MURAI BUMI
by lokanbertepuk ~ March 4th, 2009. Filed under: Tradisi.Dalam menjalankan tugasku bersama dengan rakan2 sepejabat di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian Kelantan pada 22hb yg lepas, sempat juga aku menyumbangkan sedikit persembahan sempena dengan malam Gema Palestin yang berlangsung di Dewan Wawasan, Institut Pendidikan Guru M’sia, Kota Bharu Kelantan. Atucara pada malam tersebut menampilkan pembacaan sajak, puisi dan lagu puisi oleh sasterawan negara Dr. A. Samad Said dan 5 persatuan penulis Kelantan iaitu PPK, PUSPA, GEMA, PESISIR dan ASWADA.
Sedang menggesek Violin mengiringi pembacaan puisi oleh YB. Mohd Farid Saad
Pada kemuncak acara malam tersebut, kumpulan dari Dewan Budaya USM telah mempersembahkan sebuah dekon yang bertajuk Murai Bumi karya dan arahan senibayan. Skrip ini pernah memenangi skrip terbaik pertandingan dekon antara universiti 2003.
Cerita mengisahkan Dr. Dahari Awang Cha yg berkelulusan PHD bergiat sebagai penglipur lara Awang Batil yang diwarisi dari ayahnya Awang Cha Murai Utara. Dr. Dahari telah mengutarakan isu-isu kemanusiaan dan kedamaian yang mana telah lari dari konvensi Awang Batil zaman arwah ayahnya.
Dr. Dahari yang telah menerima tokoh seni dari serata dunia ingin mewariskan permainan Awang Batil kepada anaknya Mail. Malangnya Mail gagal mewarisinya akibat kecacatan “down sindrom” yang dialaminya. Monolog ini dilakunkan oleh dua orang pegawai kebudayaan USM iaitu sdr. Nurhelmi Othman (Mamu) yang pernah memenangi anugerah pelakun terbaik dekon 2003 dan Zulkifli Che Hussin (Abe Yoh). Persembahan diakhiri dengan nyanyian lagu puisi murai bumi oleh sdr. Azmeer.
Terima kasih kepada Cikgu Ahmad Hashim (senibayan) dan kuncu2nya kerana telah mementaskan sesuatu yang tebaik pada malam tersebut.
Dekon Murai Bumi lakunan Nurhelmi Othman dan Zulkifli Che Hussin.
Semasa berada di Kelantan baru2 ini juga, aku telah didatangi oleb beberapa orang anak muda tempatan yang ingin bertanyakan mengenai muzik makyung kepada aku. Atas dasar seorang penggiat yang sudah bepangkat bapa, aku tidak sanggup melihat anak2 muda ini hampa, kerana apabila aku melihat kepada air muka percakapan mereka2 ini jelas ada satu hajat dan harapan yang mereka inginkan dari aku. Disamping itu juga mereka ada membawa sebuah rebab untuk dipelajari.
Jam pada malam itu sudah pukul 3.30 pagi. Mereka bermohon diri untuk pulang kerana salah seorang dari mereka masih belajar di sebuah politeknik. Mereka berjanji akan datang menjemput aku pada malam keesokannya untuk membawa aku ke sebuah rumah tempat mereka berlatih di kg Tendong Pasir Mas. Katanya pada malam esok ada beberapa orang lagi kawan2 mereka akan hadir bersama di dalam sesi latihan.
Walaupun didalam keadaan mengantuk, tp aku berpuas hati kerana masih ada lagi dari kalangan anak2 muda kita yang memang minat gila kepada muzik makyung. Dan dengan cara inilah aku dapat mengambil kesempatan yang singkat ini untuk menurunkan sedikit sebanyak ilmu muzik makyung yang aku pelajari suatu masa dahulu kepada pelapis muda semoga ianya tidak lenyap begitu sahaja.
Sekurang2nya kamulah antaranya yang akan menjadi penyelamat kepada rebab dari terkubur di tanah kelahiranku walaupun ada diantara anak watan di bumimu sendiri yg mengatakan alat ini sgt susah utk dipelajari….. Nak mengajar/belajar seribu daya, malas mengajar /belajarseribu dalih.
March 5th, 2009 at 1:16 am
tok soh belajar la rebab ni..payah ggoni..kalu puak mu belajar pakat pandai gak, tak laku doh aku hok koho tua koho tok pandai ni..hehe..tak kemas lagi ko alasan dalih ni?hahahaha
March 5th, 2009 at 2:59 am
lebih baik gila belajar main muzik makyung daripada gila dok melopat dale kedai jual arak!
March 5th, 2009 at 3:07 am
Payah sungguh mugo ni…payah kena aloh kedio….mu kena belajar menyanyi dulu.
March 5th, 2009 at 5:53 am
berlatih mokyong kg. tendong?
March 5th, 2009 at 10:43 am
Bkn berlatih makyung tp berlatih bergendang..
org tendong hok duduk kl mana tahu benda2 ggini, dpt ko balik jarang2 sekali tu gak…
March 5th, 2009 at 9:04 pm
aaa…berehi sungguh budak din jula juli nih…tp gak nyayo la, tok guru kelik sekali skalo jah..
March 5th, 2009 at 9:14 pm
hehe.. yo yo.. heheh..
belatih gendang di KL laa sedak.. !
March 6th, 2009 at 5:07 am
kalu di kl, nyayo alik tok guru pulok…jare bulih tido sokmo nyo pajang ko anok murid..hahahah
March 6th, 2009 at 10:40 pm
di kl anak murid wt nyanyo ko tok guru…
March 7th, 2009 at 12:19 pm
anak murid ada dua.. hok pandai dan hok betak.. hok betak tu la berehi wat nyanyo sebab tak tahu ko bila nok pandai.. mujo tok guru jenih sobar.. hahah
March 8th, 2009 at 11:47 am
Sobar pun ada tahap jgk…bila sampai satu tahap takleh nk sobar gak,
paka jenero dale demo dok tengah gogeng2 la….takkan nk amik puting ggesek wat tukat kelopok mata…
March 8th, 2009 at 12:48 pm
hoh..bulih samah..mujo ambo tak blakon dale cerita ni..hihi
March 9th, 2009 at 12:43 am
yaa yaa.. kena trening lebih lagi laa kalu lagu tu..
hehehe…
March 10th, 2009 at 12:05 am
kalu dan ngantuk gak..tok soh umpan la dengan air kopi pon..lepas minum, nyo tido molek2..
March 10th, 2009 at 8:20 am
kita umpan nga tapai beras bubuh kapur wi lebih..panah toklih tido ggotu..nati la dan pparok molek bleh la..hehe
March 10th, 2009 at 10:38 am
Kalu lagu tu gak kita suruh jemi kebah la pulak amik alih kelas tu…
biar sama muda la pulak..payah mengatok sikit…
March 10th, 2009 at 1:09 pm
Jemi Kebah buleh bukak kelas baca sajak.. bakat terpendam tu!
March 10th, 2009 at 9:36 pm
Lamakan dia baca sajak bunyi supo gendang ssilat..hehe
March 11th, 2009 at 10:31 pm
dia pandai tulis jah..baca intonasi mana xtahu lagi..hahaha
March 12th, 2009 at 5:17 am
tue xdok bulih la pakat rate….ni kih x panda gende silat la ni nyo pakat rate….kena mitok ayoh mat tulong lagu mana nak ngajar hok ada sistem sikit kita belajara stail pondon nadah nga tok guru gitu jah
March 12th, 2009 at 6:45 am
Panda sunggoh baso kkakah mafaka ni nak pelago ore tua..
March 12th, 2009 at 8:16 am
hahaha…pitah gih..
March 12th, 2009 at 1:42 pm
hehe… kuat ngosek heheh….
March 13th, 2009 at 5:09 am
hahaha…kalu tak wak ggini…payoh pandai nak bgendang stail kkebah…kita kena temukan antara pengajar yg bersistem moden dgn tradisional..biar dia ggomo dulu…kita nati tadoh mulut jah…hahaha
March 14th, 2009 at 6:18 am
Ore kita jah dok begitu la begini la, payah nak buat la, lagumana nak buat la…ore indonesia sudah cipta not muzik gamelan dia dari tahun 1920′an. pahtu tahun 1950 puak tu pakat buat dah konservatori karawitan. tahun 1964 buat Akedami Seni karawitan. Dihimpun sekelian ore tua2 hok pandai2 mmain berbincang dan melelidik dan mengajar pelapis baru sehingga dia boleh buat teori dia sediri.
Sbb tu byk pengkaji dari barat g dsana..sebab formula dan sistem sudah ada..Ambo ni panda bbobe jah..kalu nak suruh buat pun tokleh jugak..hehehe sekadar bui pandangan dan semangat ko pelapis baru jah suruh pakat2 belajar benda2 lagu ni.
April 21st, 2009 at 12:03 am
adakah sisitem hok sedang dibina di malaysia sewajah dengan hok dok diamalkan di indonesia lonih?? ataupon satu sistem dan prosedur yang baru dan lebih bersifat keaslian??
kalu tok salah pembukuan elemen2 penting dalam bidang seni di indonesia telah lama digiatkan?? ha gituh…heheh..soalan ni..
April 21st, 2009 at 12:17 pm
Sewajah jgk bakali, tp kesedaran org kita agk lambat dari mereka.
Kebetulan pulak peratusan peminat dan penggiat dia dlm bidang kesenian ni cukup ramai. aa tu dia..
April 21st, 2009 at 12:29 pm
Begitu jugalah dgn penulisan buku berkenaan kesenian ni….banyak dia la kalu nk banding nga kita gak..tepat kita ni ambo rasa x berapa nk jenuh lgi tokoh2 yg buleh bekecek sekali gus buleh bermain serupa dgn hok dia dok royak tu… ha gitu..
April 25th, 2009 at 10:32 pm
Ejas selagu……….
April 27th, 2009 at 10:14 am
yaaak…..
April 27th, 2009 at 2:24 pm
Guane kejut…. Ajar la…..
April 27th, 2009 at 10:12 pm
Nk ajar guano mugo dok jauh ni… demo gak eh..hehehe
June 20th, 2009 at 3:35 pm
Jauh dmato,dekat di hati…. haaaaa…..
August 30th, 2009 at 4:24 am
i need to know who is the tokoh gamelan in malaysia