Stangan Iseh.
by lokanbertepuk ~ June 14th, 2010Dalam bahasa Kelantan, perkataan ‘ Stange’ atau ‘Stangan’ mempunyai mempunyai dua pengertian, dan tergantunglah kepada ayat yang digunakan.
1. Satu pemahaman di dalam melakukan sesuatu gerak kerja secara berkumpulan (satu tangan)
2. Merujuk kepada singkatan perkataan ‘sapu tangan’ iaitu kain berbentuk empat segi yang ianya boleh dijadikan alat perhiasan kepala atau kegunaan lain.
Dan bagi orang-orang tua kita, kain stangan ni dibahagi kepada dua jenis dengan tiga panggilan..
a) Stangan Air – Kain sapu tangan kecik yang boleh mengesat peloh, menyapu muka dan buat ‘kesat hingus’ untuk mereka yang berair hidung akibat selsema. Stangan air ni juga diguna untuk membungkus batil atau puyok kecik yang telah di isi dengan gula atau beras atau biskut nak bawa gi rumoh orang bekwoh. Stangan air juga dimasuk kedalam poket baju dan dilipat dengan berbagai lipatan untuk dijadikan perhiasan. Tetapi setelah masuknya kain sapu tangan dari luar negeri yang kita dapati di kedai2 hari ini, sapu tangan itu pun dipanggil stangan air juga, walau pun saiz stangan air sekarang lebih kecil dari yang dahulu.
Stangan air – buatan Jawa
b) Stangan Batik – Kain sapu tangan yang berukuran besar sekira2 kain seproh. Oleh kerana termasuk dalam kategori kain batik, maka ia disebut stangan batik.
c) Stangan Iseh – Sebenarnya stangan iseh ini sama dengan stangan batik juga, kerana kedua2nya dibuat dengan corak yang khusus untuk tujuan ini, cuma nama sebutanNya sahaja yang berlainan.
Disebut stangan batek kerana mempunyai corak batik dan panggil stangan iseh kerana kain stangan ini disusun atau dilipat dengan bermacam2 bentuk dan gaya untuk dipakai pada kepala, atau pun dipanggil destar. Daripada bentuk ini pula maka lahirlah nama-nama isehan untuk stangan-stangan tersebut. Bagaimana pun isehan stangan ini tidaklah sehebat iseh membuat tengkolok yang mempunyai berbagai2 nama seperti ayam patah kepak, helang menyongsong angin, balung ayam, pari mudek dan sebagainya, kerana proses membuat tengkolok ini memerlukan masa dan hanya dapat dibuat oleh mereka yang mempunyai kepakaran sahaja. Tidak seperti dengan stangan iseh yang hanya dapat di iseh dalam masa yang singkat sahaja, dan apabila selesai dipakai, isehanNya akan dibuka kembali. Cuma ada la juga nama2 iseh yang biasa disebut, seperti ‘Tanduk bbiri’, ‘Gantang pekasam’ dan aku pun tak tahu sangat pasal nama-nama iseh stangan ni
Stangan Iseh @Stangan Batik Buatan Jawa Kain seprah batik Kelantan
suatu masa dahulu aku memiliki banyak helai stangan batik buatan jawa yang lebih cantik coraknya drpd ini, tp telah aku beri kepada kawan aku untuk dia buat penyelidikan bagi menyiapkan tesis phd beliau dalam bidang batik. Lo ni aku nak mintak balik tak tegamok doh la, huhuu…
Pada pendapat aku, kain stangan iseh ini mempunyai dua versi, iaitu versi Jawa (yang dibuat di jawa) dan versi Kelantan (yang dibuat di Kelantan) dan kalau tak silap aku di sana orang memanggil dengan nama ‘kain ikat kepala’ . antara kedua2 versi ini, aku berpendapat bahawa kain stangan iseh dari jawa lebih dahulu dipakai oleh orang2 Kelantan berbanding dengan kain stangan iseh buatan Kelantan. Walau pun dikatakan perusahaan batik di Kelantan bermula pada abad ke 19, tetapi corak batiknya bukan seperti yang terdapat pada kain stangan iseh ini, tetapi ia lebih kepada corak kain pelangi. Pada tahun ‘20an barulah dibuat batik jenis ni, tu pun lebih menjurus kepada kain batik sarong jah dulu.
Di dalam buku ‘Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi Jld.I’, ms 128 ada tertulis semasa Abdullah Munsyi di Kelantan, beliau ada menyebut tentang gambaran tentang Raja Bendahara. “Maka adalah sifat orangnya itu sahaya lihat, mukanya bulat, tiada tinggi tiada rendah, dan tubuhnya gempal2, dan kulitnya putih kuning, dan dipakainya kain bugis hitam, tiada berbaju, dan sapu tangannya batik bang”. ‘Batik bang’ bererti ‘batik merah’’. Aku rasa batik ni memang di bawa masuk dari jawa doh sebab di jawa pun pakai istilah ni jgk, saperti Batik Bang-bangan adalah merah berdasr putih, Bang biru adalah berwarna merah dan biru pada dasar putih.
Kain stangan buatan Jawa Kain stangan buatan Kelantan
Aku pernah melihat gambar-gambar orang melayu yang berstangan iseh jenis batik ni pada awa
l tahun 1900 di Pahang dan N.Sembilan. Pada pengamatan aku, corak kainNya sama dengan corak kain stangan batik buatan jawa yang terdapat di Kelantan. Bahkan pada tahun 1975 semasa aku pergi ke sebuah sekolah dalam daerah Kuala Pilah sempena dengan ulangtahun ke 50 sekolah tersebut, aku dapati nekar-nekar makanan yang bertutup dengan saji, semuanya dibungkus dengan kain stangan buatan jawa. Mula-mula terbeliak juga butir mata aku melihat kain yang aku cari selama ini hanya dibuat pembalut nekar oleh orang kampung situ.
Memang betul dah apa yang ditulis oleh seorang belanda dalam sebuah buku yang mengatakan bahawa pada abad 19 kain batik dari lasem jawa telah di eksport ke Sumatera dan termasuklah ke Tanah Melayu melalui pelabuhan semarang dan ada juga kain ikat kepala dan selendang dengan hiasan tulisan arab untuk keperluan eksport ke Sumatera diproduksi di Ceribon. Patut la kain stangan ni ada juga coraknya yang bertulis dengan ayat qur’an. Masa aku masih kencing bercabang dulu, aku biasa la dengar orang2 tua kelate sebut ‘kain batik laksam’, aku ingat ko kain tu orang buat bungkus laksam, rupa2nya kain tu mari drpd Lasem jawa., bekadas molek…
Dalam buku istiadat mentabal KDYMM Al Sultan Ismail pada tahun 1921 pun ada tertulis tentang peraturan berpakaian semasa istiadat tersebut sebagaimana dibawah ini;
4. Kerabat2 ahli mesyuarat kerajaan – Dato’2 dan orang2 yang berpangkat di dalam jawatan kerajaan daripada bangsa melayu hendaklah memakai sama rupa pakaian melayu Kelantan dengan secukupnya bagaimana di bawah ini:-
a. Stangan kepala buatan Jawa. b. Baju kancing sebutir kain jerab. c. Baju dalam sutera tangan sekerat. d. Seluar sutera potongan Acheh. e. Ikat pinggang kain limar Kelantan. f. Keris pendek. g. Selendang kain sarung sutera Kelantan. h. Sepatu ( ? )
Sumber :
ATURAN – Bagi istiadat mentabalkan KDYMM Raja memakai gelaran ‘”Al Sultan Ismail” Kelantan dan memahkotakannya ( 1921 ) ms 26
Kalau tengok pada keterangan di atas, bermakna stangan iseh tempatan belum dibuat lagi pada masa itu. Aku tidak pasti bilakah stangan iseh tempatan mula dibuat di Kelantan. Adakah dibuat seiring dengan pembuatan kain seprah dan kain lapik meja yang bercorak batik. Atau pun kain seprah dan kain lapik meja ni diilhamkan dari kain stangan iseh batik buatan jawa, aku tak tahu belaka tuh. Cuma ada beberapa ciri perbezaan untuk kita nak kenal antara kain stangan buatan jawa dgn kain seprah. Aku pun tak pasti adakah kain stangan pesen ni masih dibuat lagi atau tidak di Jawa. Tiap2 kali g denun, pasti aku akan hungga ke toko batik, tp rasa supo takdok kkelih.
Bagaimana pun ada sejenis kain stangan lagi buatan melayu yang bentuk dan coraknya seakan-akan dengan stangan iseh buatan jawa ni dan kalau tak silap aku stangan yang jenis tu dipanggil stangan telepuk. Stangan ni aku rasa bukan dari jenis batik kerana bunga yang terdapat di atas kain itu berwarna emas dan di cop dengan menggunakan sarang kayu. Katanya bunga warna emas .ini dihasilkan
drpd perada terbang.
Kain lapik meja Kain seprah
Kain batik sarong Kain batik ela
Bagaimana pun sekarang ini sudah agak susah aku hendak melihat orang memakai kain stangan iseh yang asli buatan jawa. Kalau ada pun hanya dimiliki oleh individu-individu tertentu dari kalangan puak2 bersilat sahaja yang diwarisi dari turun temurun. Boleh dikatakan semua orang yang aku lihat sekarang ini, ada diantaranya mengambil jalan mudah dengan mengiseh kain seprah, kain lapik meja atau kain2 dari jenis batik ela untuk mengganti kain stangan iseh batik. Bahkan sekarang ini orang sudah pandai mengguna kain yang jenis berkilat yang di import dari Thailand atau India. Kalu demo pakai hok bekilat ni, pakai baju putih pagoda, seluar jean, selindang kain batik sarong, bagi aku adalah satu kecanggungan yang amat sangat. Aku teringat ko kain pemekop sarang burung ketitir selalu…kita baso jenis minat ko barang ori gak payoh selalu, beraso sekok sebok sokmo..
Tp kalu kita tengok orang bersilat tari, kot2 mana pun dia akan cari jugak kain yang jenis batik ni,. tak kiralah kain seproh ko, kain alas meja ko, sarung bantal golek ko. Dia tidak akan semutar dengan kain lepas, padahalnyo kain lepas itu pun berfungsi sebagai kain ikat kepala juga. namun menggunakan kain batik lepas tidak sama sekali …..Haaaaaa bakpo????