahsan bin mat
    nama pasangan saya rosnani bt karim….
    tgkkk jadi ko dok….anok buleh doh soree…hehehe

  5. Lokanbertepuk

    kalu ikut pd nama dlm ic, pok se ni jatuh di atas mertabat menteri suka…tp mu jgn ccaya se, muga ni pelawok hangit jah nih..hehehe

  6. pok se

    haha….takpo lahn kot kot mano pon..janji bahagiaa…

  7. tecks

    hok kita kalu guna nama kut ic jatuh ko mertabat tanduk seberkas…
    tapi kalu kut nama pggilan jatuh ko molek pulak…heheheh…

  8. muslih sang saka

    ayohmat,dulu kala ada ko oghe raksi ggini?? zaman bila oghe raksi ggonih?? pahtu,ada unsur kepercayaan hindu sikit2 dih?

  9. sanggupa

    tengok cite hindustan buleh tau la leh.kalu nok nikoh gak pagil tok sami kelih tilik.pah mula la hero nga heroin tiok xleh nikoh.apopun hero tok putus asa..last2 nikoh blh bhgio jgok..hindu pn tok cayo doh bndo gini..pah kito nok cayo pulok hahah….hok jadi tu kebetulan jah..

  10. muslih sang saka

    ayahmat..mohon di copy utk ditampal di blog anakanda…hehe

  11. Lokanbertepuk

    Betul ko mu nih sangggupa…aku pn tak ccaya, tp sekadar nk royak kata benda2 gini pn ada di dalam budaya org melayu..

    Muslih -> Pelajaran gini dok rasanya asal drpd kitab ilmu bintang duabelas dlm bahasa arab yg telah disalin oleh orang melayu. Setelah berakar umbi di sini maka telah ada tokok tambah oleh orang2 tempatan. Mengikut satu buku yg ambo pernah baca, ilmu bintang duabelas ni pn menerima pengaruh dari yunani krn masa tu orang islam byk yg menyalin buku ilmu pengetahuan dari yunani..

  12. arjunasukma

    acu try raksi kita getek..nama yie..nama pasangan Nur Fasha Sandha binti Hassan..loni napok nak koho jjadi dah..koho kasih saye dah selepas tet cenuai misai mawoh di selipar jepun wat gi jamban dia..haha..main main..

    ilmu raksi..guna nombor, guna kitab, guna atur daun rokok, cari jarum angin…rasa boleh dikategorikan sebagai petua..mungkin bleh pakai..ko guano?haram jgk ko?

    “raksi temue, takkan bulih tahu..walau pun bersengge, beribu batu..sikit rabuk tak seko, kita bulih menikah dua…”sedutan antara lirik lagu gemulah mat yeh…walau sesiapa kita, suratan tulis takdir olehNya tidak boleh dielak..kecuali cuba diubah dengan doa..

  13. delyla

    tak berapa nk phm corak pengiraan tuh la ayahmat… kalu lebih daripada 5 cmne??

  14. Lokanbertepuk

    masukkanlah satu persatu utk setiap tompok sehingga habis..

  15. baguk bima sura

    kalu tok cukup so lagu mano pulok?

  16. baguk bima sura

    kalu kiro jadi 24? nok kiro lagu mano?

  17. datuk d

    pak lokan oyak doh kan tuh datah.. benda ni pelawok hangit.. lebih lebih bakpo puloknyo abe baguk? hehe :D

  18. This is Ja Vesparado

    sudoh doh la… nyaknyo ko pakdor mugo oghe tino dio ramai kn… pah 2 gak nanar minje kalkulator wei mugo nok kiro hok mano rasi nih!

Leave a Reply