Minyak Gah
by lokanbertepuk ~ December 1st, 2009. Filed under: Tradisi.Terlanjur pasal cerita Tok Abas tertelan minyak gah masa teater Tok Janggut dua bulan yang lepas, maka aku pun ada satu cerita pasal kelebihan minyak gah ni. Minyak gah atau minyak tanah ini sebenarnya biasa diminum oleh orang-orang kampung untuk sekadar nak buat ubat, tapi diminum hanya satu atau dua camca sahaja, bukannya satu botol.
Sebelum adanya kemudahan elektrik di kampung-kampung, minyak gahlah yang menjadi sumber terpenting sebagai bahan bakar untuk menghidupkan api pelita bagi menggantikan lemak binatang atau minyak kelapa pada zaman sebelumnya. Bilakah tarikh minyak gah dibawa masuk ke Kelantan aku pun tak tahu, tapi yang nyatanya di bandar Kota Bharu ada sebatang jalan yang dikenali dgn nama “Lorong minyak gah”.
Bagi golongan kaya yang tinggal dikampung-kampung, walaupun tidak ada kemudahan bekalan elektrik tetapi mereka akan membeli segala peralatan keperluan untuk kegunaan harian yang menggunakan bahan bakar dari minyak gah sebagai sumber tenaga untuk peralatan tersebut berfungsi. Barangan ini tidak dapat dibeli oleh orang biasa kerana mahal. Itulah makanya kalau dalam satu-satu kampung, boleh dikatakan hanya beberapa rumah sahaja yang mempunyai lampu gasolin. Bahkan mengikut satu sumber dari orang2 tua, sewaktu harga getah mahal tahun ‘50an dahulu, ada diantaranya yang membeli peti sejuk bawa balik ke rumah kerana nak menunjuk kepada orang kampung bahawa dia kaya, maklumlah kerana mempunyai kebun getah yang luas. Oleh kerana rumahnya tidak ada bekalan elektrik, kesudahannya peti sejuk dibuat almari tempat simpan kain baju.
Lampu gasolin yang aku maksudkan disini bukanlah sama bentuknya dengan lampu gasolin yang ada sekarang ini, tetapi bentuknya terbalik. Tangki minyaknya berbentuk bulat seperti kueh donat dan cerminya pula berbentuk seperti jantung pisang. Lampu jenis ini juga tidak boleh diletak ke lantai kerana cermin mentolnya berada dibahagian bawah dan tangki minyak disebelah atas. Sebenarnya suatu masa dahulu aku ada simpan sebiji lampu gasolin jenis ini, tapi telah ku jual kepada seorang kawan untuk dijadikan hiasan rumahnya.
Selain dari lampu gasolin, ada tiga barangan lagi yang aku pernah lihat yang menggunakan minyak gah sebagai bahan bakar, yang mana mungkin sesetengah orang sekarang tidak percaya barangan tersebut dapat berfungsi hasil dari pembakaran api minyak gah tersebut dan itulah teknologi zaman dahulu. Barangan tersebut ialah Peti Sejuk Minyak Gah, Kipas Angin Minyak Gah dan Seterika Minyak Gah. Tapi sayangnya semua barangan tersebut aku tidak dapat mengambil gambar kerana masa itu aku belum memiliki kamera lagi. Bagaimana pun aku masih bernasib baik kerana berjaya memiliki 2 buah seterika minyak gah semasa aku menjadi perantau di Johor suatu masa dahulu.
Kalau di Kelantan, seterika minyak gah ini kebanyakannya terdapat dirumah-rumah orang yang berkerja kerajaan, terutama sekali guru-guru sekolah. Seterika ini aku rasa memang sengaja dicipta untuk kegunaan orang-orang yang tinggal di kawasan2 yang tidak ada kemudahan bekalan elektrik waktu itu..
Caro guno….cabut penyumat tepat pong tu, pahtu buboh minyak gah dan tutup balik. Lepah kita pong angin tu, kita pulah punat ngejah alik belake tu sikit nk bui minyok tubik sikit utk nak cucoh api kot lube tepi tuh…bilo api menyala dan agok2 panas sikit, baru kito pong angin bui banyok. Api akan tubik supo api dapur semawar sembor ko tapok stareko…mako bulehlah wak ggosok kain baju….Ilir ken tu pada stareko arang..
December 1st, 2009 at 12:41 pm
Adoww… tak terlintas oleh fikiran urban saya ini. ternyata teknologi orang zaman dulu adalah tidak boleh dipandang enteng.
dulu-dulu masa arwah ayah saya menjadi jurulatih bola, pernah arwah ini menggunakan minyak gah yang dicampurkan dengan minyak benar untuk mengurut budak2 main bola tergelekcah atau terseliuh. benar dan memang mujarab sekali.
btw, minyak gah ini juga dikenali sebagai minyak kapal terbang… kiranya minyak gorr mahal lah ni…
December 1st, 2009 at 1:04 pm
minyak gah dulu penting benar maso takdop letrik…ngorib ari gi cari nok isi dale pelito minyok tanoh/plito aye…
ingat maso kecik pakak dok likong plito kalu male gak.pakak dok main cucuh lidi hahaha…
ingat lagi jame kecik kalu lubang idung itam tu kih dok kliling plito aye la ore tuo kato…padahal tok korek idung hahha
December 1st, 2009 at 1:25 pm
MungkyG –> adakah maksud anda minyak gah atau minyak tanah itu dikenali sebagai myk kapal terbang?….sbb dari pengalaman saya, walau pun kedua2 jenis minyak ini mempunyai warna jernih tp baunya mmg berbeza.
kalau di tempat saya disini minyak kapalterbang dikenali sebagai minyak petrol putih…dan ada jual untuk kegunaan buboh dlm semawar nnepo tkg emas..
December 1st, 2009 at 8:28 pm
[...] This post was mentioned on Twitter by Sere Senok, salampantaitimur. salampantaitimur said: Bahan Antik Pak Lokan : Seterika Minyak Gah – http://bit.ly/seterikaminyakgah http://bit.ly/8pnLfO [...]
December 1st, 2009 at 8:36 pm
beraso nak Ssuko hok bahagian cara guna tu ayah mat..
kita dok berasa abih ilir doh bila belajar guna sterika arang.. ni steriko minyok gah… lagi ganah…
bagus info yang menarik..
.
p/s: telan minyok gah secamca rasa lagumana eh gamak nya? takut nya beronar perut la begotuh.. hah ha ha..
December 3rd, 2009 at 12:29 am
ada jugok dih seterika minyak gah..tokdan dah nga kita generasi moden nih..walaupun dulu meme pernah hidup dgn cahaya pelita minyak gah, sebab keluarga kita bukan bukan yang berada, jd takdan la nak tgk benda2 lagu ni..
kita rasa pon lain tuh antara minyak gah dgn minyak kapalterbang tuh..rasa2 hok ore panggil minyak kapalterbang tu, hok ore bubuh dlm pemetik api zippo tuh..
December 6th, 2009 at 1:42 pm
minyak gas juga berguna untuk menghilangkan dahaga selepas berlakon teater tok janggut
December 6th, 2009 at 10:00 pm
bare ade value belako nihh….
December 8th, 2009 at 4:32 am
ambo kalu sebut minyak gah ni ada kesah..tapi malu nak royak ssini..tapi masa kecik..biasa minum dua tiga titik tu,,lpas tu sapu di dada..ubat batuk utk ore ngidap penyakit lelah dari kecik..hehe
December 10th, 2009 at 5:33 am
unik seterika ni… mano nok cari nok buat koleksi
December 10th, 2009 at 6:21 am
Payah dah nk jjupo loni…
December 13th, 2009 at 4:16 am
hebat sungguh ore dulu dan bare dulu…mano berat nga stareko are…
December 14th, 2009 at 7:04 am
ringan hok ni sikit..
December 14th, 2009 at 11:09 pm
ayohmat toksir mari kl nah ko? senyak jah… harap sihat lah.. aaa.
December 14th, 2009 at 11:21 pm
ado jugok petua org tua tua…
kalo budak kecik selsema…ambik sedikit mintak gah dlm pelita…
letak diatas bate hidung..insyallah..cepat baikkkk
December 15th, 2009 at 10:33 am
pok se tow.. kalu resdong? buleh pakai ko petua tuh?
December 15th, 2009 at 11:54 pm
tok tau laaa..dian rais…
setahu kawe resdung ni takdok ubat…
ubat dia tak leh make seafood…itu ajerr
December 16th, 2009 at 6:44 am
ubat resdung yg paling mujarab sekali ialah belacan….
December 16th, 2009 at 8:28 am
dian rais sapo pulok?
ayohmat tu cara nok borat doh tu..
December 16th, 2009 at 9:14 pm
haha..sory..demo dian nais…key board punoh bokalihh…
December 17th, 2009 at 3:58 am
harap la ayoh mat gak! kudo buleh terbang dio ado wei…! bo stakat setareka gak biaso la. bare pisek banyok lg hok dio ado. vespa sajo xleh lawan doh dio gak! hoho…
December 29th, 2009 at 12:04 am
minyak banyak jasa ko ambo…..ambo peksa PMR baca bok male2 paka pelita jah…tapi result bulih bekira jugak la….saing saing mari kerumun nya pakat cuitnya pakat puji……
December 29th, 2009 at 9:12 am
benah…
January 10th, 2010 at 9:33 am
bo tibo tibo tok abah tele minyak gah….cokoh alik belake petah (baca bele gesek rebab )
January 10th, 2010 at 10:00 am
mu ni nk ppunoh bahasa kelantan kelasik…
dia tidak sebut “bo tibo tibo” dia hanya sebut “bo tibo”…
January 12th, 2010 at 6:37 am
Peti Sejuk Minyak Gah memang menarik.
Rupa dia : http://www.abc.net.au/reslib/200709/r175433_666560.jpg
Supo peti besi ! Dia pakai ” Absorption Principle ” ..
http://en.wikipedia.org/wiki/Absorption_refrigerator
Mula mula dijual sebagai produk mulai tahun 1930 di Barat.
Memang masih lagi praktikal sehingga sekarang khususnya bagi kawasan yang tiada atau tak stabil bekalan elektrik terutamanya di negara-negara dunia ketiga :
http://234next.com/csp/cms/sites/Next/Money/Business/5487900-147/story.csp
Masih lagi dihasilkan kini dengan design lebih baik dan hybrid elektrik/minyak gah, contohnya hoknih Made in China :
http://www.buyeappliance.com/kerosene_fridge.htm
Malangnya kat Msia, benda2 lagu nih bekalih takdok di kedai.
Kalu dok gak, boleh ambo beli sor pahtuh letak dalam bangsal tunggu durian dalam bukit nuh ..
Heheehe ~
January 13th, 2010 at 12:41 pm
skolah jame pelita minyak gah xdok kamus..
January 14th, 2010 at 11:56 pm
nge ayoh mat la ado kamus bahaso kelatenyo! dio jong translet baso kelate pekat ulu dio tau jgk tuh! ko guanow haha
January 18th, 2010 at 11:01 am
ayah ray ni gak mace2 la idea dia….hehehe
January 20th, 2010 at 1:30 am
Sedap ker rasa minyak gah?..bau je yang sedap..Hehe
January 20th, 2010 at 1:32 am
Nak tau sedap tak sedap,tanya Mafaka..Hahahaha..
January 20th, 2010 at 9:23 am
Lokan masak lemak cili padi baru sedap..Ha ha ha..
January 27th, 2010 at 4:13 am
gomo doh..sama sdiri pun main puak ni..haha
March 30th, 2010 at 1:02 am
gomo gih hehehe…