Semasa cuti sekolah baru-baru ini aku telah balik kampung kerana memenuhi beberapa majlis walimatulurus di tanah tumpah darah ku. Dalam kesempatan yang ada, aku telah meluangkan masa ku bermalam selama beberapa malam dibangsal seorang tua. Tujuan aku ialah untuk mendalami beberapa hal yang bersangkutan dengan kesenian melayu kelantan yang aku belum perhalusi lagi. Bagaimanapun berita kepulangan aku begitu cepat tersebar sehinggakan pada setiap malam terpaksalah aku tidur pukul 2.00 pagi kerana melayan kerenah mereka ini, maklumlah muga balik sekali sekala tu gak. Tapi bagi kami yang mempunyai minat sama, soal masa tidak menjadi halangan, apa yang penting ialah ilmu pengetahuan dan kepuasan yang mengatasi segala-galanya.
Keesokannya, pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan berjalan kaki ikut tepi sungai sambil menghirup udara segar, lebih segar dari ikan segar dari Tok Bali. Sambil-sambil nak cari nasi belauk aku memerhati rumah-rumah lama dikawasan tersebut. Di celah-celah bumbung rumah berperabung lima dan potong perak yang ada di situ, tiba-tiba mata aku terpandang kepada sebuah bumbung rumah lama yang mempunyai pemeleh berbentuk kelewang. Dalam hati aku berkata di situ mesti ada khazanah warisan yang aku mestuju dan kena dengan angin aku, perut lapar menjadi kenyang tubuh letih menjadi segar. Hati memang tak sabar nak pergi la tu jugak, tapi masaalahnya aku bukan berani nak masuk dengan membabi buta begitu, bukan aku kenal pun orang situ.

Melihat bumbung ni lah menyebabkan aku naik gobar
Tanpa membuang masa aku berpatah balik semula ke homestay untuk bertanya kepada orang tua penunggu homestay. “Oooo umoh tu dulu ada pintu gerbang… alik atah ada sanggul Siti Patimah”. Daripada keterangannya dapat aku faham bahawa yang dikatakan sanggul siti patimah itu ialah sejenis bentuk ukiran yang aku sendiri pun tak dapat nak bayang bagaimana rupanya. “Sangul patimah pun sanggul patimah gi lah…amba nak ajak abang gi jupo tuan dia ni sebab amba nak amik gambar”.
Setelah selesai mandi dan sarapan, dia pun membawa aku ke tempat yang dituju. “Tu dia eh’” aku ingat ko ada sebuoh tu jah, rupo2nyo ado lagi hok lain. Setelah aku diperkenalkan sebagai ‘hantu kayu’ kepada tuan empunya rumah, mereka tanpa curiga mempelawa aku naik untuk sesi klik mengelik sebanyak mana yang aku suka.

Pandangan pintu depan umoh gemuloh Hj Salleh yang berdekatan dengan umoh alik atas tu.
Apa yang aku kagum ialah setiap ukiran atas pintu bilik mempunyai motif dan corak yang berlainan antara satu dengan lain, ada yang berumbi dan ada tidak. Berdasarkan kepada perbezaan corak ukiran dan air pautan sulur, ukiran rumah ini sudah pastinya dibuat oleh beberapa orang tukang yang mahir zaman dahulu yang hasil air tangannya dapat dilihat sehingga sekarang. Itulah yang aku bangga sangat dengan tanah tumpah darah ku ini.
Salah satu ukiran yang terletak atas pintu bilik tidur.
Oleh kerana hari tu hari aku dah nak balik, jadi aku pun tak leh nk dudok lama-lama dan masa pun sudah dekat dengan lohor hari dah. Dan jika ada kesempatan aku bemalam lagi kat homestay ni pasti aku akan datang menjengok lagi umoh ni, mungkin untuk mengetahui serba sedikit usia dan siapa pemilik asalnya. Yang aku pasti pemilik asalnya ialah ‘oghe kaya kapung tu jame dulu’.